Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

happy birthday atok



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamuu
Allah Selamatkan HJ JAMHARI
Allah Selamatkan Kamuuuuuuuuuuuu!!!!

happy birthday atok...moga atok diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan muda sentiasa....sayang atok selamanya..

hurm sebenarnyer hari sabtu adalah birthday atok. oleh kerana semalam aku banyak benda nak buat tapi tak jadi maka semunya terlepas. padahal melor dah ckp nak beli kek bagi kat atok..aku tak larat sebab nak keje malam. baju plak tak kering lagi. hujan plak masih renyai...hurm menduga betol lah...akhirnya dapat gambar yang havoc ni dari sepupu kesayangan kami..tensin disitu...
tapi yang lebih tensin aku tersalah tarikh kenduri cukur jambul ayyad..aku pk hari ahad, rupanya hari sabtu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa geram gila..ni la kalau pk mcm2 hal sampai semuanya terlupa...melor tak tau lagi ni aku tersalah tarikh..hurm nak buat mcm mana..sorry la ayyad...makcik ko ni memang dah tua..

lots of luv
et


Monday, July 23, 2012

ramadhan yang indah

alhamdulillah
dah masuk ramadhan ketiga
puasa pertama sahur aku di office
bersahurkan masak lemak cili api yg podeh
dan nasi oanas yg dimasak kawan2 lelaki(hahaha)
dorang yg tak nak aku tolong tau
dahla mai awai
tak sompat msak apa2 tok melor
tapi takper dia sahur dgn family dia
lega jugak aku
lepas habis kerja sabtu tu aku gerak pi umah atok
tapi jalan nauzubillah punyalah jam
kami gerak jam 5 tunggu melor balik keje
sampai umah atok jam 7.
tapi melor buka puasa umah mak dia sebab mak dia buka berdua jer.
owh teruk sungguh aku..huhuhu
kat umah atok ada awe balik dari matrik
best gilak
ibu buat murtabak kuchai berudang
sedap sunggguh murtabak ibu.
tapi buka puasa umah atok serupa macam mkn kat hotel
mcm2 menu ada
kuih jer lebih 3 jenis..kuih manis,kuih pedas
lauk tak yah cakp.belum lagi rojak, mee udang la
air mesti 3 jenis..2 sejuk satu panas.
hebat sungguh
lepas kemas2 kami terawih.
abang aku pun join terawih
paling best siap jahit telekong alya lagi
telekong jahitan abang dah macam layang2 pun ada jugak
hahaha..siap senget lagi
tapi takper yg penting menutup aurattttttttts...
kengdian lepas terawih berimamkan atok
kami makan2 lagi..hahaha
best gilak
borak2 dengan abang sekali tengok jam hampir jam 2 pagi
ajak abang tido umah atok, dia nak balik pulak
hurm takperlaa

sahur umah atok pun simple jer sebab aku pun bangun lambat
tapi kan umah atok ni makan apa pun sedap
nasi atok pun sedap..hahaha

puasa kedua
atam cakap akan buka umah atok
yeay
sekali pagi bib dtg antar umar
ohh kena panggil dia qalif la sekarang
hahahaha
aku ajak dia main tapi qalif sombong.
bib keje la pulak tapi balik kol 4
yes bib mesti buka umah atok ni
then cik suh mesej abang supaya buka umah atok juga
orait set
menu dirangka seawal 7 pagi
muahaha
kerang masak lemak dengan kangkung, keli bakar
sodap2..
tapi tak best awe balik tangkak kol seblas
semalam qaliff baik sangat dengan aku
sampaikan tido tengah hari pun ngempel dengan aku
sebab aku bagi iphone tgk utube ke dia
wahhh jadi bestfrend la aku kan
petang lepas asar start projek dengan atok
keli bakar beb
resepi aku la kan.
perap dengan cili blender dengan bawang puting, merah dan halia.
walaupun ada tragedi masa bakar tu
tapi tak hilangkan rasa ikan keli yg sedap tu woo
abang datang tepat pada waktunya
dia la yg tolong aku bakar ikan
pastu abang siap buat ayam pandan lagi
wancik masak kerang dgn kangkung
wancu goreng cempedak dan buat air asam yg marveles
kengdian aku buat roti john
hebat aku semalam
atam datang lambat sket
tapi sempat jer buka puasa umah atok
bib dtg bawak cheese oreo lagi
boleh buat moreh ni
melor pun bawak macam2
adoi mesti penuh juadah ni

