Saturday, August 18, 2018

Kadang aku merasakan hidup ini terlalu sukar. Malang yang bertimpa2. Hutang yang semakin tiba duenya. Dan apabila hanya kau yang available utk membantu, patutkah kau diam kaku...
Ini bukan cerita kesusahan..tetapi ini cerita tentang tanggungjawab. Betapa pentingnya sifat kasih sayang diantara ahli keluarga.tidak kira tua atau muda. Hormat menghormati perlu diutamakan. Mementingkan apa yang hak. Dan menjauhkan apa yang tidak.
Kadang kala, kita diberi sedikit kesenangan..dan kita membantu dalam urusan kewangan, manakala ahli yg lain yg tidak berkemampuan memberi pertolongan dr hal penjagaan. Tidak perlu mendabik diri dgn mengatakan ini smua aku yg tanggung. Ini adalah salah sama sekali. Allah tidak suka manusia yg sombong dan ego tambahan dengan ahli keluarga sendiri.
Kurang kasih sayang yang dicurah atau terlebih sudah. Kadang ia bermain di kotak fikiran aku. Perlu aku turut perangai dia atau biarkan saja. Tapi tahukan dia aku sendiri berperang dgn rasa.
Aku pelik bagaimana kurangnya perhatian dan kelembutan dalam kasih sayang.

Monday, August 13, 2018

Latifah

Panas mentari makin hebat menggigit kulit latifah yang hitam manis itu. Dia menarik lengan baju cuba untuk mengurangkan rasa terik tersebut. Langkahnya dilajukan sambil kepalanya meliar mencari kelibat manusia yang dia kenal. Langkahnya dilajukan. Gusar hatinya semakin dalam. Kakinya terus melangkah tanpa arah. Hatinya semakin sayu mengenangkan sikap ibunya yg sentiasa menangkan kakaknya nan satu itu. Segala perbuatan latifah sentiasa tidak kena dimata mereka. Kadangkala latifah berasa adakah dia anak angkat keluarga itu sehingga terasa hina layanan yg diterima.
"Tipah, kenapa belom masak nasi. Aku lapar" tengking sharipah sambil menunjal kepala latifah yang sedang berehat kerana sakiy kepala. Dia yang baru saja berbaring selepas menyelesaikan semua kerja rumah dan berkira2 ada ms sebelom memulakan aktiviti memasak nanti.
"Tipah pening kepala kak. Tak sedap badan" jawab tipah lemah.
"Apa yg kau buat sampai tak sedap badan. Kau mengandung ye"teka sharipah.
"Kakak jangan mengarut boleh tak? Bila masa tipah keluar dr umah ini selain sidai kain dan sapu sampah dilaman kak?"jwb tipah.
Sharipah terus meluru ke bilik ibunya. Ketukan bilik ibunya yg kuat membuatkan ibunya membuka dengan marah2.
"Nape sha"tanya mak ros ibu sharipah dan latipah.
"Latipah mengandung mak. Dia pening2 dan tak sedap badan"adu si sharipah.
Latipah mendengar perbualan mereka namun tidak mampu membuka mata kerasa sakit yang terlalu kuat.
"Latipah!!!" Jerit mak ros. Mak ros menerkam rambut latifah. Dia terpinga-pinga dan cuba selamat dirinya.
"Aku nak rehat dengan abah kau pun susah. Apa sahaja kerja kau latifah" tanya mak ros yang keluar dr bilik dengan kain batik separas dada sahaja.
"Tipah tak buat apa mak. Tipah pening kepala lepas jemur kain tadi. Panas sangat" jelas tipah.
"Jam 10 kau kata panas tipah. Kau cakap siapa buntingkan kau. Cakap dengan aku" jerit mak ros sambil tangannya menampar pipi latifah. Dia melihat sharipah ketawa mengejek.
"Padan muka kau"kata sharipah lalu masuk kebiliknya.
"Mak, tipah tak pernah keluar dr rumah selain ke kedai. Tolonglah mak.tipah sakit" latifah merayu pd mak ros.
Mak ros melepaskan rambut tipah dan latipah terus berlari keluar dan tujuannya hanya ingin mencari ketenangan. Dia masih mendengar ibunya menjerit dari luar dan tipah terus berjalan tanpa menghiraukan jeritan mak ros.
Latifah berhenti di taman permainan di tepi jalan tersebut. Tiada siapa pun kerna panas terik kan. Dia duduk dibangku berhampiran gelong2 besar yang berwarna warni itu. Sebenarnya latifah tidak terfikir mahu lari dari rumah itu. Dia tidak ada siapa yang dikenalinya malah dia tidak kenal saudara maranya. Selepas keluar dr rumah akibat dimarahi mak ros, latipah pergi kekedai dikawasan kampunya untuk membeli surat khabar. Setelah mendapat apa yang dia inginkan, latipah berjalan pulang. Setibanya dirumah, dia melihat beg sandangnya didepan pintu rumah dan didalamnya terdapat beberapa helai pakaian miliknya termasuk dompetnya yang hanya ada ic sahaja.
"Mak buka pintu ni mak. Tolong tipah. Tipah tiada tempat nak pegi.jangan halau tipah" sambil.mengetuk pintu tipah merayu.
Senyap tanpa balasan. Tipah menuju ke tingkap. Sama berkunci dr dalam.
"Kak sha tolong tipah.kak sha, kak sha" rayu tipah lagi.
Dia menangis dan terduduk didepan pintu. Memeluk erat beg sandangnya itu. Dan terus berlalu pergi. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan dan dia nekad mencari kehidupannya sendiri.

