Saturday, May 15, 2010

itu janji-NYA

Salam

aku just nak share tentang kesedihan melor berkenan sepupu yang rapat dengan nya telah kembali menemui pencipta AGUNG ari khamis petang jam 0500..kami sampai pun malam coz aku kene xtand.waktu aku sampai ku lihat si isteri amat tabah...mungkin terlalu lama dia menangis sebelum ini kerana arwah selalu keluar masuk hospital setelah disahkan batuk kering...semasa meninggal paru-paru arwah telah berlobang sebesar duit syiling 20 sen..kasihan arwah...Ya ALLAH, kau ampunkanlah dosanya..Kau tabahkanlah kami Ya Allah..Kau kuatkanlah semangat kami dan Khairul anuar....
bercerita pasal melor aka krol..dia memang sedih coz arwah rapat dengan dia dr kecik..janji Allah kita tak tahu tapi aku berdoa agar Allah panjangkan umur aku kerana terlalu banyak dosa yang ada didalm diri ini...selepas pengkebumian selesai, melor kembali ke opis seperti biasa n ldm jam 0530 ptg dia kol mak dia balik setelah melihat terlalu banyak miskol dr rumahnya...rupanya ada 02 org jiran di rumah mak mentua aku pun meninggal...selepas pulang dr upacara pengkebumian seorang pakcik ni meninggal dan semasa sembahyang jenazah untuk arwah pakcik ni, seorang lagi kawannya meninggal semasa beliau mahu mengambil air sembahyang...Ya Allahhhh...aku amat takut bila mendengarkan hal itu..memang sudah suratan azali tetapi jujur kukatakan aku terlalu takut jika aku yang berada disitu...Ya ALLAH...ampunkalah dosaku...panjangkanlah umurku...sesungguhnya Kau maha Mengetahui lebih dr segala galanya..Kau berikanlah aku kesempatan dimuka bumi ini untuk mencari keredhaanMU YA ALLAH...................
dan belum reda dengan berita kematian itu, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita pak su (adik mak melor) masuk IJN coz asu memang ada sakit jantung :(
semoga semuanya akan berakhir dengan tenang dan Ya Allah Kau panjangkanlah umur suamiku,ibuku, ibu dan bapa mertuaku, adik beradikku..ipar duaiku..sahabat handaiku dan sandar-saudara aku kerana aku belum puas meminta maaf dr mereka..pada semua yang membaca dan mengenali aku...aku mohon maaf dari kalian dan halalkan segala perbuatan aku..tegur aku bila salah tapi janganla marahhhh

lots of luv
et sayang melor
et sayang mak
et sayang mak melor n abah melor
tapi et rindu sangat pada abahhhhhh