Thursday, February 21, 2019

Mari membebel

Assalam

Rindu zaman membebel kan..nantilah bila aku ada rezeki lebih..akan aku tukar hp br yg lebih efiesyen dan senang aku nak hapdate blog.telefon sekarang ni dahla retak..kwn2 tanya bila nak beli hp baru..tp diri sendiri je tahu poket kita kan...selesaikan apa yg patut lebih baik...lagi senang tak payah selfie2..kdg org pun geli nak pgg hp aku..dahla buruk..retak plak tu..hahaha..keje plak mmg kena guna hp amik gmbr mcm2..tp kenalah positif dan yakin walau hp buruk, kau tetap mahu kerja dan sayangkan kerja. Bila cerita psl kerja, geram bila dengar org yg datang kerja asyik mcm2 alasan nak kencing member..mcm dia sorg je ada mslh..dia selalu ada mslh tp sebab skandal dia baik dgn bos, kemain senang dijaga..tak adil kan..bila kau kaki j***t bos, golongan yg bekerja bersungguh2 ni tak dihargai lgsg...sedangkan golongan kaki penj****t ni senang2 dijaga..boleh dtg lambat, mc habis tapi no show sebulan but still dikata tenaganya diperlukan..dah sah2 dia bukan org yg memerlukan pekerjaan..tolonglah jgn pelihara pekerja mcm ni.. aku yg dpt dosa dan penyakit sebab sakit hati tapi dia gembira balik awal, pg shoping makan sambil suap2 dan jalan berpimpin tangan..hurmm menyampah sgt perangai..dahla skandal kaki penipu..suka buat cerita..omggg aku tak paham kenapa ada atasan yg nak percaya ckp dia..adakah sebb dia selalu jumpa atasan dan sebab itu pendapat kami dipinggirkan..huhhh mls cerita dah..sakit hati kita...

Next...

Sebenarnye mcm tak relevan pun blog ni kan..tp aku suka sebab boleh bebel panjang2..kdg2 baca kenangan2 travel yg lama2..kenangan ms kerja dgn kwn2..smua menggembirakan walau nmpk mcm sibuk sgt nak show off..hahaha..tp much better blog than fb or insta sebab aku tau yg bc hanya aku dgn bubu je..yg lain mgkin lebih aktif pd insta..insta pun private kan..hahaha..kalah artis..mcm mana nak maju kalau pemalu kan..org yg berjaya biasa tiada unsur2 malu sebab mereka sgt yakin dlm sesuatu hal...org kasar ckp lu bila sembang babi pun boleh terbang ooo..kahkahkah..

Well almost a year aku ditempat baru..kdg confident tu sgt tinggi..kadang takdak langsung..kdg bila bodo dia mai terus amik mc..hahaha...kehidupan hang yg selama bertahun seorang yg kepochi tiba2 nak jd seorg yg pendiam dan behave....mmg tak la kan..will be but take time...org lihat kerja yg senang..tp sgt memudaratkan..penat berfkr..otak kiri kanan kena berfngsi dgn cepat..hurmm..ontahlaaa.

N when kau dekat tempatkeje pun lonely, balik rumah pun lonely..penat juga nk layan lonely aku ni...nak buat aktiviti..taman jauh sgt..nak naik bukit melor tak kasi...jd busykan diri dgn tido je la..tgk korea hari2 pun bukan pandai ckp korea pun..aku cuma sibuk masak..walau ntah apa2 mskan aku...tp msk je lah..cuba jd isteri yg lebih membantu suami..tp kdg2 sunyi tu tiba..aku bukan suka tgk fb..melor takde aku pun hidup..janji fb tak kena block..kahkahkah...kdg aku tgk dia tanpa dia sedar...kusyuk betol ulit hp..bila firasat jahat timbul...msj dgn pompuan yg konon kwn atau apa?kan..tp kenalah selalu positif dalam diri..mgkin dia juga sunyi mcm aku...mungkin dia terfikir hidup tanpa anak yg tak membahagiakan dia...bahagia dia dgn aku..cukupkah apa yg aku beri...kalau ikut kata org, ambil anak angkat yg caranya semudah makan nasi...hanya kami mengenali kami..ckp2 org tak mampu kami ikuti...