Sunday, August 12, 2018

Villa atas bukit itu

Pagi itu indah sekali. Sejuk dan mendamaikan. Latifah menyedut dalam-dalam udara yang sungguh menyegarkan itu. Sambil berjalan melihat bunga bunga yang mula berkembang. Menunggu jam 9 pagi dimana cahaya matahari semakin meninggi dan bunga bunga mula mekar menunjukkan diri.
Paip air dicapai dan segala tanaman itu disiram. Semalam dia tidor sendirian. Tuan Zainal tidak pulang ke villa tersebut. Hanya ada Latifah bersama Mak Jah dan Pak Akob menemaninya. Mak Jah dan Pak Akob adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Zainal. Namun 2 tahun lalu mereka meminta berhenti kerana mahu pulang kekampung di Kuala Pilah. Tetapi sejak beliau menghuni vila atas bukit yang tersergam indah itu, tuan zainal memohon jasa baik mereka berdua utk kembali bekerja. Oleh kerana rumah mereka masih dalam jajahan yang sama, Mak Jah menerima tawaran tuan zainal.
Sebenarnya, berat hati mak jah mahu membantu tuan zainal kerana beliau mengenali rapat keluarga tersebut malah mengetahui semua rahsia keluarga itu.
Tuan zainal sudah berkahwin hampir 20 tahun dgn Puan Maria Ann. Wanita kacukan portugis yang dikenali dizaman universitinya. Kemudian mereka bersama sama melanjutkan pelajaran di london. Tuan zainal bukan dari kalangan orang berada. Dia yang dibesarkan dirumah anak yatim setelah diusir oleh keluarga pakcik yang diamanahkan menjaga beliau. Mujur dia tiada adik beradik lain. Sejak itu beliau nekad untuk mengubah kehidupannya.
Ayah tuan zainal meninggal semasa mencari ayam hutan untuk menjadi habuan makanan. Ayahnya seorang yang rajin namun demikian telah ditembak secara tidak sengaja. Pada zaman itu, ramai yang suka berburu. Sejak itu ibu tuan zainal perlu mencari pendapatan sendiri untuk membesarkan tuan zainal. namun ibunya tidak mampu menahan godaan dari lelaki yang sentiasa mencuba nasib untuk memiliki ibunya. Dan akhirnya ibu tuan zainal bernikah dan meninggalkan tuan azlan bersama pakcik saudaranya haji shuib yang garang dan tidak berperi kemanusian. Pada 3bulan pertama, ibunya menghantar wang belanja namun terputus begitu sahaja menyebabkan haji shuib menghantar tuan azlan kerumah anak yatim.disitulah kehidupan beliau berubah.
Tuan azlan bekerja keras dan belajar bersungguh sungguh demi mendapat jawatan yang tinggi kerana dia mahu berjaya dan menjadi org besar. Dia nekad tidak mahu mencari ibunya serta dia nekad akan memutuskan hubungan dengan smua insan yang pernah beliau kenal.
Berlainan dengan puan maria Ann. Maria adalah dr golongan berada. Setiap kehendaknya ditunaikan oleh ayahnya seorang pegawai diplomatik dari sepanyol. Walau keluarga beliau hanya tinggal dimalaysia selama 5 tahun, maria memang telah jatuh hati dengan tanah melayu. Beliau sukakan kehangatan, selesa dengan orang disekelilingnya dan sangat suka pd makanan yang ada. Disebabkan itulah beliau membuat kptsn mahu melanjytkan pelajaran dimalaysia sementara smua keluarganya sudah pulang ke sepanyol. Maria ann memeluk islam sebelom berkahwin dengan tuan zainal. Namun sayang kerana maria ann gagal meninggalkan kehidupan sosial beliau yang sukar dikawal.10 tahun pertama mereka berkahwin, mereka sangat bahagia. Namun tuan zainal terfikir sampai bila mereka mahu hidup seperti itu. Dan disebabkan itulah beliau membeli tanah di kuala pilah dan membina banglo indah yang ingin dihadiahkan kepada isterinya. Beliau nekad mahu berubah kearah kebaikan dan menganggap jika berpindah kevilla yang jauh dr kesibukan kota, hubungan mereka semakin rapay seperti dulu dan maria ann boleh mengurangkan aktiviti sosialnya. Namun harap tuan zainal hanyalah sia sia kerana impian itu telah ditolak mentah mentah oleh maria ann. Mereka bergaduh besar dan akhirnya maria ann keluar rumah dengan keadaan marah. Hampir 5pagi beliau balik dengan keadaan mabuk teruk. Air mata tuan zainal jatuh lagi.

Monday, July 30, 2018

Pohon buluh

Rumah itu besar dan indah..tersergam besar diatas bukit. Menarik setiap mata yang memandang..warna yg putih bersih persis banglo mewah diluar negara. Bila malam hampir menjelma, kabus melitupi separuh darinya..walau hanya samar2 mampu dilihat, tetap gagah diatas sana.
Malam itu sangat dingin. Motorsikal itu terasa sangat berat. Peluh mula menitis didahi kecilnya. Bunyi motor semakin kuat walaupun semakin perlahan kelajuannya. Hatinya semakin tidak keruan. Dipandang belakang, gelap dan kelam. Dihujung jalan kelihatan samar2 lampu jalan yg sekejap padam, sekejap menyala.
"Kenapa perlu malam ini dia berkelip-kelip"desis hatinya. Tiba-tiba kedengaran bunyi rantai basikal berkeriuk. Seperti basikal tua yang sudah berkarat tetapi dipaksa bekerja. Bunyinya semakin kuat. seperti sudah berada hampir dibelakangnya. Dia menoleh kebelakang, namun tiada siapa. Walau enjin motornya yang semakin kuat, dia seolah-olah hanya duduk diatas motor yang tidak bergerak.
Akhirnya dia tiba dia bawah lampu jalan yang berkelip-kelip itu. Motor dihentikan tanpa enjin dimatikan. Dia turun dari motor tersebut dan memeriksa keadaan motorsikal yang tiba-tiba menjadi berat. Tiada apa-apa yang tersangkut diroda motornya. Keadaan masih sama. Dan dia baru perasan, lampu jalan itu berada disimpang jalan kerumah diatas bukit itu.
Dia memandang tajam kearah rumah itu diikuti bunyi anjing yang melolong panjang tiba-tiba.  Hampir saja dia terlepas pedal motosikal kerana terkejut mendengar laungan anjing yang menyeramkan itu. Bunyi basikal semakin kuat walaupun tiada kelibat yang bakal menjelma.
Dia menguatkan semangatnya. Sedikit lagi mahu tiba dirumah walau selepas ini jalannya dilitupi pohon rendang yang besar dan gelap gelita. Terdapat juga pohon buluh yang merinbum sebelom sampai kerumah bidah jah. Rumah pertama sebelom sampai kerumahnya. Mengingatkan rumah bidan jah sudah cukup membuatkan dia mahu patah balik ke kedai kopi pak sahak. Menyesal dia ikutkan kata kawan-kawannya yang mengajak melihat perlawanan bola antara MU dan Liverpool itu. Hasilnya, hampir jam 2pagi baru perlawanan itu tamat dan dia terpaksa pulang seorang diri melalui jalan yang menyeramkan itu.
Pedal motor dipulas. Bunyi enjin motor seperti biasa. Tiada bunyi paksaan seolah membawa lebih muatan. Mulutnya mula membaca surah2 lazim yang diingati. Dia memulakan perjalanan semula. Motor dipulas namun dia hampir terjatuh apabila sebuah basikal tua yang laju memotongnya yang berada ditepi jalan itu. Mulutnya ternganga dan dia terkedu. Bagaimana sebuah basikal tua yang tadinya hanya kuat bunyi rantainya, boleh selaju itu dan hilang didalam gelap malam.
Hatinya mula gelisah. Mahu meneruskan perjalanan atau patah balik dan tidor sahaja dimasjid kampung berkenaan. Pak sahak pasti sudah menutup warungnya.
Dia menguatkan semangatnya. Motor di pulas sambil mulutnya terus membaca segala ayat yang diingatnya. Jika didengar, tidak tersusun sebenarnya. Namun dia perlu kuatkan semangat dan pulang kerumah. Dari tidur dimasjid, lebih baik dia terus kerumahnya.
Pokok itu dilaluinya. Terlalu besar pula dia rasakan. Motor semakin laju dan dia terus memulas sepenuh hati. Rumpun buluh bakal dia harungi. Lampu motor dibesarkan dan tiba-tiba dia melihat basikal yang memotongnya berada ditepi pohon buluh tersebut bersama seorang wanita berbaju kurung putih memandangnya. Tajam pandangan wanita tersebut seolah-olah ingin dia pernah berbuat salah kepadanya. dia terkejut dan tanpa disedari, motornya terlajak terus melanggar pokok dihadapan rimbunan buluh tersebut dan dia pengsan disitu.....

