Sunday, September 23, 2012
kosong...kosong
kosong-kosong......................
uwaaaa..padanss muka haku..
gatal sangat tangan pi tukaq2
sekali blogspot memang dah hapgred..
so otak aku pun kena hapgred..
tapi otak dah kertu lambat sket nak pickup
masalahnyer template aku hilang..
ceh hilang kunun pdhal aku nak tukar sekali memang hilang
aku try cari code template terus meraban keluar mcm2
arghhh otak tepu..otak tepu..
tunggu ada mood br kasi tukar..
p/s:bosan...bosan...bosan
Saturday, September 22, 2012
last week
terus pegi umah atok lepas antar MIL kerumah dia...sian lama tak jumpa pakwe dia...bapak mentua aku ler..
sampai umah atok rupanya ibu buat open house...raya dah habis masih buat open house yer..menu mee kari yg super sedap sampaikan kena masak 2 kali..periuk besar..nasib baik chef bib ada.
hari ahad adalah birtday emak aku...jadi hari isnin buat surprise kat emak ramai2 dirumah atok..memang sesuai sangatla kan...ini kek atam dan adik yg beli..decide nak tulis jawi...sian budak kat kedai kek tu..tapi atam dah tulis siap2 jadi dia tiru jer.
selamat hari lahir emak.moga emak semakin sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, boleh jalan laju mcm biasa, boleh berdiri tegak mcm biasa, semakin kuat semangatnya dan semoga mak sentiasa dilindungi Allah.
sayang emak selamanya
dan ini gambar sengal adik..aku dan wan cik...hahaha...benda yg kitorang gigit tu adalah kentang..
lots of luv
et
Friday, September 21, 2012
naughty umar
lots of luv
et
Monday, September 10, 2012
tq astro
Thursday, September 6, 2012
Untuk Tiga Hari
tumit kaki sakit
PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.
Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.
Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.
Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.
Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.
Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.
Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.
Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.
Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.
Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.
Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.
Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.
Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.
Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.
Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.
Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.
Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.
Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.
Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.
Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.
Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.
Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.
Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.
Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.
Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/17
info dari Harian metro
Monday, September 3, 2012
lipas kipas
hurm tengokla..makanan pun amik yg jimat2 jer..muahaha
#melor marah tol bila aku amik lauk gini.habistu ini jer yg sedap.
kasi gambar kecik sket sebab aku geli gelimat sampai sekarang
kemudian salah aku sebab tak amik gmbr
aku dah meloya mana nak pkr amik gmbr atau pi terjah jer cafe tu..
kalau dia bagi aku ganti makan kepc atau concord
aku sanggup la kan..pi bertekak apa bagai
maklumlah masa kejadian baru beberapa hari raya
jadi nak kaut untung punya pasal masak pun tak berapa nak teliti
lepas tu ckp aku buat cerita nak buat fitnah
aku tak kisah sangat la kan kalau aku memang naik atas jumpa depa dan mengamuk sakan..
ini tidak aku cakap pun senyap2 kiranya aku masih nak tutup kesalahan mereka.
boleh pulak dia cakap aku buat cerita n nak fitnah dia..
helloooooo aku bukan mcm tu la..tak kuasa aku nak buat fitnah kamu tu..
dahla salahkan aku tak pergi jumpa diorang terus
habistuuu kerjaaaa aku saper nak tolong.
kejap2 naik cafe...kejap2 pi toilet, org stanby pun marah..
dah la charge mahal..kalau makan tengahhari pun kena 8 hengget baik makan kepc
berbaloiii jugak
dan akibatnya, aku rasa muka aku dah naik koko sebab asyik telan milo jer
dan juga walaupun salah dorang
aku pun jadi mangsa sebab aku tak pegi beli kat cafe mereka lagi
tapi pesan jugak kat orang suh belikan teh tarik...teh tarik jerk ok
walaubagaimanapun...
jangan risau, badan aku tetap mantain gebussss begini
hahaha
hadoiii...ingat boleh diet kan..memang tak laaa kan!!!
takperlaaa, memang bukan rezeki aku la tu..cuma aku masih sedih dan kecik hati sebab aku bukan manusia yang buat fitnah dan buat cerita mcm tu..walaupun aku bukan rapat sangat ngan depa, tapi bila dikata begitu, tersentuh hati fasha sandha aku ni..
p/s:kalau yer pun ikan bilis habis, jgn la tumis dengan binatang lain kan?hahaha gurau jer..
aku paham mungkin dia tak sengaja tapi aku tak paham kenapa nak ckp aku fitnah dia dengan penuh perasaan sekali..sentap mak tau..sentap!!!!
lots of luv
et
owh aku masih tak paham!!!!
gyra engagement
lepas pi settle gg, kami pegi umah atok..meriah sungguh majlis..owh lupa aku tukar getah warna merah..wotz..wotz
rombongan sampai selepas asar. simple je hantaran tapi aku suka sangat sebab soooo sweet..muahaha.
maklumlah penukaran majlis pun secara mendadak. jadi goodies beg pun takder.
owh masa sebelum sarung cincin, anak buah aiman bagi gyra bunga...chomel..chomel..chomel..ini mak ngah aiman. dia sarung cincin merisik..cincin tunang gmbr dlm camera...tak upload lagi la pulak kerana ada masalah teknikal.
gmbr atas : abah musa, atok,aiman
kanan atas : sepupu sepapat wiz gaya bebas..
kiri bawah : ladies only..hehehe ..mak,wancik,aiman
kanan bawah : tambahan maktok kami yg gorgeus
kalau takder gmbr gedik sepupu sepapat memang tak sah la kan...hahaha..inilah geng budak kaca mata...
kiri angah edon, et cute (buweeek), endong dan cawe-cawe...owh abaikan sigedik acap tu..hehehe.(.nampaknyer kena tukar spek la gini)
disebabkan kamera aku tak leh nak load gmbr lagi, ini jerla yg hado..aiman dan gyra...
dan yang terakhir mestilah si chomel umar qhaliff..geram dengan ini budak..aiman bagi kek red velvet siap ada stoberi..dia plak memang mak dia selalu bagi makan stoberi..makanya sibukla dia nak ambil itu kek..jenuh kena kepung..sian umar..huhuhu
Sunday, September 2, 2012
kipas lipas
ok pasal kipas ni sebenarnya aku ada fobia sket dengan kipas syiling.
melor selalu buka kipas sampai 5. dan aku akan marah tiba2 kira macam kalau kipas tu terus on pegi 5, suis marah aku pun on jugak..muahaha
sebenarnya, aku bukan apa, dulu kawan aku pernah cerita, dia kat asrama dudk kat katil tingkat 2. kan dah dekat dengan kipas. ntah mcm mana satu hari tu dia duk seronok sangat berborak ngan kawan2, tiba2 kipas atas kepala dia tu kena KEPALA dia...nasib baik panjang umur.. sejak dari aku dapat tau cerita itu, aku terus fobia dengan kipas syiling terutamanya. tapi kipas kaki pun aku fobia jugak. mana tau masa kelajuan 3 tu dia patah atau pecah kipasnya, mau tecucuk bijik mata..adoiiii..seriau aku.
ok.. yer aku paham, ntah apa2 aku ni kan tapi yerla..semua org ada fobia masing2.
so en melor, u tau la kan sebab apa i tak suka kipas tu laju2. mana tau kita tengah relax2,bilah kipas tu terpelanting ker kan..maklumlah barang tu ciptaan manusia..muahaha
p/s:ada lepas ni orang tu tak buka kipas dah :p
lots of luv
et
Saturday, September 1, 2012
2 minit
arghhhh persetankan semua itu























