Monday, August 13, 2018

Latifah

Panas mentari makin hebat menggigit kulit latifah yang hitam manis itu. Dia menarik lengan baju cuba untuk mengurangkan rasa terik tersebut. Langkahnya dilajukan sambil kepalanya meliar mencari kelibat manusia yang dia kenal. Langkahnya dilajukan. Gusar hatinya semakin dalam. Kakinya terus melangkah tanpa arah. Hatinya semakin sayu mengenangkan sikap ibunya yg sentiasa menangkan kakaknya nan satu itu. Segala perbuatan latifah sentiasa tidak kena dimata mereka. Kadangkala latifah berasa adakah dia anak angkat keluarga itu sehingga terasa hina layanan yg diterima.
"Tipah, kenapa belom masak nasi. Aku lapar" tengking sharipah sambil menunjal kepala latifah yang sedang berehat kerana sakiy kepala. Dia yang baru saja berbaring selepas menyelesaikan semua kerja rumah dan berkira2 ada ms sebelom memulakan aktiviti memasak nanti.
"Tipah pening kepala kak. Tak sedap badan" jawab tipah lemah.
"Apa yg kau buat sampai tak sedap badan. Kau mengandung ye"teka sharipah.
"Kakak jangan mengarut boleh tak? Bila masa tipah keluar dr umah ini selain sidai kain dan sapu sampah dilaman kak?"jwb tipah.
Sharipah terus meluru ke bilik ibunya. Ketukan bilik ibunya yg kuat membuatkan ibunya membuka dengan marah2.
"Nape sha"tanya mak ros ibu sharipah dan latipah.
"Latipah mengandung mak. Dia pening2 dan tak sedap badan"adu si sharipah.
Latipah mendengar perbualan mereka namun tidak mampu membuka mata kerasa sakit yang terlalu kuat.
"Latipah!!!" Jerit mak ros. Mak ros menerkam rambut latifah. Dia terpinga-pinga dan cuba selamat dirinya.
"Aku nak rehat dengan abah kau pun susah. Apa sahaja kerja kau latifah" tanya mak ros yang keluar dr bilik dengan kain batik separas dada sahaja.
"Tipah tak buat apa mak. Tipah pening kepala lepas jemur kain tadi. Panas sangat" jelas tipah.
"Jam 10 kau kata panas tipah. Kau cakap siapa buntingkan kau. Cakap dengan aku" jerit mak ros sambil tangannya menampar pipi latifah. Dia melihat sharipah ketawa mengejek.
"Padan muka kau"kata sharipah lalu masuk kebiliknya.
"Mak, tipah tak pernah keluar dr rumah selain ke kedai. Tolonglah mak.tipah sakit" latifah merayu pd mak ros.
Mak ros melepaskan rambut tipah dan latipah terus berlari keluar dan tujuannya hanya ingin mencari ketenangan. Dia masih mendengar ibunya menjerit dari luar dan tipah terus berjalan tanpa menghiraukan jeritan mak ros.
Latifah berhenti di taman permainan di tepi jalan tersebut. Tiada siapa pun kerna panas terik kan. Dia duduk dibangku berhampiran gelong2 besar yang berwarna warni itu. Sebenarnya latifah tidak terfikir mahu lari dari rumah itu. Dia tidak ada siapa yang dikenalinya malah dia tidak kenal saudara maranya. Selepas keluar dr rumah akibat dimarahi mak ros, latipah pergi kekedai dikawasan kampunya untuk membeli surat khabar. Setelah mendapat apa yang dia inginkan, latipah berjalan pulang. Setibanya dirumah, dia melihat beg sandangnya didepan pintu rumah dan didalamnya terdapat beberapa helai pakaian miliknya termasuk dompetnya yang hanya ada ic sahaja.
"Mak buka pintu ni mak. Tolong tipah. Tipah tiada tempat nak pegi.jangan halau tipah" sambil.mengetuk pintu tipah merayu.
Senyap tanpa balasan. Tipah menuju ke tingkap. Sama berkunci dr dalam.
"Kak sha tolong tipah.kak sha, kak sha" rayu tipah lagi.
Dia menangis dan terduduk didepan pintu. Memeluk erat beg sandangnya itu. Dan terus berlalu pergi. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan dan dia nekad mencari kehidupannya sendiri.