Friday, November 30, 2012

Cinta kau dan aku

Buku baru aku.
Ku rasa aku tak leh bc buku org laaaa. Hahaha. Sebenarnya aku ada tukar2 buku dgn kakak kat opis. Tp buku depa ku tak bc. Sibuk beli buku sendiri dan baca. Lebih puas kot. Sebab sendiri punya. Tak perlu la nak bc takut kotor ke terlipat ker atau apa2 lah.
Kalau andai itu takdirnya aku hbisbc 2 hari,, buku ni berapa lm plak yer. Tgk mood aku la jugak sebenarnyer. Huhuhu

Cr gak satu kg buku ct rosmizah yg tebal tu tp nan hadoooo. Dpt yg ini pun ok gak.


P/s.... Sibuk melor suh beli buku stawberi cinta. Hurrrmmmm itu bukan filem ker

Edward vs jacob

Assalamualaikum

Demam twilight masih tak surut. Hr ni untuk kali kedua aku pg tgk lagi. Sorang diri ok. Aku tak kira hari tu tak puas tgk dgn melor. Kali ni aku amik seat 3 dr depan supaya lebih jelas tgk wajah edward. Muahaha
Sebenarnya,kalau ikut tiket ini kali ketiga beli tiket twilight. First time tayang pun dah beli tp ada hal yg tak dpt dielakkan. Jd tiket burn gitu je.
Pasal wayang confirmlah best kan. Kalau tak, takkan aku sanggup repeat smp 2 kali.
Lepas tgk wayang aku terus setelkan semua bil2 yg diamanahkan oleh tuan besar. Tp perjalanan nak pi byr bil terganggu dgn vinnci yg buat sale gila. Then masuk mph cr novel ct rosmizah( pdhal br habis bc buku andai itu takdirnya). Brlaaa selesaikan apa yg patut.

Tp aku lapar la pulak. Maka pegi cr mkn kat foodcourt jer.
Alhamdullillah. Seronok gak berjimba mcm biasa. Sorang2. tq tuan besar aka melor.

Tak sabar nak tgk hobbit






Thursday, November 29, 2012

Apa yg penting!!!!!!

Assalamualaikum

Bersuara bukan tanda menunjuk pandai
Bercakap lantang bukan untuk mencari musuh
Menunjuk ajar bukan untuk berlagak
Tapi hanya memberi sedikit pengalaman
Yang hanya indah untuk dijadikan kenangan


Wednesday, November 28, 2012

wordless wednesday


dua tahun berturut-turut..alhamdulillah

lots of luv
et

Tuesday, November 20, 2012

tolonglah pergi

assalamualaikum w.b.t

untuk insan yang pernah menjadi sebahagian dari kami
tolonglah pergi dan jangan kembali

itu jalan yang kau sendiri pilih
jangan anak2 dijadikan mangsa lepaskan geram sebab dia sudah ada pengganti baru
jangan anak2 menjadi korban dengan perangai bangang ko tu.
masa ko menduakan dia dengan jantan tua nak mampus tu ko tak sedar kan?
tolongggggglahh wahai perempuan
janganlah ganggu family kami lagi
janganlah datang kerumah mak kami lagi..dahla buat muka tak bersalah..eiii lempang kang..
padahal datang nak tunjuk keta dia..ellehhh mcm hebat sangat ..menyampah..spm pun failed. tiba2 ada dapat title dato dr lagi..dasar pompuan materialistik....eiii kalau aku malu beb..malu..jasa takder, cakap omputih pun haprak, tiba2 dapat pangkat...sedar sket wei..sedar sket

p/s:sudah cukup sudah....

mati hidupbalik pun kami tak akan terima ko

sekian 
terima kasih

Monday, November 19, 2012

bege bakar nilai

assalamualaikum w.b.t

orang sibuk cerita pasal bege bakar aku plak baru merasa...ini bege bakar dekat area nilai. sebelah restoren assalam inti kolej. 



