Saturday, December 31, 2011

welcome 2012

alhamdulillah....

2011 meninggalkan aku dengan penuh kenangan pahit dan manis. untuk semua rakan2 yang selalu menjengah aku dirumah ini, selamat menyambut tahun baru. moga tahun 2012 memberikan kita semua yang lebih baik dari yang lepas..

selamat datang 2012
semoga hidup aku dan melor terus bersinar dan bahagia sentiasa.

lots of luv
et

GILA JUDI - M. DAUD KILAU


aku nak sangat tengok cerita songlap sebab depa guna lagu ni..sedap plak lagu m daud kilau ni..hehehe..njoy

lots of luv
et


dania

uwaaaaaaa...alang rindu la kat nia. geram betol dengan budak tecik ni. dulu asal jena dukung dnegan oarng lain, sure dia akan nangis, tapi sekarang nia dah kenal semua mak sedara yang suara mcm langsuir ni...muahaha...nia skang dah pandai main.. kalah ian yer nia...kalau aku kol mak sure dengar suara dia jerit2. mak cakap sekarang ni dia ganti ian main periuk belanga mak. hurm nia..nia..siap la kamu bila alang balik nanti..alang gigit2 perut kamu yg boroi tu...ngeeeeeeeee

tak sabarnyer nak balik tapi bila yer?

lots of luv
et



Friday, December 30, 2011

laksa oh laksa


pernah tak korang makan satu2 makanan tapi tak sedap
esoknya partner korang belikan plak kat korang benda yang sama dan rasa pun sama. tak sedap.
uwaaaaaaaaaa tensen tol la...
semalam masa lunch aku kirim kat member beli la laksa coz bosan makanan yg sama. dia pun bawa balik laksa tu. aku tgk mcm lain mcm jer.. warna kuah dia langsung tak semenggah.mcm guna ikan sardin tin. pantang aku mkan kuah laksa guna sardin tin..tak sedap.
so aku makan 3 sudu jer yang lain terabai..kesian dia..langsung tak boleh telan deeee

hari ini melor dengan bangga bawak aku laksa lagi..hokeiii..sekali aku tengok laksa yg sama, warna kuah yang sama dan potongan limau yg saman..wtf man...ini laksa yg tak sedap aku makan semalam.kenapa u beli plak...

dan bila aku rasa, memang sama..rasa tak berubah langsung...tensennnnnnnn

sebenarnya melor tak salah pun sebab aku tak bagitau yg aku mkn laksa semalam. maka dia pun beli jer laksa untuk aku. tensen la mcm ni..org yg juai tu pun agak2 la...kuah dia tak rasa apa..masin tidak, semua tak der la..nak jer ku harok semua. tensen..tensen..tensen

yela tau la..nanti aku masak sendiri :(

p/s:word 4 today = TENSION

lots of luv
et


then n now







Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu (Full Movie) | Malaysian Film


hooyeeeeeeeeeee dah keluar pun..njoy tapi sound dia tak berapa kuat..kena tambah speaker.

p/s:tapi nak puas hati leh la amik kat astro first..hehehe

lots of luv
et

penanda buku

hurmm tq pada wanikeni yang tiba2 bagi kat aku penanda buku ini. maklumlah kawan dia ni suka benar baca novel kan?muahaha..comey sangat..dan yang penting aku suka..tq wani..sesapa nak tau hasil kerja wani boleh pegi ke craftkami.blogspot.com

anyway, wani tq bebanyak yer..sayang ko ketat2..hehehe

lots of luv
et

sahabat by hawa (original) mp4.


second song from hawa...first video leh tengok sini
lagu ni pun awe buat sendiri
teruskan usaha kamu awe..kami sentiasa menyokong..hahaha
amin..

lots of luv
et

Bloglist Change N Review ur blog


lama dah tak join benda2 mcm ni. jadi sebab masih jauh lagi tarikh tutupnyer, aku nak join la juga. seronok gak klu ada orang nak review blog aku yg tak berapa nak comey ni. muahaha.. kiz akan review 2 blog anda yang terpilih setiap minggu.tapi ada gak la pemilihannya. hurmmm boleh la tengok kat sini


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe ) - dah follow ^__ ^
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang - dah buat juga
3. Of course mesti ada blog sendiri - muahaha..
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang - sap sap sui
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog-ok
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.----ok kiz...tq.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni - done
2. Follow Blog Kiz kalau rajin - done
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang - done
4. Mesti ada Blog sendiri - ok
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment - ok
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

