Thursday, June 30, 2011

kisah ontel



salam


ontel kami asyik buat hal ajer sejak akhir-akhir ni...kenapa yer ontel..sian melor tau. kitorang tak cari yang lain nyer coz kami sayang ontel..cik merah pun kami sayang walaupun jarang berkhidmat.


untuk bulan 6 ni ajer hampir 4 kali tayar kene paku. kelmarin antar ontel pi jumpa dr ganesh plak nak check apa mslh sebenarnyer......isk..isk...isk...kenapa ontel..kamu tak sayang kami lagi ker?

walau apa pun ontel kami tetap sayang kamu....sayang kamu lajulaju....


kenangan sipokok bunga

salam....


masih cerita pasal gambar2 yang ada dalam hp dan bila di belek kembali "wahhhh geramnyer pokok ni"...
ekceli ni pokok2 yang ada kat rumah aku dan ditanam oleh aku....mcm biasa before nak puasa melor yang akan sibuk suh kemas kini pasu sebab nak antar pegi nursery dan tukar pada pokok baru..pokok buluh tu masih bertahan. mcm pokok ala-ala pisang tu dah kering....masa tengok balik gambar ni mcm takpercaya plak kan...muahaha
yang bawah ni kat garaj..masa ni cik merah tak der lagi..jadinyer satu space cukup la untuk ontel kitorang.....pokok yg bawah ni tingginyer sampai cecah bumbung garaj tu...isk..isk..isk..gemok-gemok sungguh kamu smua yer...
tapi sekarang hanya tinggal kenangan..nasib baik sempat ambil gambar.smua pasu bunga aku dah bawak kedepan sebab nak bagi space pada cik merah..kang berpanas plak ontel aku tu...sian dia kan....

p/s:hurmmmm bila la vitamin R nak mai untuk aku tanam semula semua bunga supaya gemoks yer..huhuhu

sayang lajulaju
kekodokbulat


fwd:kisah karak

nak share disini..diambil dr email....tq

KISAH KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru)
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).


MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..

Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.



1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)


Jalan Lama Karak
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).


2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!


ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU :-

GURUN, KEDAH
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
(sumber dari Kosmo!)


SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
“Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.
(sumber dari Kosmo!)




Wednesday, June 29, 2011

sedu

salam...


korang pernah tak kena sedu...biasanya baby-baby selalu la kene sedu kan...aku pun jarang-jarang kene...dulu masa adik aku kecik atau masa anak buah aku kecik, bila diorang sedu, sure mak aku suh amik kertas then tepek kat dahi diorangkan...then sedu pun hilang..itu untuk baby...kalau baby sedu, org cakap nak besar

kalau org tua-tua plak yang kena sedu, sebab apa yer?takkan nak membesar lagi kot..hahaha
selalunya aku kalau sedu, minum air tak lama pastu sure hilang...tapi melor plak tak hilang2 sedunya...lastly dia suh amik kertas tepek kat atas dahi dia...hahaha...comel giler u melor...oleh kerana melor dikira baby besar, so kertas yg perlu ditampal pun besar(nasib baik i tak tampal satu a4 kan)...hahaha...

muka orang penat balik kerja tp kene sedu

tak lama lepas tu sedu dia hilang. bertambah sakan kami gelak kan...melor ckp ni memang sedu nak besar ni...huhuhu..yerla dia minum air dah banyak sedu tak hilang...dah kene tampal baru hilang...
kira boleh la melor yer...

p/s: pengalaman mendewasakan kita

lots of luv
kekodokbulat

Tuesday, June 28, 2011

Jangan kau tipu aku!

salam.....



aku bukan kaki tipu...isk..isk..isk...sila klik gambar incik ben yg besar lagi gagah perkasa untuk terma dan syarat

p/s:hi abg ben...jgn risau saya bukan kaki tipu n tak akan sumpah org jadi batu..hehehe

