Saturday, August 18, 2018

Kadang aku merasakan hidup ini terlalu sukar. Malang yang bertimpa2. Hutang yang semakin tiba duenya. Dan apabila hanya kau yang available utk membantu, patutkah kau diam kaku...
Ini bukan cerita kesusahan..tetapi ini cerita tentang tanggungjawab. Betapa pentingnya sifat kasih sayang diantara ahli keluarga.tidak kira tua atau muda. Hormat menghormati perlu diutamakan. Mementingkan apa yang hak. Dan menjauhkan apa yang tidak.
Kadang kala, kita diberi sedikit kesenangan..dan kita membantu dalam urusan kewangan, manakala ahli yg lain yg tidak berkemampuan memberi pertolongan dr hal penjagaan. Tidak perlu mendabik diri dgn mengatakan ini smua aku yg tanggung. Ini adalah salah sama sekali. Allah tidak suka manusia yg sombong dan ego tambahan dengan ahli keluarga sendiri.
Kurang kasih sayang yang dicurah atau terlebih sudah. Kadang ia bermain di kotak fikiran aku. Perlu aku turut perangai dia atau biarkan saja. Tapi tahukan dia aku sendiri berperang dgn rasa.
Aku pelik bagaimana kurangnya perhatian dan kelembutan dalam kasih sayang.

Monday, August 13, 2018

Latifah

Panas mentari makin hebat menggigit kulit latifah yang hitam manis itu. Dia menarik lengan baju cuba untuk mengurangkan rasa terik tersebut. Langkahnya dilajukan sambil kepalanya meliar mencari kelibat manusia yang dia kenal. Langkahnya dilajukan. Gusar hatinya semakin dalam. Kakinya terus melangkah tanpa arah. Hatinya semakin sayu mengenangkan sikap ibunya yg sentiasa menangkan kakaknya nan satu itu. Segala perbuatan latifah sentiasa tidak kena dimata mereka. Kadangkala latifah berasa adakah dia anak angkat keluarga itu sehingga terasa hina layanan yg diterima.
"Tipah, kenapa belom masak nasi. Aku lapar" tengking sharipah sambil menunjal kepala latifah yang sedang berehat kerana sakiy kepala. Dia yang baru saja berbaring selepas menyelesaikan semua kerja rumah dan berkira2 ada ms sebelom memulakan aktiviti memasak nanti.
"Tipah pening kepala kak. Tak sedap badan" jawab tipah lemah.
"Apa yg kau buat sampai tak sedap badan. Kau mengandung ye"teka sharipah.
"Kakak jangan mengarut boleh tak? Bila masa tipah keluar dr umah ini selain sidai kain dan sapu sampah dilaman kak?"jwb tipah.
Sharipah terus meluru ke bilik ibunya. Ketukan bilik ibunya yg kuat membuatkan ibunya membuka dengan marah2.
"Nape sha"tanya mak ros ibu sharipah dan latipah.
"Latipah mengandung mak. Dia pening2 dan tak sedap badan"adu si sharipah.
Latipah mendengar perbualan mereka namun tidak mampu membuka mata kerasa sakit yang terlalu kuat.
"Latipah!!!" Jerit mak ros. Mak ros menerkam rambut latifah. Dia terpinga-pinga dan cuba selamat dirinya.
"Aku nak rehat dengan abah kau pun susah. Apa sahaja kerja kau latifah" tanya mak ros yang keluar dr bilik dengan kain batik separas dada sahaja.
"Tipah tak buat apa mak. Tipah pening kepala lepas jemur kain tadi. Panas sangat" jelas tipah.
"Jam 10 kau kata panas tipah. Kau cakap siapa buntingkan kau. Cakap dengan aku" jerit mak ros sambil tangannya menampar pipi latifah. Dia melihat sharipah ketawa mengejek.
"Padan muka kau"kata sharipah lalu masuk kebiliknya.
"Mak, tipah tak pernah keluar dr rumah selain ke kedai. Tolonglah mak.tipah sakit" latifah merayu pd mak ros.
Mak ros melepaskan rambut tipah dan latipah terus berlari keluar dan tujuannya hanya ingin mencari ketenangan. Dia masih mendengar ibunya menjerit dari luar dan tipah terus berjalan tanpa menghiraukan jeritan mak ros.
Latifah berhenti di taman permainan di tepi jalan tersebut. Tiada siapa pun kerna panas terik kan. Dia duduk dibangku berhampiran gelong2 besar yang berwarna warni itu. Sebenarnya latifah tidak terfikir mahu lari dari rumah itu. Dia tidak ada siapa yang dikenalinya malah dia tidak kenal saudara maranya. Selepas keluar dr rumah akibat dimarahi mak ros, latipah pergi kekedai dikawasan kampunya untuk membeli surat khabar. Setelah mendapat apa yang dia inginkan, latipah berjalan pulang. Setibanya dirumah, dia melihat beg sandangnya didepan pintu rumah dan didalamnya terdapat beberapa helai pakaian miliknya termasuk dompetnya yang hanya ada ic sahaja.
"Mak buka pintu ni mak. Tolong tipah. Tipah tiada tempat nak pegi.jangan halau tipah" sambil.mengetuk pintu tipah merayu.
Senyap tanpa balasan. Tipah menuju ke tingkap. Sama berkunci dr dalam.
"Kak sha tolong tipah.kak sha, kak sha" rayu tipah lagi.
Dia menangis dan terduduk didepan pintu. Memeluk erat beg sandangnya itu. Dan terus berlalu pergi. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan dan dia nekad mencari kehidupannya sendiri.

