Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
korang jer mampu...aku mampu tengok jer.
manusia tak pernah puas hati dengan apa yang org lain miliki
p/s:iyer aku tau aku golongan marhaen. bukan mampu sangat pun. takperlah lepas ni kena tunjuk payslip gaji dan jugak salinan sijil2 baru ada orang nak kawan dgn aku kan?..
huhuhu...inilah realitinya..
bersabar dan bertabahlah
lots of luv
et
Monday, October 29, 2012
Sunday, October 28, 2012
ohlala couple
assalamualaikum w.b.t
ohlala couple drama korea baru yg memikt hati aku..aku sempat tengok hari sabtu ms tengah tunggu melor balik keje..iyer melor keje hari sabtu pagi dan aku keje petang kol 4..owh bestnyer keje dihari raya.
ms aku tgk tu part 1..wah bestnyer..
kisah dia lebih kurang begini
kim jung eun ni sebagai isteri nama na yeo ok. suami dia nama go so nam lakonan shin hyun joon. dorang dah kawin hampir 12 tahun. akhirnya mereka bercerai sebab suami dia ni ada skandal lain kat luar. dah la tak hargai apa yang isteri dia buat. asyik marah bini dia jer.
satu hari masa mereka gaduh, siisteri buat keputusan nak keluar rumah dan pergi ke apartment yg dia beli dan mau tinggal situ. sebenarnya dia mcm ugut jer suami dia. kemudian dia pegi apartment tu untuk beri notis supaya keluar dr rumah sebab dia nak masuk duduk umah tu
.(rumah kat korea canggih yer pintu dia sistem code)..guna di ketuk tak der org buka dan dia cuba code pintu yg dia buat. rupanya tak bertukar dan telah masuk rumah tu. semasa di cuba keluar, dia terserempak dengan suami dia bersama skandalnya dan masuk rumah tersebut. rupa2nya, selama ini, skandal suami dia duduk diapartment yg mereka beli.
masa ni sdih sangat. kesian la kan sebab isteri dia dah berkorban jaga rumah semua..kena marah, tapi rupanya suami dia berpoya-poya dengan org lain.
pada mulanya dia sangat2 frust tapi akhirnya dia bangun dah telah memasang kamera dan menjerat suami dia. kelakar gak bila suami dia terkedu bila tengok gmbr sendiri. akhirnya mereka amik keputusan untuk bercerai. semasa proses percerai dimahkamah, sesuatu terjadi pada mereka.ekceli ada mcm cupid la dlm cerita ni...
berlaku kemalangaan terhadap suami dia dan bila suami dia tersedar, rupa-rupanya, mereka dah tertukar badam..muahaha
aku dpt tengk cerita ni episod pertama dan episod 2 tu setengah jam jer,...adus..best plak citer gini...takper...aku akan cr dlm tenet jer..huhuhu
lots of luv
et
sup urat keting
assalamualaikum w.b.t
sedap kan sup ni..ini namanya sup keting..aku memang gila dengan sup begini..biasanya akan dpat masa raya korban jer sebab banyak dpt kaki...beli kat luar jarang la sebab aku tau mak aku kalau msk benda ni mesti cuci baik punya....
nak jadi cerita, pasar mlm kat salak tinggi ada jual sup urat keting ni, tapi 7 hengget sebungkus..owh mahalnyer..tapi melor suh beli jer..sebab dah banyak sgt barang yg dibeli, aku pk tak payah la...melor janji nanti dia akan belikan...inilah dia rupa urat keting yg belum dimasak..
pada hari kejadian iaitu rabu lepas, melor cakap urat keting tu tak masak lagi(maknanya tak lembut lagi..dia sedap kalau lembut mcm jeli2 tu)hurmmm dapnya...tapi melor janji akan beli yg mentah punya...ok aku ok jer..kemudian esoknya dia balik dengan bangga cakap
melor:i dah beli urat keting awak tu..dia yg putih tu kan..
aku: ooo ye ker..hurm dapnyer buat sup..
melor: pegilah tengok..pegilaaa
eh gedik mamat ni...tapi aku tak tengok pun malas..jap lagi la aku pi tengok n ingatkan nak rebus terus..sekali tengok hadoiiii
ini barang daaaaaa
tau kan apakejadahnyer benda ni kan? en melor, ini namanya perut lembu...bukan urat keting......uwaaaa kempunan lagi mcm ni..sedihnyerrrr..