(first time aku ikt segmen incik ben..tetiba rasa cuak plak..hahaha---apa derrr)


sinchan

salam


selamat pagi malaysia(ceewahhhh)......
godek-godek gambar dalam camera jumpa gambar ni...hahaha..chomel sungguh patung ni..sebelum ni dia kena sorok dalam dashboard sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sebab sinchan ni tak pakai baju..hahaha...beli patung ni masa kat miri...sebelum ni pernah beli patung gedik2 ni kat kedai rm2 kat segamat....tapi ada mslh yg tak dpt dielakkan, patung pooh tu tidak dpt diselamatkan..masa aku beli patung tu, aman pun beli juga tapi dia amik spiderman..masih elok sampai sekarang(mungkin elok lagi coz ari tu umar dah tarik patung tu..hahaha)..aman cakap sgt berbaloi beli coz murah dan tahan lama..huhuhu

maka bila jumpa kat miri, kami pun beli..ada jer patung lain yg ada baju, tapi terbekenan plak ngan sinchan yg tak pakai baju ni..hahaha..lepas letak tak sampai 2 hari, melor balik keje dia ckp
"u...tak baikla letak patung sinchan bogel ni. nanti apa org kat" hurmmm bila dipk balik oklah melor..u cabutla...dudukla sinchan ni dlm dasboard melor...lama sudah oooo

so ms aku buat audit dlm keta tu (hahaha..kemas da..sib baik tak jumpa tikus jerk)...terjumpa plak dak sinchan ni..so aku letak n janji ngan melor yg aku akan buatkan baju untuk sinchan ni..sian dia kang termalu plak bila org tengok...hahaha..takpe yer sabar sinchan..nanti mumy jahitkan u baju ala2 kimono..muahaha..buat masa ni u tergedik-gedikla dulu dalam keta macam biasa yer...tapi jgn over gedik plak tau...

lots of luv
kekodokbulat




celcom bagi duit

wallawehhh.....celcom nak bagi duit laa...tapi aku guna line laaaa...ini khas untuk pengguna celcom prepaid XPAX, SOX, UOX, CELCOM BLUE...

huhuhu...aku guna celcom employee lines...so tak dapat nak join..makanya sesapa nak join buatla panggilan sekarang....minima 5/10 kali panggilan sehari...masih ada peluang ma walaupun promosi ni bermula 6JUNE sebab akan tamat pada 03 july depan..

2 pemenang telah dipilih..sekarang tinggal minggu ketiga (20-26 june 2011) serta minggu keempat (27 june - 03 july 2011)...sesaper yg jadi pelanggan celcom bolehla telefon yang tersayang sekarang...lagi banyak cakap, lagi banyak dapat duit woooo...untuk maklumat lanjut sila klik sini

p/s: sajer tulis coz family aku ramai guna celcom prepaid n adik aku kan selalu kol orang sana sini..hahaha...

dettol


salam...


alhamdulillah dah ambil hadiah yang dimenangi masa aku join contest dari REDMUMMY...inilah hadiahnya...sangat teruja. ingat susah sangat nak pergi sana..tapi sekarang kan dunia dah moden(ceewahhh..)nasib baik tak sesat..dahla melor kerja (uwaaaaaaaaaaaa)...
sangat bersemangat nak pegi..bila masuk office dia sangat best..mesti staff kat sana enjoy jer kerja kan...tempat kerja yang best dan suasana yang menarik membuatkan kita semakin semangat kerja..huhuhu...seronoknyaaaaaaaa depa...

masa masuk terus ckp nak jumpa karen...sangat muda n cantik cik karen ni...betol..aku sangat2 teruja ni..maklumla ni first time dapat hadiah kan...lagila teruja...
makanya aku tetap nak ckp lagi.. tq REDMUMMY...tq DETTOL....n tq NUFFNANG terutama cik karen yg cantik itu...

tapi orang yang paling teruja mestila mamat ni...cik melor sungguh gembira dengan sabun yang memang jenama kegemarannya...hahaha..tq yer melor sudi jadi model saya

p/s:tetiba semangat ku kembali

lot ofluv
kekodokbulat

Monday, June 27, 2011

berjimba dihari minggu

salam...


last weekend melor still keje...tapi dia settle keje awal tp tak claim pun(baguih kan) so dlm kol seploh sibuk suh aku siap...nak pegi pasar karat...hahaha..sibuk sungguh mamat ni nak pegi pasar karat..padahal dah agak panas dah masa tu...so aku pun berkobar-kobar la kan bersiap(poyo sungguh) maklumla tak pernah pegi pasar karat ni....so mak pun pakai la vogue2..padan la muka kan..nama jer dah pasar...hahaha..tapi ok jer aku nohal..cuma melor jer sibuk gellakkan aku..muahaha..nyampah sungguh...