Sunday, August 12, 2018

Villa atas bukit itu

Pagi itu indah sekali. Sejuk dan mendamaikan. Latifah menyedut dalam-dalam udara yang sungguh menyegarkan itu. Sambil berjalan melihat bunga bunga yang mula berkembang. Menunggu jam 9 pagi dimana cahaya matahari semakin meninggi dan bunga bunga mula mekar menunjukkan diri.
Paip air dicapai dan segala tanaman itu disiram. Semalam dia tidor sendirian. Tuan Zainal tidak pulang ke villa tersebut. Hanya ada Latifah bersama Mak Jah dan Pak Akob menemaninya. Mak Jah dan Pak Akob adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Zainal. Namun 2 tahun lalu mereka meminta berhenti kerana mahu pulang kekampung di Kuala Pilah. Tetapi sejak beliau menghuni vila atas bukit yang tersergam indah itu, tuan zainal memohon jasa baik mereka berdua utk kembali bekerja. Oleh kerana rumah mereka masih dalam jajahan yang sama, Mak Jah menerima tawaran tuan zainal.
Sebenarnya, berat hati mak jah mahu membantu tuan zainal kerana beliau mengenali rapat keluarga tersebut malah mengetahui semua rahsia keluarga itu.
Tuan zainal sudah berkahwin hampir 20 tahun dgn Puan Maria Ann. Wanita kacukan portugis yang dikenali dizaman universitinya. Kemudian mereka bersama sama melanjutkan pelajaran di london. Tuan zainal bukan dari kalangan orang berada. Dia yang dibesarkan dirumah anak yatim setelah diusir oleh keluarga pakcik yang diamanahkan menjaga beliau. Mujur dia tiada adik beradik lain. Sejak itu beliau nekad untuk mengubah kehidupannya.
Ayah tuan zainal meninggal semasa mencari ayam hutan untuk menjadi habuan makanan. Ayahnya seorang yang rajin namun demikian telah ditembak secara tidak sengaja. Pada zaman itu, ramai yang suka berburu. Sejak itu ibu tuan zainal perlu mencari pendapatan sendiri untuk membesarkan tuan zainal. namun ibunya tidak mampu menahan godaan dari lelaki yang sentiasa mencuba nasib untuk memiliki ibunya. Dan akhirnya ibu tuan zainal bernikah dan meninggalkan tuan azlan bersama pakcik saudaranya haji shuib yang garang dan tidak berperi kemanusian. Pada 3bulan pertama, ibunya menghantar wang belanja namun terputus begitu sahaja menyebabkan haji shuib menghantar tuan azlan kerumah anak yatim.disitulah kehidupan beliau berubah.
Tuan azlan bekerja keras dan belajar bersungguh sungguh demi mendapat jawatan yang tinggi kerana dia mahu berjaya dan menjadi org besar. Dia nekad tidak mahu mencari ibunya serta dia nekad akan memutuskan hubungan dengan smua insan yang pernah beliau kenal.
Berlainan dengan puan maria Ann. Maria adalah dr golongan berada. Setiap kehendaknya ditunaikan oleh ayahnya seorang pegawai diplomatik dari sepanyol. Walau keluarga beliau hanya tinggal dimalaysia selama 5 tahun, maria memang telah jatuh hati dengan tanah melayu. Beliau sukakan kehangatan, selesa dengan orang disekelilingnya dan sangat suka pd makanan yang ada. Disebabkan itulah beliau membuat kptsn mahu melanjytkan pelajaran dimalaysia sementara smua keluarganya sudah pulang ke sepanyol. Maria ann memeluk islam sebelom berkahwin dengan tuan zainal. Namun sayang kerana maria ann gagal meninggalkan kehidupan sosial beliau yang sukar dikawal.10 tahun pertama mereka berkahwin, mereka sangat bahagia. Namun tuan zainal terfikir sampai bila mereka mahu hidup seperti itu. Dan disebabkan itulah beliau membeli tanah di kuala pilah dan membina banglo indah yang ingin dihadiahkan kepada isterinya. Beliau nekad mahu berubah kearah kebaikan dan menganggap jika berpindah kevilla yang jauh dr kesibukan kota, hubungan mereka semakin rapay seperti dulu dan maria ann boleh mengurangkan aktiviti sosialnya. Namun harap tuan zainal hanyalah sia sia kerana impian itu telah ditolak mentah mentah oleh maria ann. Mereka bergaduh besar dan akhirnya maria ann keluar rumah dengan keadaan marah. Hampir 5pagi beliau balik dengan keadaan mabuk teruk. Air mata tuan zainal jatuh lagi.