masuk dlm hantar ikan tengok2 punya la panjang lauk
kitorang bentang kat bawah jer sebab ramai kan
air mcm biasa, 3 jenis la kan
kalau semalam ada tembikai, bandung selasih dengan teh panas
hari ni air oren sunkist, bandung selasih dan teh panas..
ikan keli aku paling sedap
hurmmm tak sangka tau
walaupun ada yg lebih kurang jer warna dengan arang
tapi tak menukarkan rasa
yerla atok ckp nak garing kan..muahaha

kami terawih dapat 4 saf
seronok sangat tambahan terawih dirumah baru atok
surau baru, ruang tamu baru
alhamdulillah dengan kurniaan Allah
seronok sangat2 bila dapat berkumpul sekali-sekala ni
moga ada peluang kita dapat berkumpul lagi lepas ni
seronoknya terawih rumah atok sebab boleh ketandas banyak kali
boleh minum banyak kali(toilet baru pun dekat)
paling penting boleh mandi lagi sebelum terawih
muahahaha

alhamdulillah dengan semua nikmat yang aku nikmati. semoga kami terus berpeluang menikmati rezeki dari Allah dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.

tiada yg lebih indah bila melihat wajah gembira bersama yang tersayang. aku rindu semua.

sayang kamu melor
et

Sunday, July 1, 2012

nasi arab lagi

last wednesday, mak mai rumah...itupun dah malam...sedih sebab tak sempat nak lepas rindu pagi mak dah balik...sampai jer nilai, terus riki pi kedai azzahrah..nak makan nasi arab..mulanya nak beli kek untuk besday zati tapi aku ngan melor ketiduran lepas kemas rumah..hahaha..bayangkanlah betapa bersepahnya rumah aku sampai kepenatan kami..
aku cuba amik chooti tapi sapa suh aku lambat apply kan?
ni adik chomel aku yg paling bongsu..masih single tapi not available..hahaha
muka tak puas hati mungkin 2 sebab...tak cukup atau kenyang sangat.

the next day after mak balik, melor mesej aku. dia cakap terkilan sebab dia makan banyak pulak nasi arab tu..malam tu kami rasa sedap la pulak sampaikan makan bertambah2..hahaha
mungkin ramai2 kot.itu tambah kesedapannya.




ian dan aqish balik ikut maktok..sian ipah.kena tinggal dengan mak dia sebab sekolah...si ian tu plak melalak2 nak ikut balik...umar pun sama nak ikut mak tok balik..abish tu mama korang mcm maner kan?

ni mama nia. terkilan jugak aku sebab tak sempat beli kek untuk buat seprais besday kat dia..


alhamdulillah...dapat jugak belanja mak maka nasi arab..elleh bib ngan abang siap msak nasi arab, aku kecoh jer..padahal bawak pi makan kedai jerk pun..muahaha..maklumlah aku kan anak yang paling keras tangan didapur...nak makan nasi arab ker atau lauk sardin kan?huhuhu
tahun ni mak akan puasa kat rumah atuk..insyaallah..moga mak dikurniakan kesihatan yang lebih baik. bolehla mak nak sembahyang terawih ngan atok n family..tak sabarnya...cakap pasal atok..lama betol aku tak pegi rumah dia....rindu sangat sebenarnya..
lagi 19 hari nak puasa..itupun kalau kita puasa 20 julai kan...dan mak akan datang sini juga..sebab tu la ian ngan aqis boleh ikut mak balik.
moga kita semua diberi kesihatan yang baik. lebih2 lagi dengan cuaca yang kadangkala panas melampau ni...alhamdulillah

kata hati et:
kadangkala perbezaan itu menyusahkan.kita berfikir untuk kesenangan tapi bagi mereka itu amat menyusahkan..besar sangat salahnyer


lots of luv
et

Monday, June 25, 2012

bila rindu ku sebut namamu


tak sabarnya mahu jumpa yang tersayang
walaupun masih off
tapi sangat2 tak sabar mahu jumpa
cepatla masa berlalu
semoga semua selamat
inilah kesayangan hati beta
dia dtg sini tapi mcm biasalah
cucu2 bertakhta dihati
don't worry momma
nanti et dtg jumpa mak yer
rindunyerrrrrrr

yang depa ni pun aku rindu juga
huhuhu
gmbr sengal ooooo
rindu..rindu..rindu

lots of luv
et

Friday, March 30, 2012

satu ketika

Kisah ini kisah lama. Bermula dari teguran menjadi dendam. Dendam yang tiada kesudahan. Sehingga mengakibatkan kematian. Walaupun jasad sudah dimamah tanah, dendam dia tetap membara. Semakin lama semakin parah. Sehingga seluruh keluarga menjadi mangsa. Dia terus bermaharaja lela. Umpama dirinya tidak akan mati diusia senja. Sampai bila wahai manusia? Sampai bila kamu mahu terus bermain ilmu syaitan dan terus tunduk kepada mereka. Mahu diungkap kata taubat mungkin kami bukan orang yang paling sesuai untuk kamu. Ingin kami bawa kamu kepangkal jalan…hanya onak duri jalan yang bakal kami lalui.
Tiada kesudahan ,sengketa yang kau sendiri mulakan. Kau sendiri sudah ungkapkan kata2 maaf yang kelihatan sungguh ikhlas. Kau sendiri menyesali akan kekasaran yang telah engkau tuturkan. Tetapi kau dustakan semuanya. Kau buang ego segala hanya melengkapkan semua cerita yang telah kau reka. Kau beri dia sengsara. Kau gembira melihat dia terseksa. Sehingga mati jua dirinya dan ku sangka kau akan berhenti bila dia sudah tenang disana…
Owh tidak rupanya. Dendammu terus membara. Mahu keduanya lenyap didunia. Mungkin puas bila kau melihat kami pula yang derita. Menangisi yang kedua bila impian kau terlaksana. Tapi ingatlah wahai manusia.. perbuatan jahatmu itu pasti ada balasannya. Biar bukan hari ini, bukan esok hari tapi yang pasti kau juga akan merasai mati.
Mungkin terlalu lewat untuk kita berbicara bertentang mata. Mungkin terlalu lambat untuk kita bertanya segala yang gundah gulana. Walau hati seakan tidak percaya, tapi hanya satu ku pinta.
Biar ada nyawa yang sudah tergadai, ku mohon kau lepaskan dari genggaman. Hapuskanlah segala dendam. Mengapa perlu kau lanjutankan persengketaan. Tiada untung dipihak kau yang aku rasa semakin kesakitan. Kami bukan mahu meneruskan dendam. Kami mohon kau hentikan segala perbuatan ilmu syaitan. Biarkan kita kembali aman.
Ingatlah wahai manusia yang berhati hitam. Kami tidak akan memaafkan kamu andai itu yang kau inginkan. Berdendam mungkin bukan pilihan tapi yang pasti tiada kemaafan. Kerana terlalu ikut kata hati yang dikuasai syaitan, nyawa manusia menjadi taruhan.