Aku masih duduk dimeja dapor melayan line celcom yg hanya ada ditingkat atas,tangga atau dapor..setia kan aku pd celcom..kdg terasa kenapa aku perlu sesetia ini dgn celcom yg harganya tetap mahal nak mampuih...servis mcm lahanat..hahaha..adeh..aku kena fikirkan sesuatu la..mgkin sampai msnya aku bertukar ke talian lain supaya lebih menggembirakan kehidupan aku..

Chow dulu..adios amigos berambus..

Friday, February 1, 2019

Gundah

Org lihat mcm senang
Org fikir ia mcm 1 kehebatan
Org bilang kerja senang
Namun
Ia satu yang amat menyulitkan
Hati yg tak kuat
Dan perasaan yang lemah
Gagal untuk ditafsirkan

Namun akhirnya
Aku diduga
Yg berat dan lelah itu
Akhirnya menjadi punca
Adakah aku akan kuat
Atau terus diburu rasa
Kecewa
Bersalah
Ntahlaaaa

Moga Allah bantu aku
Dan kwn2 yg lainnya
Walau bukan kesalahanku
Namun
Semua benda mungkin berlaku
Ya Allah...aku bertawakal kepadaMu
Bantulah aku.😢😢😢😢

Wednesday, January 30, 2019

Sunyi

Ada ms aku terlalu sunyi.
Walau melor didepan mata dan hanya asyik dengan telefon..aku rs lebih untung jd telefon sebab hr2 kena ulik kan...huhuhu
Sunyi tu tak mampu diluah..
Sunyi yg kdg2 mematikan smuanya..
Walau kepala sarat dengan masalah..aku sunyi..melihat org sekeliling sibuk urus hal anak2..aku tahu kdg2 mereka sendiri kesian dengan aku. Aku sendiri sukar jelaskan apa tg aku fikirkan.
Duduk di tempat aku..pasti kamu sendiri pening dengan apa yg perlu diutamakan.
Kdg terasa smua sia2.
Kdg terasa terbeban dgn segalanya.
Kdg aku merasa aku mnyusahkan semua.
Mahu ikhlas namun semakin jauh bila kita sentiasa menjadi yang terakhir dlm ingatan.
Andai didunia tiada yg mengingati...apa ada yg sudi mendoakan aku bila mati nanti.

Tuesday, January 29, 2019

Test

Saya mencuba sebab tak boleh update tru hp..whyyyy

Sunday, January 27, 2019

Saturday, August 18, 2018

Kadang aku merasakan hidup ini terlalu sukar. Malang yang bertimpa2. Hutang yang semakin tiba duenya. Dan apabila hanya kau yang available utk membantu, patutkah kau diam kaku...
Ini bukan cerita kesusahan..tetapi ini cerita tentang tanggungjawab. Betapa pentingnya sifat kasih sayang diantara ahli keluarga.tidak kira tua atau muda. Hormat menghormati perlu diutamakan. Mementingkan apa yang hak. Dan menjauhkan apa yang tidak.
Kadang kala, kita diberi sedikit kesenangan..dan kita membantu dalam urusan kewangan, manakala ahli yg lain yg tidak berkemampuan memberi pertolongan dr hal penjagaan. Tidak perlu mendabik diri dgn mengatakan ini smua aku yg tanggung. Ini adalah salah sama sekali. Allah tidak suka manusia yg sombong dan ego tambahan dengan ahli keluarga sendiri.
Kurang kasih sayang yang dicurah atau terlebih sudah. Kadang ia bermain di kotak fikiran aku. Perlu aku turut perangai dia atau biarkan saja. Tapi tahukan dia aku sendiri berperang dgn rasa.
Aku pelik bagaimana kurangnya perhatian dan kelembutan dalam kasih sayang.

