Friday, June 8, 2018

Admit bila june

Assalam

Simpan sini untuk kenangan.14 jun 2016 melor penah admit nci sebab bisul..kena operate..lgpun dia ada kncg manis.
4june2018, melor admit lagi akibat kemalangan ditempat kerja..aku syak shift tempat kerja dia byk sumbang pd kejadian2 yg tidak diingini berlaku..masuk jam 3 pagi..5 pagi dan kerja 5hr direct..mengantuk wei..semasa kejadian,dia masuk keje jam 3pGi. Aku plak keje 7pagi.jam 710, dia msj bgtau kaki kena dolly..terhempap..nak jumpa aku..dtg tgk2 dah bengkak gile..mcm nak meletop dah. Kebetulan officer dia lalu n aku inform suh balik..bw klinik..namun demikian, mereka hanya mahu anta melor ke.klinik kesihatan salak..wtf..aku sabar je lah..dahla melor ni syg sgt dgn kerja dia..
Setelah dpt kebenaran dr pegawai, aku hantar melor sndiri. Ke klinik utk buat rawatan xray dan deng...kena admit sebab ada retak..mohon masuk nci dan jam 1700, br dpt kebenaran masuk bilik...aku dah jem...pulang kerumah kerana mahu msk sedikit utk melor, dan kemudian pergi kerja. Siap hendak pergi kerja, tiba2 aku lihat air keluar byk dr bwh kereta..ohmggg...dugaan apa lagi ni..aku call melor..namun line celcom pula mcm sial jdnye..dpt ckp dan putus2..ketika itu sudah 630ptg..melor suggest isi air sket n jalan slow2..aku buat..kemudian terpaksa naik bas..kerana kereta melor ditempat kerja beliau. Jam dah 0710..aku berdoa agar bas tidak lalu lg..namun begitu, smua org kurasa memandang  aku yg seperti tiada perasaan kerana mereka smua sdg menunggu waktu azan..aku cuma sempat beli sebotol air mineral...jam 0715, masih menunggu..tiada bas..kupndg kedai2 makan..mereka sudah minum dan aku menelan air mineral yg ada dgn lelehan air mata yg tak mampu nak ditahan lagi..0725, bas sampai dan sambil membayar tambang, air mata keluar tanpa dapat dikawal..
Sedih...sedih sgt...andai mampu diluah disini..mahu saja aku tulis segalanya..hati sakit .penat...semangat hilang terus...
Dan yg pasti aku bukan org yg suka cerita sedih pd merrka yg belom aku rapat. Sukar mahu meminta tlg pd kwn2 ditempat baru pdhal mereka sudi menghulur bantuan pd aku..
Malam habis kerja, aku tmpg rakan sekerja ambil kereta melor. Singgah di ayuni utk mencari makanan sahur.. boleh pula 3 org anak dara melintuk riuk didepan aku sambil bermain telefon dan seorg itu tiba2 seperti mamai dan lihai..hampir2 saja melanggar kereta aku..nasib mmg aku berhenti..dia seperti mahu kekiri..tetapi tiba2 kekanan..dan kemudian kekiri semula tetapi memutuskan kekanan..korg sakit hati tak..ya Allah..sakitnye hati aku waktu itu.
Aku pulang kerumah sebentar, ambil baju dan tukar pakaian...beg baju mmg sudah aku sediakan..kemudian terus ke hospital..dengan penuh kepenatan dan airmata yg tak sudah2 tumpah.
Esoknye aku off..rabu aku cuti..khamis dtg kerja.
Kereta aku bw ke bengkel..minta mekaniknye yg ambil..dan setelah dilihat, water pump pecah..selesai 1 mslh..tp kereta lg 1 kena tggl dikedailah kerana tiada sapa naktlg bw..mekanik yg lain cuti..tggl dia sorg aje..so tawakal aje lah..
Kaki melor pun alhamdulillah semakin membaik..tggl bengkak dan yg pasti tiada retak..alhamdulillah..
Sejujurnya, aku hilang semangat terus pd isnin itu..rakan2 dan adik beradik aku dan melor yg menitipkan doa dan semangat..aku sndiri tak pasti apa hikmah yg akan timbul..namun aku bersyukur bila tiba2 pelangi muncul selepas hujan lebat yg aku rs seperti mahu pengsan sahaja..terima kasih Allah utk ujian ini..terima kasih kerana selalu bantu aku yg hina ini...terima kasih allah dan alhamdulillah..ujian ini amat manis sekali kerana khamis itu aku punya berita gembira yg buat aku terdiam tanpa kata2..subhanallah..maha suci allah...alhamdulillah