menggiurkan kan! bolehla dr takder

sehari sebelum kejadian semasa aku dan melor baru balik dari roswel(kedai runcit kat area inti kolej), aku ternampak kedai bege bakar ni

aku:eh bege bakar la
laki aku:pala hotak ko. tu kedai arak
aku:la dia tulis bege bakar(suara manja padahal sentap dah ni..taula aku  rabun)
laki aku: hari tu aku nampak orang minum arak la dlm tu....tak caya jom tengok

melor terus kona stereng keta menghala  kekedai tersebut. lepas tu kawan tu gelak2 dan senyap..yerla memang bege bakar...ku lempang kang baru tau..hahaha

pa ini bukan arak yang..ini barbican yang...hadoiiii gila lawak melor

memang la kedai ni ada gantung gambar botol barbican ni kat pintu masuk dia. banyak la dia bubuh poster air ni tapi maklumlah nampak dr jauh mcm apa jer kan...lepas hari kejadian kami pergi la dan melor pun bagitau la yang dia ingat kedai arak...rupanya bukan dia sorang jer yang anggap begitu, ramai lagi rupanya..hahaha..so bukan salah ko pun melor..muahaha

ok, pasal menu aku suka bege ayam melor tapi melor suka bege daging aku..hurm ntah..price ok la dengan ketebalan daging dan aksesori yang ada. alhamdulillah..

lots of luv
et

Kasihnya Qaseh


aku baru berpeluang tengok cerita ni...chomelnyer cik ta jadi kasih...kisah yang sedih..kesian dia...tambah hero dia faizal husin..lagi best..faizal berlakon jadi org lembam dan lurus bendul. cik ta pun jadi org lurus bendul.
pastu kelakar plak bila depa nak cari nama bagi nama anak depa..last senang nak ingat bagi nama sayang jer..hahaha..tapi ntah napa dlm sinopsis jadi mimi pulak.....

sinopsis
Kisah menyayat hati lakonan berkesan pelakon cantik Rozita Che Wan menyusul kemudiannya, drama Kasihnya Qaseh yang menonjolkan sisi lain dalam dirinya dengan membawakan watak ibu tunggal kurang upaya yang hidup bersendirian setelah kematian suami akibat kemalangan. Kehidupannya sentiasa dirundung malang apatahlagi bila anak tunggalnya, Mimi dirampas hak penjagaannya oleh Sheila, adik kandungnya sendiri. Sheila sebenarnya miliki agenda sendiri mahu membolot insurans yang diambil arwah suami Qaseh untuk Mimi yang masih bersekolah.

Mujur masih ada insan yang bersimpati terhadap mereka apabila Cikgu Habsah, guru Mimi masuk campur. Dia menasihatkan Qaseh agar tidak sesuka hati menurunkan tandatangan seperti yang diminta Sheila kerana dengan mudahnya hak mereka bakal dirampas. Namun berjayakah Sheila menjayakan niat jahatnya?


kalau berminat boleh tengok kat sini



lots of luv

et

Sunday, November 18, 2012

happy birthday atok



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamuu
Allah Selamatkan HJ JAMHARI
Allah Selamatkan Kamuuuuuuuuuuuu!!!!

happy birthday atok...moga atok diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan muda sentiasa....sayang atok selamanya..

hurm sebenarnyer hari sabtu adalah birthday atok. oleh kerana semalam aku banyak benda nak buat tapi tak jadi maka semunya terlepas. padahal melor dah ckp nak beli kek bagi kat atok..aku tak larat sebab nak keje malam. baju plak tak kering lagi. hujan plak masih renyai...hurm menduga betol lah...akhirnya dapat gambar yang havoc ni dari sepupu kesayangan kami..tensin disitu...
tapi yang lebih tensin aku tersalah tarikh kenduri cukur jambul ayyad..aku pk hari ahad, rupanya hari sabtu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa geram gila..ni la kalau pk mcm2 hal sampai semuanya terlupa...melor tak tau lagi ni aku tersalah tarikh..hurm nak buat mcm mana..sorry la ayyad...makcik ko ni memang dah tua..

lots of luv
et


ontel owh ontel

assalamualaikum w.b.t

rabu lepas bersamaan 14/11, ontel meragam lagi selepas hampir seminggu dihantar ke kedai ganesh untuk servis..lama dah ontel ni berkhidmat dengan kami. alhamdulillah tak pernah meragam teruk masa dlm perjalanan kecuali tayar pecah..sian wooo kalau pecah/pancit..bukan sian apa..sedih bila kenangkan melor sensorang kalau betolkan tayar tu..
nak dijadikan cerita lepas jer kuar kedai ganesh, melor tengok, lampu enjin asyik menyala bermakna ada mslh. bila ckp kat ganesh dia ckp owh itu ni hal...tapi bila balik umah tu memang ada bau hangit.
so hari rabu tu kan keje, aku balik lambat sket. sekali masa jalan temperature naik..bukan sikit2 yer..tahap ke merah dah...so kami berenti kat petronas. dah sejuk sket melor buka penutup air, sekali terpancut air panasnyer..sib baik tak kena muka yang kacak tu..kalau tak jadi kasim selamat pulak..
aku risau gile tapi malas nak ckp mcm2...kang bukan temperature keta jer naik, aku pun sama naik angin nyer..belom tambah melornyer temp coz baru antar servis kan?