Wednesday, March 14, 2012

cucur jagung

pagi selasa, pegi umah atok sebab mak kan ada sana....best gilak..kejenyer makan..makan dan makan. pelik betol kalau pegi umah atok atau balik umah mak aku, perut ni ada jer ruang nak makan...muahaha...dari pagi aku dan mak masak(aku tolong jer) lepas tu makan lepas makan mengumpat pastu masak balik pastu makan pastu ngumpat..hahaha

ni juadah petang. cucur jagung yang marveles...cik potong jagung, mak yang bancuh, aku makan jer..hehehe..kebetulan hujan lebat sesangat petang tu, pastu datang plak cucur jagung ni, hurm tak cukup wooo..shedapppp.

petang sket umar datang. umar balik kampung muar ngan family dia....
selalu umar buli kitorang, kali ni kami buli dia..tapi dak tecik ni mana ader perasaan jer..lastly kami gak yang kena ketuk dek dia sebab geram kot..

p/s:sedapnyer choq jagung

lots of luv
et

Thursday, February 16, 2012

dulu dan sekarang

owh rindunya zaman dolu dolu

1-balik rumah mak dulu-dulu selalu buat bbq..seronoknya.siap abah buatkan tempat bakar dari kereta sorong.senang nak kemas lepas bakar2.tapi gmbr kat bawah ni abg bawak tempat bbq dia..

dulu lebih canggih guna bekas bbq..

gmbr tahun lepas tempat bbq lebih kreatip...hahaha
orang yg sama cuma tambah ada melor je
2-celebrate birthday gha n yah.buat sekali sebab tarikh depa selang 2 hari jer..masa ni best wooo..balik dr kl konvoi ngan along n abg.
motip gambar adik aku..hahaha..dik comelnyer ko dulu kan
sekarang adik lagiiiiii comel..hahah(baju merah)

3- gambar kecil gha dan yah (rambut pendek).
gmbr tahun lepas yah tudung kelabu, gha kelabu hitam...oh anak daraku..

4-baju merah aldo..muahaha
baju biru aldo dengan family keciknya(tak termasuk kandar)...alhamdulillah

5-atam...gmbr kiri masa sekolah.yang kanan gambar tahun lepas masa atam kahwin..atam pun dah nak bertiga..

6-ala tomey tomey
gmbr kiri baju kuning umar qaliff
gmbr kanan baju biru ashraff....sama muka depa..hahaha

rindu mereka semua

lots of luv
et

Sunday, January 22, 2012

selamat ulang tahun BIB

selamat ulang tahun bib..moga bertambah umur ini, maka bertambah rezekimu, bahagia bersama cik mod dan keluarga tersayang, diberi kesihatan yang baik dan semoga impianmu tercapai...amin....
ini lagu khas untukmu..muahaha




umar n mama...

p/s:berat blog aku coz bulan ni penuh ntry ber video...muahaha

lots of luv
et



Saturday, January 21, 2012

happy birthday abang!!!!!




to my big bro, happy birthday abang...moga semua impian abang tercapai...love u forever............


lots of luv
et

Thursday, December 29, 2011

sahabat by hawa (original) mp4.


second song from hawa...first video leh tengok sini
lagu ni pun awe buat sendiri
teruskan usaha kamu awe..kami sentiasa menyokong..hahaha
amin..

lots of luv
et

Friday, December 23, 2011

tahniah atam


alhamdulillah, genap sebulan mereka berkahwin dikhabarkan berita gembira pula..semoga semuanya berjalan lancar dan masing2 tabah menghadapi dugaan.


