Monday, August 6, 2012

gasing ben10 pak lang


ini aktiviti pak lang bila berjumpa anak2 buahnya.
sebab tu pak lang ni antara org yang disayangi oleh mereka yang terlibat
sebab pak lang depa ni memang suka kena paw dek anak buah..hahaha
takderla..pak lang yang memang sukarela..
murah rezeki pak lang cute ni kan?


masa hari kejadian ari sabtu. lepas appointment gg aku, pegi umah atok jap antar hadiah umar. owh umar nyer bestday ari jumaat..yg kedua tahun. tapi mama dia dpt buat ari sabtu sebab ramai akan dtg umah atok. menunya semua obersea..nasi ayam vietnam katanya...mesti ayam sekor2 kan bib kan?hahaha
aku macam biasa gagal menghadirkan diri sebab komitmen kerja walauuuuuuuupun muka kena maki jer walaaaaaaaupun dibulan puasa..*tensen disitu*
tapi aku dtg juga kerja sebab aku kan suka duit...hahaha


makanya masa ni diorang semua dok keliling melor..aku kata apa kejadahnya la budak2 ni dok kerumun pak lang...ada bonus ka?



rupanya menda alah ini




apakah benda ini..namanya GASING.....melor suh acap pegi beli..sanggup plak tu budak2 ni melayan..harga rm9.50...sukahati mulah melor..katanya senang nanti balik kampung boleh main sama2..tak yah nak pinjam2 dah..hahaha..yerla masa kecik tak puas main kan?gagaga


monday blues frend


lots of luv
et

Sunday, August 5, 2012

kerana kau isteriku


yerkk tajuk menyampah

hahaha...melor beli majalah ni untuk aku...dah la mahal..tebal plak tu...tapi ada sebabnyer..dia beli masa awal ramadan ari tu tak silap aku
sebab utama dia beli majalah ni adalah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hahaha
dasar gedik aku kan..nak jugak buat kat blog haku..muahaha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sebab
130++ resepi syawal tu jerk
dia kata senang aku nak masak utk berbuka atau sahur



yerla..yerla...aku masak nanti...sentap tau.

lots of luv
et

Saturday, August 4, 2012

nasi antah

untuk panduan aku
ini kuih lama orang banjar...yer aku org banjar yer..hahaha..tapi tak boleh bersurah banjar..muahaha

bahagian bawah
1/2 pot beras (direndam dlm 1/2 jam)
kelapa parut
tepung pulut *secubit
garam
air

toskan beras yang direndam dan tumbuk. tapi jangan hancur sangat



 kemudian gaulkan dengan kelapa parut,secubit tepung pulut(mak kata jangan banyak sangat) dan garam. mak cakap kalau tak da tepung pulut, guna jer beras pulut. rendam sekali tapi 2-3 butir jer..sebagai agen pelekat..mak yg cakap..aku tulis untuk rujukan..hahaha

lepastu isi air sehingga tenggelam mcm kat bawah ni..kukus dalam 20 minit atau sampai dia keras.

untuk kepala dia


1/2 kotak santan kelapa
gula melaka
air
tepung gandum (dlm 2 sudu)
sedikit tepung beras *optional


masak santan + air sehingga kepala dia naik
kemudian bancuh gula melaka dengan santan masak tersebut
*lepas tu mak akan tapis bancuhan tersebut dan campur dengan tepung.
*cair2 jer 
dah siap baru kukus balik dengan beras tadi..macam biasa jer


dah masak jangan dipotong panas2. bila tak sabar macam aku, begitulah rupa parasnya..
mak biasa buat tak guna banyak tepung gandum sebab kami memang suka kepala dia lembik2 sket..tapi kalau dah sejuk cantik jer dipotong.


kuih peberet harus disimpan disini..lagipun kuih org dulu2 resepi mak aku plak tu...kuih moden senang nak godek dlm internet..hehehe


lot of luv
et

Friday, August 3, 2012

main masak-masak

lama betol tak update..mcm2 hal nak update tapi tak tau nak mula yg mana satu.
jadi nak buh dulu menu berbuka dan bersahur untuk tahun 2012 ni..jujurnya memang aku tak ingat dah bila aku buat menu2 ni..nampak sangat berat telinga mendengar, berat lagi bahu yg memikul kan?moga semuanya berakhir dengan baik..
aku nak juga abadikan kat sini. sekurang-kurangnya aku tau yg aku pernah buat menu2 ni untuk tahun 2012..muahaha

ni aku buat puding triffle..mudah sungguh membuatnya..aku amik kat blog neenaanuar..tq la pada tuan punya blog..siap ajar lagi lagu mana nak buat..siap ajar kawan aku lagi kat opis..beria bercerita..dia pun beria jugak sebab menjadi kan..hahaha..buat dlm bekas ni kengkonon feeling hebat sangat la kan!huhuhu

kengdian aku buat nasi lemak..pergh kali ni paling sedap seantero dunia. siap belagak lagi dengan mak aku sebab nasi lemak aku sedap..hahaha...nanti tulah ko et baru tau..berlagak gilos.
ekceli request dari melor nak nasi lemak..tapi aku nak makan udang petai..lama tak makan sejak ada divider kat gg ni kan..tambahan sebab dah teror buat sambal jadi beria la nak masak sendiri..sedap pulak tu..buka dan sahur aku duk ulang makan benda yg sama jer..maklumlah nak tunjuk kat melor betapa aku teringin sangat nak makan petai..hahaha..

pastu ni menu sahur kami pun aku tak hengat hari keberapa..nasi goreng, sup cendawan, ikan goreng dan sambal belacan mertuaku..hahaha..melor demand tak mau nasi aku buatkan meggi kari..

then buat mee goreng jugak request dari buah hati pengarang jantung aku. tapi aku malas nak makan mee masak nasi buat asam pedas ikan apa ntah(kecik sket dari kembong)....bukan buat2 tak tau tapi memang aku tak kenal pun ikan kecuali kembong, sardin,ikan bilis, talapia, siakap dan bawal..muahaha.(diva konon)
aku buat jugak caramel dari roti yg dah nak expired..senang jugak resepi dia ni...hahaha.
 kengdian melor request nak makan beger..aku dah cakap mamat ni bertukar deria rasa dengan aku..dia nak makan western jer..aku plak nak makan kampung..sambal belacan wajib.hadoiiii
ini beger aku guna 2 keping daging yang mana tengah2 dia aku bubuh cheese..masa melor makan meleleh jer cheese tu keluar...pergh kalah master chep...tapi masih ada unsur2 melayu yer disitu sebab aku letak popia..hahaha..malas nak buat salad..tapi memang aku buat satu untuk melor jer..mamat ni makan langsung tak dipelawanye aku..sedap sangat kot..tekebil2 jer aku tengok dia ngap..tapi aku tak teringin pun..sebab guna daging ayam. kalau daging nak jugak aku gigit.

dan ini pulak menu ari rabu aku buka puasa umah atok. ibu masak makanan ni katanya dari terengganu. kuah macam kuah laksam tapi tak bubuh lada sulah. buat pulak kuih cara kosong tu untuk makan dengan kuah ikannya. sangat-sangat sedap. aku pertama kali jumpa dan tengok dan rasa...nama tak pasti..gigih betol ibu masak..hahaha..tapi dia cakap ni ni jer dia buat..lain kali tak larat dah nak buat..hahaha..


dan ini plak kuih mak aku buat. nama dia nasi antah. dasar kuih ni bukan guna pulut tapi beras yang dah direndam dan digaul bersama kelapa parut. kepala dia sama macam buat kuih seri muka tu.kukus jer..aku memang suka kuih ni.tq mak sanggup buatkan untuk aku..muahaha

itu jerla serba sedikit rutin harian perut aku sepanjang puasa.alhamdulillah.
tapi yg tak berapa nak seronok rumah aku tak siap chat lagi..adoiiiii
mood rajin..datangla dikau

lots of luv
et

Sunday, July 29, 2012

Iman

bersabarlah

lots of luv
et

Friday, July 27, 2012

16. Balasan Orang yang Berhutang


Soalan: 
Apakah hukum dan balasan Allah kelak ke atas orang yang berhutang tetapi tidak membayar hutangnya pada hal ia mampu. Apakah yang perlu saya lakukan jika orang yang berhutang dengan saya seperti yang tersebut.
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.
Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya di masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak  Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.
Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam  membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

rujuk disini..mohon copy sini tau

semalam jumpa sorang mamat ni.kebetulan masa aku keluar dia tengah lalu..nasib baik dia dtg kat aku. dia keje bank sekarang. kira ok la kan income..tapi bila tanya jawapan standard 
"nie ha nak keluar pulak!" sambil tunjuk perut bini dia yg tengah ngandung.
eh ko yg hutang nak salahkan baby pulak..
lepas tu siap cakap kalau nak aply loan cari dia..habis tu apa kata ko jer buat loan tu n bayar kat aku..ok gak tu..

hurm malas nak layan org macam ni...aku pernah cerita mslh ni dulu..tapi biarlah berkarat dlm ni..

p/s:aku hanya insan yang lemah

lots of luv
et

8 tahun usia kita

dulu masa kecik bila cikgu tanya nak jadi apa, aku akan cakap lawyer...sudahnya jadi loyer buruk ajer.
da besar sikit tukar nak jadi akauntan..ni semua hasutan dari arwah abah..huhuhu..dulu abah ada kedai jadi aku memang selalu kemaskini akaun kedai abah..part time jer. jadi aku memang suka sangat dengan nombor tapi aku tak pandai sangat matematik..hahaha..jenuh kawan aku jar dulu masa sekolah tapi hampeh...
habis spm aku amik akaun..abah suruh tapi aku lebih suka kerja2 yang kasar dan yang macam jantan ni...aku sedar aku suka bertukang. menyesal pulak tak belajar pomen motor dengan abah kan?ok jugak apa kalau aku bekerjaya sebagai mekanik pompuan.boleh gak betolkan motor gp ker apa ker kan..hahaha
tapi sekurang2nya aku suka pada angka walaupun matematik aku lemah...habis belajar aku dapat keje kat bank..alhamdulillah masih bermain dengan nombor walaupun bukan akaun..hahaha
sekarang bidang kerja aku memang jauh lari dengan apa yang aku belajar dulu tapi alhamdulillah ini jugak yang aku mintak kan? dulu masa aku keje kat bank, aku selalu cakap ngan akak2 kat sana "ada tak kerja yang tak penat tapi banyak duit dan relaks"...haaaa amik ko....sekali Allah makbulkan, sampai bosan pulak la kan..dasar manusia tidak bersyukur..hehehe

alhamdulillah, kerja sekarang tak pernah aku gambarkan bahawa ia akan jadi profession aku suatu hari nanti..tapi aku tetap berbangga. alhamdulillah..dengan gaji yang aku terima setiap bulan, aku bahagia dengan melor walaupun kadang2 nak jer aku gigit-gigit melor tu..
dengan gaji yang aku ada sekarang aku mampu beli rumah yang aku duduk sekarang, bayar duit kereta, bawak family jenjalan walaupun kadang2 ada juga rasa semputnya.

kadangkala bila aku dan melor duduk berdua(alololo mcm ramai sgt dalam rumah), kami sendiri tak sangka akan terus menetap dikediaman yang kami suka dan selesa. suasana nyaman, sunyi sampai tupai pun buat sarang kat umah aku(ker sebab bersepah sangat), pagi2 burung berkicau, sekarang ni siap ada ayam lagi berkokok (jiran baru belakang umah bela ayam...memang best..mcm kampung pulak)..sangat2 mengujakan.

walaupun kehidupan kami hanya berdua, tapi aku sentiasa positif. kadangkala terasa jugak bila belum berhasil menambah bilangan keluarga tapi takperla..aku tak mahu kusutkan kepala hotak aku dengan soalan2 yang aku sendiri tak der jawapannya. biarlah ia menjadi ketentuan ilahi. ada rezeki, adalah anak kami..seperti rezeki yang Allah beri dalam kehidupan kami..insyaallah.

bulan ini bulan cinta bagi aku..bukanlah sebelum ini tiada rasa cinta. tapi bulan ni lebih sikit. bulan ini genap 8 tahun perkahwinan kami. masing2 dah dapat habuan masing2 kan melor kan...hadiah in advance.hahaha.alhamdulillah.

walaupun 8 tahun usia kita,
walaupun 8 tahun kita bertampar mesra
walaupun 8 tahun kita bermanja
tapi aku masih terasa
seperti baru semalam kita berjumpa...

happy 8th anniversary sayang..
sayang selamanya..

lots of luv
et

Wednesday, July 25, 2012

wordless wednesday





janji ku tepati

alhamdulillah
ramadhan keempat buat nasi lemak
dengan mcm2 hal semalam
tapi takper kejap jer nasi lemak ni
marveles sungguh
tak sangka aku pandai masak sambal
muahaha
ok  aku memang tak berapa pandai nak msk sambal
tapi setelah banyak kali mencuba, akhirnya mencapai piawaian yang aku nak..
paling best tengok melor makan.
laju jer member makan
muahaha
vangga giler

yang bawah ni plak  menu sahur aku pagi tadi..
aku agak musykil bila selera melor dengan aku mcm bertukar pulak
setahu aku, mamat ni tak suka western
hidup dia mesti nasik,,mee,nasik, mee..
semalam pestime mintak buat macaroni bakar
pastu pagi semalam sahur aku buat nasii goreng mcm biasa
tapi demand la pulak
"i nak bege la"
ok la ari ni aku buat bege ko..
tapi guna roti gardiner jer.roti bege tak jumpa kat kedai(muahaha)
pastu kawankan dengan jagung kengkonon mcm salad la kan dan omelet cheese mcm atas flight tu..hahaha verangan..prepared baked bean juga.melor cakap omelet tu sedap.aku sediakan untuk dia jer sebab aku makan macaroni bakar yang lebihan semalam tu. kena la buat accesories chicken sandwich tu. satgi lapaq plak mamat tu kan..muahaha

aku pun tak pasti kenapa tahun ni aku kekeringan idea nak masak apa untuk berbuka/bersahur. kalau last year aku semangat giler nak masak tapi this year lemau sungguh. harap semangat aku ni akan kembali nak masak2 untuk melor.

p/s: ini untuk kenangan

lot of luv
et

Tuesday, July 24, 2012

menu penuh kasih sayang

semalam aku sibuk pk menu berbuka
baru ramadhan ke 3 dah tak tau nak mkn apa
kol dua belas keluarkan ayam
ingat nak buat nasi ayam
kol mak dia ckp dia msk nasi lemak ayam berempah
amboi hebatnyer

kemudian on fb start chating ngan iza
tanya menu apa yg best
dia ckp roti jala dengan kuah kari
adoi aku paling lemah masak kari
iza siap ajar lagi cara masak kari
hahaha
kelakar sungguh
orang cakap senang msk kari
tapi bagi aku kari paling susah
muahaha

chating ngan iza jer sampai kol 245
itu pun berenti sebab semayang n nak kemas
hahaha
duk umah tapi tak mengemas langsung
aura malas melanda

selesai solat,
aku malas2 lagi
best pulak cerita kat tb ni
hurm..apa nak jadi ni kan?
melor kol tak lama lepas tu
dia ckp nak makan macaroni bakar
hahaha
kalau yg ni aku confirm pandai la kan!
senyum meleret aku dengar melor nak makan makaroni bakar ni.

kol 5 melor sampai terus pi tesco sebab nak beli cheese
tapi mcm2 pulak yg terbeli
jadi sampai umah terus rebus kentang dengan makaroni.
kentang nak buat salad dengan jagung
alhamdulillah
siap pun tapi first tray aku bakar awal
6.30 dah masuk oven
nak buka 0730..huhuhu
tapi yg traykedua bakar lambat sket..

melor plak prepare dessert
betik dengan strawberi jer.
nak buat kuih memang tak der yg makan la kan?

alhamdulillah
siap juadah ngam2 waktu berbuka
siap gedik2 lagi amik gambar dengan melor

inilah hasilnya...walaupun mula masak kol 6 sebab banyak sangat yg diangkut masa kat tesco,
berhasil jugak baked macaroni aku untuk melor
dimasak dengan penuh kasih sayang..muahahaha..buwek
 hidup berdua mcm ni la kan..hahaha
melor cakap jadi pun makaroni aku..hahaha
hello before ni sapa suka spagheti..i kan?
muahaha
kecoh jer aku kan

ini pencuci perut prepared by melor
manis macam melor jugak
hahaha

untuk iza, tq resepi karimu
dah buat nanti akan aku inform pada ko
muahaha

lots of luv
et