so selepas hampir 20 minit, kami gerak semula, tapi tak lama coz temp naik semula...punya la cuak coz memang tak der tmpt sesuai untuk berenti. lastly berhenti dekat masjid klia.15 minit kemudian kami jalan, tak lama pun, lepas ajer traffic light bomba, kitorang  berhenti lagi..berhenti 15-20 minit tapi jalannya hanyalah 5 minit..gila tension tapi sabar yer..
dibawah ni pitstop yang ke 4. selepas stop tepi jalan ni, kami berhenti lagi 1 tempat ditepi jalan jugak sebelum sampai ke petronas tmn mawar. kat situ kami berhenti hampir setengah jam....gtapi aku senyap jer walaupun penat gila..melor takperla khamis dia cuti awal muharam...aku plak kene keje..huhuhu

selepas tu akhirnya dapatla melor drive lama sket dlm 10 minit. tapi kene berhenti jugak dekat esso. itu yang terakhir lah..masa turun bukit aku suh melor matikan enjin..hahaha..dah nak sampai umah baru dtg idea...sib baik ada banyak bukit...dan akhirnya sampai juga kerumah tapi banyak kali gak laaa jalan dengan matikan enjin..hahaha.akhirnya kami sampai umah jam 0953 malam...perjalanan yg sepatutnya 30 minit jer yer..tapi sampai umah kami bantai gelak sebab kelakar jugak...sib baik melor gelak..sejuk hati aku.muahaha..nyampah.

dan sekarang ontel aku dah dihantar ke workshop yg aku rasa ok la ...workshop ni cina punyer..sebelum ni memang kami hantar kedia, tapi ntah mcm mana melor boleh pulak pi hantar ke ganesh. murah tu memang murah tapi kalau asyik mslh jer buat apa..

lepas hantar, budak workshop tu call melor, tak samapi 1/2 jam pun. dah melor kena pegi balik kedai tu. rupanya dia pi tunjuk mana kerosakan yang teruk tu. melor ckp memang dah berkarat dah..hadoiii sib baik tak jadi apa2 kat melor ms dia bawa kereta tu kan.kalau tak naya aku..

maka sekarang melor..mari kita kira ongkosnya (hadoiii lap peluh jap)

p/s:sayang ye kesayangan hati beta yang bernama khairul anuar itu..hahahah(motip!!!)

lots of luv
et

Egg Mc Muffin FREE


McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini
PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.
Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'McDonald Breakfast Day' anda boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.

copy from mstar

Tuesday, November 13, 2012

sakinah

assalamualaikum w.b.t

ini kanak2 comel namanya sakinah. dia anak sepupu aku. kesian sakinah..sepupu aku pegi keje n hantar pegi nursery. sepupu aku ni ngajar jadi tengah hari dah balik. pagi-pagi hantar baju 2 helai dan 4 pampers. masa dia balik baju dan pampers tak luak pun. sakinah pulak masa ambil dia akan duduk tepi pintu jer. sian dia. sampai kurus tak dibagi makan gamaknya.

maka, wancik jaga sakinah. seminggu sekali baru sakinah jumpa family dia.huhuhu..lebih senang. sakinah ni baby paling senang bagi aku. bagi dia cukup makan dan minum, confirm tak nangis. lepas tu baik sangat.dia suka tegur semua org yang dia tak kenal.hahaha..
kadang2 kami tak bagi dia makan sebab perut dia dah tegang. kemudian dia angkat baju tunjuk perut dia. tak dapat aku bayangkan mcm mana dia duduk rumah org tu yg langsung tak jaga makan minum dia. kesian wooo..sekarang ni sakinah dah kembali gemuk..hahaha..makan jer budak ni.


kadang2 pelik la dengan manusia ni. orang buka nursery jaga budak, ko pun nak bukak jugak..tapi anak orang tak nak jaga elok2. ingat senang ker orang nak dapat anak. ingat duduk rapat2 coihh kuar sorang ka..bila hantar pi pengasuh, macam2 depa buat. uish emo gila aku. aku ni kan jiwa rapuh sket. memang la mencabar kalau kerjaya pengasuh ni. tapi tanggungjawab la sikit. anak orang tu. bukan hantar kosong pun. bayar tau.