ni ms dlm perjalanan pegi shah alam...tetiba mengong dia sampai, so aku layankan ajer...ekceli susah gak mamat ni nak buat keje gegiler mcm ni time terang benderang ni kan(siang le)..coz biasanyer dia melayan bini mengong ni dia ms ari gelap jerk...yerla kalau dia buat aksi tak berapa kelakar tu..hanya aku ngan dia jer yang nampak..hahaha...luv u ucuk


maafkan jerla muka melor yang control ayu tu..hahaha...kelautttt
then masa sampai jer pasar karat yang tinggai hanyalah besi karat..ehhh takler..ada lagi cuma tak ramai sgt dah org..lagipun depa smua tengah sibuk mengemas barang masing-masing..hmmmm buat pusingan yg tak berapa nak pusing, kami gerak balik...tapi sebelum tu pegi makan kat restoran apa ntah kat situ..melor ckp kedai tu masuk JJCM...tapi aku tak berapa berkenan la..layanan hampeh...air aku mintak sebelum melor duduk sampai dia dah habis makan tak sampai lagi...dah la amik sambal tempoyak dia yg pedas tu..ternganga-nganga mulut aku...grrrrr...dah la panas bertambah panas la kan....

sebelum tu dpt kol dr opis la plak..hati dah berbelah bagi..hmmmmm takper kita relaks walaupun tak berapa nak rileks...tambahan panas + pedas yang memang rasa nak makan jer budak antar air tu...arghh malas la nak citer...memang macam hampagas laaa kan...
lepas mkana(itupun tak habis..sebab terkejut dia kira mahal nak mampuihhhhhh..cekik darah betoi..kalau sedap tak per la)..arghh malas nak citer lagi...bikin panas jerla...

kemudian kami terus balik coz nak setle hal keje..sampai umah sembahyang, settle hal keje terus gerak pi karaoke...tapi gmbr yg ni tak tersusun la pulaks..hahaha...

yg bawah ni gmbr yg aku makan kat Noodle station lepas karaoke.... lebih sedap + layanan tip top n best la...melor sangat suka nasi goreng kat bawah ni...nasi goreng tomyam...memang sedap pun..hehehe
ini plak air yg aku order. aku ingat besar giler coz dlm gambar besar...bila sampai...mak aih...cenonet jerk..dah la sedap air ni..hurm takper aku tak marah..aku suka jer..hahaha
ni la gambar yg ada ms karaoke berdua ngan melor...kelakar gak ms kat sini...dah la pilih lagu semuanya rentak orang frust jer...bantai la melor..kamu ngan saya jerk nak dengar kan..huhuhu

tuan rumah kene bagi belakang jerk..kang depan pengsan plak kan..hahaha...so inilah aktiviti orang yang masih takder anak..kalau ada anak kang aku tak tau mcm mana..silap aribulan aku pakai baju pun terbalik..hehehe


have a nice weekend smua...

p/s:miss my late abah

lots of luv
kekodokbulat

dettol:sabun dibilik mandi...sabunnnnnn

salam....

'SABUN DIBILK MANDI....SABUN......'(mcm yus raja lawak la pulak)

dettol's sweet-smelling protection is must have because....badan segar berbau wangi, kuman mati sama sekali, kasihnya dettol sejak azali, kini sayangku pada dettol bertambah lagi (tambah dapat hadiah free)....

masa aku baca ntry kat blog REDMUMMY, tiba-tiba semangat ultramen masuk ketubuh aku..hehehe. memang aku ngan melor suka guna sabun dettol. klu tak dettol kami guna lifeboy...jadinya apabila kakred bagitau dettol nak bagi hamper bernilai RM100 dengan syarat tinggalkan komen diblog kak red, aku pun gedik-gedikla kan...alhamdulillah...terima kasih kak red...terima kasih DETTOL...terima kasih NUFFNANG...

kemudian, minggu lepas tgk fb, kak red beritahu bahawa nuffnang akan hantar emel kepada pemenang, aku pun dengan poyonya bukanla email aku...lepas itu, rasa macam nak lompat katak dan mulut tak leh nak tutup coz senyum jerk kan...rasa mcm nak bagitau satu dunia aku menang...hahaha.

lambat buat ntry pasal kemenangan ni coz tak sempat nak menulis. blogwalking jer yang sempat..hehehe...lagipun hadiah tak ambil lagi...ingatkan sempat ambil minggu lepas, rupanya tak dapat juga...akan cuba hari ini..

makanya, gambar hamper tu tak dapat aku tepekkan kat sini....nak tempek gambar aku kang semakin lambat plak nak load blog ni...maklumlah tuannya besar..huhuhu

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...klah nak sambung nyanyi
"sabun dibilik mandi....sabun....sabun dibilik mandi...sabunnnnnnnnnn"

p/s: terima kasih lagi sekali pada nuffnang,redmummy dan dettol...

lots of luv
kekodokbulat



Sunday, June 26, 2011

Thursday, June 23, 2011

TIDAK LAMA LAGI-IMRAN AJMAIN



terbuai mendengar suara
tersentuh bila mendengar melodinya
syahdu semakin lama
arghh..
aku semakin jatuh cinta
pada lagu ini ajer....
njoyy

Sunday, June 19, 2011

hapy fathers day

salam
.
..
...
....
.....
happy fathers day abang
happy fathers day aldo
happy fathers day abah umar
happy fathers day abah yah
happy fathers day abahtok
happy fatehrs day abah melor
.....
....
...
..
.
abah....et rindu abah.....................alfatihah

lots of luv
kekodokbulat




Saturday, June 18, 2011

save ur date

salam...


new york chicken


chichago beef







aku kan selalu ketinggalan...hahaha...aku suka hotdot 1901..sedapp n rangup..cewaaahh..benda ni dah lama sebenarnyer tapi mungkin ramai yg tak tau(alaaa aku jer yg lambat derr)....

tiap2 19 aribulan, 1901 akan buat promosi di mana harga hotdog dia hanya rm4.99 shj..bestnyerrr..yg hot dog sahaja rm1.99...apa tunggu lagi...jom la kita ramai2 serbu 1901 setiap 19 aribulan

p/s:jom serbu reramai esok yer

lots of luv
kekodokbulat

Thursday, June 16, 2011

tak sudi

salam....


pinjam gmbr upinipin jap..hehehe

malas nak citer panjang...malas nak bebel yg mengarut...malas nak cakap yang bukan2...nanti ada yg terasa hati...aku jugak yang susah...kita ikhlas nak bagi...tiba2 aku plak yang fikir melalut ...taula kita ni saper...ntah..suka hatilaaa...mungkin salah aku coz yerla..dia saper aku saper...dia glemer aku tak dernyer derrr....

p/s:kita ikhlas tp tak tau org lain kan?manusia....

kekodokbulat



Wednesday, June 15, 2011

sesuka

Baru kelmarin aku melihat dia sedih

Tapi semalam sudah bercahaya wajahnya

Baru kelmarin kusapu air mata yg basah

Dan hari ini aku lihat dia tertawa

Dugaan yang hadir bukan halangan

Tapi aku lihat umpama bongkah batu yang menjunam

Menghempap aku sehingga hilang dr pandangan

membuat dada aku sesak

menambah fikiranku semakin resah

Hilang segala semangat

Pudar segala harapan

Kelam segala perjalanan

Umpama sibuta hilang tongkatnya

Perlu dipapah dibantu segala

Dan aku merasa lebih teruk sebenarnya

Mencari yang indah disebalik duka

Menyelak setiap duka mencari hikmahnya

Walaupun yang duka kembali ceria

Luka lama tetap akan berdarah semula

Walau yang ceria terus gembira

Aku tetap masih terasa pahitnya

Walaupun aku terus meratap hiba

Tapi mereka akan terus riang ketawa

Walau semangat itu kembali menjelma

Tapi aku tetap merasa hilang segalanya


Monday, June 13, 2011

halwa betik


salam.....


ini adalah percubaan try n error aku yg biasanyer hancur..hahaha....org buat kuih aku pun nak buat, org buat apam dot dot, aku pun nak buat, org buat cekelat aku pun nak buat tapi selalunya mesti pegi cik tong(tong sampah coz tak jadi)..hehehe

so masa pegi umah cik ton semangat aku semakin bekobar kobar nak buat halwa betik ni tapi disebabkan tangan aku yg keras langsung tak berseni ni makanya inilah hasilnyer...minat dah mari tapi mslh plak nak cari betik mudo..hahaha

sebenarnya tiba2 aku rasa rugi coz dulu arwah long aku sangat pandai buat halwa betik ni..lagi mcm2 bentuk dia buat.sgt kreatif...nasib baik kakak aku ada belajar ngan arwah so nanti kena la berguru ngan kakak aku plak..tapinyer otak kartun mcm aku ni selalu la menderhaka n suka hati buat resepi sendiri kan!..hehehe

habis keje petang sampai umah kol 12 mlm...aku terus mula operasi..hahaha..cuba bayangkan mlm buta aku berketuk ikut acuan koi untuk dpt bentuk bunga..maklumla betik tu keras...semangat dowh

sangat senang buatnyer tapi kene berperang ngan cik semut la kan...
bhn: betik muda, pisau, kapur mkn, pewarna, gula, gula batu (tapi ceq tak guna.guna gula biasa jer..itu yg tak kilat sgt)..hehehe

lepas ukir apa yg patut nak ukir, rendam ngan air kapur..ada yg ckp sehari semalam, tapi aku buat 2-3 jam jer....baru rangup sket...

