Thursday, January 21, 2021

Allahuakbar

lama menyepi
tanda aku sunyi

hurmmm dunia kita smua berubah
kan!!!!ms dulu sibuk aku selalu lupa
lupa bersyukur,lupa terima kasih,lupa jasa
lupa keindahan bergelak ketawa,lupa nikmat bercinta,lupa nikmat punya kwn yg kau boleh bergelak ketawa dan share a cup of coffee.

covid buat kita terdiam dan buntu kan...namun aku bersyukur..aku harap aku dan melor terus bertahan. bila tengok gmbr2 lama.rindu travel. rindu gaduh tengah jalan cr hotel. rindu bau daerah yg lain...

namun, dihati aku lega. wujudnya covid,munculnya moratorium. aku boleh plan semula kewangan aku. dgn keadaan melor yg hilang kerja, ia umpama harapan utk aku bahawa kewangan kami dibantu Allah. iaitu melalui moratorium.

berpanjangannya covid, aku dan melor dibenarkan keluar kwsp.merasa la duit byk tp bukan utk beli emas atau apa.smua utk kegunaan ms hadapan.kami melalui byk fasa.dimana pengalaman kehilangan pekerjaan buat kami drop.tp satu benda yg aku perlu bersyukur,melor atau aku jd support sistem yg baik. ms melor kecedaraan kaki dan ditamatkan perkhidmatan, kami mmg hilang arah.ada ms aku balik kerja jam 1 pg, aku meraung flm kereta. . tp aku keep bg semangat pd dia. aku kena kuat supaya melor kuat..2x dibuanh kerja bukan perkara mudah nak diterima ye...dan org pkp aku tetap kena kerja,melor cuba ringankan kerja aku dirumah walaupun hanya kurang mengeluh atau merengek. dgn kaki berbalut, aktiviti dia terbatas, yg mn aku lihat dia makin berubah kearah lebih positif.

alhamdulillah juga kerana covid melor dpt kerja baru. jika dulu sektor ni dimonopoli warga asing, dan bila kerajaan tamatkan perkhidmatan warga asing, ada lah peluang utk melor. walau pun pd mulanya gaji hari rm50 selama 12jam. tapi aku bersyukur sangat. Allah mudahkan dan murhkan rezeki melor.  dan sekarang dia dah confirm. lg happy.yg penting dia happy pg keje walau keje 12jam selama 6hr...dan dekat sgt dgn rumah..itu sgt2 melegakan aku. 

bila dilihat semula,jgnlah terus menyalahkan smua org sebab naiknya kes covid. aku selalu duduk dan melihat ke langit. adakah aku antara penyebab Allah turunkan penyakit ini. adakah semua dosa2 aku tidak diampunkan olehNya. apakah aku telah melukakan hati mak,mak dan abh melor..adakah aku hipokrit..wallahualam.

dulu sebelum covid melanda, akan ada ms aku menangis sendiri, dimanakah pusara aku, ada tak yg akan menguruskan jenazah aku, siapa akan menangisi kematian aku dan yg selalu aku sedihkan, ada tak org mahu sedekah alfatihah dan doakan aku nanti. risau takut sedih sebab aku sndiri akan ckp untung arwah ni ramai org dtg ms dia nak dikebumikan..dan kemudian aku tersentak bila jenazah covid hanya diurs oleh org tertentu tanpa ahli keluarga...allahuakbar.

oleh kerana  takut aku adalah pembawa dan penyebar covid,aku dah buat test. alhamdulillah negatif...saat negatif tu aku lega sebab aku takut melor yg kena. seebnarnya melor tu kuat tapi aku je suka manjakan dia kan.jd dia mengada..hahaha

moga virus ini akan hilang dimuka bumi. dan saat dia hilang,moga aku masih diberi kesempatan utk sujud di Mekah,melawat makam Rasulullah, berpimpin tangan dgn tokdah dan melor disebelah..Allah ..... rindunya Kaabah,pancuran emas,hijr ismail,sujud di Raudhah..Alhamdulillah atas nikmat dahulu...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah