kenapa aku sakit pinggang
1-nak period kot : tapi sebelum ni tak pernah rasa sesakit ini
2-banyak duduk kot : mungkin juga
3-angkat barang : mungkin jugak sebab last week aku tukar lagi posisi bilik tidur aku
4-buah pinggang rosak : ni ayat melor. dia ckp aku tahan "buang air kecil"(wah lama tak guna perkataan sopan ini)
hurm...sebenarnyer aku demam kali ni berserta sekali dengan sakit pinggang yang melampau. bila aku dah duduk, sangat susah aku nak berdiri tegak dengan postur yg betul. duduk membongkok pun sebab nak tahan pinggang.
setelah merajinkan diri menggoogle apa yg patut, aku rasa mungkin sebab lebih kepada yang no 3. sebab aku memang suka angkat barang sensorang tanpa tunggu melor..alih perabot, alih pasu dan apa saja la barang yg boleh dialih oleh aku..uwaaa..belum pun 40 aku dah sakit
belakang...sedih sungguh. lepas ni kena kurangkan aktiviti ini..
dibawah ni adalah sedikit kenyataan yg aku ambil dari KiatHidupSehat.com
Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang
- Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan iadapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secaraterpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialahringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptomsakit belakang.
- Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkanpinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naikdengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakangterutama di bahagian pinggul atau Cervical. (memang aku selalu angkat barang guna pinggang...tak bengkok lutut pun)
- Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalahberpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makanmakanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa ataupengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /bikarbonat. (lately ni aku sangat suka minum kopi+nescafe.asam ni lagila..peberet..uish.kena kurangkan ni)
- Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihanterhadap sakit belakang.tapi aku lebih suka pesanan yg dibawah ini..
Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-
- Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatuyang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (NW12).
- Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat(yang berkaitan dengan organ pankreas (NW15)
- Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10).
- Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
- Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buahpinggang NW13).semoga info ini berguna untuk aku dan yg lain...sayangilah tubuh badan kita..sayangkamulajulajukekodokbulat