Thursday, October 17, 2019

cerita apa tu

171019

hr ini berjaya puasa
alhamdulillah...rs bdn sgt segar.
lepas mkn byk sgt benda2 merapu
bila berdua dgn melor dekat rumah

esok aku nak puasa lagi
moga dipermudahkan ibadah aku..
aku tak rs penat pun..sebab mgkin kurang berckp
tapi
aku masih byk mengumpat
melalui wasap..hahaha
byk pula cerita2 suam2 tahi ayam
tetiba jd hangat...kahkahkah

p/s:kemain save dlm draft..konon nak up..boleh aku lupa...

well aku dah lupa cerita sebenar...
mrh juga sebenarnya semalam..sebab tu aku terus lupa..

mrh tu bermula dr 17.10
aku nak pi solat..singgah tandas.. boleh minah ramp ni konon2 akak sado,rambut ketak2 mcm retislaa kekdahnya ..hr hujan.beliau dr tandas duduk..ada 2 tandas.cangkuk dan duduk..aku tau tandas dduuk tu bersih permukaan dia...tau2 ada tapak kasut..safety boot..n tau la kasut dia..sebab member dr situ tak tutup pintu..dah buat apa ko tak tutup pintu duk situ kan .aku letak beg terus keluar.  bw beg sebab nak gosok gg...dia dah jauh...ikut hati nak jerit je..woi barua betia sundelll...aku kakikan muka kau br tau...attitude sama mcm muka dia berkerk..dia ingat dia keja ramp tu aku takut...
#silainsaf

kes kedua pagi 1810
pd smlmnya aku ot dan kpl delay .smp umah dah lewat jam 2 br tido tapi sebab penat aku takleh tdo sgt. takut terlelap. jadinya tak sempat sahur n puasa. smp opis aku pg isi air.jumpa budka hingusan ni. baru2 lg budk2 ni.bulu pun tak habis tumbuh . dia minum air coway guna cwn yg aku kenal..dr unit aku...air coway kan ada penapis..separuh air dia buang dekat penapis coway..then tadah lagi. then minum balance buang dlm tu...sinki dia cuma selangkah aja ok.selangkah. aku tegur dlm nada lembut, sinki punya dekat kenapa ko buang situ. ala penapis dia je pun.. aku ckp lagi habis penuh sapa nak buang air tu..cleaner..dia jwb dgn nada angkuh cam haram, habis byr cleaner nak buat apa...aku pun terus bengkak la kepala...aku ckp hidup jgn menyusahkan org..mangkak.. oleh kerana nmpk pns,ada yg redakan.. cr ckp mcm mmg ini budak sgt keras kepalanya...aku keluar dan berambus seeblum mulut manis aku ni maki org pagi2 n mood kelaut smp mlm..baik aku bersabar....

well budak2 br ni mmg kurang adab. kita bukan nak ko salam cium tangan tp cukup bila org lama tegur n admit salah.tp kalau hidup mmg jenis suka menyusahkan, bangsa ni la yg akan maju dulu kan..hahaha.  takpe .aku jgn jd mcm depa..muhasabh diri. Allah ada et oi..Allah ada ..

done merapu untuk kenangan
hahaha

Wednesday, October 16, 2019

tiada dlm ada

bila ku tiada
kau sibuk tanya
bila mahu pulang
aku sudah rindu bayang
mahu ku terkam
ku ulit sampai lebam
tp itu hanya
ayatmu dlm talian

bila ku ada
kau tetap busy saja
ntah apa yg pntg
hp dan wasap group ditangan
ku lihat ku diam dan ku akur
jgn sampai sabar aku jd lebur

ku tak minta emas menggunung
ku tak minta wang banyak berjuta
ku tak minta makan dihotel mewah
ku tak minta bunga harum menyerlah
aku hanya minta masamu yg berharga
lihat dan belai aku untk seketika
bukan dipndg sepi mcm kucing terbair
yg harap dibelai namun smua lalai
aku hanya manusia
umpama melukut ditepi rimba

its my birthday

stress pula bila tak boleh masuk gmbr...
selama ini aku update dr hp saje.
dia jd gelap.kenapa.ntah..when publish je takleh..
frust tau..