Tuesday, July 17, 2018

Alhamdulillah

Selepas hampir sebulan melor cuti sakit, akhirnya dia dah kembali pulih..dan aku pun dah tak perlu jd pemandu peribadi beliau. Lega den..kaki kelihatan semakin ok.tggl sedikit kudis namun tiada nanah..melor semangat mcm viasa walau gaji msih tidak dibayar...mcm2 prosuder..
Well aku plak masih bertahan..insyaallah akan terus bertahan. Walau kdg kala hati selalu terusik..

Friday, June 8, 2018

Admit bila june

Assalam

Simpan sini untuk kenangan.14 jun 2016 melor penah admit nci sebab bisul..kena operate..lgpun dia ada kncg manis.
4june2018, melor admit lagi akibat kemalangan ditempat kerja..aku syak shift tempat kerja dia byk sumbang pd kejadian2 yg tidak diingini berlaku..masuk jam 3 pagi..5 pagi dan kerja 5hr direct..mengantuk wei..semasa kejadian,dia masuk keje jam 3pGi. Aku plak keje 7pagi.jam 710, dia msj bgtau kaki kena dolly..terhempap..nak jumpa aku..dtg tgk2 dah bengkak gile..mcm nak meletop dah. Kebetulan officer dia lalu n aku inform suh balik..bw klinik..namun demikian, mereka hanya mahu anta melor ke.klinik kesihatan salak..wtf..aku sabar je lah..dahla melor ni syg sgt dgn kerja dia..
Setelah dpt kebenaran dr pegawai, aku hantar melor sndiri. Ke klinik utk buat rawatan xray dan deng...kena admit sebab ada retak..mohon masuk nci dan jam 1700, br dpt kebenaran masuk bilik...aku dah jem...pulang kerumah kerana mahu msk sedikit utk melor, dan kemudian pergi kerja. Siap hendak pergi kerja, tiba2 aku lihat air keluar byk dr bwh kereta..ohmggg...dugaan apa lagi ni..aku call melor..namun line celcom pula mcm sial jdnye..dpt ckp dan putus2..ketika itu sudah 630ptg..melor suggest isi air sket n jalan slow2..aku buat..kemudian terpaksa naik bas..kerana kereta melor ditempat kerja beliau. Jam dah 0710..aku berdoa agar bas tidak lalu lg..namun begitu, smua org kurasa memandang  aku yg seperti tiada perasaan kerana mereka smua sdg menunggu waktu azan..aku cuma sempat beli sebotol air mineral...jam 0715, masih menunggu..tiada bas..kupndg kedai2 makan..mereka sudah minum dan aku menelan air mineral yg ada dgn lelehan air mata yg tak mampu nak ditahan lagi..0725, bas sampai dan sambil membayar tambang, air mata keluar tanpa dapat dikawal..
Sedih...sedih sgt...andai mampu diluah disini..mahu saja aku tulis segalanya..hati sakit .penat...semangat hilang terus...
Dan yg pasti aku bukan org yg suka cerita sedih pd merrka yg belom aku rapat. Sukar mahu meminta tlg pd kwn2 ditempat baru pdhal mereka sudi menghulur bantuan pd aku..
Malam habis kerja, aku tmpg rakan sekerja ambil kereta melor. Singgah di ayuni utk mencari makanan sahur.. boleh pula 3 org anak dara melintuk riuk didepan aku sambil bermain telefon dan seorg itu tiba2 seperti mamai dan lihai..hampir2 saja melanggar kereta aku..nasib mmg aku berhenti..dia seperti mahu kekiri..tetapi tiba2 kekanan..dan kemudian kekiri semula tetapi memutuskan kekanan..korg sakit hati tak..ya Allah..sakitnye hati aku waktu itu.
Aku pulang kerumah sebentar, ambil baju dan tukar pakaian...beg baju mmg sudah aku sediakan..kemudian terus ke hospital..dengan penuh kepenatan dan airmata yg tak sudah2 tumpah.
Esoknye aku off..rabu aku cuti..khamis dtg kerja.
Kereta aku bw ke bengkel..minta mekaniknye yg ambil..dan setelah dilihat, water pump pecah..selesai 1 mslh..tp kereta lg 1 kena tggl dikedailah kerana tiada sapa naktlg bw..mekanik yg lain cuti..tggl dia sorg aje..so tawakal aje lah..
Kaki melor pun alhamdulillah semakin membaik..tggl bengkak dan yg pasti tiada retak..alhamdulillah..
Sejujurnya, aku hilang semangat terus pd isnin itu..rakan2 dan adik beradik aku dan melor yg menitipkan doa dan semangat..aku sndiri tak pasti apa hikmah yg akan timbul..namun aku bersyukur bila tiba2 pelangi muncul selepas hujan lebat yg aku rs seperti mahu pengsan sahaja..terima kasih Allah utk ujian ini..terima kasih kerana selalu bantu aku yg hina ini...terima kasih allah dan alhamdulillah..ujian ini amat manis sekali kerana khamis itu aku punya berita gembira yg buat aku terdiam tanpa kata2..subhanallah..maha suci allah...alhamdulillah

Sunday, May 27, 2018

Ramadhan 2018

Masyaallah, dah hr ke 12 ke 13 ye..hahhaha..kejap je puasanye kan..
1st time puasa di tempat baru..lain suasananya..dulu makan mcm peluru..berlumba2 air dgn nasi nak masuk perut sebb nak kejarkan waktu kapal masuk..sekarang pun masih ada flight2 yg kena attend ms berbuka,tp tak delah mcm dulu..leps habis kapal, terus dpt berbuka dgn lapang dada dan solat..siap buat terawih dulu before next flight..alhamdulillah..

Namun demikian, lumrah kehidupan kan..nampaknye pertama dan terakhir lah aku berpuasa disini..ura2nya akan berpindah lagi..ntahlah..kita ikutkan sahaja..

Bantah tidak..setuju pun tidak..ntahlah...

