Assalamualaikum
Tuesday, August 23, 2016
Saya rindu
Selamat beribadah
Tahun ni aku berpeluang bertugas utk kapal haji di klia..walau tak berpeluang menjadi petugas di mekah tetapi menjdi antara org terakhir yg mengucapkan selamat pd jemaah pun dah cukup menggembirakan aku...gembira sebab biasanya staff yg bertugas akan keluar dr roster dan berpeluang keja opis hour...
Tapi org kata jgn suka sangat..betollah..aku dapat jadual penerbangan semasa raya x silap aku..ms melor admit nci..jd perasaan nak amik tau kurang..dan bila semangat mai..tgk jadual terus kembali merudum..
Kami perlu bekerja malam sahaja tanpa henti mengikut jadual kapal....
Gembira kerja malam atau gembira keluar roster tak memberi apa2 makna dah aku rasa...jadual minggu pertama dan kedua..penerbangan terus ke madinah..malam pertama mmg teruja tambahan melihat keceriaan jemaah menaiki a380 buat kali pertama...bukan kata jemaah tapi semua staff yg terlibat menguruskan jemaah pun gembira...
Malam ketiga aku dah tumpas..menangis dibahu melor sebelom pergi kerja..penat tido siang dan tido malam mmg berbeza..tapi perasaan kembali gembira bila lihat kapal dugong yg kosong penuh dgn jemaah..bila difikir, crew yg bertugas lagi penat...sampai kul jam 1 pagi..jam 1pagi esoknya kena bersiap utk kapal seterusnya..hurmm..kira sama je dgn kami..
Dan kini tggl beberapa penerbangan sahaja lagi..chaiyok2..tak sangka hampir selesai..bermula 21.8 jemaah akan terus ke jedah..sayu sungguh lihat mereka yg putih bersih berihram dan bertelekung...
Bertuah sungguh menjadi tetamu Allah dimusim haji..samada petugas mahupun jemaah..hampir 2 bulan melakukan ibadah tanpa gusar memikirkan hal kerja dan rumah..tumpuan hanya masjid dan ibadah..masyaallah seronoknya..
Sedang aku yg mendapat peluang umrah juga sangat gembira .inikan menjadi tetamu Allah di musim haji...bertuah sungguh mereka..
Moga ada peluang utk aku menjdi tetamu Allah lagi..rindu masjid nabawi..rindu kaabah...rindu air zamzam..rindu berpusu2 kemasjid..rindu kurma segar..Allahuakbar😢😢😢😢😢😢😢
Wednesday, August 3, 2016
Motivasi hari ini
Motivasi hari ini.
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..
Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.
.. Got this nice advice from somebody. It is a good reminder . Happy reading. 👍 👍 👍
Tuesday, July 26, 2016
Nasi panas, ikan goreng berkuah minyak..
Ikan bawal yg tinggal separuh membawa aku pd kenangan lalu..
Bukan hanya kerana ia ikan bawal..tapi sebab ia ikan goreng.....
Dulu, ms kami mula kenal dunia, mak goreng ikan..guna minyak ikan yg lama yg mak mmg xpernah buang..satu sebab x pernah didedahkan pun psl bahaya guna minyak lama..dua sebab jimat..30 tahun dulu mana ada lagi penyakit yg mcm2 ni kan...
Tapi nikmat minyak lama ni sedap..jadi lah aku gemok seperti sekarang😁.
Aku ingat lagi, bila petang sebelom jam 7 mlm, kami berkumpul diberanda(umah felda dulu kan ada beranda)..mak bawak sepinggan nasi dan diisi sedikit minyak lama...mak gaul kemudian suap aku bib dan atam..sedap..takde ikan goreng pun tapi sedap..rupanya mak letak belacan bakar..x banyak pun belacan tu..sekadar perasa aje..
Punyalaah mak nak bagi aku makan..biar kenyang. Jangan sedih sebab tiada lauk..tapi mak gembirakan hati aku dgn suap kami ramai2...makanlah apa saja,.hatta batu keras kalau disuap dr tangan mak, pasti semua jd sedap😢😢...
Tak penah pula kesusahan jd keluhan..kami gembira walau dulu selalu membuli dan dibuli..bergaduh bertumbuk dan bertegang leher mmg jadi makanan setiap hari tapi kami semakin erat..cuma zaman semakin berubah.kenangan terus jadi ingatan yg sukar utk dilupakan...
