Wednesday, March 12, 2014

Tuesday, March 4, 2014

moody wednesday

nama saya boboi

hari ni melor blik dgn happy.muka happy mcm bulan penuh woooo...lepas masuk umah dia gedik2...
melor: lepasni panggil i boboi tau!
bini: hah..boboi?...
tak kuasa aku nak layan...boboi pun boboi la yunk...janji tak cari makcik kedai mkn white house yg skit kaki tu..hahaha

last week melor balik belikan aku stokin..comel tak?comel tak?

dia kata untuk pakai tido jee.



so aku pakai la untuk tido..kalah duk obersea dimusim kemarau ni..mbahaha..
prihatin betol melor ni kan..
kang x pakai kecik ati pulok. so aku pakailaa dengab kasih syg.muahaha

untuk boboi..tq ye belikan stokin ....(urkkk boboi!!geli tiak i)...hahaha

Monday, March 3, 2014

sorotan seminggu yg lalu

perghhh tajuk..tak menahan..muahaha
ok  ku nak mulakan dengan umah aku yang bocor..
jiran2 taman sebelah semua takde air..
maklumlah aku kan sempadan selangor/nimsilan..
tp aku syak umah aku ni pun depa duk catu ayaq.
kejap pasang..kejap tak..jd pressure air ni kuat..
jd paip aku tak menahan kot pressure kuat tu yg pecah..
apalagi banjir la depan tangga aku..nasib baik tak kena bilik tidor..
sedih wooo.dahla melor keje..jadi hulk hogan aku menarik almari n perabot lain...subhanallah..

sebelum tu hutan umah aku tetbakar.

mmg tiap tahun akan terbakar tapi yg tepi jalan ni tak pernah lagi terjadi.
biasa utan blkg umah aku ni je yg selalu terbakar...
sekarang dah ok..alhamdulillah..habis botak bukit tu...hujan masin belum turun...takperlaaaaa..dugaan..insyaallah aku kuat

ni ms air kena tutup...sampai mlm masib takder air..tapi lapaq..aku gorengkan melor mee je...sedap pulak kan..hohoho

ni peristiwa hr apa ntah..kawan sekerja membawa makanan sedap untuk aku...sedapnyaaaa. tambahan tgk gmbr ni tengah hari...tertelan2 ayaq lioq..

ni plak hari sabtu..melor pi kenduri kat langat..bawak mak dia..i menantu busy..hahaha..aku keje 
.ingat dpt join.tp tak dapat pulak..
lama dah sebenarnya aku tak jumpa bekas telor ni...rindu pulak..tu yg diambil gambarnyaaa...
kalau dulu plastiknya nipis kan..ini dah tebal..
sedapnyaaa dapat mkn teloq kenduri...
hebat wooo kenduri depa siap bagi blueberry cheese.....besaq gak ar..puas mkn..alhamdulillah

sekarang aku dlm misi khas..hahaha..taktau berjaya atau tak..tunggu seminggu...klu ok aku coret kat sini..hohoho

babaiii

Saturday, March 1, 2014

jihad iskandar dan matahari by hafiz



assalamualaikum

aku suka eman manan..dia antara pelakon feveret aku aku
aku suka jugak rashid sibir
drama n filem arahan dia memang best
walaupun kadang2 ending dia macam kelaut sket.
hahaha

aku suka filem laila isabella dia
yang nasha n rosyam nor tu

kalau rashid sibir yang buat filem/drama
pelakon yang dia pilih semua mantap2
kereta dan rumah yang digunakan pun hebat2
jalan cerita pun best2

mcm jihad iskandar ni
pelakon semua hebat2
ada eman manan, laki sapora tu
pastu zul handy black
heroin pun best2 belaka

tapi sakit hati la cerita jihad iskandar ni
sebab dia kan setiap isnin sehingga khamis
kol 5 petang dan ulangan kol 9 malam.
masalahnyer aku kan keje shift
selalu miss nak tengok
geram tau
walaupun aku tahu endingnya
eman manan akan kahwin juga dengan ayu raudhah
tapi setiap episod tu semuanya best2
huhuhu
sedihjer

mungkin astro ada tayangkan
ulangan secara maraton pd hari sabtu atau ahad
tapi aku tak pasti jugak samada
ada atau tidak

hurm..
harap ada ulangan....
dan sebab citer jihad iskandar nila aku tahu
rupanya lagu temanya
diambil dr penyanyi hafiz tu
patutla sedap...

