assalamualaikum
ditemani sikecil walau hanya 2 hr mengubah diri aku
tidor yg diganggu oleh tangan kecil itu rupanya amat menghiburkan
rangkulan tangannya yang manja dr belakang memeluk leher aku
memberi satu kepuasan
bdn yg berat mahukan dukungan
umpama tarikan untuk aku walaupun kepenatan
dia bukan manja dengan aku
dia bukan selalu ingat aku
dia langsung tak endah walau aku menjerit untuk menghampirinya
tapi
dia memberi kenangan indah untuk aku
dia menyentuh jiwa keras aku
walau hanya sempat bersama seketika
dia membuat jiwa aku gundah gulana
dia buat jiwa aku meronta-ronta
dia buat aku rasa lengkap sebagai wanita
walaupun hanya untuk sementara
walaupun hanya untuk seketika
aku rindu senyuman manja selepas dia bgn tido
aku rindu keletah dia jika dia mahu mandi
aku rindu suara dia memanggil aku
aku rindu gomolan dia terhadap aku
aku rindu semuanya
walau hanya dua hari
terima kasih tuhan.....
terima kasih segalanya
alhamdulillah
lots of luv
et