Monday, August 13, 2018

Latifah

Panas mentari makin hebat menggigit kulit latifah yang hitam manis itu. Dia menarik lengan baju cuba untuk mengurangkan rasa terik tersebut. Langkahnya dilajukan sambil kepalanya meliar mencari kelibat manusia yang dia kenal. Langkahnya dilajukan. Gusar hatinya semakin dalam. Kakinya terus melangkah tanpa arah. Hatinya semakin sayu mengenangkan sikap ibunya yg sentiasa menangkan kakaknya nan satu itu. Segala perbuatan latifah sentiasa tidak kena dimata mereka. Kadangkala latifah berasa adakah dia anak angkat keluarga itu sehingga terasa hina layanan yg diterima.
"Tipah, kenapa belom masak nasi. Aku lapar" tengking sharipah sambil menunjal kepala latifah yang sedang berehat kerana sakiy kepala. Dia yang baru saja berbaring selepas menyelesaikan semua kerja rumah dan berkira2 ada ms sebelom memulakan aktiviti memasak nanti.
"Tipah pening kepala kak. Tak sedap badan" jawab tipah lemah.
"Apa yg kau buat sampai tak sedap badan. Kau mengandung ye"teka sharipah.
"Kakak jangan mengarut boleh tak? Bila masa tipah keluar dr umah ini selain sidai kain dan sapu sampah dilaman kak?"jwb tipah.
Sharipah terus meluru ke bilik ibunya. Ketukan bilik ibunya yg kuat membuatkan ibunya membuka dengan marah2.
"Nape sha"tanya mak ros ibu sharipah dan latipah.
"Latipah mengandung mak. Dia pening2 dan tak sedap badan"adu si sharipah.
Latipah mendengar perbualan mereka namun tidak mampu membuka mata kerasa sakit yang terlalu kuat.
"Latipah!!!" Jerit mak ros. Mak ros menerkam rambut latifah. Dia terpinga-pinga dan cuba selamat dirinya.
"Aku nak rehat dengan abah kau pun susah. Apa sahaja kerja kau latifah" tanya mak ros yang keluar dr bilik dengan kain batik separas dada sahaja.
"Tipah tak buat apa mak. Tipah pening kepala lepas jemur kain tadi. Panas sangat" jelas tipah.
"Jam 10 kau kata panas tipah. Kau cakap siapa buntingkan kau. Cakap dengan aku" jerit mak ros sambil tangannya menampar pipi latifah. Dia melihat sharipah ketawa mengejek.
"Padan muka kau"kata sharipah lalu masuk kebiliknya.
"Mak, tipah tak pernah keluar dr rumah selain ke kedai. Tolonglah mak.tipah sakit" latifah merayu pd mak ros.
Mak ros melepaskan rambut tipah dan latipah terus berlari keluar dan tujuannya hanya ingin mencari ketenangan. Dia masih mendengar ibunya menjerit dari luar dan tipah terus berjalan tanpa menghiraukan jeritan mak ros.
Latifah berhenti di taman permainan di tepi jalan tersebut. Tiada siapa pun kerna panas terik kan. Dia duduk dibangku berhampiran gelong2 besar yang berwarna warni itu. Sebenarnya latifah tidak terfikir mahu lari dari rumah itu. Dia tidak ada siapa yang dikenalinya malah dia tidak kenal saudara maranya. Selepas keluar dr rumah akibat dimarahi mak ros, latipah pergi kekedai dikawasan kampunya untuk membeli surat khabar. Setelah mendapat apa yang dia inginkan, latipah berjalan pulang. Setibanya dirumah, dia melihat beg sandangnya didepan pintu rumah dan didalamnya terdapat beberapa helai pakaian miliknya termasuk dompetnya yang hanya ada ic sahaja.
"Mak buka pintu ni mak. Tolong tipah. Tipah tiada tempat nak pegi.jangan halau tipah" sambil.mengetuk pintu tipah merayu.
Senyap tanpa balasan. Tipah menuju ke tingkap. Sama berkunci dr dalam.
"Kak sha tolong tipah.kak sha, kak sha" rayu tipah lagi.
Dia menangis dan terduduk didepan pintu. Memeluk erat beg sandangnya itu. Dan terus berlalu pergi. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan dan dia nekad mencari kehidupannya sendiri.

