Friday, May 25, 2012

kecewa


sangat2 kecewa...tak sangka dlm diam mulut dia yang paling berbisa...tak mengapa...
tidak kaya pun kami dengan duit anda
tidak senang pun kami dengan duit anda
tidak susah juga kami dengan duit anda

TETAPI

anda yang perlu pkr,
sudah dibayarkah makanan tadi
sudah selesaikah hutang2 makanan yang sebelum ini
sudahkan anda langsaikan?

jangan hanya pandai berkata umpama itu semua hak anda
padahal ia umpama ko meludah kelangit tapi jatuh terkena muka pula....

p/s:jangan mengata orang padahal ko lebih teruk dari ini semua

lots of luv
et


Thursday, May 24, 2012

menang Lockout


uwaa aku menang. baru buka emel pagi ni..tensen betol...depa antar 18 ari tu..harap masih layak untuk dapat hadiah...
anjuran MSTAR online..tak sangka dapat kan...tak sabarnyer nak ajak melor pi tengok guy pierce..

aku dapat hadiah istimewa jerk...2 keping tiket wayang, fon telinga "memorex EC 30" dengan baucer tunai RM50..ahaks..jadie la kan..alhamdulillah...tapi harap2 hadiah sampai masa aku ada kat rumah...kalau depa antar masa aku kat tempat kojer, melepas la kan..

tq mstar...tq RAM

p/s:sibuk masuk contest tapi malas bukak emel..huhuhu

lots of luv
et

catatan rindu Toi AF6


alololo shedapnyer lagu ni...lagu ni dlm cerita SEINDAH SAKURA...huhuhu
ni masalahnya bila follow cerita episode ni..mesti nak kena follow jugak..memang suka dengan lakonan fasha ni tapi makin jatuh chenta pulak dengan cikgu airil...hahaha..fengshannn.

hurm tak sabar nak tengok episode 11(semalam punyer)..org koje abnormal memang mcm ni..lalalala

p/s:shedapnyer minum air horlick pagi2 mcm ni...wani pesan kat sam..muahaha

lots of luv
et

Wednesday, May 23, 2012

takoyaki

4 minggu lepas aku dan mel0r cute pegi pasar karat.(gila lama dah) ..kengdian lepas makan murtabak tebal tu kami jenjalan lagi..pastu aku nampak ada org jual takoyaki..huhuhu..dengan perasaan kanak2 ribena, beratur la nak beli..melor dah jeling2 mcm nak tercabut bijik mata dia coz kami dah makan murtabak, pastu beli taufufa, pastu beli air soya bungkus dan juga bubur ayam untuk budak yang ada divider kat gg dia..
aku buat tak nakpak jerkan..terus order(dasar tamak tahap gaban)...lepas order kitorang jalan2 lagi.tapi disebabkan dah lambat, kitorang pun balik sebab nak pi cash converter kat shah alam...dlm kereta aku yang memanng tak sabar ni pun bukak n makan seketul tako ni...
ni gmbr google jer..saja nak bagi melor terliur..hehehe

melor cakap sedap jugak kan..memang pun shedap pakcik oiii...kalau tak takkan aku hegeh2 nak beratur kat situ kan..
so ahad seterusnya aku tak pegi pasar karat sebab pegi bandung. jadi ahad(2 minggu lepas) aku keje petang, maka kami turun lagi ke shah alam untuk beli takoyaki..melor siap ckp nak beli 3 bungkus..hahaha.tamak sungguh.

sekalinya tak der pula gerai juai takoyaki tu..huhuhu..frust gila melor..makanya kami balik awal sebab org tu tak dpt beli takoyaki dia..kesian melor kan...tulaa, lenkali jgn jeling2 bila i beli..kan dah kempunan...sabaq yer melor...next week kita terjah shah alam..this week tak bolehla yer..

p/s:alfatihah untuk norma..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman...boleh baca sini


lots of luv
et

Tuesday, May 22, 2012

hari marah sedunia

hari ni aku puasa 1 rejab..call mak, sian dia terlupa hari ni 1 rejab. jadi tak pose la mak..aku pun tak call dia semalam untukingatkan..sorry mama..huhuhu

dan hari ini hari aku kena marah..sepanjang hari kena marah.tensen tak payah cakap la kan...dari rumah sampai ke tempat keje...tak sudah2....(nak nyanyi lagu six sense la.. :(

mungkin dugaan orang puasa kot..kadang2 hal kecik pun jadi besar kan...contoh yang ada sekarang hal kecil aku kena marah sampai nak tulis dalam blog...hahaha

melor hantar ayam penyet untukberbuka siap air bandung lagi...tiba2 lepas berbuka, aku rasa inilah air bandung paling sheedap aku rasa...sebab berbuka selepas kena marah seharian kot..itu yang rasa air bandung tu sangattt sedap..masa makan pun kena marah lagi...shentap gegel...

orang kata jangan ketawa sangat sebab duka akan datang...mungkin juga kan?

p/s:macam mana hadiah sukaneka ni semuanya game sama?alamak masak nak betulkan balik..banyak sangat kotaknyer sampai aku tertukar2...memang tak sudah-sudah la nie..

