Monday, August 9, 2010

kitalah juara

salam....

masih penat bersukan di stadium petaling jaya dr 07-08 august 2010...tapi takperla kan..penat pun berbaloi sebab menang..hehehe
riak sikit aderla...banyak2 tak laa.masih ingat lagi...walaupun masuk tarik tali jer kan..ada mak kesahhh..huhuhu

pict tak banyak coz semua masih dlm kamera..cable tak larat nak amik so nanti jerlaa..memandangkan pc kat umah aku masuk spital so susah la nak upload gmbr..hmmmmm
ni antara gambar2 aku masa majlis penutup yang memang dah tak hingat penatnye tapi havoc punyer pasal penat pun ilanggg..hehehe






















dan yang penting tali n praktis kat pokok dibawah niela petua untuk menang..hahahaha...
to all my frenddds intan,wani,ila,pijah,yan,kak ct n kak jijah...tahniah atas usaha kita selama ini walaupun ada yg tak dpt tidor lena mlm tu gara2 lagu dan irama yg tak dpt disengajakan..hehehe maaf dr aku yaaaa
















dr aku yg masih penat
et...

Friday, August 6, 2010

sukan..sukan..sukan



salam...bulan 7-8 antara bulan yang agak busy dan poyo untuk aku coz join sukan untuk department aku....walaupun berlatih poyo mcm la aku ni msuk lumba lari tapi semangat yang penting..hahaha
dan yang paling penting baju kitorang cantekkkk...



ni aku ngan partner kuat aku..hahaha....intan,aku n wani...semoga kita berjaya...dan yang penting biar vogue..huhuhu
by et

Thursday, August 5, 2010

mohd umar qalif bin norazhar


salam semua....
hihi..
nama saya mohd umar qalif..umur saya baru 2 hari..
saya lahir pada 03 ogos 2010 tepat jam 0144 pagi..
(sowi yer mama sebab umar kacau mama malam2 coz nak kuar cepat)
saya sajer jer nak tumpang enterprem kat blog mak cik saya ni..
mama saya adalah adik kepada makcik saya yang garang ni..huhuhu
sekarang saya dah ada kat rumah mak tok saya..bestnyer dah keluar dr peyut mama saya ni...kalau tak hari2 mama saya sama makcik2 saya doa supaya saya cepat keluar...
jadi sekarang baby imran dah ada kawan iaitu saya..hehehe
bila la saya dapat jumpa makcik kepoh n pakcik mok saya ni yer?
baby umar
by mak lang

Tuesday, August 3, 2010

dah bulan lapan

Salam
dah masuk bulan ogos rupanyer...sekejap jer kan?
hmmm dan tak lama lagi bertambah lagi la anak buah aku..hohoho
to my sis n my cousin:semoga semuanya selamat n welcome to new world ya..masing2 masih berjuang n aku pun tak tau lagi dapat baby aper..
bulan lapan bulan kemerdekaan...yg pasti raya ni masing2 dah ada orang baru...tahniah to both of u...
tak sabar mau jumpa markonah aka baby bib...hahaha...

p/s: arwah abah kan suka nama markonah ni...hehehe..anak aman la letak nama siti markonah ni..ok kan?

Surah Penawar

Salam sejahtera

Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokdileher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Sebar2kan kepada kengkawan, terima kasih...

nuts..nuts..nuts..


Walnut

Chestnut











Cashew nut








pitaschio













Almond













Filbret
















Friday, July 30, 2010

mungkin ia benar



salam...


ari ni just nak share something pasal sikap manusia yang berbeza-beza dan adakala mcm tak masuk akal untuk difahami..ntahlaa

kita suka bukan bermakna kita dengki...
kita suka bukan bermakna kita iri hati.
kita suka bukan bermakna kita jatuh cinta
tapi kita suka hanya sajer jer sebab kita suka..hehehe
selalunya org kata bila kita dah suka kita jadi follower..
jadi bila dah jadi follower ni paham2 jerlaaa
tapi itu bukan bermakna kita ni nak meniru si dia
mcm aku ckp tadi...sajer jer sebab aku pun dah suka...huhuhu
tapi takperla dah orang pun tak suka..
tiba2 aku rasa macam aku ni sebok jer hal dia
padahal maner ada coz aku pun ada kerja
bukan 24 jam nak jadi follower diaaa
tapi kalau tak nak org menyibuk hal kita
buat apala kita sebok2 belajar segala teknologi canggih ni semua
lebih baik buat buku scrap atau tulis diari sahaja
dari last2 sendiri melalak tak tentu hala
pastu coretan aku ni jadi punca
kata aku plak yang dengki kat diaaaa.....
tiba2 aku rasa aku pun sama mcm dia..
melalak mcm orang gila hilang selipar
lepas tu aku lagi kena hentam dlm ini teknologi
padahal aku sajer jer nak buat ini cerita
takder kene mengena pun dengan sesapa
sebab aku pun takderla terasa apa
cuma aku suka bila tengok kejayaan kawan2 semua
yang akan membantu diri aku jadi lebih berharga
tak derla aku rasa macam hampeh jer...
hmmmmmm.....takper..takper..
aku tetap sayang semua...



