kemudian kelihatan menjengkelkan
terus.... semakin membosankan
dan aku terus dibuai perasaan
sebenarnya
aku sendiri tidak paham
atau aku yang lupa akan segalanya
tetapi aku pasti
bukan aku yang memulakan sengketa
umpama kata orang tua-tua
kerana nila setitik
habis susu sebelanga
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata badan binasa
aku tahu
yang binasa adalah aku
yang rosak adalah aku
yang sengsara adalah aku
yang teruk adalah aku
kerana
semua orang tahu
dibelakangmu ada bumbung yang melindungi
ada tembok gagah yang gagal ditembusi
ada mata yang sentiasa mengawasi
biarkanlah kamu terjun bersama labu
biar tenggelam kerna labu yang berat
atau hanyut dibuai arus yang dahsyat
meninggalkan aku tanpa rasa bersalah
atau teringat segala lakonan
yang aku sendiri tidak tahu pokok pangkal
serta musabab yang membuatkan kau kesal
ntara kau, aku dan Tuhan
aku rela berdiam andai itu suratan
moga Tuhan kurniakan aku kesabaran
untuk hadapi segalanya dengan senyuman
serta kesyukuran kerna aku masih ada
untuk melihat lakonanmu manusia
yang sentiasa alpa dengan dunia
semoga kau terus gembira
dan bahagia selamanya
yang pasti
aku terus disini
dan pening sendiri
kerna aku pun tak mengerti
kenapa itu yang terjadi