Sunday, August 12, 2018

Villa atas bukit itu

Pagi itu indah sekali. Sejuk dan mendamaikan. Latifah menyedut dalam-dalam udara yang sungguh menyegarkan itu. Sambil berjalan melihat bunga bunga yang mula berkembang. Menunggu jam 9 pagi dimana cahaya matahari semakin meninggi dan bunga bunga mula mekar menunjukkan diri.
Paip air dicapai dan segala tanaman itu disiram. Semalam dia tidor sendirian. Tuan Zainal tidak pulang ke villa tersebut. Hanya ada Latifah bersama Mak Jah dan Pak Akob menemaninya. Mak Jah dan Pak Akob adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Zainal. Namun 2 tahun lalu mereka meminta berhenti kerana mahu pulang kekampung di Kuala Pilah. Tetapi sejak beliau menghuni vila atas bukit yang tersergam indah itu, tuan zainal memohon jasa baik mereka berdua utk kembali bekerja. Oleh kerana rumah mereka masih dalam jajahan yang sama, Mak Jah menerima tawaran tuan zainal.
Sebenarnya, berat hati mak jah mahu membantu tuan zainal kerana beliau mengenali rapat keluarga tersebut malah mengetahui semua rahsia keluarga itu.
Tuan zainal sudah berkahwin hampir 20 tahun dgn Puan Maria Ann. Wanita kacukan portugis yang dikenali dizaman universitinya. Kemudian mereka bersama sama melanjutkan pelajaran di london. Tuan zainal bukan dari kalangan orang berada. Dia yang dibesarkan dirumah anak yatim setelah diusir oleh keluarga pakcik yang diamanahkan menjaga beliau. Mujur dia tiada adik beradik lain. Sejak itu beliau nekad untuk mengubah kehidupannya.
Ayah tuan zainal meninggal semasa mencari ayam hutan untuk menjadi habuan makanan. Ayahnya seorang yang rajin namun demikian telah ditembak secara tidak sengaja. Pada zaman itu, ramai yang suka berburu. Sejak itu ibu tuan zainal perlu mencari pendapatan sendiri untuk membesarkan tuan zainal. namun ibunya tidak mampu menahan godaan dari lelaki yang sentiasa mencuba nasib untuk memiliki ibunya. Dan akhirnya ibu tuan zainal bernikah dan meninggalkan tuan azlan bersama pakcik saudaranya haji shuib yang garang dan tidak berperi kemanusian. Pada 3bulan pertama, ibunya menghantar wang belanja namun terputus begitu sahaja menyebabkan haji shuib menghantar tuan azlan kerumah anak yatim.disitulah kehidupan beliau berubah.
Tuan azlan bekerja keras dan belajar bersungguh sungguh demi mendapat jawatan yang tinggi kerana dia mahu berjaya dan menjadi org besar. Dia nekad tidak mahu mencari ibunya serta dia nekad akan memutuskan hubungan dengan smua insan yang pernah beliau kenal.
Berlainan dengan puan maria Ann. Maria adalah dr golongan berada. Setiap kehendaknya ditunaikan oleh ayahnya seorang pegawai diplomatik dari sepanyol. Walau keluarga beliau hanya tinggal dimalaysia selama 5 tahun, maria memang telah jatuh hati dengan tanah melayu. Beliau sukakan kehangatan, selesa dengan orang disekelilingnya dan sangat suka pd makanan yang ada. Disebabkan itulah beliau membuat kptsn mahu melanjytkan pelajaran dimalaysia sementara smua keluarganya sudah pulang ke sepanyol. Maria ann memeluk islam sebelom berkahwin dengan tuan zainal. Namun sayang kerana maria ann gagal meninggalkan kehidupan sosial beliau yang sukar dikawal.10 tahun pertama mereka berkahwin, mereka sangat bahagia. Namun tuan zainal terfikir sampai bila mereka mahu hidup seperti itu. Dan disebabkan itulah beliau membeli tanah di kuala pilah dan membina banglo indah yang ingin dihadiahkan kepada isterinya. Beliau nekad mahu berubah kearah kebaikan dan menganggap jika berpindah kevilla yang jauh dr kesibukan kota, hubungan mereka semakin rapay seperti dulu dan maria ann boleh mengurangkan aktiviti sosialnya. Namun harap tuan zainal hanyalah sia sia kerana impian itu telah ditolak mentah mentah oleh maria ann. Mereka bergaduh besar dan akhirnya maria ann keluar rumah dengan keadaan marah. Hampir 5pagi beliau balik dengan keadaan mabuk teruk. Air mata tuan zainal jatuh lagi.