p/s:tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia....



et

Tuesday, July 27, 2010

anniversary lagi

salam..

i..bila ms plak secret recepi letak plastik..tp tak
24/07 genap kami kawin 6 tahun..n tahun ni melor wat lawak bangang bila wat surprise mcm gila kentang jer aku rasa...oleh kerana 24 ari sabtu n aku kat kampung sebab adik aku kawin so kami celebrate awal..ari khamis melor beli kek n we all celebrate la berdua kat umah..hahaha tapi kek aku bawak pegi opis..melor amik 1 slice ajer..hmm bagus bagus...
esok jumaat petang melor ajak pegi mkn kat secret recipe..oleh kerana aku kenyang so just order epal kasturi n melor makan tomyum kung n ice lemon tea..pastu mamat ni cakap nak pegi toilet..tetiba sampai indulgance cake..dia ckp dier order nak makan n suh aku makan dulu...aku malas ar mkn tapi sian plak..so makan la sikit tapi aku nampak ada plastik bawah kek..pelik gak kan pehal ada plastik bwh kek nperlaaa...si melor dah gelak-gelakkan aku...org lainpandang2.waiter tu ayik ulang alik jer depan aku...aku ingat si melor gelakkan aku sebab tadi aku ckp aku tak nak makan...then dia suh makan lagi..aku pun makan la then dia suh aku tobek yg tengah tu(geram kot sebab aku buat2 tak tau jer)pastu aku pun korek yg tengah dan tiba2 tgk ada yg berkilau-kilau..hahaha..mamat ni wat lawak kentang ngan aku..dia belikan aku rantai mas...kelakar betol..sampai bengang mamat ni sebab aku lambat pick up kot..hahaha
pepehal melor..thanks for everything walaupun berusaha nak surprisekan i yang lembab ni...hehehe..
love u melor

gambar nanti upload coz usb aku ilang..uwaaaa

selesai sudah






salam

alhamdulillah
selamat sudah semuanya walaupun dlm keadaan yg tergesa-gesa.tapi puas hati juga sebab walaupun bukan ini yang kami pinta tetapi alhamdulillah..Allah membantu kami sekeluarga dengan segala jalan yang mudah, walaupun padamulanya seperti tiada jalan penyelesaian. Allah beri kami semua kekuatan terutama pada mak untuk meneruskan segalanya...




bukan riak ataupun ego..bukan mahu menunjuk-nunjuk ataupun meninggi diri tetapi bagi aku semua org berhak diraikan semeriah itu..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...segala pujian hanya padamu YaAllah..Alhamdulillah..
Aku sayangkan dia sebab dia terlalu baik untuk kami semua.walaupun agak malas tapi untuk mak dan arwah abah, dia akan menurut sahaja.semasa abah sakit, dia yang membawa abah kesana kesini...dia yang membawa mak membeli keperluan dapur..dia yang membantu mengangkat abah bila abah tak larat bangun...
masa abah perlu dibawa ke hospital jb, dia yang pergi temankan abah...dia juga yang menelefon aku sambil menangis menyuruh kami semua dtg ke jb melihat abah yang semakin tenat..dan dia juga yang membantu mak selepas pemergian abah meninggalkan kami semua.
dan rasanya aku belum puas menyayangi dia..sedih bila aku perlu menerima hakikat bahawa adikku akan berkahwin dan akan bergelar suami.ahhh kejam betul perasaan ini.
sebab itu aku bekerja keras untuk dia.penat aku berbalas dengan senyumannya..dan ia hilang bila memandang wajah mulus mak...






dan aku tahu kami semua sayangkan dia..dari hari pertama kami menghantar wang belanja lagi aku amat bangga kerana kesemua 7 adik beradik aku ada dibawah satu bumbung..along,abang,aku,bib,aman,adan n nora..arghh bahagia n sungguh kelakar
dan aku tahu aku punya keluarga yang amat bahagia.
alhamdulillahh...kami semua sepakat menyediakan brg hantaran sehingalah menyediakan pelamin.kebetulan pentas pelamin memang ada ms aku kawin dulu(abah yang buat)..kerusi pun aku punya..stand bunga sidia yg buat mcm ms bib kawen..bunga2 amik dr umah jiran mak (cik b) dan cik nani bawak dr kl..ada gak beli sikit kat segamat tapi ms beli tu dah nak habis sebab ada keramaian(org cinanya keramaian apa ntah)






