sebenarnya bila pulang ketanah air, aku berkira-kira, mahu buat ntry atau tidak pasal umrah kali kedua aku ni..kadang2 bimbang dikatakan terlalu riak..kadang2 malu dengan perlakuan sendiri..tapi aku cuba kuatkan hati buat ntry ini juga sebagai kenangan aku kemudian hari..insyaallah..semoga menjadi panduan untuk yg baca dan kenangan indah untuk aku yg melaluinya.
kami bertolak ke mekah pada 06/5. kapal dijadualkan dprt jam 1700. perancangan untuk bawa mak n fil ini memang dah lama. dari 2 tahun lepas sebenarnya. tapi kami hanya merancang tapi Allah menentukan semuanya. walaupun mencari pakej yg sesuai dgn kemampuan kami, akhirnya kami ambil juga pakej jiran kami..alhamdulillah lega bila urusan selesai. ramai yang bertanya kenapa aku tak guna sahaja tiket yg kami ada. tapi biarlah ia menjadi pendirian kami.
kami pergi menaiki pesawat nas air. alhamdulillah, walaupun pada mulanya ada yang kata sempit, aku memang dah cuak tapi bila tgk boarding pas adalah business class..hati terus berbunga..alhamdulillah sangat2 coz mak n pil aku selesa...melor tambahla selesa kan...makan pun best tapi dihati aku MAS tetap the best..mihmihmih
so setelah banyak kali diupdate n delete then try to update again pastu aku cancel so akhirnya aku rasa baik aku buat noted mcm ni jerlaaaa
1-perjalanan bermula 06 mei 2013. bertolak dari rumah aku di
Nilai..malam tu atam n adik n mak tido umah kitorang..memang best..sepatutnya
keje malam tapi aku cuti..alhamdulillah jugak coz tukar n tambah cuti last
minit.mak baru sampai coz balik election kat felda selancar.
2-kami bertolak dari rumah dlm jam 1200 tengah hari. family
melor sampai dlm jam 1130.pada mulanya nak
gerak lepas zohor tapi risau lambat sebab kami ramai..yang menghantar
adalah icha, azhar n kwn dia yg akan ke Jakarta ptg
tu jugak, bib, shima n adik serta awa…hohoho agak ramai tu kan …so kami akan jamak zuhur n asar kat epot
jer lebih senang. Lagipun mesti ramai punyer coz semua penerbangan untuk umrah
bermula 6 mei lepas election.klu salah maafkan aku..aku diberitahu begitu
laaa..hehehe..
3-senang la check in coz travel agent uruskan..ni second
time aku naik flight yang bukan MAS. Oleh kerana mcm lama jer coz ramai kan so
aku bawak cik dah(mak aku) n mak melor pi surau nak sembahyang…mula2 pegi surau
level 5 sebelah kfc tu tapi org ramai sangat2.so ajak pegi surau level 3 kat
area kedai eraman (ketibaan dlm negeri) ujung sket..ingat org tak ramai tapi
rupanya ramai coz lepas ngundi kan ..jadi
ramai tunggu flight n lepak kat dlm surau tu siap makan2..tapi aku istigfar
jerla supaya elakkan marah2..mihmihmih…yerla kita nak kejar masa tapi mereka selamba boleh lepak2 kat dlm tu..serius memang sempit ms tu..jenuh nak letak muntot.
4-selesai sembahyang kami naik semula lvl 5 itupun dah
berpuluh2 miscol dr melor n adik aku..hahaha..settel semua sampai atas tengok
bording pass rupanya seat business class..alhamdulillah
5-lebih kurang jam 3lebih semua adik badik pun nak balik so
kami pun masuk la..alhamdulillah coz cik dah kan guna wheel chair, so aku tolak n masa
kat imegresen kami lalu kat laluan vip..carpet kuning ko..hahaha
6-perjalanan terus ke gate c01..biasa nas air memang selalu
aku tgk kat c01 n aku suh mak aku pi toilet siap2.yerla toilet kapal kan kecik..sebelum masuk
aku minum siap2 air mineral n simpan botolnya supaya senang nanti dlm kapal aku
nak mintak air kat crew..aku kurang air dlm flight mula nak demam..huhuhu
7-dapat naik terus n masuk ikut warna..masa ni aku tak tau
yer rupanya nas air ni system dia free seat..mula2 nak masuk kapal kena ikut
color yg ada kat passport kita..sama konsep mcm jemaah haji..senang nak
uruskan..then dah masuk kapal, crew akan cakap duduk jer mana2..hahaha..tapi
kami nyer seat memang kat bussines class..alhamdulillah lega coz seat untuk
family aku yg memang ada mslh kaki ni besar sket..jadi impian niat untuk
selesakan family terlaksana dengan izin Allah..masa di kl aku memang tak tahu
pun free seat untuk penumpang ekonomi yer..aku hanya tahu masa nak balik dr
madinah ke kl..itupun coz ada jemaah bagitau aku ms sama2 tunggu kenderaan khas
untuk wheel chair.
8-this is my first time naik b747..jadi Alhamdulillah semua
jenis kapal terbang aku dah naik..yang MAS ada la..b737,b777,b747,a330,a380…tapi
bagi aku mestilah keselesaan untuk A380 yang menang..memang selesa habis
laa..hahaha
9-oleh kerana kapal ini adalah chatered dan bukan commercial
flight, maka tiada entertainment yer..makan adalah 2 kali.tapi yg penting kaki
mak aku bolehla diluruskan dibengkokkan n mcm la..maklumlah seat boleh jadi
katil kan ..kahkahkah(ok
saya org kampung)
10-sejam sebolm sampai, captain akan ingatkan supaya berniat
ihram .so bersiap la kan ..aku
bawak siap2 spray untuk ambil air sembahyang..sangat berguna..tapi kesian gak
crew tu coz toilet banjir..walaupun berkali2 dah beritahu..
11-owh lupa aku memang ambil ubat period 2 hari sebelum
pergi kerana tarikh aku pergi tu memang tarikh aku bakal period..alhamdulillah aku
makan konsisten tapi lepas seminggu makan tanpa miss, akhirnya aku skip2 coz
aku rasa aku takkan period.dan aku sentiasa mohon pada Allah supaya aku
dikuatkan tubuh badan sebab nak bawa mak aku sembahyang di masjidil haram dan
masjid nabawi..alhamdulillah sangat2..rasa seperti diberkati kerana perjalanan
umrah dipermudahkan…
12-kami sampai ke hotel pada jam lebih kurang 1230 pagi…mutawwif
ckp boleh masuk bilik rehat semua then esok pagi dlm kol 7 baru buat
umrah..oleh kerana kami semua dah kali kedua kecuali mak melor yg pertama kali,
maka kami decide pergi dlm jam 2 pagi…bilik semua Alhamdulillah walaupun bilik
abah melor agak panas pada mulanya, tapi lepas tu dah ok..tapi kami terpisah
level la coz mak melor level 10 kami level 11. lift ada 4 ok..jadi senang
sangat2.
13-kami selesai
umrah elok2 lepas subuh. Alhamdulillah sangat Cuma masa saie tu jauh sikit la
kena pusing.depa tengah renovation kat area situ...alhamdulillah dapt tolak mak
walaupun agak mengah..mihmihmih..maklumlah nak kena naik bukit safa dan marwah
kan tapi bukit safa tu yg aku rasa tinggi sangat..hahaha..aku Cuma bayangkan
mcm mana dulu siti hajar berlari-lari ulang aling dr bukit safa tu ke marwah sebab
nak cari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s. aku rasa dulu bukit tu mesti lebih
tinggi dari sekarang yang telah dipijak berjuta-juta umat islam seluruh
dunia..wallahuallam
14-selesai subuh
kami pun balik hotel n rehat..sampai hotel dlm kol 7 tgk mutawwif tgh tunggu jemaah
lain..tapi dia ok jer..
15-kami rehat n
tido tapi zohor pegi balik..seronok kat sana woo tapi asar kami balik..aku
tolak mak mcm biasa la kan..lebih senang..tapi lepas asar tu aku tertido mcm
hapa jer sampai mata tak boleh bukak beb..hahaha..sampaikan mak mentua aku yg
amik makan untuk aku...love u la mak..mihmihmih..sapa jaga sapa yer.
16-keadaan disana
yang asyik renovation n aktiviti pecah batu buatkan tempat aku lalu tu memang
habuk n asyik gegar2 jer coz depa pecahkan batu tu..tapi jujurnya aku rindu bau
habuk2 tu coz kat sana jer aku sanggup sedut..muahaha..sedap jer tgk batu tu
panas2..buat kunyah baru tau..kahkahkah
17-alhamdulillah
aku dpt solat di hijr ismail..jemaah umrah memang ramai sangat2. nak nampak
kurang hanyalah masa sebelom solat zohor.sebab tengah panas kan..huhuhu..dan
dpt solat bawah pancuran emas..gila blessing rasanya..dahla masa sampai tu aku
dpt solat betol2 depan pintu multazam tu..aku main solat jer coz org ramai..nak
tolak mak lagi kan, jadi aku ikut jer arah org..alhamdulillah syukur sangat2.
18-aku kurang
bergambar dekat sana..sebab aku banyak gmbr org lain jer..mihmihmih
lepas zohor
20-2 hari pertama
aku asyik beli chicken broasted yg memang selalu kami beli masa first time
dtg tahun 2009. sedap gilosssss…kami tak
banyak shopping pun kat mekah coz memang nak beli kat madinah jer..tapi ada gak
beli tapi tak banyak la..hehehe..
21- 8 hari di
mekah memang rasa sekejap...rasa rugi sangat coz ada masa aku kat bilik dgn
mak. Owh rugi..rugi...rugi
22-kami melawat ladang unta dan juga tempat2 yg sewaktu dengannya yg dah ditetapkan oleh pihak travel agent..kami beli 3 botol susu unta..sebotol 5 riyal..yang minum hanyalah mak n melor..depa ckp susu unta sedap...moga kaki mak sekuat kaki unta...melor pun sama..huhuhu
melor dgn ygh jual tu pun lebih kurang dah..mihmihmih
23-kami melakukan tawaf wida selepas zohor..memang tgh panas la kan..tapi redha jerla..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memang sedih gile...aku tak taula kenapa aku sedih sangat2. moga Allah jemput aku lagi menjadi tetamunya..barang memang dah packing siap2. so memang settle siap la..kemudian kami terus gerak ke madinah..
settle dah kisah dimekah...ini sekadar nukilan kenangan aku bersama family aku..
to be continued
lots of luv
et