assalamualaikum
sapa tengok bunga merah punya..cerita ni setiap khamis jam 0830 malam di tv 9...aku follow cerita ni sebab aku suka lagu2 dalam drama ni..semua lagu2 lama yang tok baen nyanyi masa bunga dan merah masa kecik tu memang best lahhhh...aku suka lakonan budak yang jadi merah tu..si izz apa ntah nama dia...dah besar izzue islam yang jadi merah..
cerita ni kelakar jugak terutama nasir bilal khan punya watak..tapi sebenarnya, sebab utama aku sanggup follow adalah kerana arahan zul huzaimy..hahaha..dulu dia pernah arah seindah sakura lakonan fahrin dgn fasha sandha tu..itu pun bagai nak gila aku tgk coz aku suka lagu harapan tu..sekarang ni lagu2 dlm cerita bunga merah punya memang aku tangkap leleh punya...hohoho..aku suka..aku suka..aku suka
Sinopsis Bunga Merah Punya di Slot Aurora TV9
Kasih adalah satu rasa, sayang juga adalah satu rasa dan cinta
adalah satu rasa yang lain. Mana mungkin kesemunya boleh digabungkan. Tapi
ianya akan tercantum bila adanya rasa rindu dan cemburu. Benarkah begitu?
Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan
menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam
milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik
sewa yang disewa oleh Bunga.
Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang
dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum
dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan
di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan
kawan-kawannya.
Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak
merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan
Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.
aku selalu pegi kat link ni coz cepat wooo depa update..klik sini yer....
p/s:kata brutal tapi dlm hati ada taman..kahkahkah
lots of luv
et