166.gif
aman n shima will be a mom n dad...tahniah n alhamdulillah...

p/s:aku ok jer...huhuhu

lots of luv
et

sayang mak

sekejap jer dah hari jumaat kan?hurm ari ni first day mak duk umah sensorang. along dah balik umah dia.selama ni along yang teman mak sampaikan anak2 along semua sekolah kampung.dan selama abah tinggalkan kami semua ni, tak pernah lagi mak tinggal sensorang kat rumah. tapi bukan la tak der orang langsung..alhamdulillah adan duk dan kawin ngan orang sekampung jer..hikmah tu. kalau tak sure adan pun akan berhijrah ke tempat lain dan akhirnya mak tinggal gak sorang.
sebak sungguh bila pkr keadaan mak. yang pasti, mak dah nangis pun sebab teringat cucu2 dia yg selalu buat dia terhibur..ipah, aqis ngan ian.
malam tadi mlm first mak tido kat rumah lepas dah lama dtg kl.mak dtg kl lepas kenduri atam last month...mesti mak sunyi kan?tapi tak per, nia kan teman mak?huhuhu..sedihnyer la.apala mak tengah buat sekarang. :(

rasanya et nak jer terbang n teman mak sekarang.
untuk mak yg et sangat sayang, moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, sembuh dari penyakit mak dan sentiasa dilindungi dari bencana dan gangguan syaitan.
et sayang mak sampai bila-bila. rasa tak dapat balas jasa mak yang besarkan et, berhabis wang sekolahkan et dan segalanya lah mak..

untuk along juga terima kasih sebab berkorban jaga mak dulu. sekarang along dah berkumpul satu keluarga.tak derla sorang kat kl sorang kat kg.maklumla, abg man keje.terima kasih juga pada abg man yg paham...

owh mak...sedihnyerrrrrrrr...rindu plak kat mak kan...nanti cuti et n krol balik yerk..nanti mak jangan lupa kunci pintu ngan tingkap yer..skang kan banyak pencuri.(moga Allah lindungi mak selalu).

p/s:ntry singapore tangguh dulu laaaaa...mood sedih+celaru

lots of luv
et

Wednesday, December 14, 2011

majlis lagi

alhamdulillah...selesai majlis itu...11/12/11...semoga berjumpa di hari yg telah dijanjikan...
walaupun umah atok tengah renovate, seronok jugak kat istana kecil cik ni...angin macam duk genting...bukan sepoi2 bahasa, tapi sejuk menusuk ketulang hitam...dan yang penting kerjasama walaupun aku asyik tido je..hahaha


1. gmbr bawah ni atam ngan adik aku...wah atam ari tu tak puas posing yer...
2.wah seronoknyerrrr..ramai sungguh tenaga kerja cik.
3. ni pengantin yg tak puas2 nak bergambar..sejak kawin ni terlebih gula plak dia...hahaha
4.hahaha..atam ckp dah macam parti hallowen plak
5. buah tangan/(owh my peberet..pisang kaki)





alhamdulillah...yang paling best tentulah mak aku ada kat sini..cuma tak best sebab aldo, zati ngan nia tinggal..sian nia..mesti nia sedih cari mak tok dia.(tapi papa nia yg dulu rindu mak tok..hahaha)

lots of luv
et


Sunday, November 27, 2011

kau bunga teristimewa


yg baju merah tu anak buah aku, yg pink tu sepupu aku...dedua tengah spm.dan dedua suka nyanyi..bagus boleh wat album duet ni..hahaha...vidoe ni masa kahwin atam tempoh hari.rupanya senyap dlm bilik tengah merakam lagu yerk
lirik awe (pink) yg buat, melodi syifa yg buat...berbakat dorang ni..awe memang pandai main gitar pun..belajar sendiri melalui internet jerk..tapi pastu dia beli la buku sama..semakin teror wooo..
so untuk kalian berdua, moga mendapat resul yg gempak spm nanti..

p/s:sian syifa, oleh kerana exam spm masih belum habis, dia tak dapat join kenduri atam kat umah mak aku nanti...abis exam kena tunggu plkn plak coa dia dpt yg first panggilan nyer..hohoho..tak leh la kamu nak enjoy yerk.