Monday, July 30, 2018

Pohon buluh

Rumah itu besar dan indah..tersergam besar diatas bukit. Menarik setiap mata yang memandang..warna yg putih bersih persis banglo mewah diluar negara. Bila malam hampir menjelma, kabus melitupi separuh darinya..walau hanya samar2 mampu dilihat, tetap gagah diatas sana.
Malam itu sangat dingin. Motorsikal itu terasa sangat berat. Peluh mula menitis didahi kecilnya. Bunyi motor semakin kuat walaupun semakin perlahan kelajuannya. Hatinya semakin tidak keruan. Dipandang belakang, gelap dan kelam. Dihujung jalan kelihatan samar2 lampu jalan yg sekejap padam, sekejap menyala.
"Kenapa perlu malam ini dia berkelip-kelip"desis hatinya. Tiba-tiba kedengaran bunyi rantai basikal berkeriuk. Seperti basikal tua yang sudah berkarat tetapi dipaksa bekerja. Bunyinya semakin kuat. seperti sudah berada hampir dibelakangnya. Dia menoleh kebelakang, namun tiada siapa. Walau enjin motornya yang semakin kuat, dia seolah-olah hanya duduk diatas motor yang tidak bergerak.
Akhirnya dia tiba dia bawah lampu jalan yang berkelip-kelip itu. Motor dihentikan tanpa enjin dimatikan. Dia turun dari motor tersebut dan memeriksa keadaan motorsikal yang tiba-tiba menjadi berat. Tiada apa-apa yang tersangkut diroda motornya. Keadaan masih sama. Dan dia baru perasan, lampu jalan itu berada disimpang jalan kerumah diatas bukit itu.
Dia memandang tajam kearah rumah itu diikuti bunyi anjing yang melolong panjang tiba-tiba.  Hampir saja dia terlepas pedal motosikal kerana terkejut mendengar laungan anjing yang menyeramkan itu. Bunyi basikal semakin kuat walaupun tiada kelibat yang bakal menjelma.
Dia menguatkan semangatnya. Sedikit lagi mahu tiba dirumah walau selepas ini jalannya dilitupi pohon rendang yang besar dan gelap gelita. Terdapat juga pohon buluh yang merinbum sebelom sampai kerumah bidah jah. Rumah pertama sebelom sampai kerumahnya. Mengingatkan rumah bidan jah sudah cukup membuatkan dia mahu patah balik ke kedai kopi pak sahak. Menyesal dia ikutkan kata kawan-kawannya yang mengajak melihat perlawanan bola antara MU dan Liverpool itu. Hasilnya, hampir jam 2pagi baru perlawanan itu tamat dan dia terpaksa pulang seorang diri melalui jalan yang menyeramkan itu.
Pedal motor dipulas. Bunyi enjin motor seperti biasa. Tiada bunyi paksaan seolah membawa lebih muatan. Mulutnya mula membaca surah2 lazim yang diingati. Dia memulakan perjalanan semula. Motor dipulas namun dia hampir terjatuh apabila sebuah basikal tua yang laju memotongnya yang berada ditepi jalan itu. Mulutnya ternganga dan dia terkedu. Bagaimana sebuah basikal tua yang tadinya hanya kuat bunyi rantainya, boleh selaju itu dan hilang didalam gelap malam.
Hatinya mula gelisah. Mahu meneruskan perjalanan atau patah balik dan tidor sahaja dimasjid kampung berkenaan. Pak sahak pasti sudah menutup warungnya.
Dia menguatkan semangatnya. Motor di pulas sambil mulutnya terus membaca segala ayat yang diingatnya. Jika didengar, tidak tersusun sebenarnya. Namun dia perlu kuatkan semangat dan pulang kerumah. Dari tidur dimasjid, lebih baik dia terus kerumahnya.
Pokok itu dilaluinya. Terlalu besar pula dia rasakan. Motor semakin laju dan dia terus memulas sepenuh hati. Rumpun buluh bakal dia harungi. Lampu motor dibesarkan dan tiba-tiba dia melihat basikal yang memotongnya berada ditepi pohon buluh tersebut bersama seorang wanita berbaju kurung putih memandangnya. Tajam pandangan wanita tersebut seolah-olah ingin dia pernah berbuat salah kepadanya. dia terkejut dan tanpa disedari, motornya terlajak terus melanggar pokok dihadapan rimbunan buluh tersebut dan dia pengsan disitu.....

Tuesday, July 17, 2018

Alhamdulillah

Selepas hampir sebulan melor cuti sakit, akhirnya dia dah kembali pulih..dan aku pun dah tak perlu jd pemandu peribadi beliau. Lega den..kaki kelihatan semakin ok.tggl sedikit kudis namun tiada nanah..melor semangat mcm viasa walau gaji msih tidak dibayar...mcm2 prosuder..
Well aku plak masih bertahan..insyaallah akan terus bertahan. Walau kdg kala hati selalu terusik..