Wednesday, February 29, 2012
lafazkan kalimah cintamu
Sinopsis Lafazkan Kalimah Cinta
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
uwaaa..nak sambung baca lagi tapi pilu plak hati aku ni kan...(ceh nampak ganas tapi hati ada ayaq terjun)
jujurnya aku tak pernah baca pun karya siti rosmizah ni..lepas ni kena la cari mana2 buku karya dia sebab review yg aku cari pun ada 2 novel yang hit tulisan dia..
hurmmm melor plss find the novel for me..muahaha..
p/s:rm26.90 jer
lots of luve
et
Saturday, February 25, 2012
aduhai hati
Sakit hati bila fikir hal orang macam ni. Walaupun duit tu hanya seploh hengget, tapi tetap duit orang yang bekerja dengan muka minta penampar, telinga tahan maki.
Dan sebab duit juga dari kawan jadi lawan. Sedarla kawan, aku bagi masa tapi ko terus berpoya-poya. Kereta makin hebat., hidup makin selesa tapi duit aku bila nak bayar. Tak kan aku kena baling cat kat pagar rumah ko baru nak hegeh2 bayar duit. Kang ada plak yang kena heart attack kan?
Sesekali kena gak meroyan kat sini..yerla dah la orang tak bayar hutang, sapa rugi, aku la kan, lepas tu sapa yang makin berdosa, aku la jugakkan sebab asyik marah tak tentu pasal kan?mengumpat lagi..hurm sabaq..sabaq
Dendam dalam diam sangat menyakitkan
adnan sempit 2
Wednesday, February 22, 2012
hujung jari jer
Saturday, February 18, 2012
terindu pulak
ni area belakang umah tok..umah tok melor ni luas. sekarang pak lang dia yg duk jaga. kebetulan mak lang melor cikgu ngajar kat sekolah area situ jugak..jadi terjaga la gak umah tu kan.
seronok sungguh dapat bersantai macam ni melor kan...huhuhu...itulah ibu mertuaku yang paling sporting seantero dunia..mana nak dapat mak mentua macam ni..kamching wooo..baju mak, ko pakai..baju ko mak pakai..hahaha..sempoi
ala tomey tomey..melor la kan..hehehe
Thursday, February 16, 2012
dulu dan sekarang
Wednesday, February 15, 2012
caca marba
mesti mak aku nangis tengok anak dia pemalas. nak makan cekodok pun pi kat kedai..hahaha
aku amik nasi lemak. beria aku ingat yang putih2 tu ikan bilis dengan kentang..rupanya jering..alamaksssssssss...habis satu rumah atas dan bawah aroma jering..sori melor yer..dan disebabkan menu ni la aku sakit perut dua hari berturut2. tapi jangan risau jering, kau tetap pujaan hatiku..hahaha(ada aku kesah)
Dr Awang
diorang ada gak sediakan penapis untuk dalam rumah tapi yang dalam aku guna penapis air dari cni. "waterlife".maka tambah yang luar la kan..maklumlah sekarang ni air area umah aku ni karat boleh tahan gak warnanya.
Monday, February 13, 2012
Tiada Duka Yang Abadi
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Monday, February 6, 2012
cik teddy
aku dan makanan
pastu jadi macam ni..ni kira ok lagi la...
Sunday, February 5, 2012
Leptospirosis
Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sama.
Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.
Tetapi hakikatnya, ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.
Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga
Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart & Demam Canicola.
Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)
INFO: Leptospirosis
1. Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
2. Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
3. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
4. Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
5. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung
Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.
Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!
lots of luv
et
Saturday, February 4, 2012
Doa senjata orang mukmin
USTAZ ABDULLAH MAHMUD….
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .
3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN
4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.
5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA
SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.
WALLAHU’ALAM……..
p/s:sharing is caring
lots of luv
et