25/07 aku memang sebak gila ms tengok dia sangat smart memakai baju melayu putih untuk majlis nikah jam sepuluh..yang pasti suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga.selepas nikah juga suasana sedih sekali lagi menyelubungi kami.dan yang pasti kami semua lega kerana penantian itu telah berakhir.. alhamdulillah






Untuk adikku Mohd Hamdan Halim aka adan/aldo..semoga bahagia hingga keakhirnya.kak t doakan adan gembira bersama pasangan hati.yang pasti kami sayangakan adan..

Sunday, July 18, 2010

hujan

salam

kalau ari ujan mesti best...
tapi yg tak best sebab bukan kat umah lerrr
tapi kalau kat umah pun bukan best sangat
sebab astro tak clear kalau ujan...
ntah aper2 la..bayar mahal pun tapi service mcm hampeh...

sekarang kos hidup kat malaysia ni amatlahhh tinggi..org kerja kerajaan mungkin senang la kan coz umah disediakan..gaji + elaun hanya untuk bayar duit keta minyak n expenses yg lain jerk..yang sakit sikit kalau org tu tak dpt kuarters ataupun ada beli harta lain for their long term..tapi untuk yg kerja swasta mcm maner?umah nak kena sewa..api air kena bayar duit keta brg keperluan dapur n bagi aku astro dah jadi keperluan bukan lagi kehendak yg perlu dipilih..termasuklah aircond..sekarang kan musim panas..sangatlah penting adanya aircond..hmmm kalau difikir2 banyak benda yang dahulu dikategorikan sebagai kehendak tapi sekarang dah jadi keperluan asas dlm kehidupan.
kadang2 aku pun pening nak bahagikan wang gaji untuk bayar semua utang2 duniawi ni..keta sebijik(sib bk lagi satu dah habis bayar tapi jadi perhiasan jerla kan kat garaj) umah 2 bijik (1 atas tanah n 1 atas awan) api+air,broadband lagi..hmmm
bercerita pasal umah ni lagi sakit hati...before kawin konon2 untuk perancangan masa hadapan la kan...so beli umah dulu dr TALAM CORPORATION....develepor ni memang la tamak to...that time aku keje maybank n my officer pn azni said yg talam memang tgh ada financial problem...hah???? pdhal umah sign...advance dah bagi dlm 8k...takkan nak cancel kan?sure habis duit simelor tu..so nak tak nak aku teruskan gak tapi aku still tak inform melor..takperla nak wat mcm maner..lagipun melor suka umah tu...Suria Kinrara Condo dkt ngan highway kesas..so belila umah ni pada 2004...so kalau ikutkan after kitorang kawin bln7 2004 takdela lama sangat menyewa tapi nak jadi cerita memang tak siap2 umah ni...
oleh kerana kesian kat melor nak kene ulangalik sepang-selayang (ms ku keje maybank selayang) aku pindah duk nilai spring-desa casuarina..tapi aku plak penat ulang alik..huhuhu..aku pun bernti...
selepas setahun aku keje kat mas, pd tahun 2006 aku beli umah yg aku sewa tu..alhamdulillah..walaupun mcm2 aku pikir tp dr uma yg kat puchong tu ntah apa jadi baik la beli umah lain..so bertambahla lagi expenses dlm hidup aku n melor..sib baik belum ada anak lagi..hmmmmm
tapi sekarang alhamdulillah umah tu dah siap n sangat canti(luar jerla kan)umah kitorang tingkat 10 (yg paling atas)..sebelah blok plak ada 15 tgkt(kiranya selang seli lakan)..melor la yg paling tak sabar nak duduk umah ni...mungkin kami nak sewakan atau mungkin buat second house untuk weekend ajer...
n semalam develepor yg ambil alih projek tu callbagitau suh sign aggrement untuk parking..aku plak sound melor suh mintak something extra coz umah ni lama gila baru siap..takkan tak dpt aper2 kan?kalau setakat tukar lantai dr tile ker marble sikit sngt tu..bagila aircond ataupun letak kabinet dapur ker kan..dahla kene bayar every month mcm umah dah siap..tapi hampeh..ntahlaaa..kang ni nak kene tunggu cf la plak kann...hope everything ok...
tapi yang pasti aku memang tak mau la duk umah tu coz aku sayang umah sekarang...yerlaa umah sekarang aku nampak kereta depan mata...kalau yg lagi satu tu..hmmmm kawan ngan burung la nampaknyaa...

semoga smeuanya diberkati ALLAH....
amin