nak makan sup urat keting.sob..sob..sob(sapu hingus)
lots of luv
et
Saturday, October 27, 2012
TRIAD - RATU DI HATIKU Official Video HD New
kerana adam dan hawa...aku suka sangat lagu ini..hehehe
p/s: dia buat boleh...orang lain buat tak boleh...
tapi memang pun...salah org nampak..diri sendiri semua betul
susah mahu menjaga hati ni
lots of luv
et
Friday, October 26, 2012
musim hujan vs musim pecah rumah
assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera
dua tiga menjak ni kawasan perumahan aku semakin panas walaupun musim hujan. 2 hari lepas rumah jiran aku nyaris dimasuki pencuri.mereka masuk melalui pagar rumah aku yang mana pagar tu tak berkunci sebab melor pergi keje pagi jam 0730 dan aku akan balik rumah sebab aku habis shift jam 0700.kalau ikut logik akalnyer, apakejadah sampai orang nak mencuri dihari cerah kan? tapi itulah hakikatnya.
modus operandi mereka dah bertukar. tak main la merompak rumah orang malam2 buta. risiko tak nampak ni lain sket. so depa buat siang yg terang benderang. maklumlah pagi2 kan semua org sibuk nak pergi kerja dan antar anak kesekolah. jadi ms tulah sipencuri ni masuk rumah jiran aku dengan memanjat pagar dr rumah aku...sebab dia tau rumh aku tak der orang. jiran sebelah aku memang full houswife. rumah mangsa ni plak ada anak dan suami dia keje shift tapi isteri dia office hour. jadi aku tak pasti samada semua kerje pagi atau ada yg kat rumah.
sipencuri ni dah masuk garaj rumah mereka tapi jiran mereka yg disebalah sinun dah menjerit dah perompak tu terkejut lalu lari keluar. yang paling best dorang naik kereta alza warna putih yang dipandu oleh dua wanita yg sedang tunggu depan rumah. jiran2 ingat kereta tuan rumah sebab tuan rumah tu pun pakai alza juga.
haaa tengok bukan main2 yer..pompuan pun ikut sekali terlibat tapi bukan warga tempatan atau negro...
rupanya-rupanya, minggu sebelum tu, jiran kami juga sebaris dengan kawasan rumah aku pun dan kena rompak. masa tu dia dah buka pagar dan masuk parking kereta. belum sempat tutup pagar, 2 orang menaiki motor terus masuk rumah dia dan acu parang hokey..nak tak nak terpaksa ikutkan sahaja...
dan bulan sebelum ini, jiran aku juga rumah dia kena masuk pencuri semasa dia sibuk ambil anak kat sekolah...
hadoiii aku kat rumah pun gigil2 pkr kan hal rumah. bukannya apa, kami ni harap rumah jer besar(besar la sangat), tapi dalam bukan ada apa...kang diminta duit atau barang kemas, manik ada la..mau ka?hahaha.susah hati memikir sebenarnya. tambahan bila aku keje malam..lagi la aku pk chomel aku kat rumah tu...dah la dia tu selamba jer keluar kol 3-4 pagi then lepak kat tembok depan rumah...hebat kan?belum lagi kalau dia nampak benda yg mencurigakan mula lah dia keluar tunjuk gagah sangat..geget kang baru tau...
yang peliknya dia aim deret rumah aku jer...hadoiiiii pencuri, jangan la buat kerje mcm ni..kamu ingat semua orang senang ker?banyak lagi benda lain kami kena buat. kami pun bekerja keras mcm kamu juga. bezanya kerja kamu ni menyusahkan orang.
wahai pencuri-pencuri sekalian, semoga korang semua terbuka hati nak berhenti menganiaya orang. pergi la cari keje...tukang cuci ker, cleaner ker, jaga ker, jual tisu ka, semuanya kerja yg halal..jangan la sibuk sangat nak ambil hak orang lain..pastu nak cederekan orng pulak tu...huhuhu
Ya Allah, kau lindungilah kamu dan jiran2 kami..semoga semua dugaan ini berakhir dengan cepat dan perompak itu tertangkap..amin
p/s:korang2 semua pun berhati-hatilah....