rebus air gula buh la pewarna..dah sejuk sket baru aku buh halwa betiknya..so aku ulang setiap hari..pagi2 aku akan rebus balik air gula tu dah sejuk sket baru buh balik betiknya sehingga bersinar la halwa tu...

skang baru berapa hari so idokle cantik sgt..tapi kalau dah namanya et, tak sabar der..hahaha inilah hasilnyaaa...tak manis sgt...bolehla..yg penting cantek(cantek ker)hahaha

yang bwh ni present untuk kwn office melor..aku buat la dah request from bos besaq kan...hehehe..tapi tak best la coz abjad untuk coklat tu takder huruf P..cik wani dah pesan suh check betol2 sebelum beli tapi bos besaq aka cik melor yg beli so aku lupa nak suh dia check dulu...hurmmmmm dah aku orter huruf B tapi terbalik la plak...bolehla kan melor?
badam+kelapa

jadi jadilah projek gegila aku ni...alhamdulillah so untuk halwa betik tu mungkin aku nak buat untuk souvenior aman kawin nanti(habisla majlis ko man...hahaha)...untuk hntaran pun best gak ni...insyaallah akan di improvekan dari hari kehari...nampaknyer tangan aku ni pun kena rendam selalu bagi lembut..senag sket nak ngukir betik tu kan....

sekian
terima kasih...(hahaha..apa kes)

lots of luv
kekodokbulat


Sunday, June 12, 2011

bolehla

Kata orang

Jangan terlalu suka ketawa

Kelak menangis merintih hiba

Mengharap ia bukan terjadi keatas kita

Tapi,

Itu orang yang kata

Aku tak ckp apa2

Walaupun kutepuk dada bak kata mereka

Jawapan tetap sama

Yang terjadi ada hikmahnya

Yang berlaku ada tersuratnya

Walau indah bak bintang kejora

Walau pahit buat aku rasa sengsara

Tetapi itulah yang mengajar segalanya

berhati-hati bila melangkah

berkira-kira mahu ketawa

membilang segala butir tutur kata

sebelum lidah digigit berdarah

atau tergeliat dek gigi yg bersepah

bukan mudah melupakan semua

bukan indah pun kenangan lama

walaupun bila kuingat semula

ia semakin menyesakkan jiwa

tiada keindahan yang menjelma

hanya mimpi ngeri bak di penjara

atau aku yang masih tidak kenal erti dunia

yang hanya melalaikan dan sering terlupa

walau diingat berkali-kali masih ku alpa

menangis, meronta mahupun merintih pedih

namun tak mampu diluahkan melalui kata2

tak keluar sedikitpun melalui air mata

hanya bermain diminda dan dijiwa

yang akhirnya hilang bersama luka

yang tetap akan menjelma bila dikenang semula

dan yang pasti

tiada siapa yang perlu aku salahkan

mungkin hati aku yang terlalu rapuh untuk dipegang

atau jiwa aku terlalu lembut untuk di sentuh

dan aku terlalu naif untuk segala-galanya

lots of luv

kekodokpelik

Saturday, June 11, 2011

KL Gangster

salam


mlm tadi sempat tengok KL Gangster...sebab utama pelakon kegemaran si melor...hurm..mamat ni kan jatuh hati giler ngan shamsul yusof tu...apa cerita mamat hensem ni buat semua simelor sokong...walaupun melor penakut sket tapi sebab si shamsul ni belakon n arah filem khurafat melor sanggup tengok...hahaha..sengal nyer laki( tapi laki saper la yerk)
dalam mengantuk2 tu sanggup gak pegi(yg ni aku la kan)...kol 0130 PAGI yer...sampai alamanda (jer) kol 0105, tengok keta dah penuh..umangai...ramainyer...happening giler coz ramai sungguh peminat kl gangster ni...tapi yg ramainyer budak laki ler..yg pompuan ada la 2-3 kerat..pi beli pop corn+corn cup...tapi serius memang ramai giler yg tengok...bangga kejap coz ramai rakyat malaysia support citer ni(best gak klu aku dpt habuan-cehhhh apa kes)