Keadaan ekonomi aku pun semakim teruk..moga2 dibawah pemerintahan tun M ni, akan bw banyak perubahan..namun demikian aku dah rs lega sebab minyak tak naik every week..pelan2 lah kan..aku terima juga..walaupun kena bertahan perot, masih ada kerja..alhamdulillah..terima kasih Allah

Tuesday, May 15, 2018

Makan2 bila balik kampung

Assalamualaikum...melor lama sangat tak balik kg..sejak masuk tempat kerja baru ni..beliau tak dpt cuti..off rest dia plak jarang sangat sama dgn aku..kalau sama pun ongkos plak takde..sian tokdah..melor pun kesian juga sebab dia suka balik kg sebab tokdah s3lalu msk macam2 utk dia..
sebenarnya sebulan mcm tu abg msj bgtau dia nak balik kg..nak beli itik n kambing..kecewa je aku nak reply kang mcm bg harapan pelesu...sekalinya melor off sun mon sama plak dengan aku...tp sabtu aku keje petang habis 1pg..adeh..bertabahlah..melor pegi sentul sekejap..jengok omak dia..asyik tak pegi je..aku buatkan rendang kerang pun habis kitorg bedal sebab tak sempat nak kesana..hahaha..
makanya, malam ahad tu jam 2 pagi kami gerak dr nilai..bersama hujan renyai namun kilat sabung menyabung..huhui seram tau..berenti beli kfc dekat drive tru nilai tu utk makan2 dlm keta...lepas tu aku membuta la..kahkahkah..sian juga melor tp aku tau dia semangat...konon ms di simpang 4 aku nak bangun la..sekali tau2 dah lepas..dekat area tebong tu tiba2 kelawar melanggar cermin kereta..melor kalau menjerit mmg buat aku sakit jntg..aku ingat apa..katanya kelawar...dia diam..tiba2 dia ckp kenapa kereta berat ye kat belakang....aku rs nak sumpah je mamat ni..kol 4 pagi kot nak tegor2..kiri kanan mmg hutan kot..arghhhh sakitnye hati kite...siap ckp ngajilah...hahaha..aku  ckp takd3 apa2 lah..relax dahla...makanya aku pun celik lah sampai ke kampung...elok juga kan.sampai umah mal lagi 10 min kol 5..kihkihkih..nasib abam syapik buka pintu..kalau tak mmg tido keta la kitorg.
Yg tggl fmly abg je...kaklong dah balik awal..huhu..tak dpt jumpa..
well gmbr dibawah ni cara perapan abg aku..sedap tau..dia blender mcm2 rempah siap kulit kayu manis lagi..cara bakar pun lain mcm sket..dia mcm salai..tp menggila la mkn benda ni..mereka bakar hr sabtu...tp sebab byk makanan kan...
1.itik bakar
2.kambing-abaikan perot abg aku tu..kahkahkah
3.kek sempena hari ibu..bib buat sendiri..tp tak dpt rs..dah tau sure habis nye..sebab sedap kan
acara memotong beramai2..
4.pizza
5.laksa
6.dalca lidah lembu dan urat keting
7.roti cicah dgn yogurt
8.air nenas dr mak leb
9.tauhu begedil chef bib
10.asam pedas ikan patin
11.roti canai-buat sakit hati je tau..dahla sedap sikit plak tu..nyampah nyah
12.cekodok pisang
13.keria gula biasa
14.masak lemak itik salai

Patutnya abg nak balil ahad tu..tp setelah dipujuk oleh melor..mereka pun balik bersama kami hati isnin..horeyyy
Jd malam tu melor bwk anak2 buah dia pi makan2..aku pun tak paham.ounya hyk.makanan dia nak pi makan lagi kat luar...
Ni msk.lemak itik salai..gila sedap...

Mangga ni tok njang bagi...dapat kat makleb terus dibuat kuah..marbeles giler kuah kicap dia..meratap tepi meja bhai

Pagi2 isnin bangun2 abg pi la cari bunga durian..buat tester..hahaha..ni kat umah tok njang..cari la.kemain kan..terus abg yg msk..
 
Sedap rupanya..tp dia kelat2 sket..sebenarnye aku rs yg kelat tu kat debunga2 dia..patutnya kena buang yg biji2 bwh tu...haritu mak ckp adik aku pun msk juga..tp dia guna kelopak.dia..patutla keras..kahkahkah..jenuh gelak dengan bib...aneh2 la adik bongsu aku tu.

So lepas mkn jam 11 kami pun konvoi lah bersama.acap n sara naik dgn aku...abg dtg umah kejap amik anak2 dia bwk pula durian..dia beli dekat area moncheh kot..merasa gak makan derian..kahkahkah..aku buat.spagheti je..ingat tak habis..sedap ke atau merrka lapar..kihkihkih..
Tq abg ku..moga melimpah ruah rezekimu sekeluarga..lebiu..utk kakakku juga..rindu tau..best gile bila jumpa ..

Saturday, May 5, 2018

Kisah aku je

Hampir 5 hari tak telefon mak...rindu sangat tp kepenatan..mungkin gemok yang melampau..lgpun umah ni dekat atas je lain ok..kat bawah kalau ckp tersekat2..kena duduk dapor je..nyampah..

Aku suka call tokdah waktu pagi dlm jam 7 sebab dia tgh ngaji lepas solat subuh n nak tunggu solat dhuha...jd kami membawang sekejap..kemudian kol 7ptg sebab nak tau dia dah masuk rumah ke belom..kdg2 dia masih kat luar.kemas pokok2 dia tu...kdg borak ntah apa2 je pun..kadang2 sampai 40 min becakap..

So lepas 5hr aku tak call tokdah, aku call dia..tanjat aku suara serak..mak demam ye...haah jwp dia..tapi dah baik dah lepas ni..nak tertelan halkum aku tiba2..berdosanyaaaaaàaaaaaaaa
Sebab aku tau aku buat mak tertunggu2 aku call dia..tau mesti dia rindu aku call.maafkan aku mak..aku selalu kecikkan hati mak...

Aku lama dah tak balik kg..last ms cuti2 pegi rompin hrtu...ada byk mslah yg perlu diselesaikan..tak mampu nak.luah disini...tokdah selalu tanya bila nak balik..sian tokdah..rindu sangat tu..dulu aku selalu balik mengejut..tau2 je dah sampai depan pintu..tau2 je call suh buka pintu...tapi yela dulu tak seteruk mcm sekarang...doakan aku ye tokdah... kdg terbayang dia menunggu aku kot2 akan sampai bila2 sebab aku dan melor mmg suka unplanned..

