Sunday, June 20, 2010

selamat hari bapa



salam....







selamat hari bapa abah...




tahun lepas et dpt wish pada abah dan yang bermakna et wish masa kita di mekah.indah sungguh masa tu kan abah..singkat sungguh rasanya...belum puas kami balas jasa abah...masih banyak rasanya hutang yang tak terbayar dek kasih sayang yang abah dah berikan pada kami.



abah...et masih ingat ms abah ajar et menghafal doa qunut.huhuhu..masa tu umur et baru nak masuk 7 tahun tapi alhamdulillah mak ajar et mengaji dr awal dan et dah dapat mengaji muqaddam dan boleh hafal surah2 yang penting.et ingat lagi et hafal doa qunut waktu petang dengan pakai seluar pendek warna merah jer..hehehe..abah cakap hafal doa qunut nanti sebelum abah pegi kedai abah nak dengar..ms tu abah balik sembahyang zuhur dan akan pegi kedai pomen abah kembali lepas mkn..hmmm kelakar betol ms tu.



et masih ingat ms ptg dah nak masuk maghrib, bila dengar jer motor abah, kami semua akan tutup tv sebab abah tak bagi tgk tv masa maghrib pdhal ms dulu bnyak cerita best tayang ms maghrib mcm cinderella,cinta antara benua..hehehe..mencicit semuanya pegi mandi n siap nak sembahyang..



et ingat lagi kalau maghrib et suka jemaah ngan abah lepas tu terus et ngaji..hmm.segar semuanya diingatan et.rasa mcm abah masih disisi kami.



abah..walau apa pun terjadi abah the best abah in the world.et sayang abah sangat2.semoga abah tenang dan aman disana..semoga abah dijauhkan seksaan kubur dan semoga abah ditempatkan di syurga.
amin...alfatihah

lots of luv
et

dia tahu juga




salam...




lama tak update coz banyak benda nak pk..mcm2 hal berlaku dlm kehidupan aku yang semakin mematangkan diri dan mengajar aku tentang cabaran hidup..selepas hal ini dah diketahui aku tak pasti apakah perubahan yang akan berlaku..bagi aku pengajaran yang paling berharga adalah jangan sibuk mengata hal org lain..hehehe..betol beb...mcm org ckp what u give u get back.hmmmm




mean bukan la aku or family ni seorang yg suka menyibuk hal org tapi nama pun duduk berjiran kan..kata 1 malaysia..kalau tak kata yang depan mata nak ngata hal sapa plak kan...lain la aku ni duk kat dlm utan..so mungkin aku akan mengata hal beruk tu couple ngan rimau ker..hmm boleh ker?




ntahla...aku harap apa yang berlaku akan membuat kan kami lebih berhati2 dan semoga akan mengeratkan talian persaudaraan antara kami semua.walaupun ia sudah mencalarkan nama abah tapi aku rasa takperlu lah kita nak menambahkan masalah atau menegruhkan lagi keadaan..yang penting walau apa pun terjadi dlm badan kita semua masih mengalir darah halim dan faridah kan?




kita masih bersaudara kan?malu memang la malu tapi dr ia semakin berlarutan lebih baik kita bantu selesaikan segalanya dengan baik.




semoga semuanya akan selesai dengan baik dan dipermudahkan oleh-Nya.

et sayang kalian semua


mak,along,abg man, abg halil,makleb,bib,azhar,aman,adan,nora n all my niece


yang paling penting et sayang melor

Friday, June 11, 2010

hati

aku masih bengang...

Tuesday, June 1, 2010

FW: Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam