Thursday, May 31, 2012

aku lupa

hurm sejak akhir2 ni aku pun pelik
sama ada aku yang lupa atau melor yang lupa
atau kami memang dah semakin tua
jadi dua2 lupa...

melor bagi aku doploh hengget nak beli nasi lemak 2 bungkus
aku amik seploh jer..
gila ko nak beli nasi lemak sampai doploh hengget
pastu dia kata takkan balance ada 2 hengget jer?
mahalnyer nasi lomak...
abih tu dah aku amik seploh hengget jer
takkan nak bagi baki doblas hengget plak...
geget kang!!!

aku pun pening sebenarnya
aku yang terlupa
atau melor yang tersalah tengok

p/s:ingat makan kat terminal ka nasi lomak doploh hengget..nyampah

lots of luv
et

blue lopoh river

sangat2 indah.

udara yang nyaman dan bersih. tidor yang ditemani cengkerik(dengar ke)...air paip semulajadi dari sungai yang sangat2 sejuk...hurm apa lagi yang perlu aku katakan...sangat2 menyeronokkan.
gambar dibawah aku ambil dipagi hari selepas sarapan. selepas melalui pengalaman yang agak mendebarkan(akan aku tulis disini), akhirnya aku puas hati sangat2.
walaupun penat sikit, tapi aku tetap happy.



ni masa petang...nampak kan airnya masih jernih..sangat2 best.tapi ini jerla masa aku dapat main air...lepas tu jangan harap...memang tak sempat(cis padahal sejuk..hehehe)

hahaha
bila kerja kena tale la kan?
tapi dah habis masa keje, kena la mesra2...muahaha(ikhlas ok)
dua2 gedik..sorang tunjuk bracess, lagi sorang gg pelesu..muahaha

kalau sesiapa mahukan percutian yang sangat menenangkan, pergilah kat area ulu langat ni..banyak sangat tempat menarik...bukan kata internet, tb pun takdak..memang relaks habis..tapi talian telefon masih available..

lots of luv
et

Friday, May 25, 2012

“My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted”




hurm tak sabar bila dah tengok thriller madagascar ni..huhuhu



dan inilah yang paling aku suka...marty the zebra

aku suka sangat cerita madagascar ni sebab lagu2 dia memang catchy...semua tengok kat wayang..melor belanja masa madagascar 1 n 2.
sian hewan2 ni sebenarnya..hahaha..tapi dlm pada tu keakraban mereka yang perlu kita contohi..sanggup berempat walaupun sorang panjang, sorang ebab, sorang banyak cakap harapkan si alex jer ok sket...
tapi yang paling aku suka mestilah si marty the zebra.
kalau nak tahu inilah pemilik suara si marty..hahaha....chris rock...marty ni kan kecoh n kelam kabut sket...bagi aku dia ni tukang ceria dlm madagascar ni...
sinopsis
Alex, Marty, Gloria dan Melman merancang untuk kembali ke New York tempat mula2 diorang berada tetapi rancangan mereka menjadi kelam kabut dan gagal lalu terperangkap di bandar Monte Carlo.berjayakah mereka?
hurmmmm bestnyer dpat tiket free ni?huhuhu
madagascar
madagascar 2 escape africa

madagascar3-europes most wanted


tapi banyak2 hewan, aku geram sangat dengan si penguin tu...nakalnyerrr la...suka rosakkan rancangan alex n frend...tapi mereka sangat chomellll



sharing is caring


lots of luv
et


kecewa


sangat2 kecewa...tak sangka dlm diam mulut dia yang paling berbisa...tak mengapa...
tidak kaya pun kami dengan duit anda
tidak senang pun kami dengan duit anda
tidak susah juga kami dengan duit anda

TETAPI

anda yang perlu pkr,
sudah dibayarkah makanan tadi
sudah selesaikah hutang2 makanan yang sebelum ini
sudahkan anda langsaikan?

jangan hanya pandai berkata umpama itu semua hak anda
padahal ia umpama ko meludah kelangit tapi jatuh terkena muka pula....

p/s:jangan mengata orang padahal ko lebih teruk dari ini semua

lots of luv
et


Thursday, May 24, 2012

menang Lockout


uwaa aku menang. baru buka emel pagi ni..tensen betol...depa antar 18 ari tu..harap masih layak untuk dapat hadiah...
anjuran MSTAR online..tak sangka dapat kan...tak sabarnyer nak ajak melor pi tengok guy pierce..

aku dapat hadiah istimewa jerk...2 keping tiket wayang, fon telinga "memorex EC 30" dengan baucer tunai RM50..ahaks..jadie la kan..alhamdulillah...tapi harap2 hadiah sampai masa aku ada kat rumah...kalau depa antar masa aku kat tempat kojer, melepas la kan..

tq mstar...tq RAM

p/s:sibuk masuk contest tapi malas bukak emel..huhuhu

lots of luv
et

catatan rindu Toi AF6


alololo shedapnyer lagu ni...lagu ni dlm cerita SEINDAH SAKURA...huhuhu
ni masalahnya bila follow cerita episode ni..mesti nak kena follow jugak..memang suka dengan lakonan fasha ni tapi makin jatuh chenta pulak dengan cikgu airil...hahaha..fengshannn.