Ya Allah...tak mampu aku luahkan kesedihan hati ini bila ia melibatkan tokdah....andai waktu boleh diundur..akan kuputar saat kita bahagia bersama abah..walau kena luku selalu dengan abah..salah sendiri sebab abah pantang org buka tv masa maghrib...tp time tu la cinderela lah..cinta antara benualah..huhu..seronoknya zaman itu..owh dunia..cepat sungguh waktu berputar

Monday, April 9, 2018

Surat cinta utk starla

Suka lagi ni ssbab melodi dia best..
Penah karaoke..melor ckp aku nanyi atau membaca..hahaha..hampeh betoi..dah gitu mendatar je nakmbuat acaner kan...lagipun mmg suara i tak sedap..kahkahkah

Kutuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang kujalani sampai kini

Aku slalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan
Sisa hidupku hanya untukmu

Dan tlah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Untukmu
Hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap disini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan
Sisa hidupku hanya untukmu

Tlah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Saturday, April 7, 2018

Luahan rasa

Assalam

Kelmarin aku mimpi...seseorang mahu membunuhku dengan pisau belati yg agak pnjang..dirumah mak masa tu..ada along abg mak melor atam n bib...kami semua kelam kabut..berlari keliling umah menyembunyikan diri..masing2 tak mampu buat apa2..tiba2 bib dtg merampas pisau dan memandang aku..tepat dimata..
Esok siangnya, aku mendapat satu cerita tentang seseorang yg tidak suka kan aku...astagfirullah..depan baik..belakang nauzubillah..telah adu pd pegawai juga berkenaan sikap aku..well..aku bukan bagus pun...mungkin  dia terlalu sempurna. Namun hati aku tak pedih sangat sebab aku tahu dia bagaimana...
Malamnya, aku resah..tak lena tidor...hati gelisah...namun nyenyak tatkala jam mencecah 12malam..dan aku mimpi lagi...aku jatuh dalam runtuhan tanah yg dalam..tanah jerlus akibat hujan..ya Allah..apakah maksudnye lagi...
Mimpi memanh mainan tidur..tp aku percaya bila org kata mimpi yg sebelom jam 6pagi adalah penunjuk...wallahualam..yang pasti..tabungan semasa kami hampir habis sedangkan gaji yg diperoleh tak mampu menampung semuanya...kerja yg kdg2 aku termanggu dan terdiam seketika..apa yg aku buat ni sebenarnye...makin benak pun ada... Allahuakbar.....

Gundah walau saat aku menaip hal ini..seperti sesuatu yg buruk bakal berlaku.. Ya Allah tolong aku..

Monday, February 5, 2018

Demam

Assalam

Well mgkin badan dah berlemak sangat2. Bilabuat keja umh yg melampau extrem.t3rus aku demam.

Kan ujungtahun lepas kesihatan aku merudum..kesan aku angkat pasu dan angkat sofa suka2hati, terus attack pinggang. Makanya aku amik pendekatan buat keja ringan2 je..amboi amik kesempatn kan...hehehe.bakulbaju pun aku tak angkat ok.melor yg angkat walau berhari2 kat bawah...aku sabar je laa..

So disebabkan salah percaturan roster..aku off hr sabtu dan amik mak melor..dah mak mentua nak mai kan..beria la aku mengemas...angkat mop lap mcm lipas kudung bhai buat keja.kahkahkah...mlmnye terus pengsan...dn terus tangkap pinggang semula.

Sampai ke hari ini hidung tak mampu bertugas dgn baik..pernafasan terpaksa dr mulut..tau2 meleleh ayaq idong..kahkahkah...ayaq lioq punsama leleh..jahanam..kuikuikui

Mgkin emosi tak stabil kot..tu yg terus tangkap badan...ceh..sampai bila nak stabil ontah..

Friday, January 26, 2018

Myeondong street

Rindu pula nak menulis
Makanya bila dah cukup rest kami keluar semula mencari keseronokan..melor jamak dulu then turun lah kami mencari makanan..
Turun bwh tgk jalan basah..ingatkan hujan rupanya snow turun tp terus cair...
Kami cari mana2 street food yg halal.... melor pula menggila beli strawberry..mochi santaberi tu seketoi 2500won..mahai kan..tp besar dan manis..sedap sgt..
Disana kami gila makan busan fishcake..aku amik kuah ramen pedas..melor biasa..tp yg pedas tu mmg tahap menggila..mencirit ok.hahaha..meleleh2 air hidung keluar...tp sampai sekarang bila aku ingat psl fishcake ni aku terus rs nak muntah..mmg setahun la aku tak makan megi ramem atau apa2 ramen.kahkahkah

Tuesday, January 23, 2018

Hibernated

Umpama makan cili dia rasa pedas..
Walau jauh cili tu panas tetap ada..
Andai dipegang guna plastik pun
Bahang tetap membara

Hatiku yg luka akan kucuba rawat ia
Walau perlahan2 aku tahu tak
Seluka hati dia
Walau aku cuba
Yang terbaik untuk dia..tp aku tahu
Diakhirnye kita tetap pecah tiada bongkahnya

Yang tercalar akan hilang
Namun parut makin terang
Yang retak terus pecah
Tak mampu diselamatkan kah?
Yang dirindui tak bertepi
Yang merapati tidak berketahuan

Arghhh hatiku kecewa sekali
Andai mampu ku undur masa
Pasti ia tak akan terjadi
Tapi yang hakiki
Jangan cuba2 memaksa aku
Kerna akhirnya aku tidak tahu
Siapa aku yang sendiri

Monday, January 22, 2018

K-GRAND HOSTEL MYEONDONG

Assalam...
kami keluar dr fish market dlm jam 3ptg. Terus ke myeondong..sampai je terus teruja sebba tgk byk stall..owh tak sabar tau...so dgn konfiden aku pegi lah hotel yg aku letak beg tu..gembira dan ceria si  penyambut tetamu.
bila dia check booking tiada nama aku..oh em gggg..tp once yg aku suka, depa ni sangat2 membantu.dia minta booking aku n search kan..hek elle..depan sket je pun...kihkihkih..makanya dengan 2 beg besar kami turun lah bawah mcm org kena halau dr hotel..melor mcm biasa la..bebel2..elleh..biasala sesat dgn aku mmg takleh berpisah...so depan sket dengan zara belok kanan taraaa nampak sudah k-grand hostel..
Kena naik tangga sket then ada lift..terus ke tingkat 3. Keluar2 terus nmpk kaunter n tanya beliau..si bernard..dahla hensem..baik plak tu..dah cnfirm benar hotelnye, kami pun terus buat bayaran..tp.mungkin dia accept cash, makanya card dia tak nak.accept..ok fine..
malangnya, bilik tak siap.lagi..tapi dia bg aku another room same level tp katil asing2..bila.bilik.siap dia panggil n.kami pindah dilevel 4...arghh nyamannye sebab dapat rest kan..dan plg pnting kepala host panjang sampai ke jamban..sonang aku nak beristinjak..hahaha..aku suka hostel ni..semua ok cuma sebab byk sgt hostel dia bermula dgn K jadi sesat la sket..dia mcm cerita ali baba bujanh lapuk tu, rumah bertanda x sekali smua umah ada x..hahaha..adeh..tp kalau sesiapa berminat boleh la cr hostel ni..aku pun cr dlm blog juga..lupa blog beliau..maafkan saya.

ni time solat kat sana...aku kan cuti solat ms kat sana..