well tahun ni dan tahun2 mendatang mgkin akan jd tahun buat bodo je...takde big celebrtion on my birthday..sebab makin tuwe ni melor mkin tak mampu berfikir...mari kita salahkan kencing manis dia..bluweksss

dia nak surprise tp dah bgtau siap2 order kek yg mn aku tak suka pun..aku bukan sweet person...aku tak suka manis2. savoury aku sukalah...jadinya bg aku dr order kek lebih baik order pizza je..tulis bedaytoyou...akulah manusia paling bahagiaa..

aku ni memilih bab manisan.kek kalau aku suka cuma cheese kek...apa benda bubuh cheese smua aku suka..jd kalau kek takde cheese, baik beli satu sliceje...sebab aku tau yg ada kncg manis tulaaaa akan habiskan..tu pun siap pakej mkn dgn susu..gila ke hapa dia nih kan..hurmmmm

aku dah mls celebrate birthday..sebab aku tak berubah pun..tetap makin tuwe dan gemuk. benda2 ni smua la buat aku gemok.. ramen,cheese kek,pizza...owh melor..next time order pizza je lah ye.plissss...10 kotak i boleh mkn tau..yg kecik2 tu je laaa.hahaha

klah..done bebel
161019
etmerapu

Tuesday, October 15, 2019

off day

hari ni aku off. tak kemana pun..bermalasan dirumah. malas pun kena juga masak..hahaha..well takde istimewa pun walau birthday, anniversary atau hr ibu...hurm hr ibu tak layak aku sebut pun kan..hahaha

16.10 hr lahr aku. tak de apa yg aku harapkan tahun ini. cuma seperti tahun2 yg lalu..aku berharap usia aku masih dipnjgkan,diberi kesihatan yg lebih baik,di kelilingi org yg sayangkan aku, tidak di sia siakan oleh melor, mampu urus hutang piutang aku dgn lebih baik, dipermudahkan smua urusan dan moga Allah izinkan aku ke tanah suci lagi...

byk kan harap yg ku kata tak harap apa2 td..hahaha.. aku byk harapan..aku byk impian..cita2 aku tinggi tp selalu separuh jalan..sedih kan jd seorang aku..seronok tgk org lain boleh capai apa yg mereka mahu. tapi aku terpaksa tekedek2 kdg diperli..dikata mcm2..moga aku tabah

151019
etmerapu

Monday, October 14, 2019

semoga baik smuanya

aku ada kwn...dia ok tapi kdg2 dia ckp tak pernah fikir hati dan perasaan org lain. bagi dia semua keluar dr mulut dia  adalH beanr belaka. dia suka menegkkan kenyataan dia yg terang2 sudah salah..

ada hari,dia akan baik sangat. dihari yg lain dia akan diam dan murung.

aku tahu dia tidak puas hati dengan aku. sesungguhnya, aku baik dengan semua tanpa ada sebb. baik aku kerna aku suka buat baik dengan smua org. bukan mahukan balasan. bila dia berkata aku ampu supaya kerja senang, aku rs sama sahaja. jika aku ampu, aku diberi extra kerja. dan kerja yg normal perlu dilakukan juga. dimana kebaikan utk aku. sama bukan??malah melebih pula kerja harian aku.

tiada masalah jika ada kerja yg tidak membebankan pun. aku gembira. cuma sakit hati bila org mempersoalkan kerja aku. kdg aku perlu kejar masa. msuk jam 4ptg,uruskan kerja pejabat yg perlu diselesaikan, kadang hanya ada 30 min sebelom pergi ke tempat sebnar...ada harinya cuma 5min utk tunjuk muka.. org tidak paham kami perlu kejar ms. yg mereka tahu, kami hanya berlakon sibuk dan hilangkan diri.

sama mcm unit mereka. ada hari, lebih byk ms senggang dr bekerja. ada hari, sampai melecet celah peha sebab jalan jauh. keadaan satu tempat ke tmepat lain yg sgt berbeza memerlukan kami gerak awal. merrka tak pernh paham sebab merrka tak pernah mahu ambil tahu. cuma suka sgt menyakitkan hati org lain.

