Friday, November 4, 2011

09 zulhijjah

kelebihan

09 zulhijjah / 05 november 2011

turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang laludan setahun yang akan datang


amalan

~hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,

~Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali


~Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..

~Solat sunat qabliyah asar

~Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali

~Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.

~Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib

~Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...

~Solat sunat tasbih

~Solat sunat hajat

~Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali


aku rujuk sini


p/s:semoga kita sentiasa dirahmati