pasal movie ni memang aku puas hati..melor lagi la...makin banyak aksi lawan makin cepat tangan dia makan pop corn..hahaha..giler banyak aksi lawan2 dia..sungguh best giler.(takderla mcm citer kongsi kan...hehehe..sib baik tak tgk kat panggung)

tapi disebabkan dok layan citer nora elena so terbayang la yg si malik tu jd mcm seth(hensemnye walaupun pakai tshirt jer) n aku sgt suker citer chinta so tgk adiputra tu sgt kacak bergaya walau tak pakai baju (gagah sungguh dia)

yang paling a ku suka mestilah si zizan sebagai fadil atau abg long dil ngan si ajib tu...best la mamat dua org ni...

pepehal memang terbaik la citer ni..sgt suka + teruja tambahan setanding mcm citer luar...simple n penuh aksi gaduh yg menggerunkan.ada unsur family sket n takperlu heroin2 pun citer ni dah best.huhuhu..

p/s:moh kita sokong produk tempatan..hehehe

lots of luv
kekodokbulat


Wednesday, June 8, 2011

kenduri kawin

salam...


jarang sekali dapat join mana2 kenduri kawin dlm family aku or melor..isk..isk..isk..(kang kene buang kuarga gak aku ni...hahaha) kebetulan cik ton ni agak rapat ngan aku coz dia baik sgt...ms aku kawin dia buatkan halwa betik yg besar gila untuk aku..huhuhu...so untuk kenduri anak cik ton kali ni aku just buatkan coklat yg tak sempat ambik gmbr langsung(betoi cik wani..kami memang tak sempat amik gambaq)..ku gerak ke perak naik van atok...hahaha...tq cik/
dr kl koi 1.30..so lambat la ka...sampai tapah keay tiaw sup yg ku suka tu tutup sudah..hmmm so lepak jap then sambung perjalanan..tp aku bantai tido jer..siap bawak toto lagi kan..
smpi batu gajah kol 4 pagi..alhamdullah..

kol 7 lebih aku bangun terus tolong mak mentua aku coz dia nak buat mknan pengantin..aku yg jadi mak nyibuk ni tolong la apa yg patut... tu pun lari2 jap tolong kemas apa yg patut..isk..isk..isk...

pelamin cantek tp kenapa tahun ni semua org suka merah yerk...ari tu cik pegi knduri kat perak pun warna merah gak..

inilah gmbr yg sempat aku snap...lepas pengantin sampai terus aku masuk bilik sambung tido..kepala pening sgt..panas sgt laa...nak karaoke tp mcm tak da peluang jer..hmmm.

fondant kek, icha(adik ipar aku) yg sponsor
buah durian(pelik kan)..hahaha ini dlmnyer manisan..org kmpg kan kreatif
tart bakul
ni pun tart dlm bakul(besar sket bakul tu) icha gak sponsor
halwa cili(cili betul yer kengkawan)aku hengat mcm arwah long aku buat rerupanya cili betol..isk isk isk
pelamin indah
halwa betik ala reflisia..cik ton buat untuk bunga meja mkn beradap
buah yg aku buat...tukang rosak bagi kat aku jerla..hahaha
meja mkn beradap
yg ni pemandangan kurang indah..hahaha...gedik kejap..lama dah tak makan kek suap2..hahaha..gatai
p/s: kita tak pernah puas dengan apa yang kita miliki tapi bila ia hilang baru kita tahu itu yang paling kita rugi kerna tak pernah menghargai

lots of luv
kekodokbulat

akhirnya

salam...


orang kata jangan diikutkaN perasaan. mungkin akal aku jer yg pkr te
rlalu pnjang padahal mungkin kebetulan...ngak apa2 lah...

ni adalah projek terbaru aku..try n error lagi...muahaha
sgt suka bila menjadi walaupun kelakar coz beli pisau pelit(ala pisau yg seposen tu) sampai sekotak coz kedai tu tak juai satu2..hmmm kalau melor tau sure dia gelak kan aku....

to pengkritik tegar aku cik wanikeni...ni lah hasilnya. tapi kene tunggu yer untuk hasil terakhir...ni kira intro la kan...hehehe


cer teka..apakah ini?hahaha