Thursday, February 25, 2021

moga baik2 selalu

assalamualaikum...

alhamdulillah,vaksin dah sampai. nampak ya impian kita smua akan tercapai dan kehidupan akan kembali normal insyaallah.
 byk nak cerita dlm ni...selepas aku tulis tentang redha dgn virus ni, esoknya aku jumpa dgn org yg pernah aku jamin satu ketika dulu. dan yg tak sangka beliau bayar sejumlah wang aku rs byk dan sgt aku terkejut. masyaAllah...alhamdulillah

seronok lihat org sekeliling mahupun sidia yg lebih bagus...kadang kala bila aku sndiri,aku terpkr, adakah dosaku tidak diampun, adakah doa2 aku lgsg tidk didengar, bagaimana kehidupan aku saat mati nanti..arghh byk...byk sgt

kadangkala aku terdetik,bagaimana aku nanti diterima kah aku bila mati?untung kalian yg punya anak atau anak angkat. betapa ruginya aku kan..kdg aku sndiri tak paham perasaan aku. jaga anak org perlu dgn keinginan yg betol2 mendalam.bukan utk memuaskan perasaan org lain.ikhlas rela berkorban rasa tanggungjawab sanggup berkongsi kasih. org tak memahami. ada org akan sgt down bila org lain tanya psl anak. tapi tak mcm aku. aku tak kisah...ada kwn pregnant amik tgn dan letk diperut aku dgn ucapan lepas ni aku pula. alhamdulillah..namun ntah..aku akan rs loser ...aku insan malang ke?sebab takde rs seperti itu????

namun bila badan dan kesihatan dah tak sekuat dulu, aku berpkr mgkin ini sebb aku hanya ada melor. dan diakhirnya aku perlu tahu, segalanya kuasa Allah.dan pasti aku semakin sayu..

betapa aku seorang pendosa





Thursday, January 21, 2021

Allahuakbar

lama menyepi
tanda aku sunyi

hurmmm dunia kita smua berubah
kan!!!!ms dulu sibuk aku selalu lupa
lupa bersyukur,lupa terima kasih,lupa jasa
lupa keindahan bergelak ketawa,lupa nikmat bercinta,lupa nikmat punya kwn yg kau boleh bergelak ketawa dan share a cup of coffee.

covid buat kita terdiam dan buntu kan...namun aku bersyukur..aku harap aku dan melor terus bertahan. bila tengok gmbr2 lama.rindu travel. rindu gaduh tengah jalan cr hotel. rindu bau daerah yg lain...

namun, dihati aku lega. wujudnya covid,munculnya moratorium. aku boleh plan semula kewangan aku. dgn keadaan melor yg hilang kerja, ia umpama harapan utk aku bahawa kewangan kami dibantu Allah. iaitu melalui moratorium.

berpanjangannya covid, aku dan melor dibenarkan keluar kwsp.merasa la duit byk tp bukan utk beli emas atau apa.smua utk kegunaan ms hadapan.kami melalui byk fasa.dimana pengalaman kehilangan pekerjaan buat kami drop.tp satu benda yg aku perlu bersyukur,melor atau aku jd support sistem yg baik. ms melor kecedaraan kaki dan ditamatkan perkhidmatan, kami mmg hilang arah.ada ms aku balik kerja jam 1 pg, aku meraung flm kereta. . tp aku keep bg semangat pd dia. aku kena kuat supaya melor kuat..2x dibuanh kerja bukan perkara mudah nak diterima ye...dan org pkp aku tetap kena kerja,melor cuba ringankan kerja aku dirumah walaupun hanya kurang mengeluh atau merengek. dgn kaki berbalut, aktiviti dia terbatas, yg mn aku lihat dia makin berubah kearah lebih positif.

alhamdulillah juga kerana covid melor dpt kerja baru. jika dulu sektor ni dimonopoli warga asing, dan bila kerajaan tamatkan perkhidmatan warga asing, ada lah peluang utk melor. walau pun pd mulanya gaji hari rm50 selama 12jam. tapi aku bersyukur sangat. Allah mudahkan dan murhkan rezeki melor.  dan sekarang dia dah confirm. lg happy.yg penting dia happy pg keje walau keje 12jam selama 6hr...dan dekat sgt dgn rumah..itu sgt2 melegakan aku. 

bila dilihat semula,jgnlah terus menyalahkan smua org sebab naiknya kes covid. aku selalu duduk dan melihat ke langit. adakah aku antara penyebab Allah turunkan penyakit ini. adakah semua dosa2 aku tidak diampunkan olehNya. apakah aku telah melukakan hati mak,mak dan abh melor..adakah aku hipokrit..wallahualam.

dulu sebelum covid melanda, akan ada ms aku menangis sendiri, dimanakah pusara aku, ada tak yg akan menguruskan jenazah aku, siapa akan menangisi kematian aku dan yg selalu aku sedihkan, ada tak org mahu sedekah alfatihah dan doakan aku nanti. risau takut sedih sebab aku sndiri akan ckp untung arwah ni ramai org dtg ms dia nak dikebumikan..dan kemudian aku tersentak bila jenazah covid hanya diurs oleh org tertentu tanpa ahli keluarga...allahuakbar.

oleh kerana  takut aku adalah pembawa dan penyebar covid,aku dah buat test. alhamdulillah negatif...saat negatif tu aku lega sebab aku takut melor yg kena. seebnarnya melor tu kuat tapi aku je suka manjakan dia kan.jd dia mengada..hahaha

moga virus ini akan hilang dimuka bumi. dan saat dia hilang,moga aku masih diberi kesempatan utk sujud di Mekah,melawat makam Rasulullah, berpimpin tangan dgn tokdah dan melor disebelah..Allah ..... rindunya Kaabah,pancuran emas,hijr ismail,sujud di Raudhah..Alhamdulillah atas nikmat dahulu...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah