Sunday, August 12, 2018

Villa atas bukit itu

Pagi itu indah sekali. Sejuk dan mendamaikan. Latifah menyedut dalam-dalam udara yang sungguh menyegarkan itu. Sambil berjalan melihat bunga bunga yang mula berkembang. Menunggu jam 9 pagi dimana cahaya matahari semakin meninggi dan bunga bunga mula mekar menunjukkan diri.
Paip air dicapai dan segala tanaman itu disiram. Semalam dia tidor sendirian. Tuan Zainal tidak pulang ke villa tersebut. Hanya ada Latifah bersama Mak Jah dan Pak Akob menemaninya. Mak Jah dan Pak Akob adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Zainal. Namun 2 tahun lalu mereka meminta berhenti kerana mahu pulang kekampung di Kuala Pilah. Tetapi sejak beliau menghuni vila atas bukit yang tersergam indah itu, tuan zainal memohon jasa baik mereka berdua utk kembali bekerja. Oleh kerana rumah mereka masih dalam jajahan yang sama, Mak Jah menerima tawaran tuan zainal.
Sebenarnya, berat hati mak jah mahu membantu tuan zainal kerana beliau mengenali rapat keluarga tersebut malah mengetahui semua rahsia keluarga itu.
Tuan zainal sudah berkahwin hampir 20 tahun dgn Puan Maria Ann. Wanita kacukan portugis yang dikenali dizaman universitinya. Kemudian mereka bersama sama melanjutkan pelajaran di london. Tuan zainal bukan dari kalangan orang berada. Dia yang dibesarkan dirumah anak yatim setelah diusir oleh keluarga pakcik yang diamanahkan menjaga beliau. Mujur dia tiada adik beradik lain. Sejak itu beliau nekad untuk mengubah kehidupannya.
Ayah tuan zainal meninggal semasa mencari ayam hutan untuk menjadi habuan makanan. Ayahnya seorang yang rajin namun demikian telah ditembak secara tidak sengaja. Pada zaman itu, ramai yang suka berburu. Sejak itu ibu tuan zainal perlu mencari pendapatan sendiri untuk membesarkan tuan zainal. namun ibunya tidak mampu menahan godaan dari lelaki yang sentiasa mencuba nasib untuk memiliki ibunya. Dan akhirnya ibu tuan zainal bernikah dan meninggalkan tuan azlan bersama pakcik saudaranya haji shuib yang garang dan tidak berperi kemanusian. Pada 3bulan pertama, ibunya menghantar wang belanja namun terputus begitu sahaja menyebabkan haji shuib menghantar tuan azlan kerumah anak yatim.disitulah kehidupan beliau berubah.
Tuan azlan bekerja keras dan belajar bersungguh sungguh demi mendapat jawatan yang tinggi kerana dia mahu berjaya dan menjadi org besar. Dia nekad tidak mahu mencari ibunya serta dia nekad akan memutuskan hubungan dengan smua insan yang pernah beliau kenal.
Berlainan dengan puan maria Ann. Maria adalah dr golongan berada. Setiap kehendaknya ditunaikan oleh ayahnya seorang pegawai diplomatik dari sepanyol. Walau keluarga beliau hanya tinggal dimalaysia selama 5 tahun, maria memang telah jatuh hati dengan tanah melayu. Beliau sukakan kehangatan, selesa dengan orang disekelilingnya dan sangat suka pd makanan yang ada. Disebabkan itulah beliau membuat kptsn mahu melanjytkan pelajaran dimalaysia sementara smua keluarganya sudah pulang ke sepanyol. Maria ann memeluk islam sebelom berkahwin dengan tuan zainal. Namun sayang kerana maria ann gagal meninggalkan kehidupan sosial beliau yang sukar dikawal.10 tahun pertama mereka berkahwin, mereka sangat bahagia. Namun tuan zainal terfikir sampai bila mereka mahu hidup seperti itu. Dan disebabkan itulah beliau membeli tanah di kuala pilah dan membina banglo indah yang ingin dihadiahkan kepada isterinya. Beliau nekad mahu berubah kearah kebaikan dan menganggap jika berpindah kevilla yang jauh dr kesibukan kota, hubungan mereka semakin rapay seperti dulu dan maria ann boleh mengurangkan aktiviti sosialnya. Namun harap tuan zainal hanyalah sia sia kerana impian itu telah ditolak mentah mentah oleh maria ann. Mereka bergaduh besar dan akhirnya maria ann keluar rumah dengan keadaan marah. Hampir 5pagi beliau balik dengan keadaan mabuk teruk. Air mata tuan zainal jatuh lagi.