Friday, May 11, 2012

Jangan Menyerah


khas untuk yang tersayang..my melor

bersabarlah dan jangan menyerah...
dugaan yang datang hanya ujian Yang Maha Esa..
yang penting cara kita nak menghadapinya..
bersabarlah sayang

lots of luv
et


Thursday, May 10, 2012

campur-campur

sebab gambar tak cantik, aku buat kecik sket..hahaha..hebat.hebat


atas kiri tu udang yang aku beli masa pegi pasar karat shah alam 2 minggu lepas. satu pinggan 20 hengget..nampak macam banyak tapi sikit jer..(sikit sikit pun masih ada 6 ekor dlm peti eis)..hari kejadian masa beli balik aku masak sambal udang..sooodapp...kengkonon nak cantik aku tak buang la kaki panjang dia tu..melor cakap apa hal tak buang ni..aku cakap hiasan..hahaha...aku tengok mcm boleh makan tapi kalau nak koyak bibir, cuba la kan?


dan sebelum tu ada beli ketam hampir 4 kilo dari member aku..ayah dia selalu turun laun kat bagan lalang..pergh best gilak makan ketam fresh..tapi sekarang tak fresh lagi...bukan aku makan sorang pun..dah bahagikan pada mak melor..so aku masak masak lemak ketam..kengkonon teror mcm master cheff aku buh sayur bayam sket dalam tu..hasilnya memang sedap la kan..tapi kat sini yang nak gebangnyer adalah serai yang aku guna untuk masak lemak itu hasil dari pokok yang wanikeni bagi..muahaha..wani serai aku akhirnya hidup tapi adalaaaa dlm 8 batang..dah kena tibai 2 batang tinggal 6 batang..gumuk2 wooooo..tapi ada 2 rumpun..lagi satu rumpun halus2 sangat..tak dpt dipastikan samada serai atau lalang(pemalas punya aku kan)..muahaha..sebab serai dengan lalang sama besar jerk..tanam dalam pasu jerk pun.


yang lagi satu tu big apple..dah lama melor tak beli donut tu..peberet aku mestilah durian..shodapp..lama dah sebenarnya mood nak upload gmbar makanan ni hilang...ni baru jerk nak masukkan..itupun lepas dpt mms dr cik wanikeni yang tengah mengukus kek coklat dia..adus terbakar aku..bila la vitamin R nak dtg ni..malas betol nak buat dessert sebab nanti akan mengeras jer dlm esbok aku sebab tak sedap..uwaaaa


sebab rumah sepah jadi memang letak gmbr yang gegar sket.hahaha

sekarang ni rasa mcm nak buat kenduri kahwin plak..dengan munga manggarnyer, kotak souvenier lagi, hadiah, goodies..kami rancang wat family day untuk team opis aku...dan bila dah jadi komiti ni pepaham jerla..banyak lagi tak settle ni..hadusss kecut plak perut aku..walaupun event ujung bulan ni, tapi mestilah ada yang dah siap kan?uwaaa seram..nasib baik hadiah kat aku tak banyak..member aku lagi banyak dia nak kene settle...harap2 berjalan lancar n meriah..insyaAllah


itu jer nak bebel untuk hari ini dalam sejarah..hahaha...semoga ceria semua


lots of luv
et
luv u melor


berani punya budak


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri? pergilah terjah yer

review aku:
mula2 cerita aku gelak...dah nak habis pun aku gelak.gelak yang terbahak ok...cerita ni untuk mereka yang tak suka pkr mcm2.ko tengok untuk gelak sahaja. yang buat kelakar sebab semua pelakon dlm bahasa thailand akan di ubah menggunakan suara afdlin shauki. tak kira pondan ka, gangster ka, heroin cun ka hatta makcik cleaner pun akan menggunakan suara afdlin shauki..hahaha..suara datin moon pun keluar yer.melor plak sampai makan popcorn 2x. dia bangun pi beli popcorn lagi..lapar gamaknya.hahaha..panggung adalah sangat penuh..best plak bilik yg no 8 kat alamanda tu yer..
suka watak awie yang tak banyak cakap dlm filem ni..cakap pun dalam hati jer..hahaha..
yang paling aku suka mestilah watak johan ngan adlin jadi detektif..si pelakon thailand tu asyik salam 1 malaysia jer yg dia tahu nyer..pastu si johan boleh ajuk dia plak kata dia yg dah duduk malaysia pun tak ckp salam 1 malaysia..hahaha..kelakar2

lots of luv
et

Wednesday, May 9, 2012

Siapakah yg bertuah itu..


omg....nora danish ada blog..huhuhu..sapa nak join sila klik gambar diatas..syarat yang mudah.

  "Saya meminati pelakon Nora Danish kerana .......sifat lemah lembut tetapi sentiasa tabah dan positif dlm menjalani kehidupan seharian. dan yang paling penting setiap lakonan nora pasti aku akan follow.aku suka dengar suara nora yang lembut tu..pokoknya semuanya suka lah..hehehe

moga nora succes dalam dunia lakonan dan gembira bersama anak dan family tersayang

lots of luv
et

bersabarlah

sabarlah...

p/s:geram betol dengan perangai orang yang suka bercakap tanpa berfikir sehingga menjatuhkan semangat orang lain

lots of luv
et

Tuesday, May 8, 2012

RM15,000 Untuk Peneroka Felda

JERANTUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.

Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari hari ini.

"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.

Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

"Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi".

Najib berkata setiap peneroka akan menerima 'blue form' untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan.

Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

"Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini," katanya.

Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.

"Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM," katanya sambil berseloroh.

Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia. BERNAMA

-> alhamdulillah..walaupun abah tak merasa tapi harap mak gembira dan semakin sihat dengan semua rezeki Allah..orang hanya pandai kata, untung la orang felda..tapi orang tak tau betapa peritnya nak dapat duit masa mulakan hidup di felda dulu...alhamdulillah mak...rezeki mak.




new look

yups...aku bergg besi sekarang.gg sudah ada divider...
happy sebab dah lama nak betolkan gg.
sakit memang la sakit..
tapi seminggu pertama jer..masa kat bandung tu dah tak sakit pun.
cuma kena ulser sket tapi bubuh ubat settle....
aku bedal makan mcm biasa cuma kuantiti memang sikit2..
kadang2 malas nak makan sebab malas nak brush gg..huhuhu
leceh tu memang la leceh sket sebab penjagaannya kan..
tapi sapa yang hegeh2 nak pakai kan?
suh doktor wan pasang colour putih dulu
dia tnya kenapa tak nak colour2...
tapi tunggulah...lepas ni baru tukar warnanya.
so sekrang asyik pk warna apa yg cantik..hehehe

p/s:awek bandung lagi ramai pakai bracess..murah kot

lots of luv
et

Monday, May 7, 2012

bandung lagi

sabtu ahad aku ke bandung lagi..tapi agak terkilan sebab tak dapat follow bin, along n yang lain balik kampung...hurm best sungguh mereka.
kali ini aku ke bandung dengan kawan melor, nani. macam2 peristiwa jadi pada kami masa pegi. dengan keadaan kereta aku yang baru kuar workshop mlm jumaat tu, hampir jam seblas baru keta siap(kedai kawan melor jer), dan terbagun lambat lagi..
lepas tu ada plak yang bijak pandai ajak pegi ronda2 kat satellite sampaikan kami hampir2 di offload walaupun lagi seploh minit nak depart...hahaha.padan muka aku sebab idea aku la tu..mcm tak penah naik flight la pulak...
ni semua ambil gmbar punya pasal..hahaha..kelakar betol bila ingat peristiwa itu..

inilah muka suka sangat2 bila tak kena tinggal...


sampai jakarta...tunggu pak wawan ambil kereta..terus ke bandung...aku asyik tertido jer...tak larat aku sebab malam tu tak berapa nak lena sebab packing last minit. settlekan rumah lagi..adoiiii


welcome to bandung....sampai juga..kali ke 5..

lepas ke toko 3 lapar sangat..pak wawan bawak kami ke rumah ikan..sedap memang sedap tapi sebab aku kan ada divider kat mulut..jadi nak makan pun hegeh2..hehehe


lepas makan tanya nani mana tau dia mahu ke rumah mode atau jalan dago..tapi member ckp pegi spa terus jerla...kami pun lagi lah happy sebab rumah ikan dan spa maria tu dekat jer..memang nasib kami la kan sebab masa kami sampai depa memang tak der orang..lepas kami 3 org masuk, ada lagi yg walk in hampir seploh irang tapi semua kena balik sebab full..muahaha..logo acik bila dapat pi spa
tapi ini orang lagi happy.dia punya spa sahaja 2 jam yer..hehehe

me n melor

me n nani

lepas dr spa kami terus ke jalan riau..pegi summit.kemudia terus balik hotel..penat sangat2..sampai hotel 830 kot..amik kunci aku pun confident la bawa kuar kunci beg yang besar tu..sekalinya alamakkkkkkkkkkk..kunci aku hilang...
melor mcm biasalahkan bukak ceramah dia mcm mulut itik...aku rasa kunci tu jatuh la masa dlm keta pak wawan.
akhirnya aku bawak turun beg tu suh budak hotel bukakkan..selamat...tapi kunci rosak sket la..adusss


pagi ahad lepas sarapan n beli kek kat kartika sari, terus check out.dan kami menuju ke pasar baru tapi ada orang terlupa bagi kunci hotel la pulak..hahaha...tapi takper pak wawan yang sentiasa betol dan ok tu tak kisah..kami pi antar kunci balik dan terus ke pasar baru....
ni tempat nani beli kain nak raya..huhuhu...
akuuu...tukang sibuk jer..





pastu makan..alvokat
menu nani nasi igaa..sedap gak(tengok jerla)

ni menu kami..ikan terbang...hahaha..memang la sangat sedap.tmbah sedap aku pun dah boleh makan...


pegi satu beg balik 5 beg...hahaha..beg beranak...
otw ke jakarta

ni plak yang terjadi masa dah sampai epot...flight penuh..maka kami kena tunggu la kalau2 dapat tiket. akhirnya kecewa tapi dapatla jugak..cuma flight kol 7 mlm...
bosan sangat dah

sebab duit habis kami beli megi cup jer..hahaha..takderlaaaa, kami sajer jer beli megi cup ni sebab sedap...tambah dia dah kembang2 gitu..makan ngan nani plak tu..lagi la sedap/
berakhirlah perjalanan kami ke bandung.tak pernah jemu aku kesana...harap nani njoy trip kami yang memang mengong-mengong ni. dengan peristiwa hampir tertinggal flight, dlm flight ada orang tersiram air mineral...muahaha, dengan shoping2 sampai tak ingat mana floor dah pak wawan parking, bangun tido makan dan tido balik masa dlm keta, sehinggalah makan megi masa tunggu boarding..best woooo..


p/s:rindu ibuku


lots of luv
et



Friday, May 4, 2012

interdental brush



sejak gigi ada besi ni kenalah guna berus yang sesuai....
nilah interdental brush untuk pemakai bracess..huhuhu

p/s:sengal..sengal..sengal

lots of luv
et

Wednesday, May 2, 2012