lots of luv
et

Monday, May 21, 2012

cucur bawang & kopi o


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

ehsan : BP

sebab novel ni melor asyik post kat fb kata dia bengang kat aku asyik baca ini buku jer...
sebab novel ni melor mesej aku cakap tak nak makan cucur bawang dah(kita tengok ler kan)
sebab novel ni dia sorokkan buku sebab tak nak aku baca bila balik rumah

hahaha...takper sok lusa aku sorok laptop ngan tab dia..tengok sapa yang nangis guling 2..muahaha

tak pernah lagi aku baca karya hasrudi jawawi ni...aku asyik gelak jer..itu yang melor jeles tu..hahaha.
takper melor, u paling cute dan chomel...(alololo suweetnyer)

lots of luv
et


Sunday, May 20, 2012

sibuk ker?

hurm..sibuk nak buat itu ini, lepas tu sendiri terabai..hahaha...dugaan betolla. aku suka menyibukkan diri kalau buat family day ker, buat majlis ker, aku rasa aku sangat2 suka menginvolvekan diri aku.

ekceli, team aku nak buat family day. kami akan buat di hulu langat. aku suka tempat2 yang hijau2 ni. biasa orang selalu buat kat pantai or tanah tinggi kan? kami buat kat sungai jer..hahaha..back to nature.alaaa lagipun budget ciput jer pun..bukan banyak modal pun. takper, biar modal ciput tapi hadiah kotaaaaaaaaaak besar punya..muahaha..(pedajal orang bagi kat aku)

tapi tu lah kan? melor bukan betah sangat dengan tempat2 macam ni..maklumlah orang bandar kan..hahaha.(alaa melor tomey..tomey).

kali terakhir aku ikut benda2 yang mencabar ni semua 7 tahun dulu. masa tu baru masuk keje n kena pi training 3h2m kat sungai ujong.ada la pantai sampai aku kene campak kat tengah laut kengdian berenang ke pantai pastu malamnya depa hantar kami masuk utan tinggal sensorang pastu aku tertido dlm hutan tu..hahaha..nasib baik trainer tu kejut aku..siap kene perli lagi, "haa kamu apa kamu buat masa saya tinggal kat dlm tu? sedaptido"..gagagaga... lepas tu mana adadah nak join mendealah mcm nie.

tinggal 5 hari lagi nak settlekan semua..hadiah jer kami 3 ketui yg incharge ni dah pening nak bawak..hahaha...lantakla saper yang akan menang tu..masakla nak bawak hadiah balik..hahaha..


lots of luv
et


Tuesday, May 15, 2012

OST Seindah Sakura Akasia TV3 - Harapan


sedapnyer lagu ni..aku suka tengok drama seindah sakura ni sebab ada fasha tapi yang paling penting sebab arahan dari zulhuzaimy...aku suka gila lakonan dia..dia arah drama pun best..

p/s:sedapnya semua lagu dlm drama ni


Monday, May 14, 2012

tak paham

1- tak paham dengan perangai manusia yang mahu cepatkan kekayaan, duit tak keluar lagi korang dah buat operasi pukau memukau....hati2 bila kebndar di segamat yer...terdapat kumpulan2 yang memukau orang lain dengan mengambil wang dan barang kemas dan menggantikan sampul surat berisi pasir. mereka terdiri dari wanita yang berpurdah dan kumpulan lelaki...sian orang felda..penat nak mulakan hidup, dah mcm nie, ada pulak hantu2 yang berperangai menyusahkan begini.

2- Tak paham aku bila ada segelintir anak muda yang sanggup bercerita kononnya mahu membantu tetapi hanya datang kerumah ibu2 tunggal dan para wanita..apehal ko tak pegi jer rumah ketua kampung yang confirm lelaki..ko takut yer...tak malu ker amik duit kaum ibu2 tunggal...

3- Tak paham bila ada orang demam kata badan dia ada hantu. geget kang baru tau..ok orang demam memang suka meracau..cepat sembuh ok.

4-Tak paham dengan segelintir manusia yang bila kita menolong dan memudahkan kerja,bukan nak ucap terima kasih, malah di kata macam2. hellooo aku nak tolong jerk..pangkat besar tapi otak tak berapa nak bijak.

6- Tak paham bila ada orang yang suka menggunakan cara yang susah sedangkan ada cara yang senang untuk menyelesaikan sesuatu masalah

7- Tak paham bila telefon canggih tapi susah giler nak hubungi...kalau hal urgent macam mana?

8- Tak paham bila ada orang yang kunci tong sampah dia siap guna padlock lagi dan buang sampah kat rumah orang lain...

9- Tak paham bila dah buat kerja kena marah...tak buat kerja kena marah...apa kejadahnyer yang dia nak yer?

10- versi tak paham ni aku jer yang tahu...nak luahkan perasaan yang kadang2 memang orang lain tak paham pun.


p/s:monday blues

lots of luv
et

Sunday, May 13, 2012

demam lagi

sian melor...dia demam sebab jangkit dari aku..huhuhu...sabar yer en melor...moga awak cepat sembuh..

mood:sedih tengok chenta hati yang sakit...huhuhu

lots of luv
et