Sinopsis Lafazkan Kalimah Cinta
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
uwaaa..nak sambung baca lagi tapi pilu plak hati aku ni kan...(ceh nampak ganas tapi hati ada ayaq terjun)
jujurnya aku tak pernah baca pun karya siti rosmizah ni..lepas ni kena la cari mana2 buku karya dia sebab review yg aku cari pun ada 2 novel yang hit tulisan dia..
hurmmm melor plss find the novel for me..muahaha..
p/s:rm26.90 jer
lots of luve
et