Dan ini tukaran matawang..mmg tinggi..rs mcm kat aussie plak kan..tapi takyah pkr..aku dah ckp.dgn melor..kalau asyik pkr je baik tak payah pegi
So mlm tu jam 8 kami turun lah kepasarnye..merayap lah sampai jam 930 malam..tak penat sebab sejuk..lgpun br lepas hujan..biasa kalau ujan turun ni nak turun snow lagi..sejuk sgt sebab tu tak penat..cuba ketiak basah...mau menggelupur balik bilik nak econ..kuikuikui..

Sunday, January 21, 2018

Rombongan cikmilah dan cik basnah

Hehehe..tajuk taknak kalah kan

Kahkahkah..semalam aku kerja pagi..suppose can left early due too my next duty was cancel..means aku ada ms terluang utj hantar cikmilah n cik basnah...

Well cik basnah n cik milah is our neighbour di kampung..bff tokdah. So early morning when i call tokdah, she remind me about cik milah...flight to medinah on 1300..around 1100 aku melilai kat level 5 cr jemaah..tanya mutawif beliau, tp mgkin penat kan..kurang mesra..well br dekat sini ustaz..tak baik tau layan saya begini..kecik hati saya..tp takpela..moga smua urusan dipermudahkan sebab bw bff tokdah kan..aku just tanya ada tak jemaah dr kg tokdah..sebab aku sndiri taktau depa ikut travel mana..tokdah cuma ckp beg mereka biru..kotla jemaah felda kan guna felda punya agent..
Rupanya andalusia....

Habis tawaf level 5 tu cr port2 jemaah berkumpul..aku kembali ke kaunter L semula..hampir2 nak pg kaunter je. Nampak cikmilah tgh ambil pas dia...gembira tak terkata tgk kawan2 tokdah ni kan..

So lepas dgr ceramah dan ambil passport n boarding pass..ambil gambar smua..terus aku bw je turun..hajat nak hantar terus ke kapal...gate agak jauh..c17..paham2 lah nak kena ambil wudhu smua..nak bw ke surau c22 aku kesian cik basnah..kaki dia tak larat..makanya aku tunjuk tandas yg terdekat sahaja..alhamdulillah sampai depan gate 1215..beratur utk pemeriksaan keselamatan dan aku tanya semula ..mahu tgg atau naik pesawat terus..katanya mahu naik terus..jemaah lain nanti jumpa saja didalam pesawat...alhamdulillah..lepad keluar aku lihat jemaah lain pun sedang masuk kedlm pesawat..

Lega hati dapat hantar..konon mahu terus jumpa tokda, tetapi kena sambung tugas kerana ada kawan yg kurang sihat..kecewa aku...rindu tokdah sangat2..maaf tokdah..selalu buat hati tokdah retak

Wednesday, January 17, 2018

Bila hati tak puas hati

Lafazkan kalimah cinta antara novel terbest aku baca..tp sebenarnye smua novel2 siti rosmizah ni smua best..

Tapi sedih pula bila tgk lafazkan kalimah cinta versi drama..aku tak pasti kenapa...
Masa 7hari mencintaiku dulu mmg buat aku tak sabar nak tgk..walaupun pelakon2 bukan yg aku suka.aku tak minat sgt siti saleha dan mamat yg jadi kuzairi tu..tapi selama aku membesar ni, terbitan ziela jalil tak pernah mengecewakan aku..aku suka smua drama2 keluaran dato ziela ni..

Aku excited juga la bila tau dato ziela akan terbitkan lagi satu novel tulisan siti rosmizah. Tp mungkin bukan rezeki, ditukarkan dan penulis bikin drama sendiri..nak cerita lebih2 pun susah..maklumlah dia peguam.tapi ni luahan hati aku je pun..tak payahlah depa nak amik berat sgt kan..lagipun aku dah beli smua novel2 tulisan siti rosmizah..sebab aku suka.

Dulu novel beliau tajuk kau dan aku pun pernah diterbitkan utk siaran rtm..sedih kot tgk hasilnye..mcm klimaks dia tak sampai..lebih puas bc buku..

Tapi dalam drama 7harimencintaiku tu, dua2 aku happy..drama puas..novel puas..

Sekarang terjadi pd drama lafazkan kalimah cintamu..hurmm hatiku retak..tp nak juga tengok sebab farid kamil dgn heroin feberet nelydia senrose..nely dulu penah jadi damia dlm setitia kasih damia..pun novel keluaran kampeni siti rosmizah..

Takpelah..dalam hal ni mungkin penulis puas hati sebab terbit sendiri..tapi utk org mcm aku yg senang terhibur ni tiba2 tak terhibur susah juga kan..hahaha..

Arghh sedih aku...sedih walau pelakon smua hebat2..bukan calang2 kot... azri iskandar ada..adibah nor..hurmmm...
Mungkin br 2 episod kan..mana tau hujung2 dia buat aku sendiri tak tido malam plak..kihkihkij

Tuesday, January 16, 2018

Ketagih

Assalam..

Stop jap psl korea...last sunday ada apppint gg dgn dr.wan..biasala lepas check ktrg pg cr makan..dan selalu pi kayu je laa..hahah..dan aku pasti amik tenggiri goreng suh letak bwg lebih..

Mantap bhai...apa benda ntah dia letak..takkan goreng dgn spenda kan sampai sedap lagu tu..

Tapi yela..aku kan golongan bersyukur..smua s3dap..hahaha
..aduyai..sakit gg plak

Saturday, January 13, 2018

Korea-noryangjin fish market

Hi uols...lepas jumpa hotel kedua yg salah tu..dgn konfiden aku letak beg dan tinggal pergi ke noryangjin fish market. Kebetulan turun je ke jln utama ada staff tourism..jd tanya dia aje n dia bantu aku cara nak ke noryangjin by subway..so kami dr myeondong station amik line 4..turun2 je jjmpa kedai jual snak jagung ni..sodap weyh..