bagi aku benda ni semua terletak pada tanggungjawab. kalau diri sendiri takder tanggungjawab, memang takder maknerla..ko kerja la apa pun, kalau buat sambil lewa, orang pun tak suka. contoh mcm cleaner. ingat cleaner indon tu nak ke keje jadi cleaner cuci hampagas orang..mesti dorang pun tak mau. tapi dorang ada tanggungjawab lain untuk hantar duit kat kampung, maka dorang buat keje elok.2 cuci tandas kasi bersih. tapi org yg masuk plak main taram jer kan...hurmmm ntahlah..

semua benda kat dunia ni memang macam2 dugaan yang perlu di tempoh. semua manusia ada masalah tapi jangan jadikan masalah itu sebagai halangan untuk kita galas tanggungjawab yang kita sendiri pilih...


p/s:i luv james bond...hahaha

lots of luv
et

Sunday, November 11, 2012

sabtu dan istanbul aku datang

assalamualaikum w.b.t

semalam adalah sabtu..hehehe..semalam aku keje malam. last malam jadi aku ada appointment gg. tukar getah lagi..last month pun tukar dah tapi dr wan tukar besi paling tebal tu..hadoi memang hazab la masa tu. tambahan plak aku pegi bangkok..tension sungguh bila cuti sakit gg..hurm next month aku nak tukar tarikh..tak mau amik masa aku sunmon..rugi off tapi sakit gg. semua benda nak buat tak jadi..kali ni dr wan tambah getah untuk proses rapatkan gg yang mana jarang2 tu...sebelum ni dawai tu untuk betulkan susunan gg, sekarang masa untuk rapatkan pula..untuk 2-3 hari ni memang sakit sangat2. lepas ni memang akan reda tapi yg geram tu, masa sakit gg ni la si melor nak makan kenny rogers la, dominos pizza la..wooo memang sentap gila hati aku. 

lepas appointment gg yg sepatutnya kol 1045 tapi terpaksa ditunda jam 1200 kerana ada mslh yg tak dpt dielakkan, aku dan melor mati kutu tak tau nak pegi mana..tapi yg kami tau mahu keluar dr kl sebelum petang coz sure hujan lebat. tambahan pd hari jumaat, air naik depan pusrawi tu. maka kami tak mahu amik risiko. terus gerak balik ke putrajaya.
mula2 plan mahu ke miri makan nasi lalapan. kemudian tukar mahu ke jb mau makan tomyam kat stualang. tapi pk musim hujan dan gg aku yg confirm akan buat hal mlm nanti, maka lepak kat nilai spring sudah..hahaha

so terus pegi alamanda untuk tgk istanbul aku datang. kali ni dia dah datang dah.hehehe..kami beli tiket jam 5 coz nak makan, jenjalan plus window shopping dulu.


melor ajak pegi makan kenny rogers. lama jugak tak pegi makan kenny ni..dapnyer..tambahan siap order dessert yang ada ice cream kat atas tu..hapa ntah nama aku tak hengat...masa makan tu memang pergh sedap sebab lapar. kemudian masa makan ice cream tu, hambik ko rasa menari-nari gg aku kat dlm mulut buat tarian hongga..hadoiiii gegar2 otak aku rasa...

iyer mukaa happy kan sebab dpt makan..ms minum pun aku dah rasa kengiluannya itu, tapi perut aku lapar sangat..jadi ketepikan rasa sakit itu tapi lepas tu, hadoiii.sedih..
hurmmmm melor ada upload gmbr ni kat fb then bila aku check semua koleksi gmbr aku adalah tudung yang sama...hahaha..kelakar..sebenarnya, baju aku ni pun melor yg bawakan. dia main amik jer..tapi lebih ok la dr baju yang pernah dia amik ms aku tengok james bond tempoh hari...lantaklah aku pakai jer..muahaha
hadoi tengok gmbr teringat coselaw kesedapannya..huhuhu

ok pasal cerita istanbul aku datang bagi aku best la sebab ada beto..hahaha..melor berbulu tengok mamat tu yg berlakon.dia ckp patut la nak sgt tengok rupanya pakwe dia berlakon..hahaha..seat best la sebab aku duduk yg belakang sekali tapi kesian kat budak depan aku tu..sebelah aku ada couple bawa anak dia umur 3-4 tahun kot. budak tu main tolak2 seat lagi..hadoi serius aku simpati kat budak depan tu. akhirnya dia tukar seat. budak tu dah bosan..setengah jam pertama memang ok la budak2 kan..lepas tu sure la dia pun tak ingin duduk diam2. siap pandai ckap bodoh la apa la..semua budak tu pandai ulang2. then bila kat rumah nanti anak pandai ckp bodoh, marah pulak...hurm ntahla...