Harap layak la kiz...luv u..muah n tq sebab anjurkan segmen ni..

lots of luv
et

Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday



p/s:muahaha...

lots of luv
et

Tuesday, December 27, 2011

universal studio singapore last episode

lepas far2 away castle dan tengok wayang yang best tu, kami ingat nak terus keluar sebab dah petang sangat. konon2 nak balik awal sebab malas nak beratur lama2 kat imegresen.tapi tukar duit lagi sket nak beli barang (tukar duit sikit mcm kat jb tadi), then aku ajak melor masuk tengok orang nyanyi2.siap ada api2 lagi..show 25 minit jer..tapi best jugak...cuma sebab dah penat jadi nak beronok-ronok tu tak der semangat dah.

suka benar melor
ni lepas far far away castle..
on the way keluar jumpa kungfu panda lagi...sebab pagi tadi tak sempat ambil gmbr, makanya aku paksa gak melor pi amik gmbr...dapat jugakk..hehehe..comelnyer diaaa
muka berminyak giler dah....

masa dah keluar akan lalu kedai2 coklat, chili's n mcm2 la...depan reese ni ada maskot dia...amik jerla gambar..kang kecik ati dia aku tak nak bergambar ngan dia(hahaha...karut)
lepas tu kami masuk mall dia, tetiba tengok ramai kerumun ingat apa, jadi aku pun gedik2 pegi, rupanya cinderella kot..aku rasa yerla cinderella..sebab aku rasa mcm tak layak jer bergambar ngan dia, amik jer dari jauh kan..uwaaaaaaaaaaa...tapi takper tak sedih sangat..kalau princess fiona aku nak la..
ni la hasil pegi itu ari...tq melor untuk patung shrek tu
alhamdulillah, selesaila sudah. confirm pegi lepas ni tak sesat lagi. tapi seronok sebab pegi sendiri kan?huhuhu...banyak game yg aku tak masuk. dulu masa masuk everland kat korea banyak game yg kami tak boleh main sebab kami kan besar(betol tau)...sebab tu aku takut nak naik roller coaster. ms kat korea depa tak benarkan naik. sedih betol + malu gak la kan sebab staff dia suh aku keluar..hahaha..tapi depa replace ngan another game..lastly aku n melor main game budak2 jer..hahaha..tapi everland dan uss lain sangat. yg sama kami pergi dekat2 nak krismas la..kalau di everland lagu krismas korea version punyalah kuat, tapi kat uss senyap jer...ada la bunyi tapi orang jerit2 jer...cuma keseronokan dia tetap sama...bak kata mas tukul arwana "amazing..amazing"..hahaha

itulah cerita aku dan melor..orang nak bercuti, aku pun sibuk nak bercuti. orang bawa anak2, aku ngan melor bawa lemak jerla..hahaha. ada aku kesah?muahaha tak baik tau.

walau apa pun cara mahu bergembira, keselamatan yang utama. kesihatan juga perlu dijaga. minum air kosong banyak2. maklumlah musim hujan kan(winter malaysia). hehehe dan musim demam...

lots of luv
et

songlap




hoyeeeeeee dapat jugak tengok wayang walaupun dah lama tak tengok. last aku tgk wayang cerita toyol u...tengok sorang2 la sebab melor tu lebih suka kalau shamsul jer belakon..kalau pelakon lain susah gila dia nak follow..ok takpe mak tak kisah..
apa cerita yang aku tengok..hurmmmm aku tengok cerita songlap..sebab aku suka syafie naswip la kan..