benar kata pepatah, if u dont have any gud word to say, silent is the best way..

sama sahaja, aku, dia atau mereka. moga kita kuat. .

rajinkan aku update.. tandanya aku sunyi.hahaha...
#friendfreeze
#wheresurfriend
#alone


Saturday, October 12, 2019

ikhlaskah aku

sejak 2 tahun aku bersama unit baru, ayat itu sering diutarakan.oleh org yg sama...

ikhlas ke ko tlg depa..
depa janji nak bagi apa...
dorg ada minta apa kat ko
ko tak rasa menyusahkan ke??????.

bila soalan itu diajukan utk pertama kali,aku jd pelik. aku tak pernah lagi bertemu org yg akan bertanya ikhlas atau tidak sesuatu yg aku buat.
kdg kala aku jd stress..aku mahu nangis...aku jadi pelik, kenapa aku mahu pergi ketempat ini.

dahulunya, mereka kelihatan sgt profesional..mereka kelihatan sangat gah, mereka dipuja, mereka walau sama namun pemikiran sgt berbeza.

kehidupan harian sebelum ini yg hanya melibatkan hal aku,melor,family aku dan melor,segamat,sentul,selayang atau kedah....aku tak perlu memikir tentang dunia, perang yang akan berlaku, taufan yg bakal melanda, baju dia sesuai utk terbang, kenapa perlu mkn chewing gum, kenapa dia berpeluh, kenapa tk bawa beg byk,kenapa ,kenapa,kenapa n the list will go as long as u satisfy n smua start with why....

mereka sedikit membuatkan setiap inci perbuatan akan diketahui. jarang tekaan itu salah.

namun, semakin hr semakin sukar. setiap perlakuan salah dimata yg lain. tiada layanan istimewa, tiada istilah kita berbeza..TAPI pahamkah mereka. .. jika dulu aku pulang dgn gembira.. tiada rs takut mahu lelapkan mata..kini aku pulang dgn resah dan gundah. bak kata mereka, tangan didahi memikirkan betolkah..benarkah...org samakah???kahkahkah

dan ia bukan selesai esok harinya..kdg kala makan minggu..kdg sebulan...dan ms itu aku sudah lupa....

dan apabila di tanya ikhlaskah aku????aku jd bingung dan bengong...kenaap perlu membebankan kepala org lain jika kau boleh membantu....tiada istilah ikhs atau tidak.

ya aku tahu aku lurus..polos..senang dibuli..senang ditipu..senang memaafkan kerna bagi aku, smua ini pinjaman.. Allah menghadiahkan aku hati,perasaan dan jugs sifat yg begini..tidak smua punya hati yg memikirkan hal org lain..tp aku ada..walau kdgkala ia terlalu memikirkan hal org...terlaluuuu ye...aku nmpk gans,tp aku lemH lembut...sesuai dgn nama aku..hahaha. .dan yg buruk smua salah aku yg terlalu ikut perasaan..

dan berbalik pd ikhlaskah aku....ikhlas atau tidak, bukan aku perlu beri jwpan..tidak perlu aku war warkan...cukup Allah tahu...

aku selalu ingat, aku tolong org, nanti org akan tolong aku semula..jika bukan aku,suami aku,keluarga atau keluarga mentua.. betol kata pepatah, what u give, u get back...

kwn2 selalu tlg aku. aku tahu aku terpaling bodoh disitu. namun mereka memahami dan sentiasa membantu..itu sudah buat aku bersyukur..jd perlukah disoalkan keikhlasan itu...