pasal istanbul aku dtg, memang best dan cute bila tengok lisa tu..tapi paling best mestilah beto..ayat yg comel jer beto kalau marah "awak jgn biadap boleh tak?"..huhuhu..boleh digunakan dari sebut perkataan yg tak sopan tu kan..hahaha

owh tak sabar  nak tengok twilight next week...


p/s:tq melor..sayang kamu

lots of luv
et

Wednesday, November 7, 2012

wordless wednesday



hahaha

lots of  luv
et

Tuesday, November 6, 2012

durian owh jamban

gila tajuk langsung tak bermoral..hahaha

dulu aku pernah tulis disini berkenaan jiran2 dirumah emak yang sungguh menjengkelkan perangainya. bukan semua tapi adalah sorang tu yang buat aku dan mak serta adik beradik yg lain susah hati dengan pangai dia. kami memang dah masak dengan perangai dia yang agak berhati busuk ni kan. memang luaran nampak takder menyusahkan pun tapi dalaman dia, masyaallah berbau bangkai. tapi kami sangat baik dgn dia sampaikan dia siap ckp dengan abah, dia cukup seronok kalau tgk kami adik badik balik.lagipun kalau balik kami tetap jumpa n salam dengan dia.punyalah berhemah kami tapi yerla manusia kan!

ok begini ceritanya, oleh kerana rumah felda adalah seluas 2 ekar, maka semua org akan tambah rumah dan tanam pokok buah-buahan.biasanya mestilah pokok durian menjadi pilihan. 

rumah mak memang dah di renovate. kemudian dapur mak ditambah ketepi sket kira sampai ke sempadan dan hampir dengan kawasan rumah jiran. kiranya dapur aku tu bila buka tengok la kebun durian dia...berhampiran dapur kami tu, mak buat bilik air dan tandas. makanya dapur mak tu memang hampir roboh bumbung dia sebab daun durian memang jatuh kat atas bumbung mak. pokok durian jiran memang besar dan berbuah lebat hasil baja kami kot..muahaha

abah pernah ckp elok2 dengan jiran supaya tebang sikit pokok durian tu..maklumlah dia plak tanam betol2 dekat sempadan..confirmla dahan2 menjuloq ke rumah kami..dia cakap kalau nak, tebang jerla...jadi abah yang memang semangat kental dan prinsip ada aku kesah(muahaha) potong dahan yang menjuloq kerumah kami siap ada buah lagi..tapi tak banyak pun buahnya. kena juga potong sebab kalau buah tu jatuh confirm bocor dapur mak. 

jiran kami tu ok relaks jer tak marah pun pada riak mukala tapi hati sapa nak tahu kan...selepas abah potong  dahan tu, abah sakit yang sangat teruk dan mungkin dah tersurat umur abah tak panjang, maka abah pun tinggalkan kami. 

pokok durian tu tak mati pun sebab abah suh potong sedahan jer. tapi abah pulak yang pergi(okkk tak lawak)..selepas hampir 3 tahun abah tinggalkan kami, setiap kali musin durian mak yang paling risau. bumbung memang dah bocor, dan dah dibetulkan. alasan bila diberitahu "sapa suh buat rumah dekat situ?" ok fine yang dia tu tanam pokok betul2 sempadan buat hapa. 

kes ni bukan aku jer, jiran belakang umah dia pun sama juga..kesian tau jiran aku yg lagi satu tu. sama jer daun atas bumbung tak payah cakap la kan. cuma untung durian tak akan jatuh atas bumbung sebab dahan dia tak der yang berbuah dan menjulur ke atas bumbung.
sekarang kan musim durian. jadi masalah ini memang berlakula tambahan musim hujan dan ribut. tentulah banyak durian2 yang belum masak gugur sebab ribut. daun tak payah cakapla kan..masa mak dtg sini untuk raya haji tempoh hari, adik balik awal sebab dia sekarang sudah menjadi orng penting difelda tu..hahaha..nyampah..bagus jugak dia aktif dlm felda..kurang-kurang dik ko nak kawin senang org kenal..muahaha..

adik bagitau, tandas umah mak dah berlubang sebab durian gugur dan membocorkan bumbung jamban itu.hahaha..pada mulanya memang kelakar. kami dengar sambil gelak tapi tiba2 jadi risau. tandas tu best dan selesa. bumbungnya jenis ardec jer..jadi kalau dah jatuh barang memang confirm la berlubang..

nasib baik la tak der orang yang sedang buat kerja kat dlm tu..hahaha.kalau tak malang yang berbau la jadinya..