Aku rindu semua itu...sangat rindu..bukan rindu pd kesusahan..tapi rindu suapan mak dan rindu gelak tawa adik beradik...
Sunday, July 24, 2016
Thursday, June 16, 2016
Tuesday, June 14, 2016
Mati jiwa
Kadang sakit hati
Bila sedikit pengorbanan langsung tak di ambil kira
Kadang terluka diri
Bila smua perbuatan dipandang sepi sahaja
Kadang terasa mati
Bila perkataan yg diluah
Memakan diri
Aku bukan insan sempurna
Dimata sesiapa
Aku mati rasa
Dalam diri sesiapa
Aku terus berdoa
Kerana aku tak mampu merasa
Banyak yg terpendam
Tak mampu kuluahkan
Aku tak pasti
Apa yg bakal terjadi
Kerna perasaan itu terus mati
Dan tak tahu bila akan subur kembali
Saturday, June 11, 2016
Salam ramadhan
Assalamualaikum
Hari ni rindu sangat
Selalu rindu tapi takdelah mcm hari ini
Rindu apa...urmmmm
Rindu smua..hal dulu2
Zaman masa abah ada...
Rindu nak borak2 dgn abah sambil cabut uban dia
Atau picit2 jerawat nasi dia
Abah suka
Rindu juga dengan melor
Memang hari2 jumpa
Tapi rasa mcm jauh
Ntah...
Ada tak org rs macam tu
Kelmarin melor tolong cuci baju
Siap keringkan sekali
Rasa mcm nak peluk je dia laju2
Tapi aku kat opis...
Terus rs sayang nak pakai baju tu
Sebab dia tlg basuhkan😂😂😂😂
Poyo kan aku
Td otw ke tempat kerja..terpandang kereta org yg lalu lalang
Melaju je nak pegi tempat berbuka la tu
Teringat zaman2 aku dgn melor tawaf buffet2 yg ada...
Pantang bosan terbang merata
Tapi masa tu dah berlalu pergi
Sikit2 terasa sakit utk melupakan
Indah dapat ulang
Semua yg dlm ingatan
Saturday, May 28, 2016
Saya dan gemok
Assalamualaikum
2 minggu berturut2 aku disuruh kursus..bukanlah setiap hari. Tp minggu pertama sehari je...minggu lepas 3 hr...
Oleh kerana kerja shift mcm aku ni circle dia 2 hr keje 2 hr off maka berlama2 lah aku dirumah..
Rs tak normal pula....sehinggakan appnt gg yg sepatutnya hr ahad ni aku lupa sebenarnya aku kerja pagi...
Bosan betol rsnye..pdhal banyak kerja yg perlu dibuat. Tp bdn dah berat mcm gajah..adoiyai...
Setiap hr duduk je dekat rumah..jumaat iaitu smlm aku ke banting..pi psar borong dia..melor kan hantu ketam..membeli ketam utk mertua ku sekali.
Selain itu beli juga ayam ikan dan kerang...balik semlm terus ke bank...patut org tak senyum kat aku kan...hahaha hei dulu aku keja kat maybank pasar borong...kat sana masuk bank smua pakai mcm apa.tp tokei2 tau...
Balik umah terus sediakan lunch..melor mahu kerabu pegaga dgn selom bersama kerang..perghh hebat nau menu...macam tgn lapan aku rasa..
Lepas selesai cuci haiwan smua..kena pula bahagi utk senang aku masak...
Gembira dah sebab dlm peti eis penuh haiwan2 buruan..hungga hungga...makin gemoklaaa aku ni..😂😂😂😂..
Friday, May 6, 2016
Majlis tiLawah antarabangsa ke 58
Assalamualaikum
Amboi tajuk aku...kemain lagi kan..
Alhamdulillah sekarang berlangsungnya majlis tilawah alquran antarabangsa yg ke 58 dan mcm biasa kita jd tuan rumah.
Maknanya puasa mmg dah nak dekat la kan.ala itu smua org tau..
Well aku bk cerita je kalau majlis tilawah ni berlangsung mesti aku touching..sebab abah akan conquer tv..dan akan suruh kami tgk sama2😐
Well sebagai anak yg nakal...mestilah tido je jd pilihan..masyaallah jahatnye aku...
Tp sekarang sedih lah sebab takde abah nak berebut tb....eh ms dah besar sket abah beli tb lain..jd dia bw tv kat depan katil dia...
Owh rindunye dekat arwah abah..
Alfatihah utk abah