Monday, July 30, 2018

Pohon buluh

Rumah itu besar dan indah..tersergam besar diatas bukit. Menarik setiap mata yang memandang..warna yg putih bersih persis banglo mewah diluar negara. Bila malam hampir menjelma, kabus melitupi separuh darinya..walau hanya samar2 mampu dilihat, tetap gagah diatas sana.
Malam itu sangat dingin. Motorsikal itu terasa sangat berat. Peluh mula menitis didahi kecilnya. Bunyi motor semakin kuat walaupun semakin perlahan kelajuannya. Hatinya semakin tidak keruan. Dipandang belakang, gelap dan kelam. Dihujung jalan kelihatan samar2 lampu jalan yg sekejap padam, sekejap menyala.
"Kenapa perlu malam ini dia berkelip-kelip"desis hatinya. Tiba-tiba kedengaran bunyi rantai basikal berkeriuk. Seperti basikal tua yang sudah berkarat tetapi dipaksa bekerja. Bunyinya semakin kuat. seperti sudah berada hampir dibelakangnya. Dia menoleh kebelakang, namun tiada siapa. Walau enjin motornya yang semakin kuat, dia seolah-olah hanya duduk diatas motor yang tidak bergerak.
Akhirnya dia tiba dia bawah lampu jalan yang berkelip-kelip itu. Motor dihentikan tanpa enjin dimatikan. Dia turun dari motor tersebut dan memeriksa keadaan motorsikal yang tiba-tiba menjadi berat. Tiada apa-apa yang tersangkut diroda motornya. Keadaan masih sama. Dan dia baru perasan, lampu jalan itu berada disimpang jalan kerumah diatas bukit itu.
Dia memandang tajam kearah rumah itu diikuti bunyi anjing yang melolong panjang tiba-tiba.  Hampir saja dia terlepas pedal motosikal kerana terkejut mendengar laungan anjing yang menyeramkan itu. Bunyi basikal semakin kuat walaupun tiada kelibat yang bakal menjelma.
Dia menguatkan semangatnya. Sedikit lagi mahu tiba dirumah walau selepas ini jalannya dilitupi pohon rendang yang besar dan gelap gelita. Terdapat juga pohon buluh yang merinbum sebelom sampai kerumah bidah jah. Rumah pertama sebelom sampai kerumahnya. Mengingatkan rumah bidan jah sudah cukup membuatkan dia mahu patah balik ke kedai kopi pak sahak. Menyesal dia ikutkan kata kawan-kawannya yang mengajak melihat perlawanan bola antara MU dan Liverpool itu. Hasilnya, hampir jam 2pagi baru perlawanan itu tamat dan dia terpaksa pulang seorang diri melalui jalan yang menyeramkan itu.
Pedal motor dipulas. Bunyi enjin motor seperti biasa. Tiada bunyi paksaan seolah membawa lebih muatan. Mulutnya mula membaca surah2 lazim yang diingati. Dia memulakan perjalanan semula. Motor dipulas namun dia hampir terjatuh apabila sebuah basikal tua yang laju memotongnya yang berada ditepi jalan itu. Mulutnya ternganga dan dia terkedu. Bagaimana sebuah basikal tua yang tadinya hanya kuat bunyi rantainya, boleh selaju itu dan hilang didalam gelap malam.
Hatinya mula gelisah. Mahu meneruskan perjalanan atau patah balik dan tidor sahaja dimasjid kampung berkenaan. Pak sahak pasti sudah menutup warungnya.
Dia menguatkan semangatnya. Motor di pulas sambil mulutnya terus membaca segala ayat yang diingatnya. Jika didengar, tidak tersusun sebenarnya. Namun dia perlu kuatkan semangat dan pulang kerumah. Dari tidur dimasjid, lebih baik dia terus kerumahnya.
Pokok itu dilaluinya. Terlalu besar pula dia rasakan. Motor semakin laju dan dia terus memulas sepenuh hati. Rumpun buluh bakal dia harungi. Lampu motor dibesarkan dan tiba-tiba dia melihat basikal yang memotongnya berada ditepi pohon buluh tersebut bersama seorang wanita berbaju kurung putih memandangnya. Tajam pandangan wanita tersebut seolah-olah ingin dia pernah berbuat salah kepadanya. dia terkejut dan tanpa disedari, motornya terlajak terus melanggar pokok dihadapan rimbunan buluh tersebut dan dia pengsan disitu.....

Tuesday, July 17, 2018

Alhamdulillah

Selepas hampir sebulan melor cuti sakit, akhirnya dia dah kembali pulih..dan aku pun dah tak perlu jd pemandu peribadi beliau. Lega den..kaki kelihatan semakin ok.tggl sedikit kudis namun tiada nanah..melor semangat mcm viasa walau gaji msih tidak dibayar...mcm2 prosuder..
Well aku plak masih bertahan..insyaallah akan terus bertahan. Walau kdg kala hati selalu terusik..