Happy birthday kawan
Bubu wani
Monday, October 24, 2016
Saturday, October 15, 2016
Selamat ulang tahun kelahiran
Selamat ulang tahun kelahiran diri sendiri
Moga tahun ini Allah permudahkan urusan saya
Moga Allah berikan kesihatan yang baik pada saya utk beribadah dan memohon keampunan atas dosa2 yang lepas
Moga Allah panjangkan umur saya utk saya jaga suami, mak dan mertua saya dikala mereka memerlukan..
Moga Allah murahkan rezeki saya agar saya dapat menggembirakan org lain..
Moga Allah buka pintu hati smua org utk sentiasa doakan saya..
Ya Allah..ampuni dosa saya..ampuni smua kesalahan saya..kelalaian saya..moga saya dan suami sentiasa dalam rahmat dan lindunganMu Ya Allah..
Ya Allah, ampuni dosa arwah abah saya, abahtok saya, kedua nenek saya, makcik dan pakcik saya serta smua golongan muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kami semua...tempatkanlah mereka dikalangan org yang beriman..lapangkan kubur mereka..jauhkanlah mereka dr azab kubur..
Ya Allah, terima kasih utk semuanya..alhamdulillah
Saturday, September 24, 2016
Hilang lagi satu doa
Tuesday, August 23, 2016
Saya rindu
Assalamualaikum
Selamat beribadah
Tahun ni aku berpeluang bertugas utk kapal haji di klia..walau tak berpeluang menjadi petugas di mekah tetapi menjdi antara org terakhir yg mengucapkan selamat pd jemaah pun dah cukup menggembirakan aku...gembira sebab biasanya staff yg bertugas akan keluar dr roster dan berpeluang keja opis hour...
Tapi org kata jgn suka sangat..betollah..aku dapat jadual penerbangan semasa raya x silap aku..ms melor admit nci..jd perasaan nak amik tau kurang..dan bila semangat mai..tgk jadual terus kembali merudum..
Kami perlu bekerja malam sahaja tanpa henti mengikut jadual kapal....
Gembira kerja malam atau gembira keluar roster tak memberi apa2 makna dah aku rasa...jadual minggu pertama dan kedua..penerbangan terus ke madinah..malam pertama mmg teruja tambahan melihat keceriaan jemaah menaiki a380 buat kali pertama...bukan kata jemaah tapi semua staff yg terlibat menguruskan jemaah pun gembira...
Malam ketiga aku dah tumpas..menangis dibahu melor sebelom pergi kerja..penat tido siang dan tido malam mmg berbeza..tapi perasaan kembali gembira bila lihat kapal dugong yg kosong penuh dgn jemaah..bila difikir, crew yg bertugas lagi penat...sampai kul jam 1 pagi..jam 1pagi esoknya kena bersiap utk kapal seterusnya..hurmm..kira sama je dgn kami..
Dan kini tggl beberapa penerbangan sahaja lagi..chaiyok2..tak sangka hampir selesai..bermula 21.8 jemaah akan terus ke jedah..sayu sungguh lihat mereka yg putih bersih berihram dan bertelekung...
Bertuah sungguh menjadi tetamu Allah dimusim haji..samada petugas mahupun jemaah..hampir 2 bulan melakukan ibadah tanpa gusar memikirkan hal kerja dan rumah..tumpuan hanya masjid dan ibadah..masyaallah seronoknya..
Sedang aku yg mendapat peluang umrah juga sangat gembira .inikan menjadi tetamu Allah di musim haji...bertuah sungguh mereka..
Moga ada peluang utk aku menjdi tetamu Allah lagi..rindu masjid nabawi..rindu kaabah...rindu air zamzam..rindu berpusu2 kemasjid..rindu kurma segar..Allahuakbar😢😢😢😢😢😢😢
Wednesday, August 3, 2016
Motivasi hari ini
Motivasi hari ini.
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..
Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.
.. Got this nice advice from somebody. It is a good reminder . Happy reading. 👍 👍 👍
Tuesday, July 26, 2016
Nasi panas, ikan goreng berkuah minyak..
Ikan bawal yg tinggal separuh membawa aku pd kenangan lalu..
Bukan hanya kerana ia ikan bawal..tapi sebab ia ikan goreng.....
Dulu, ms kami mula kenal dunia, mak goreng ikan..guna minyak ikan yg lama yg mak mmg xpernah buang..satu sebab x pernah didedahkan pun psl bahaya guna minyak lama..dua sebab jimat..30 tahun dulu mana ada lagi penyakit yg mcm2 ni kan...
Tapi nikmat minyak lama ni sedap..jadi lah aku gemok seperti sekarang😁.
Aku ingat lagi, bila petang sebelom jam 7 mlm, kami berkumpul diberanda(umah felda dulu kan ada beranda)..mak bawak sepinggan nasi dan diisi sedikit minyak lama...mak gaul kemudian suap aku bib dan atam..sedap..takde ikan goreng pun tapi sedap..rupanya mak letak belacan bakar..x banyak pun belacan tu..sekadar perasa aje..
Punyalaah mak nak bagi aku makan..biar kenyang. Jangan sedih sebab tiada lauk..tapi mak gembirakan hati aku dgn suap kami ramai2...makanlah apa saja,.hatta batu keras kalau disuap dr tangan mak, pasti semua jd sedap😢😢...
Tak penah pula kesusahan jd keluhan..kami gembira walau dulu selalu membuli dan dibuli..bergaduh bertumbuk dan bertegang leher mmg jadi makanan setiap hari tapi kami semakin erat..cuma zaman semakin berubah.kenangan terus jadi ingatan yg sukar utk dilupakan...
Aku rindu semua itu...sangat rindu..bukan rindu pd kesusahan..tapi rindu suapan mak dan rindu gelak tawa adik beradik...
Sunday, July 24, 2016
Thursday, June 16, 2016
Tuesday, June 14, 2016
Mati jiwa
Kadang sakit hati
Bila sedikit pengorbanan langsung tak di ambil kira
Kadang terluka diri
Bila smua perbuatan dipandang sepi sahaja
Kadang terasa mati
Bila perkataan yg diluah
Memakan diri
Aku bukan insan sempurna
Dimata sesiapa
Aku mati rasa
Dalam diri sesiapa
Aku terus berdoa
Kerana aku tak mampu merasa
Banyak yg terpendam
Tak mampu kuluahkan
Aku tak pasti
Apa yg bakal terjadi
Kerna perasaan itu terus mati
Dan tak tahu bila akan subur kembali