hurm tak sabar nak tengok episode 11(semalam punyer)..org koje abnormal memang mcm ni..lalalala

p/s:shedapnyer minum air horlick pagi2 mcm ni...wani pesan kat sam..muahaha

lots of luv
et

Wednesday, May 23, 2012

takoyaki

4 minggu lepas aku dan mel0r cute pegi pasar karat.(gila lama dah) ..kengdian lepas makan murtabak tebal tu kami jenjalan lagi..pastu aku nampak ada org jual takoyaki..huhuhu..dengan perasaan kanak2 ribena, beratur la nak beli..melor dah jeling2 mcm nak tercabut bijik mata dia coz kami dah makan murtabak, pastu beli taufufa, pastu beli air soya bungkus dan juga bubur ayam untuk budak yang ada divider kat gg dia..
aku buat tak nakpak jerkan..terus order(dasar tamak tahap gaban)...lepas order kitorang jalan2 lagi.tapi disebabkan dah lambat, kitorang pun balik sebab nak pi cash converter kat shah alam...dlm kereta aku yang memanng tak sabar ni pun bukak n makan seketul tako ni...
ni gmbr google jer..saja nak bagi melor terliur..hehehe

melor cakap sedap jugak kan..memang pun shedap pakcik oiii...kalau tak takkan aku hegeh2 nak beratur kat situ kan..
so ahad seterusnya aku tak pegi pasar karat sebab pegi bandung. jadi ahad(2 minggu lepas) aku keje petang, maka kami turun lagi ke shah alam untuk beli takoyaki..melor siap ckp nak beli 3 bungkus..hahaha.tamak sungguh.

sekalinya tak der pula gerai juai takoyaki tu..huhuhu..frust gila melor..makanya kami balik awal sebab org tu tak dpt beli takoyaki dia..kesian melor kan...tulaa, lenkali jgn jeling2 bila i beli..kan dah kempunan...sabaq yer melor...next week kita terjah shah alam..this week tak bolehla yer..

p/s:alfatihah untuk norma..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman...boleh baca sini


lots of luv
et

Tuesday, May 22, 2012

hari marah sedunia

hari ni aku puasa 1 rejab..call mak, sian dia terlupa hari ni 1 rejab. jadi tak pose la mak..aku pun tak call dia semalam untukingatkan..sorry mama..huhuhu

dan hari ini hari aku kena marah..sepanjang hari kena marah.tensen tak payah cakap la kan...dari rumah sampai ke tempat keje...tak sudah2....(nak nyanyi lagu six sense la.. :(

mungkin dugaan orang puasa kot..kadang2 hal kecik pun jadi besar kan...contoh yang ada sekarang hal kecil aku kena marah sampai nak tulis dalam blog...hahaha

melor hantar ayam penyet untukberbuka siap air bandung lagi...tiba2 lepas berbuka, aku rasa inilah air bandung paling sheedap aku rasa...sebab berbuka selepas kena marah seharian kot..itu yang rasa air bandung tu sangattt sedap..masa makan pun kena marah lagi...shentap gegel...

orang kata jangan ketawa sangat sebab duka akan datang...mungkin juga kan?

p/s:macam mana hadiah sukaneka ni semuanya game sama?alamak masak nak betulkan balik..banyak sangat kotaknyer sampai aku tertukar2...memang tak sudah-sudah la nie..

lots of luv
et

Monday, May 21, 2012

cucur bawang & kopi o


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

ehsan : BP

sebab novel ni melor asyik post kat fb kata dia bengang kat aku asyik baca ini buku jer...
sebab novel ni melor mesej aku cakap tak nak makan cucur bawang dah(kita tengok ler kan)
sebab novel ni dia sorokkan buku sebab tak nak aku baca bila balik rumah

hahaha...takper sok lusa aku sorok laptop ngan tab dia..tengok sapa yang nangis guling 2..muahaha

tak pernah lagi aku baca karya hasrudi jawawi ni...aku asyik gelak jer..itu yang melor jeles tu..hahaha.
takper melor, u paling cute dan chomel...(alololo suweetnyer)

lots of luv
et


Sunday, May 20, 2012

sibuk ker?

hurm..sibuk nak buat itu ini, lepas tu sendiri terabai..hahaha...dugaan betolla. aku suka menyibukkan diri kalau buat family day ker, buat majlis ker, aku rasa aku sangat2 suka menginvolvekan diri aku.

ekceli, team aku nak buat family day. kami akan buat di hulu langat. aku suka tempat2 yang hijau2 ni. biasa orang selalu buat kat pantai or tanah tinggi kan? kami buat kat sungai jer..hahaha..back to nature.alaaa lagipun budget ciput jer pun..bukan banyak modal pun. takper, biar modal ciput tapi hadiah kotaaaaaaaaaak besar punya..muahaha..(pedajal orang bagi kat aku)

tapi tu lah kan? melor bukan betah sangat dengan tempat2 macam ni..maklumlah orang bandar kan..hahaha.(alaa melor tomey..tomey).

kali terakhir aku ikut benda2 yang mencabar ni semua 7 tahun dulu. masa tu baru masuk keje n kena pi training 3h2m kat sungai ujong.ada la pantai sampai aku kene campak kat tengah laut kengdian berenang ke pantai pastu malamnya depa hantar kami masuk utan tinggal sensorang pastu aku tertido dlm hutan tu..hahaha..nasib baik trainer tu kejut aku..siap kene perli lagi, "haa kamu apa kamu buat masa saya tinggal kat dlm tu? sedaptido"..gagagaga... lepas tu mana adadah nak join mendealah mcm nie.

tinggal 5 hari lagi nak settlekan semua..hadiah jer kami 3 ketui yg incharge ni dah pening nak bawak..hahaha...lantakla saper yang akan menang tu..masakla nak bawak hadiah balik..hahaha..


lots of luv
et