sekarang bumbung mak tu diselindung dengan grill yang tak guna(perghh bumbung jamban siap ada grill tuu..kau hado)..maka kalau durian tu gugur confirm tak jatuh dlm mangkuk jamban mak...hadoi sedih betul la kan...

masa kejadian adik jer yg ada. adik aku tu memang mcm anak sulung kaedahnyer. suara dia ajer sampai sebatu dengar. apa lagi amuk sakan la member.jiran tu mungkin dengar tapi adik aku dia mana pk semua tu..marah punya pasal.

mak memang rancang nak buat dapur dan tandas kat tempat lain. mak nak renovate dapur tu sebab malas nak gaduh2 dah tua-tua ni..mana tau tragedi buruk berlaku lagi..iyer aku tau ajal maut ditangan tuhan tapi biarlah. pangai jiran tu memang pelik sikit.kami memang masak dgn pangai dia dan takut jugak.

sekarang jamban mak bumbung dah berlubang. kalau "nature call" tu memang menikmati keindahan dan udara segar la nampaknya..muahaha...

owh emak ampunkan anak mu ini..hehehe

p/s:moga cepat proses mak buat dapur baru tapiii musim ujan pulak sekarang ni..

pssstttt:adik kalau ko nasyid suara jangan sumbang tau..hahaha..ooo aku tau napa suara ko tinggi, rupanya ko memang ditakdirkan lead nasyid nanti..muahaha

lots of luv
et

Monday, November 5, 2012

kacip fatimah

aku diberi 2 cawan air oleh seseorang. 1 untuk kwn aku dan 1 untuk aku. bau macam nescafe. tapi disebabkan kawan aku belum sampai dan aku ada 1 cwn teh tarik yg masih berbaki, makanya cawan milik aku diberi kepada seorang kenalan lelaki bernama abg nik.

aku:abg nik nak air tak?
abg nik : panas ke sejuk?
aku:rasanya masih panas..amik ar.sy punya ada lagi tak habis.
abg nik : air apa ni?
aku: ntah rasanya nescafe

kemudian abg nik.."ini bukan air nescafe ni. mcm kacip fatimah jer"

aku dah tergelak. eh yeker kacip fatimah?aku terus tergelak sampai rasa nak guling2 lagi ni...
kemudian aku amik sudu dan rasa air kawan aku. iyer memang betul.abg nik telah meminum air kacip fatimah...

habis lembut la ko abg nik..muahaha

p/s:agak2 ada kesan ker kalau lelaki minum kacip fatimah..muahaha

lots of luv
et

aku tension, aku tak suka, aku menyampah


1-aku tak suka kena paksa. Aku rasa semua orang memang tak suka kena paksa. Semua benda tak payah la nak sebut banyak kali. Contohnya

1.1 ko tak nak kuruskan badan ker. Makan la produk sekian-sekian. Bila dah kurus senang dapat anak. Suruh laki ko makan sama. Kami risau tengok dia tu badan besaq sangat…
Alololololo suwitnyerrrrr..nyampah

1.2 ko tak nak anak ker? ko tak pegi chek ker? ko tak sunyi ker?
helooooooo aku dah penat jawap semua soalan2 bangsat mcm ni. sebelum2 ni aku malas nak amik port, sekarang jiwa aku sensitip sebab aku dah makin tua. jadi jiwa memang rapuh sangat mcm kaca. sikit2 sentap..pastu nangis..pastu belasah melor..hahaha..best.
gila tak nak anak...nak ar..itu la manusia yg akan doakan aku dan melor bila kami takder nanti..ko ingat aku tak pkr ke mcm mana aku bila mati nanti. sapa nak sedekah fatihah or yasin kat aku n melor..tapi perancangan Allah melebihi segalanya...
sunyi tu tak payah citerla...aku yang keje shift ni takper..tu si melor tu..hingat aku pi keje tak terpkr ke dia buat apa..tapi yerla..takkan aku nak cerita semua benda ni kat semua orang yg tanya..tapi sekarang ni aku memang dah habis kata2 n taktau nak cakap mcm mana kalau org tanya...yang aku tau aku SENTAP jer...nyampah 2 x.

2-aku tension bila telepon orang tapi tak berjawab. Harap telefon jer canggih. Asyik2 voice mel…arghhh sentap..tapi nak buat macam mana kalau dah canggih sangat gadget, kepala otak org lain pun semakin canggih. Dah mcm pakai gps dah..james bond sungguh semua manusia kat dunia berpusat di bumi Malaysia.

3-aku bertambah tension bila aku nak tolong orang tapi aku jugak manusia yang kena marah…memang tensen tahap gaban gila vavi.