moh kita share kat sini




Thursday, February 27, 2014

:(

assalamualaikum

aku kol mak
semalam...sebab aku sedih
sedih sangat!!!!
sedang bercakap...
dpt satu panggilan
aku matikan panggilan emak..
dan janji akan kol semula
dan akhirnya
kesalahan masih kepada aku

aku dial semula no mak
aku sedih dan bercerita lagi
sesi luahan hati
pesan mak
biarkan apa org nak buat
jangan melawan
klu betul hak et,
biar dia jawab di akhirat nanti
jangan marah2 dia
jangan cari gaduh
sabar.....
aku diam
tak mampu berkata apa
betol juga cakap mak

tapi aku masih sedih dan kecewa
mungkin sudah tertulis
itu bukan rezeki aku
bertabahlah

aku akan terus mencari redha itu
moga aku akan tenang
dan mulakan hidup baru
dengan semangat yg lebih tinggi
aku mesti semangat
InsyaAllah

aku pun tak paham

assalamualaikum

sebenarnya aku sendiri tak pasti
blog aku ni untuk kemarahan atau apa
asyik luahkan kemarahan saje
well aku kan manusia biasa
memang lately ni asyik stress je
aku pun tak tau la
mungkin dan peyod kot

sebenarnya aku nak menulis mcm dulu
cerita pasal keseronokan
keterujaan, kebangangan, kebodohan
kebahagian, kegembiraan dan macam2 lagi lah
tapi akhirnya jadi luahan hati je plak

mungkin sebab tukaq nama kot
dulu littlelulu mcm fun jer
mcm happy jer
mcm budak2 jer kan
jadi jiwa tu lainla kan
ini dah nama cerita seorang et
mesti la mcm bosan jer kan
hahaha

gedik sangat nak tukar kan.

tetiba teringat pada kata2 seorang kawan
ko ni banyak saka yang benci kat ko
tu semua benda tak jadi
hahaha

adohai kawan
klu la aku banyak saka, 
aku suruh saka2 aku tu 
cari duit banyak2 kat aku
aku selesaikan hutang2 aku
then aku hantar saka2 aku pegi melancong
dan aku pun melencong
hahaha

tapi tulaaaa
klu modal pun ayaq liur
memang tak kemana la beb

hurmmmm
dah laa

hilang pulak mood nak menulis
babai

Wednesday, February 26, 2014

edisi sakit hati


assalamualaikum

yes aku memang bengang..
aku memang marah 
sakit hati betol aku


benar bukan rezeki aku
benar bukan hak aku
benar semua salah
aku
baiklah...

Ya Allah..Kau lapangkanlah dadaku..jauhkanlah kemarahan n hasutan syaitan terhadap aku..bantulah aku Ya Allah.