So turun je amik line 4 nak kr soeul station..berenti naik line 1 ke noryanjing...
Inilah line yg perlu aku amik
Sampai2 je terus gembira sangat2..melor la.nak sgt kesini
Pelbagai hidupan laut yg ada..aneh2 betol..subhanallah

Tengah gembira tiba2 melor sibuk dgn hp dia..aku ingat krnapa rupanya dia dpt msj dr bos dia psl tukar roster..adeh..tukar last minit tak inform..bos dia ingat dia di tanah air..dah hilang mood sket..
Selesai smua kami pergi ke fish market yg baru..sebenarnye bg aku lebih murah kat tapak lama..yg baru ni a bit pricey..lgpun depa ada org yg akan amik smua hidupan yg kita nak korbankan n akan bw ke kedai makan depa..
makanya hr tu melor berminat nak amik sotong, ketam dan aku amik.ikan..
Mengkonon dpt la habiskan ikan yg dikenali sebagai shashimi..uish mcm kucin rsnye..last2 aku tak.mampu makan mentah2 ni sorg2..suruh depa bbq semula

Inilah wira utama..masyaallah sedap betol isi ketam ni..aku kan tak leh sgt mkn ketam n sotong..nasib perot tak meragam.

Ni kat salah satu gerai di tapak lama..bapak besar udang kara dia..tp aku amik gmbr je dgn melor...

Inilah hasil ikan yg telah di bakar..hahaha..
Dan ketam yg lazat..melor ckp mcm mkn telor pun ada sebab kepala.dia penuh telor..sedap benar....
Selesai misi..melor la beria2 benar nak ke pasar ni..agak pricey bg aku tapi bolehla nak merasa..jgn convert sudah..sebab tak tertelan bila di kira semula dlm duit kita..
Tapi sesungguhnya..aku rindu nak makan ketam ni sebab sedap sangat2..uwaaa rindu ketam

Friday, January 12, 2018

Korea-incheon airport to myeongdong by bus

Urchhh..i gatal2 bdn aku..biasala..travel ms winter ginilah jadinye..penah bw baby oil ok..bw losyen jd la gini..gatal terok ni.

Mari teruskan perjalanan..sampai di incheon airport terus cr tandas..bersih tandas mereka..tp biasala takde hos..takpe aku bw botol..hahaha..tipikal malaysia..cekmek tak kena air..kurang sihat dia.kuikuikui

So teruskan perjalanan..sama mcm airport klia, kena naik train dr bangunan ke bangunan yg lain..kalau di klia depa sebut main terminal to sattelite(satt ni  international departure la) tapi di inchoen depa panggil casserol to passanger terminal..(casserol tu international depart) aku ingat casserol tu tempat amik beg..1 station aje..turun terus jalan kearah arrival..cr je tanda arah..sampai imegresen depa..sini teruja juga..bila detect ja passport malaysia terus explain dlm.bahasa melayu...wow sgt..hahaha..bukan wow..jakun je..

Bila keluar benda pertama nak cari portable wifi..boleh connect 3 phone..tp sebenarnye aku menyesal juga amik sebab wifi di korea ni kuat. Dekat airport connection.dia strong..hotel juga..so buat rugi je amik...lgpun bila ada.portable wifi ni, percutian terganggu sebab asyiklaaa nak update fb or instag..aku tak suka..hahaha..so next vacation no more portable wifi. Guna aje wifi hotel..so bila jalan2 takpayah sibuk nak tgk hp..

tp kalau berminat keluar je arrival tu belambak yg tawarkan servis ni..aku ambil kat sini..sonang je..4hr kena bayar 13200 won..membazior..baik mkn kan busanjib..kahkahkah..

So selepas amik portable wifi ni, terus amik kanan..bas ke myeondong adalah hujung sekali..ambil pintu no 10..jalan terus kekanan..cr tanda parking bas no 6015.bayaran dikenakan adalan 14000won satu kepala..ada beg dia letak bawah..dia akan bg tag..simpan elok2.


Ini budak tara percaya sama saya..masih terkial2..hahaha


Bas setiap 20 min..ada timetable dia..tp boleh pegi pd recptionist dia yg sgt baik hati..dia akan minta alamat hotel n beritahu siap2 dimana lokasi hotel kami...


Route bas ni aku lupa nak amik detail..kahkahkah..naik bas, bayar n bgtau drebar inform aku bila sampai myeondong..mula2 cuak juga..asal dgr dong dong je aku bgun tanya, myeondong..dia ckp no no..hahaha


Sampai.myeondong turun je terus nmpak k-guest hostel..aku punya la excited sebab dekat..menapaklaaa sekali takleh masuk..padahal nak letak beg je..tgk2 salah..adeh..tarikla beg..jalan depan sket jumpa plak k-guest house...naik atas takde org..last aku call je dia keluar n ckp nak simpan beg..tukang jaga kaunter ni pun tak tanya nama aku..terus suh dtg kol 3..dia masuk tido balik...lepas balik dr nyronjin fish market..tau2 salah hotel.hahaha..mcm cibai...

Dia kata ni k-grand hostel.dia punya takde grand..wtf.....melor dah membara.kahkahkah..mstu dah kol 530..sebab winter..530 dah gelap gelita...dahla myeondong tu pasar dah start..makanya dengan penuh kecewa heret la 2 biji beg yg besar tu cr hotel..

Kahkahkah..padan muka kan...

Korea Part1- rancangan sebenar

Assalam..

Percutian aku ke korea amatlah rancangan mengejut. Rancangan awal adalah untuk aku dan melor bercuti bersama mak2 dan abah melor..tak sangka tiba2 bertukar jd percutian penuh emosi utk aku dan melor..kahkahkah..nak tau emosi kenapa..jap lagilah aku cerita..kahkahkah..

Sebenarnye kami pernah ke korea pada  end of 2007. Thats time pd aku susah nak cr makanan halal n aku pun tak berapa pandai sangat nal explore..so kami decide amik travel agent luar..tp agent ni mmg bagus giler...dlm group tu ada 2 fmly je melayu..aku dan fmly kak aida..jd kami byk pegi almost korea kecuali jeju island...nami island, tido di mount sorak, masuk everland, nandeumon market,pegi korean village, pakai hanbuk, tido di seoul dan lain..so trip kali ni kami mmg nak easy travel je...takde nak rushing sgt n pegi namsan tower selain just nak aim pegi nami island..ms kami pegi tu pun time winter..dan baju winter yg aku pakai pun beli di everland..huhuhu..

Makanya, Oleh kerana rancangan asal nak cuti dgn fmly tak jadi, hr khamis aku kerja pagi..last pagi ye. Melor ckp nak pegi korea..aku ckp berani ke? Sebab tak sempat nak check apa2 pun..book flight dulu...br cr hotel..pencarian hotel n guest house..paham2 la last minit kan..smua mahal...last pilihan adalah k-grand guest house kat myeondong..melor nak area myeongdong jugak..ok fine..will review about this place later...

So hr khamis habis je kapal bergegas turun opis buat review..print apa yg patut dan paling penting route bas from airport ke myeongdong..sebab tak terpkr nak naik subway dia pun..