Ya Allah, ampuni tulisan aku ini...mog aku terus bersemangat

Thursday, October 10, 2019

hello again

Oktober datang lagi...
bulan2 yg lalu sungguh menduga.
emosi yang tak terkawal.
aku smp terfikir adakah aku penghidap axiety...
aku bukan ocd..tp kdgkala aku stress yg melampau sampaikan bila alas kaki disepak2 pun aku jd mrh.  hahaha...
dulu ms dikg,tokdah selalu mrh abahtok..alas kaki pijak jgn disepak...rupanya melor pun sama..suka sgt sepak alas kaki terutama disinki dapor tu..
well,hari2 tgk ig..seronok tgk org shoping mcm2 cerita dlm ig atau blog. aku dah lupa pssword fb..hahaha..habisla aku...kdg aku rs pelik, berapa la gaji depa kan..boleh beli beg yg beratus kdg beribu,beli kosmetik,suplement..sedang aku dlm ms sehari habis duit gaji byr hutang..bukan kata sehari...dlm ms 20min...hahaha...hebat betol aku belanjakan gaji...
well kehidupan perlu diteruskan walau dlm pket ada syiling ygmemberatkan. andai aku kaya, bahagiakah aku???

Monday, August 12, 2019

adha

assalamualaikum

air mata...
terus gugur walau ku tahan
sebak
sakit
senak
debar
tak tahu yg mana satu buat aku menangis tanpa sebab
ia perasaan yg bercampur baur

moga smua baik2 adanya.

Thursday, August 1, 2019

syg tokdah

assalam

lama tak cerita psl tokdah. rindu tau dgn tokdah..lama tak balik..hari2 call..kdg2 tak sempat juga.tp ku gagahkan call...bila call dia cerita mcm2. cuma sejak akhir2 ni kalau call tokdah,beliau mcm busy..borak tak byk sgt..walau byk nak cerita tapi tokdah mcm nak rahsia je..aku paham.
paham sangat2. byk hati nak dia jaga..walau biar dia terluka...sebab tu kalau aku balik, aku akan cuba tlg dia buat kerja sedaya upaya.biar aku penat..tak pe.. tokdah owh tokdah ku syg...
hari ni dia menangis jua..walau sebenarnya aku tak dpt tangkap apa butir kata dia..sedih sebab apa...tp aku tahu dia terluka...bila kwn2 dia tak dtg umah jenguk dia..dia terasa....aku paham sebab dr dia cerita, aku dah boleh baca apa yg dia rasa..walau dia tak cerita...
makyah mgkin sibuk tokdah...cik basnah juga...dan cik milah mmg selalu mcm wartawan..busy kesana kesini..sabarlah tokdah . ingat Allah..zikir selalu ye...
Ya Allah, moga impian aku utk teman tokdah kemekah dan jadi tetamu Mu menjadi kenyataan..
tolong lah ya Allah, peluklah hati ibuku dikala dia sedg berduka...moga ibuku kuat seperti selalu...panjangaknlah umurnya ya Allah...aku belum puas bersamanya...terima kasih ya Allah..

Tuesday, July 30, 2019

sis cuba

as salam

lama tak menulis kan...bila menulis ni maknanya kepala tgh serabut...jiwa tak tenang..emosi terganggu...
lately byk benda dah berubah...tekanan tempat kerja makin bertambah...jiwa mmg dah takde..well aku kan mudah berubah...tapi kali ni hilang terus...tlg lah beri kami peluang utk adapt new environment...new place...even now we are same, but everything was diffrent..hangpa mai keja balik keja...aku pi keja sakit kepala...hr ni punya keja nak kena ingat smp seminggu...gila oiii....

aku kdg spenda pun lupa simpan kan mana....uwaaaaaa...i can't ok...

hakikatnya org kata keja hang pa senang...mai kita tukaq mau ka....aku kdg lupa kedah tu dekat utara..ini nak ingat peta dunya...kdg aku ingat hang parpu rupanya mamu dr penang sana...mengkala hangpa smua mai gumbira....stress hanya sebab roster rapat tapi aku jenuh nak pikiaq betoi ka org yg sama...ohoiiiii hangpa jgn pertikai kerja aku boleh dak...aku phm hangpa..tak pertikai apa2 dah cukup la kan...

ya Allah tolong permudahkan urusan ku....tlg ya Allah...uwaaaaaa

#akuygrapuh

takpalaa..walau apa pun terjadi terima kasih Allah kerana aku masih dapat gaji