selamat hari raya haji
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
alhamdulillah...bertemu lagi dengan raya korban untuk tahun ini...moga semuanya diberkati...
namu aku bekerja dipetang raya..huhuhu...takper...korban juga namanya...demi sesuap spagheti..hehehe
yang paling aku rindu pastilah melapah kepala lembu kat rumah atok aku...sejak kerja shift ni, memang selalu la aku terlepas aktiviti paling gempak dlm family jamhari..sedap gila makan otak masak lomak..tapi paling best mestilah sup kaki lembu..sodap wooo yang kenyal2 mcm jeli tu...hurmmmmm ada orang nak belanja makan sup tetel..tapi mesti tak dpt ..uwaaaa..rindu sup kaki lembu mak buat...ehhh lupa pulak yang paling best mak aku dtg raya sini...yeeeeha..alhamdulillah...
lots of luv
et
Wednesday, October 24, 2012
semoga panjang umur
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kawanku shazwani
Allah selamatkan kamuuuuuuuuuuuu!!!!!
happy birthday mommy hot..moga sihat,dimurahkan rezeki, gembira bersama remi sahak, sichomel aleesya dan org baru...semoga kita terus bertabah..ceeewah
maafkan adikmu(ceh tiba2 adik) jika ada mengguris perasaanmu....maklumlah usia aku pun bertambah
juga bulan ini..kadang2 mulut aku yg takder break serta tak berinsuran ni main taram jer kan..muahaha
moga ukhwah kita terus berpanjangan
p/s:mahap, aku amik gambar gojes kamu
lots of luv
et
Tuesday, October 23, 2012
kotak misteri
assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
kisah ni dah lama..godek2 dlm pc terjumpa plak.hahaha.ini adalah hadiah kahwin atam pemberian abang kesayangan beliau..hahaha...abang aku la tu..dia tak sempat cari pembalut.halalkan ajer..hahaha
lots of luv
et
Monday, October 22, 2012
malas
assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
alhamdulillah dah hari isnin rupanya...walaupun hari silih berganti bertukar tapi perangai aku tetap berubah...mingu-minggu malas...helooo cik et kamu mau raya ka enggak mau..huhuhu
jumaat dah raya haji. rumah masih serabut barai bagai. mesin basuh buat hal...adoiiii rasa nak patah tulang belulang aku...
rasa nak tido macam cik tucin ni jer..uwaaa.. mana mood rajin aku ni.meh masuk dalam diriku semula..janganla malu2..hohoho
dah la pagi tadi aku terlanggar besi kena plak kat tulang kaki..pergh memang hebat rasanya..aku mcm nampa k stoberi berpusing kat kepala jer. apa kejadah stoberi yg aku nampak..muahaha...
aku sebenarnya nak sangat makan durian crepe ni...(owh aku pinjam gmbr dr blog irma)sedapnyerrr la kan...aku nak buat sendiri tapi minta beli durian masa bukan musimnya..mesti la susah nak cari...dah mcm nak cari cempedak kaedahnya..hahaha...
ada jer jual durian kat tesco tapi apa kejadah pulak sampai rm15 untuk sepeket yg hanya ada 3 ketul....owh aku tidak terdesak sangat..kalau aku mengidam pun masih kena berfikir jugak kos yg perlu dikeluarkan..hahaha
adoiiii..sedapnyerrrr..takperla nanti aku akan buat juga suatu hari nanti..bila ntah la..hahaha..uwaaaaa terliur aku
p/s:bib ko tak nak ker buat kat aku benda ni?ko kan teror.huhuhu
owh aku rasa aku tau sebab apa aku malas, mungkin sebab tak dpt makan durian crepe kot..hahahha..ok tak lawak..
selamat bekerja
lots of luv
et
Sunday, October 21, 2012
saya suka DRESS 1st giveaway
assalamualaikum w.b.t
hurm lamanyer nak join giveway..kali ni join sebab hadiah dia best gilak...tp ramai dah join..harap ada rezeki ..tak muat pun takperla..hahaha.
syarat simple je...sila klik SAYA SUKA DRESS untuk join.
