salam...
semoga dugaan yang datang akan pergi walau ia lambat berakhir.
semoga ianya menjadi pengajaran yang tiada tandingan nilai
semoga Allah sentiasa melindungi aku dan yang tersayang
semoga air mata yang mengalir dibayar dengan senyuman indah umpama permata
tiada yang mampu ku ungkapkan
selain syukur dengan kurniaan-NYA
walaupun tak tertanggung oleh diri ini
tapi perlu aku renung kembali, apa salahku
ya, memang banyak kekurangan dariku
tapi yang penting aku perlu tahu, ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU
dia mahu aku sedar dan berfikir kembali
apa yang telah terjadi..
ya..Allah sayangkan aku,
oleh itu terlalu banyak dugaan yang perlu ku tempoh
mungkin aku perlu belajar tabah
aku perlu belajar redha aku perlu belajar sabar
dan tak perlu gelabah
yang penting berfikir secara tenang,
Sabar itu separuh dari iman
semoga Allah sentiasa melimpahkan aku NUR dan Hidayah-NYA
Insya-Allah