p/ss:awe jgn mara yer kak ti letak sini..muahaha

lots of luv
et

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011


tarikh hari ini hari istimewa untuk adik aku....alhamdulillah
untuk adik aku yang tersayang aman...selamat menjalani kehidupan berumah tangga.moga bahagia hingga kesyurga....
untuk shima...welcome to my big family...huhuhu

p/s:semoga segalanya berjalan lancar...

p/ss:gambar ambil dari i luv islam.com..mohon copy yer


lots of luv
et

Saturday, September 3, 2011

selayang-klia-selayang

salam syawal


raya ke 5 masih sempat beraya lagi walaupun kerja petang..huhuhu...kalau ikutkan, mlm tadi kami tido umah atok, tapi atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan, aku pegi pagi2 buta...muahaha..best giler masuk kl+selayang coz tak jemmmm...sempat juga singgah pasar kat depan balai polis selayang(yg lama tu) beli mee rebus ad..memang sedap..kami makan jugak kat situ sebenarnyer..hahaha...

pagi tu kami pegi umah mama umar dengan rumah pak long. kemudian aku gegas balik umak atok coz nak bersiap pegi keje. ikut perancangan, mak akan balik petang tadi, tapi setelah dipujuk oleh melor, makanya aku pun pegi keje naik erl dr kl sentral sebab mlm ni boleh tido bawak ketiak mak..hahahah..best giler..
ekceli ni 2nd time aku naik erl walaupun keje eport...hahaha..juga 2nd time aku pegi kl sentral..uwaaa jakun giler aku..hahaha...dah la first train terlepas..kene tunggu kol 2 tapi memang besh sebab laju n cepat sampai..mcm ada peluang jer nak pindah duk selayang balik coz melor suka sgt persekitaran di selayang..

so untuk emakku tersayang...terima kasih sebab tangguh perancangan untuk pulang petang ini...sayang emak kuatkuat...terharu sungguh rasanya sebab mak tak jadi balik. jadi aku pun semangat naik erl sebab klu melor ambil aku kat klia, sure kami terus balik rumah..hahaha..ngelat jer kan...


sayangemakketatketat
et

Sunday, May 8, 2011

d'desa part 5-ladies day

salam






Mcm biasa kalau melor jumpa anak2 buah dia sure akan lupa bini..hehehe…tapi takper…yg penting dia happy walaupunnnnnnn
Petang ahad tu melor n the geng pegi segamat. Sian ipah nak ikut tapi melor ckp ini plan untuk org2 besar jer..hahaha











p/s:atin dah muka macam achap..huhuhu

balik 1 hari tapi ntry mcm seminggu kat kampung..hahaha...abadikan kisah aku untuk kenangan masa hadapan





lots of luv


kekodokbulat




Saturday, May 7, 2011

d'desa part 4-pizza

salam






kali ni bukan nak share resepi pizza bib yg memang sedap tu..tapi kisah disebaliknyer..hahaha...



ms buat tu dptla 6 keping pizza yg besar n memang puas sgt makan.yerla buat sendiri semua letak extra...



sebenarnyer oven mak rosak. mak banyak oven.. yang bawah besar tu atok belikan.masa tu atok selalu request koi qalakatar(tradisi org perak) so senang ada oven besar...yang kecik itam tu memang dah ada..mak ada gak oven butterfly yg itam guna dapur gas tu..mlm tu oven butterfly mak pun kami guna...



yang besar tu tak boleh terlalu panas.kalau panas mesti blackout..hehehe..so pakar kami iaitu atam gagal menyelesaikan mslh oven..hahaha...gunala oven yg itam kecik ni..







tapi yg kelakarnyer oven mak ni tak leh tutup rapat. jadi kena la ikat...muahaha..sian oven ibuku.

takper...walaupun oven itu terpaksa diikat yg pengting pizza bib sgt sedap..hehehe...cuma brokoli soup jer tak sempat amik gmbr..maklumlah piranha..hahaha

p/s:kalau abg balik mesti lagi best..huhuhu

lots of luv
kekodokbulat