Monday, February 24, 2014

satu lebih baik dari seribu

seorang sahabat sejati lebih baik dari seribu kawan.
aku bukan peramah pun
susah gile nak bercakap dengan orang yang aku baru kenal
memang susah nak buat kawan
tapi bila kau dah kenal 
memang aku akan baik sampai bila2
tak terfikir nak burukkan kawan2 
jika dia adalah yang terbaik untuk aku
mcm dulu aku ada kawan
kitorang memang kamcing..
ema, timah n kakju
lepas spm masing2 bawak diri ke unibersiti
aku jer tercampak kat kolej 
aku jarang contact dorang
sebab aku malu
aku rasa aku tak setaraf dengan mereka
sebab apa ?
sebab aku penah jumpa seorang kawan 
ms tu kami nak naik bas
dia masuk u
dia ke shah alam...
aku ke melaka
aku beria2 bercakap dengan dia
konon eksaited la jumpa kawan
kita boleh nampak kan muka org yang eksaited
dengan muka boring
mungkin dia penat
tapi dia ckp sepatah dua jer beb
kemudian dia naik bas
terkontang-kanting aku kat bawah..ok takperlaa
start dari situ aku mula malu
malu dengan status aku belajar dekat kolej 
masa kat kolej aku rapat dengan wati n ita
aku rindu diorang tau
tapi nak buat mcm mana kan
aku kerja tak mcm mereka
sabtu ahad cuti
aku kerja shift 
bila aku balik kampung, 
dorang plak dah balik umah mereka.
rindu sangat
bukan aku lupa atau tak ingat langsung
kenangan korang paling
best
dorang sahabat aku dunia akhirat
rindu sangat
sama jugak dengan ct, sabrina dan iza
untuk iza lagilaaa
dia selalu nak jumpa aku
tapi aku memang fail dlm urusan masa aku
ada jer yang tak settle..
urusan kerja, urusan rumah urusan kehidupan
naib baik aku sempat pakai spender
sorry iza..
i tau i hurt u..huhuhu
so bila aku ada kawan
aku hargai sangat
sebab memang aku bukan ramai kawan pun
dan bila aku berkawan
aku akan stick dengan orang tu ajer
tapi tak bermakna aku lupa dengan yang lain
dan bukan menjadikan alasan untuk aku bercerita buruk tentang kawan
kerana mereka aku belajar dari kesilapan
kerana mereka yang membantu aku bila aku terjatuh
kerana mereka yang memberi aku semangat
kerana mereka yang menjadikan aku lebih kuat
dan
kerana mereka yang sedarkan aku bertapa indahnya erti sahabat

untuk kamu dan kamu...moga kita kekal bersama
bila aku tiada, ingat aku dalam doa kalian
kesalahan aku buat pedoman
keburukan aku mohon disimpan
terpisah kita bukan bermakna 
hidup aku jadi bualan
andai berjodoh kita masih kekal bersama
disini...
dikubu batu yang mampu bersuara
tapi bukan wilayah aman untuk kita...

kamu tahu sapa kamu
sebab kamu berdua jer tahu link blog baru saya
hahaha

love
saya yang ketot

Sunday, February 23, 2014

bengkok paku kerana kerasnya papan


aku berbual dengan rakan senior
katanya.....
kalau ada org "jaga" ni umpama sekeping papan. 
makin lama semakin keras. maklumlah backup ramai.
situasi ke'kabel'an ni kat mana2 institusi pun ada kan.
tak boleh nak lari la..
mcm tempat kerja aku yang lama dulu
memang nampak berat sebelah tapi biasalahhhh
kita kena redha jer kan..tambah kalau ada yang cantik n gebu 
memang mcm aku yang berkarat ni tak dipandang la
bagus mcm mana pun ko kerja..
mcm tu jugak

bila dpt keja baru
ingat situasi itu dah tiada
maklumlahhhh kita zaman millenium katanya
tapi rupanya lagi teruk
kerja la macam mana pun tapi kalau ko bukan feveret mereka
buat salah sikit, sebulan nama kau dijaja
itu adalah lumrah kan
cuma untuk kita redhokan tu jer amik masa
maklumlah bila dah bukan feveret ni
semua kesalahan akan dituduh pada kita
hak kita pun akan ditegahnya
belum lagi yang mangkuk tmbah
bercerita yang bukan2
nak menjadikan cerita itu lebih hot
dari mushrom sup piza hut yang panas tu
jadi 
jika kita mahu jadi papan yang keras pun 
tak perlu salahkan paku yang bengkok jika diketuk
kita berhati-hati dan jaga kerja kita sendiri
jangan sampai orang lain menjadikan kesalahan kita
 untuk menutup kesilapan mereka 
setiap hari
sebelum tido aku berdoa supaya
aku bangun menjadi orang yang lebih baik
tidak berdendam, tidak menyakitkan hati org
tidak bercerita buruk tentang kenalan
tidak memburukkan kawan2
tidak bercakap yang sia-sia
sentiasa berbaik sangka
dan selebihnya aku serahkan pada
YANG DIATAS sahaja
semoga hari-hari aku terus
didalam redha dan hidayah-NYa

insyaallah

dan yang pasti ini bukan isu yang besar untuk orng lain mengambil kesempatan atas apa yang aku tulis. aku ada hak sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan. ini tulisan aku..ini hak aku...ini wilayah aku untuk berkarya walau sementara..

adios..
hiduplah dengan tenang dengan sentiasa bersangka baik dengan org lain.