Hadiah dia seperti dibawah...bestnyer..bestnhye
so aku nak TAG 3 kawan disini
1:wanikeni
2:ina chemomile
3.nora shinobe
Thursday, October 18, 2012
bangkok : last day
assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
pagi tu ingat nak breakfast dkt hotel tp mcm hurmmmm takperla...ekceli ada senarai makanan yg dia letak dlm hotel. tapi kebanyakan semuanya ada gmbr itu haiwan..jadi setakat makan roti dan telor, baik kitorang makan kebab sebab malam td kat arab street tu kami beli kebab..microwave ada, so guna sajer..alhamdulillah
disebabkan muka aku kembang tiba2(ceh alasan), jadi aku bubuh gmbr yg kabur sket..hahaha
ni restoren depan hotel aku..ada logo halal...tapi tak masuk pun.
rupanya hotel aku bukan dekat nana station tapi dekat dengan phloen chit station.ok la jugak...jalan sket dah sampai...dekat sana aku rasa banyak betul kami naik tangga dan turun tangga sebab nak lintas jalan guna jejantas. huissh penat gila kaki aku.
setiap stesen akan ada security officer yg akan jaga supaya semua penumpang takut kang ada plak yg jatuh kat landasan tu kan...maklumlaa pegi time hujung minggu semua warga thai nak keluar berhibur.
kami turun kat siam statioan. bayaran tak silap aku 250 bhat kira lebih kurang 2.50 duit kita.shopping mall kat sana hebat2. semua pintu masuk akan ada security check mcm masuk epot pulak. beg pun depa suh buka.ikutkan ajer..bukan bawak benda merbahaya pun kecuali baju muchuk...hehehe
kat sana kan ada madame tassauds. tapi kitorang tak masuk pun sebab banyak lagi tempat nak pegi..flht balik kl petang. makanya jangan bersikap tamak haloba..nanti ada yg jadi warga thai pulak kena tinggal kapal.
kebetulan kat siam paragon ni ada siam ocean live. aku rasa mcm klcc la jugak kot tempat ni.amik gmbr kat luar jer...tak masuk pun.
tiba2 rasa mcm ehhh cantik plak sotong ni...sotong jer ok...guna kamera cap ayam jer pun..malas bawak kamera idung.
kami ikut jer arah jalan yang kami nak. masuk digital gateway ni sebab nak cari toilet.hahaha...dlm ni macam lowyat jer aku tengok. banyak jual gadget.
ehhh dah sampai tokyo?hehehe
ada orang tu masa kat umah sibuk cakap nak naik tut-tut...hambik ko, sekali naik tut2 dah la susah nak naik..telan asap jerla...
kami berjalan sampai ke mbk mall. kat sini best jugak sebab jumpa kedai baju size besar..suka tak hengat...melor plak sibuk nak makan pulut mangga ni...sejujurnya aku memang tak pernah makan pulut dengan mangga..pulut dengan sambal bilis aku suka la...rupanya masyaallah sedapnya la kan..mangga manis, pulut wangi.dapnyer...dapnyer..tapiiiii gg sakit.
keluar jer dr mbk mall ada pasukan maskot nie...mcm nak promosi sukan jer..aku pun lupa sebab excited jumpa goku, sailarmon dll...chomelllllll
dr stesen apakejadahakulupa, kami terus ke makkasan stesen sebab nak amik train express terus ke terminal. aku tak nak amik yang berhenti2 setiap stesen..ramai sangat..aku dahla besar kan..dengan beg lagi..kemudian kami ambil express train warna kuning..tiket kena bayar 90bhat...9 hengget jer..
elok sampai jer epot terus check in..coz ms tu dah kol 4. sangat2 besar epotnye..macam epot dubai...tapi tak sejauh mcm dubai la..security check siap kena buka kasut dan kena check badan by machine.settle terus ke imegresen untuk check passport. masa nak masuk gate kitorang tu, memang kaki dah denyut2 dah..penat sangat. sekalinya gate adalah hujung ke hujung..sepanjang jalan penuh dengan duty free..
masa kami sampai gate, orang dah start boarding..muahaha...terhegeh-hegeh kan..maklumlah, kami kan pasangan comel...
alhamdulillah semuanya selesai. panjang umur, murah rezeki pasti kami akan sampai lagi sebab dah tau kat mana nak cari hotel lebih best dan pengangkutan yang menjimatkan..aku nak pegi floating market..insyaallah.
hurmmmm home sweet home...tq bangkok
p/s:anyway aku banyak baca kat blog burnqis....tq la sebab info dia memang sangat berguna
lots of luv
et
Subscribe to:
Posts (Atom)