Hr jumaat aku off..thats why aku kena habiskan pencarian betol2..tapi aku mmg tak sedap hati dr awal pun..nak muntah..perot tak sedap..dr khamis tak de selera nak makan..sebab tau flight balik adalah full. Mmg betol2 plan berani mati la ni..sebab stranded incheon mmg habis la aku dgn melor..kahkahkah

So jumaat selesaikan tukar duit won..beli bekalan makanan..lain2 takde apa kot sebab pakai pakaian yg lama2 je..melor beli 1 stokin baru..sebab korea sekarang -5. Sabtu kami tak buat apa..just wait until 1900 utk pi airport..lepas melor solat maghrib kami terus gerak..parking longterm senang...melor checkin beg..aku pi parking. Tp kena tgg juga sebb nak tgk muka aku kan..security reason..hehehe.

Jam 2120 br dpt check in luggage sebab bas lmbt sket..takde driver so kena tgg lama sket..adeh dugaan betol...lepas tu kami lapar..kan aku ckp aku takde selera nak makan..so kami pegi makan kat grandmama kejap..area c30-an..aku makan ketiaw ginger beef n melor amik charketiaw..so tepat 2110, gerak pg gate..dahla c26..jauh kot...pi tandas..pi atm..hegeh2 lagi..sampai gate 2230...hahaha..nasib tak pnjg beratur.smua smooth giler..alhamdulillah

Almost 1 year aku tak bercuti or naik flight..so cuak tiba2..tapi lebih pd jakun..hahaha..sangat indah bila lihat langit yg terus nmpak bintang2 bertaburan...gelap yg terang..pandang bwh nampak bot2 besar ditengah lautan..sangat mendamaikan..teruja betol aku..kapal tak penuh..jd bolehlah ambil mana2 seat yg kosong..tp aku n melor mls nak pindah..crew mh66 sangat2 best. Tiba2 mcm apa je sebab mcm2 dpat..siap dpt menu lain lagi..sebab dia ingat kitrg kelaparan..melor plak beli keropok fazura tu..beli 2 bgkus, tp sebab tekanan kan..dia kembong so melor kan emosi.dia takut apa2 jadi so dia bagi pd crew tu..suka la mereka sebab depa pun cr juga keropok tu.tapi tak jumpa..siap.panggil kwn2 yg kat galley depan utk njoy the keropok..hahaha..kelakar kan..tp malaysia airlines crew mmg awesome..syg bila ada sesetengah crew yg dah tidak berkhidmat sedangkan cara kerja mereka sangat2 bagus...sangat rugi tp moga mereka succes ditempat baru..rindu mereka sebab sgt2 ramah dan sangat ikhlas bekerja.

After almost 6 jam kami sampai kat incheon int airport..jam 0605 pagi..korea cepat 2 jam dr malaysia...suhu adalah -5..nampak salji terus teruja kami..sangat2 happy..tak sabar nak explore...

Thursday, January 11, 2018

Korea with love

Will write soon about this...tulis utk catatan saya..mana tau nak pegi lagi..kuikuikui

Friday, January 5, 2018

Debar

Assalamualaikum

Semalam dan hari ini saya sgt berdebar..debaran yg rsnya mahu terkeluar jantung ini. Tak pasti kenapa..
Sudah puas ku sabarkan diri..istigfar dan cari apa yang terjadi..

Baru tahu jawapannya...saya perlu kuat...saya sendiri tak tahu salahkah perbuatan saya itu..saya cuba menarik dari diri dr mereka..saya rasa tidak layak kerana mereka smua hebat2 belaka.

Saya sudah acapkali putus asa..tapi sesungguhnya saya sgt bersyukur kerana diberi peluang bersama kalian smua. Moga apa yg dilakukan tidak menjarakkan hubungan kita..

#whenulonely
#uneedafriendtotalk
#uneedafriendtolaugh
#ineedashouldertocry

Thursday, January 4, 2018

Gelap pasti cerah akhirnye

Aku sedih bila sendiri...dulu ramai teman disisi..
Tapi kini aku hanya sendiri..duduk kaku tanpa sesiapa disisi..
Namun bila dilihat kembali, aku perlu bersyukur atas apa yg aku alami.. dunia yg semakin kejam bukan beerti aku perlu menyerah kalah..
Kita kenalah positif..aku lihat cleaner tu happy walau perlu cuci sisa org...aku lihat si tukang sapu selongkar sampah cr habuan...si penebang pokok bergadai diri memanjat utk memotong dahan yg tinggi...lihat si polis trafik..gagah dengan motor putihnya, namun diwaktu kemuncak, dia berdiri tegak di simpang2 jalan yg sesak tak kira hujan mahupun panas..kdg aku terpikir, penjawat kerajaan tiada mslh kah? Bagaimana kehidupan mereka..mesti bahagia...cuti sabtu ahad..anak2 ada taska..setiap lunch time boleh balik lihat anak2...indah ke?
Sebenarnye kita smua punya masalah yg aku rs bermula.dr impian juga..kita impikan yg indah2 rupanya masalah yg menimpa..
Tapi apa pun yg berlaku..kena ingatlah pd halal dan haram atas apa yg kita lakukan...syurga yg kita cr sebenarnye...maka bersabar dan bertabahlah..jgn sering merungut..istigfar walau hati pedih tak terkata..sabarlah et..sabar

Wednesday, January 3, 2018

Luahan hati lagi

Kami jalan2 cr makan hrtu..dahlama la pun kisah ini.. melor ada jumpa kedai tomyam kelapa..dia ni kan spesis wanita mengandung...tgk je dah kempunan beria siap ckp menjejes2 air liur dia..tp tak penah pun makan lagi..

Seketul kelapa tomyam tu adalah rm15..rasanya sodap aje..cuma order tomyam aje..melor amik 1 pinggan nasi..aku kekenyangan..

Tapi sampai hr ini melor asyik menyebut tomyam kelapa..sedap sangat gamaknye..hahaha..yela melor..nanti kita repeat ye bila tabung syiling dah penuh...banyak tabung kita sekarang..tabung makan2 sedap..tabung cuti tu mmg takde la dah kan melor..kahkahkah..dugaan benar sekarang ini.

Tadi tertengok ucapan seseorg...nak wish happy new year..dia kata byk pencapaian yg kita capai...haahla banyak sgt yg dah dicapai sampai begini jadinye..ekonomi org yg kaki kipas..yg pntgkan diri sndiri mmg berubah..yg mcm beria ni jugaklaaa kena ikat perot..dia tak rs kot bagaimana suami kena buang kerja tetap selepas 20 tahun kerja..banyak tanggungan...yg pntgkan diri sndiri mcmkan dia sorg je yg mampu...kehidupan makin stress...jenayah meningkat...smua benda perlu wang... memang menyedihkan..

Luah disini je lah kan...org lain pun punya mslh...ini cara aku.