4-aku sangat tak suka bila aku keluar mcm2 benda nak kena sangkut. Adakah aku hanyalah manusia berbadankan pokok krismas bergerak.

5-aku benci bila pagi2 mula kerja kena marah. Kemudian datang pulak manusia yg lebih tua dr aku (memang tua pun) sedap jerk panggil akak…adussss terus down mood kerja hari ini. Bukan nak suruh panggil adik atau sayang pun..tapi panggil la dengan tanda hormat sket..aku pun boleh panggil dia encik...dia sesedap lidah jer panggil “akakkkkk”..

aku tulis sebab aku geram, aku tulis sebab aku marah, aku tulis sebab aku sentap walaupun aku tahu ada yg kata "ada aku kesah"...hahaha..lantaklaaaa

lots of luv
et

Sunday, November 4, 2012

skyfall


assalamualaikum

semalam aku tengok pakwe aku yg dah lama kami clash..hahaha
tengok skyfall dengan melor tiket kol 6 petang kat alamanda jer..sebenarnyer nak tengok istanbul aku datang kerana ada beto kusyairi tapi aku ni kan memang manusia tak ingat tarikh...melor cakap ms dia beli tiket 

melor: dik abg nak cerita istanbul aku datang
budak tiket: bang, istanbul tak dtg hari ni, dia dtg minggu depan..
melor: ooo yeker?hahaha

pastu aku la yg kena marah. cerita tu kan main 08 nov..muahaha...lepas aku habis keje terus pegi alamanda. dia bawak baju aku yg ntah apa2 siap selipar yang bunga sebelah pun dah hilang..eeee menyampah tau..sentap aku. dah mcm bibik tak siap aku rasa..tapi james bond punya pasal..pedulik semua tu.

cerita james bond kali ni  aku suka sebab semua elemen ada..aksi dr mula filem sampai habis, kelakar sebab watak silva yang lembut2 tapi menarik dan sedih bila M mati..uwaaa naper m mati..yerla m kan dah tua..hehehe.
tapi mula2 cerita masa depa duk racing atas bumbung kat istanbul tu memang terpusing aku rasa tali perut aku..bukan kecut dah...


ni la watak silva..best pulak dia berlakon..suara dia pun sedap jer..rangup2.hahaha

tapi yang tak bestnyer depan aku tu kepala dia tinggi sangat. seat kitorang belakang sekali. sebab aku tak suka ada org tendang2 seat aku bila wayang start..hilang feel nak menonton..sekalinya semalam budak tu punya jambul mak aiiiiii...melor gelk2 kan aku lagi..aku tengok org lain lagi tinggi dari dia tapi takderla menghalang sangat..ini tak...jambul dia.. memang menyakitkan hati aku..eeeeeeeeeiiii geram.konon cantik sngat kot rambut buat jambul mcm tu..mesti dia pakai minyak lot10..keras semacam jer..hahaha..
ish geram arghhh aku..aku ckp nak pegi tengok lagi nanti...tak puas aku tgk citernyer lagipun sebab tahan kencing...muahaha..aku tak mau terlepas semua scene...jadi bertambah hilang feel aku nak menghayati cerita ni..
apa-apapun memang best..tambahan tema lagu ni dinyanyikan oleh adele..sodappp lagunya..

p/s:melor.... istanbul aku datang nanti jgn lupa tau..

lots of luv
et

Saturday, November 3, 2012

keropok ketam,tenpayaki dan sup kaki lembu

assalamualaikukm w.b.t

ini semua aktiviti minggu lepas aku. hari rabu aku cuti .konon nak pegi umah atok tapi malam dah nak masuk keje..oleh kerana rasa macam sekejap sangat, jadi aku nakpegi selayang hari khamis aje coz jumaat aku off.so petang rabu tu hujan lebat..tapi sekarang ni memang musim hujan pun. tapi kalau area nilai, asal kol 4 jer hujan lebat siam guruh dan kilat..hadoiiii menduga betol duk umah sensorang ni kan..aku ni kan pemalu kalau bunyi kuat2 ni.
so bila dah reda sket bunyi tu aku lepak kat belakang. sambil koyak crabstick yg dah lama melor beli sampai 2 paket tu..dapatla 3 balang. 1 balang besar dan 2 balang kecik sepeti gmbr bawah. semua ni godaan dari internet la ni. hahaha..tengok senang dan menggiurkan aku buat tambah kalau tengok kat blog kak amie..semua menggiurkan tekak jin aku ni...lepas koyak aku goreng dengan minyak yg panas.memula sekali aku cuba resepi ni, aku buat kecik2..tapi sebenarnya aku tak sabar..benda tu tak cair sepenuhnya aku dah picit2 dia..jadi terpaksalah dicarik halus2..tak berapa best..carik besar2 mcm dibawah ni baru rasa keketamannya itu..mauhaha


