TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
Ulasan :
Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..
Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..
Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..
Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.
Tapi yang peliknya kat bawah ni...
PASAL APA TAK DAK SAPA PULA NAK KUTIP??
opsss......hurmmmmmmm renung2kan dan selamat beramal
p/s:aku amik dr email jerk