cerita ini berkisarkan kehidupan 2 remaja lelaki yang mempunyai ibu pelacur dan terabai kerana ibu mereka sendiri tidak mengenali mereka. ad dan am melakukan kerja2 haram termasuk menjual bayi. Am (shaheizy sam) suka berjudi tetapi Ad pula suka menari dan mahu memasuki pertandingan tarian. kisah bermula apabila kawan ad bernama razak mati setelah mengambil dadah dan razak mempunyai seorang kakak bernama hawa(sara ali) yang sedang mengandung akibat dirogol bapa sendiri. hawa diperdaya oleh kak jah(yg menarik wanita mengandung dan menyimpan mereka di satu tempat sehingga bersalin dan baby akan dijual) dan disitulah ad mengetahui hawa kakak razak. kemudian bermula konflik dimana ad mahu menolong hawa dan am yang dikejar kerana disangka belot.
ok cerita dia ok jer sebenanyer TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII sangat sakit hati bila masuk wayang ada orang tendang2 kerusi aku..weii aku memang nak bangun n tempik jer...dah la bising..pandang belakang rupanya budak2 lelaki lepas sekolah la aku ras..muka pun tak baligh lagi(geram ni)...dah la buat bising..helooooooooo korang kalau nak bercerita n buat kesimpulan sendiri boleh tapi janganla cakap kuat2. sara ali tak kenal, syafie pun tak kenal..indon ker sampaikan syafie naswip tu tak kenal...weii tensen aku..dah la sepak2 kerusi aku, sampai naik pening aku sebab tergegar-gegar....
adik2 yg kengkonon nak bersosial, ingat yer orang yang duduk disetiap kerusi itu bayar tiket rm8 hengget sama macam korang yer..jadi hormatla sikit. jgn nak tendang2 kerusi orang sesuka hati. kalau aku tak pk melor, nak jer aku bangun. aku nak henjoy, tensen plak jadinya..

itu jerla..walaupun ending dia mcm "aikkk habis mcm ni ker" tapi aku tak kisah..yg aku kisah nak bangun dan keluar dari panggung.

p/s:nak njoy pun hormat orang lain

lots of luv
et

house-flower

kalau lah rumah ni rumah aku...uwaaaaa..besh sunggoh.sah2 aku amik kat emel kan..muahaha

House-flower
Leaf House - a mansion, designed by architects and designers of the company Mareines + Patalano Arquitetura. This beautiful Brazilian flower "planted" near Rio de Janeiro on a small beach with turquoise water and is eco-construction. The idea of creating such a house owned by Brazilian architect of Indian origin.












tak dapat rumah mcm tu dpt tangga dia pun dah best kan...
suka nyer tangga dia

lots of luv
et


Monday, December 26, 2011

universal studio singapore p-IV

lepas rehat sekajap, kami masuk la the mummy return nyer game. alaaa yang naik keta slow jer sebenarnyer pun.. aku rasa mesti ramai menyumpah tengok kitorang sibuk nak naik kereta budak2 ni...muahaha..tunggu 30min, naik tak sampai 5 min..tapiiiiii aku suka jer sebab kereta dia cool..muahahaha...melor yg eksaited..
gmbr bawah ni la keretanyer..hahaha


me n my melor
then jumpa waterworld plak..tapi game dia confirm basah la kot. kami tak masuk sebabbbbb
sebab lepas waterworld aku dah nampak far far away nyer castle..alaaaa aku nak masuk jugak jumpa shrek..huhuhu..
pergh muka gembira habis....





kami masuk show shrek. best sebab kerusi dia pun bergerak ikut cerita yg ditayangkan. siap kena sembur air lagi..hehehe i loike...rasa mcm nak repeat jer tgk shrek ni...

bila keluar jer hujan turun lebat sungguh. melor plak hadiahkan aku shrek.uwaaa suka sugguh aku kan... lama jugak tunggu reda hujan. last sekali kami redah sebab ujan dah renyai2. aku singgah madagascar plak sebab ini pun antara kartun yg aku suka...

naik boat n kat dlm tu ada la cerita dari depa. aku naik ni sampai 2 kali. first melor tak mau join, sekalinyer lepas keluar aku cakap best sama mcm kat korea(everland) nya show. terus dia nak join. baru teringat masa kat korea tu pun kami main benda ni dua kali(naik boat laaa)..suka sebab ada muzik n relax jer naik sampan dia.

hooyeeee dah nak habis ntry singapore akuuu....

lots ofluv
et

hebat..hebat


aku amik from email mau copy disini...tq



walaupun agak lambat tapi nak jugak buh kat sini kan..hehehe.gol nazmi faiz adalah yangketujuh terbaik didunia..hebat okey..


BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.

Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam . Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.


Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia:


1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona , 23 November 2011)

2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)

3. Yohann Eudeline ( Sedan lwn Laval , 25 November 2011)

4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)

5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg , 26 November 2011)

6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)

7. Nazmi Faiz Mansor ( Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)

8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)

9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)

10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca , 27 November 2011)