Tuesday, June 23, 2020

kasih ,cinta dan dugaan

assalamualaikum

hahaha
sesi throwback manusia tak leh move on
masyaallah..hahaha
melihat gambar2 lama di ig. sebab fb dah lupa pssword, jd terkedu seketika..begini hidup aku rupanya..tak penah pkr mslh wang. apa disebut smua dpt.durian simpang jalan salak yg semua tahu mahal,kami makan kdg selang sehari. secret recipe lunch, pizza dinner, mcd breakfast, even aku off,aku tak perlu pkr nak msk walau sayur dan ikan byk dlm peti ais.. melor remind me dia akan beli lunch.. Allahu, sesungguhnya,aku amat merindui melor saat dia bergelar kakitangan malaysia airlines system. tak de siapa sangka, akhirnya hmpr 20 thn setia, melor dan kwn2 tergolongan dgn kelompok garden leave dimana tak payah kerja terus sehingga tarikh 15.9.2015 dimana tarikh itu jd tarikh rasmi mereka smua ditamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan malaysia airlines system yg amat aku banggakan..
aku tak pernah mention aku dan melor kerja dimana. yg tahu,tahulah..bukan blog aku hebat pun kan..kdg ia hanyalah kenangan dan diari aku sahaja.
teringat lagi saat kami sama2 tunggu surat dr posmen. sedih takut berdebar. aku tahu salah satu dr kami pasti kecundang. aku bagi kata semangat pd melor. dia nangis dan sedih. saat diumur begitu, apa kerja yg mampu dia buat. saat itu emosi kami bercampur baur. dah seperti yg kami tahu, dia kecundang dan aku diserap sebagai kakitangan malaysia airlines berhad. alhamdulillah syukur masih mampu berkhidmat. 
melor kata, takpelah. dia reda walau aku phm kesedihan dia.

birthday aku,mesti melor cuba gembirakan aku.beli bunga tu ya Allah membazir betol bila fikir semula..
so selepas dpt surat,kami mula membuat rancangan,apa yg perlu dilakukan. pampasan yg melor dapat, harap dapat digunakan sebaik mgkin. melor buat lesen psv. bw teksi limo. namun, teksi dan limo saat itu bersaing hebat. limo hanya boleh ambil penumpang di klia mnkala teksi di klia2 yg mn klia2 byk flight termasuk airasia dan malindo. sewa perlu bayar, dan kemudian teksi limo dia lama. dan kdg2 rosak. kesian dia. aku ckp takyah bw limo,cuba bw teksi merah pula. dia buat namun benda sama jd so kami surrender.

ni ms anniversary.pun dia usaha cr bunga utk aku..masyaallah
semasa dia bw teksi, HR msih membantu staff2 yg diberhentikan.mereka hantar info2 kerja kosong yg boleh di isi jika berminat. alhamdulillah melor berminat dan terus call salah seorg pegawai betugas rafflescare bg tugasan ramp. beliau terus suruh dtg kerja..Allahuakbar. tanpa temuduga dan hanya melalui panggilan telefon sahaja, terus melor semangat. aku cuak juga sebab tahu kerja ramp sgt2 penat. angkat beg penumpang yg berat. dan bermulalah era makan gaji semula.
melor suka. alhamdulillah dia sgt enjoy. dr driver ramp ke officer incharge.walaupun hanya vendor syarikat,namun org yg menghabiskan kerjanya dgn airlines tahu perasaan itu. bangga dan sgt gembira walau hanya melihat kapal itu tak bergerak.

masa ni celebrate anniversary kami. melor yg belanja as always.
namun demikian,saat gembira tak lama. rafflescare mgkin ditamatkan kontrak dan kerja ramp diambil alih lagi. berita tersebar laju namun demikian dlm ms yg sama,malindo buka utk khidmat cargo. mereka mencari kakitangan baru. melor mencuba dan alhamdulillah, melor terpilih menjadi kakitangan kerjasama malaysia indonesia...syukur alhamdulillah. bagi aku yg pntg masih ada kwsp dan socso juga sudah syukur. berapa pun gaji nya,cukup utk kami bayar apa yg perlu dibayar.


