Friday, March 30, 2012

satu ketika

Kisah ini kisah lama. Bermula dari teguran menjadi dendam. Dendam yang tiada kesudahan. Sehingga mengakibatkan kematian. Walaupun jasad sudah dimamah tanah, dendam dia tetap membara. Semakin lama semakin parah. Sehingga seluruh keluarga menjadi mangsa. Dia terus bermaharaja lela. Umpama dirinya tidak akan mati diusia senja. Sampai bila wahai manusia? Sampai bila kamu mahu terus bermain ilmu syaitan dan terus tunduk kepada mereka. Mahu diungkap kata taubat mungkin kami bukan orang yang paling sesuai untuk kamu. Ingin kami bawa kamu kepangkal jalan…hanya onak duri jalan yang bakal kami lalui.
Tiada kesudahan ,sengketa yang kau sendiri mulakan. Kau sendiri sudah ungkapkan kata2 maaf yang kelihatan sungguh ikhlas. Kau sendiri menyesali akan kekasaran yang telah engkau tuturkan. Tetapi kau dustakan semuanya. Kau buang ego segala hanya melengkapkan semua cerita yang telah kau reka. Kau beri dia sengsara. Kau gembira melihat dia terseksa. Sehingga mati jua dirinya dan ku sangka kau akan berhenti bila dia sudah tenang disana…
Owh tidak rupanya. Dendammu terus membara. Mahu keduanya lenyap didunia. Mungkin puas bila kau melihat kami pula yang derita. Menangisi yang kedua bila impian kau terlaksana. Tapi ingatlah wahai manusia.. perbuatan jahatmu itu pasti ada balasannya. Biar bukan hari ini, bukan esok hari tapi yang pasti kau juga akan merasai mati.
Mungkin terlalu lewat untuk kita berbicara bertentang mata. Mungkin terlalu lambat untuk kita bertanya segala yang gundah gulana. Walau hati seakan tidak percaya, tapi hanya satu ku pinta.
Biar ada nyawa yang sudah tergadai, ku mohon kau lepaskan dari genggaman. Hapuskanlah segala dendam. Mengapa perlu kau lanjutankan persengketaan. Tiada untung dipihak kau yang aku rasa semakin kesakitan. Kami bukan mahu meneruskan dendam. Kami mohon kau hentikan segala perbuatan ilmu syaitan. Biarkan kita kembali aman.
Ingatlah wahai manusia yang berhati hitam. Kami tidak akan memaafkan kamu andai itu yang kau inginkan. Berdendam mungkin bukan pilihan tapi yang pasti tiada kemaafan. Kerana terlalu ikut kata hati yang dikuasai syaitan, nyawa manusia menjadi taruhan.