saat kami tak pernh terbayang akan jd mangsa ekonomi sehingga melor perlu hilang pekerjaan. bandung mcm balik segamat je pun..
alhamdulillah,bermulalah saat melor sebagai seorang kakitangan kepala singa. sedih tgk.hujan2 lebat selamatkan cargo dr basah, roster yg tak menentu dan ada ms kami jumpa setengah jam je di rumah sebab aku smp jam 1 pagi dan dia kena masuk keje jam 2 pagi. tapi aku kena kuat supaya dia kuat. 3 bulan pertama gaji hanya gaji pokok, yg aku sndiri tak tahu nak urus mcm mana. tapi Allah kan ada..Dia sebaik2 perancang kan..

sushi ni di kompleks sukan depan nci tu. sedap tau.aku kan hantu sushi. taktaul wat dulu suka mebai minta mkn mcm2..hahaha
dalam waktu berkhidmat dgn malindo, 2 kali dia ditimpa kemalangan semasa bekerja. sekali kaki kena hempap besi dolly yg berat tu. kebetulan dia tk pakai proper safety boot. bengkak ye. tp tak retak. cuma kena admitla juga. kemudian doktor kata bolh letak ais, aku pun pesan sakit letak ais, jd ms aku pg kerja beliau letak ais smp tertidur, tahu2 kaki dia makin bengkak dan berair. terus admit lg sekali dan kena korek. hahaha kesian melor. tp kami tak claim socso pun..baik tak..hahaha..teruk betol la kami ni..
ms ni asyik ulang pi sc.tomyam kung tu melor punya.dia mmg fans tomyamkung sc. aku peminat pasta. kdg kami pegi utk tea time.mkn cake free coffee
dan awal tahun ni, sekali lagi melor ditimpa kecederaan. dia terjatuh dan lutut meletop. ms tu dia msih kerja. admitlah lagi dan saat dia admit tu, covid sdg rancak dan malaysia diawal serangan. jd katil penuh dan melor kena stay dirumah hampir seminggu.kaki tak susut bengkak lgsg dan makin teruk bila dia kn cirit birit.kesian dia. sabar la syg.

saat kaki disimen. sian betol dia.lgsg tak bolh buat apa. ms ni kwn2 melor di malindo rmai yg datang.seronok tgk depa.bw buah biskut satay ns goreng..allahuakbar.kalian tak ramai tapi sgt beerti

bermulalah hidup melor bersama sipembalut biru. aku kerja mcm biasa.alhamdulillah, Allah Maha menolong dan Maha membantu. bila kerja shift,aku boleh urus melor dgn baik.makan minum beliau. rs bahagia juga kan disaat kita diuji tp terasa ringan ujian itu..allahuakbar...

punca2 kegemokan dan kekencingan manis melor..hahaha
melor cuti sakit hampir 2 bln dan kemudian ditambah dgn cuti tanpa gji yg syarikat syorkan akibat wbak ini. smua kawan2 melor pun begitu dan aku berharap ada sinar baru utk melor dan kwn2 beliau ditempat kerja mereka. masing2 dah berumur dan aku lihat, kwn2 melor termasuk melor sgt berdedikasi.
saat dulu,kami mampu makan durian disimpang jalan salak. kdg 2 bj sudah cecah rm80. tapi melor tak pernah berkira pun. bg dia, esok lusa kita fikir lain..hahaha betol melor tp perumpaan tu tak bisa digunakan lagi ya sayang .hahaha

saat susah,saat bahagia saat indah, jgn disia2 kan. bila kita susah walau kdg kita terasa ingin mengalah, ingat saat bahagia walau kita ketawa hanya bau kentut yg busuk. dan bila kita sdg gembira dan bahagia, jgn terus terasa tenang kerana kita belom tahu apa yg akan mendatang.
terima kasih Allah utk smua ujian...moga kami lebih tabah dan moga Allah limpahkan rezeki melor dan aku...insyaallah..Allahuakbar.Allah Maha Besar