so hari khamis aku pegi la umah atok. atok buat nasi minyak sodappp...then petang sket roger duda hot yang tak berapa nak hot tu..hahaha..abang aku la tu..aku ckp aku lepak kat umah atok.borajk, mengumpat, mengutuk dan menghina semua dia sambung keje dia balik..aku pun borak ngan mak. tapi tak lama lepas tu ang kol semula ajak buat tenpayaki. dia ada kualinyer..aku ok jer..tapi lambat sket dia dtg katenyer..hurm boleh jerla..petang aku tido balik dengan umar qhaliff sebab hujan..tapi umar buat lawak jadi tido sekejapan sahaja. dahla malam dah jadi burung hantu..hadoiiiii..geget umar baru tau.
so malam tu 0930 abg sampai..dia bawak enoki mushroom, cendwn tiram, daging, udang, sotong, paru, ayam dan ikan patin...iyer ikan patin...belasah jer janji ada bahan. kemudian aku tolong prepare semua bahan..ayam aku peram dengan serbuk kari sket, garam, lada hitam dan gula..udang dan sotong aku bubuh sos lada hitam, kicap dan garam, paru aku tumbuk halia dan bawang putih sebab paru kan ada bau sket..2 cendawan tu aku buh lada hitam dan garam sahaja...daging abang aku yg perap tak tau bahan apa dia bubuh...sama dengan ikan patin. dia dah perap kat umah dengan kicap..rasa mcm daging masak kicap jer dah kekdahnya..hahaha
pada mulanya aku dan abang risau gak. kami cakap kita berdua jer ker?aku gelak jerla..ntah yer kot. bila dah setup semua, pegi kat cik kat, panggil semua, grah, angah, atin, olin, cik, acu, bib, umar dan mak. masa tu hari ujan semula..memang best la kan sejuk2 makan benda yg panas. mcm ikan piranha pun ada dah semua..muahaha..seronokkkkkk sangat.siap buat air kopi lagi...
akhirnya, habis jugak.sian atok dapat rasa sikit jer..hahaha.jadilah kan dpt mkn tenpayaki tak cukup bahan...



dan esok hari, kitorang buat sup kaki lembu..muahahaha..memang marveles tahap dewa. ibu bakar dah kaki tu. pukul berapa dia bangun aku pun tak tau. aku kan "cuti", jadi semua benda aku langgar n tido sampai kol seploh..muahaha..itupun mak suh atin kejut..suh makan..kelakar ar mak...bangun suh makan jer yer..yerla mana tak ngantuk, malam tu borak ngan atam n abang lai..

pastu aku pun jengah dapur tolong mak selesaikan kaki lembu tu...
tapak kaki tu akan tertanggal lepas kita bakar...senang jer buatnyer cuma renyah sangat2. lepas dah tanggal tapak kaki hitam tu, kikis semua bebulu yang hangit2 sampai putih. kemudian mak rebus semula..lepas tu buang semula air rebusan tu sebab tak mau ada bau hangit2 semua. kikis lagi kasi bersih dah putih baru rebus dengan api yg besar....woooooohhhhhoooooooooo...selepas beberapa jam, sup kaki tu akan mengembang dan dah boleh buh bahan perasa..mak buat sup yg jenis tumis darat tu jer..yang simple dah tak der mcm2 bahan pun...aku suka yang begitu. 



akhirnya berjaya juga aku nak makan sup kaki lembu. lama gila tak makan..sup ni pada yg tak biasa mungkin geli mcm aku dulu la..geli-geli..dah tau sedapnya, hambik kau.termimpi-mimpi. lagipun bukan selalu aku makan..aku nak yang mak masak jer.. 
sebenarnya rasa dia bukan ada sangat. rasa jeli2 mcm tu jer. tapi nikmat dia tu susah nak tafsirkan. melor tengok aku mkn sampai geleng kepala. gila kanibal bini dia..muahaha...

hurm seronok kan duduk dengan mak walaupun sehari setengah jer...hehehe

lots of luv
et

Friday, November 2, 2012

sharing is caring



jumaat indah...alhamdulillah

lots of luv
et

Thursday, November 1, 2012

no mood



ingat boleh pegi awal pagi jumpa mak....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :(

p/s: stressss

lots of luv
et

betol..betol..betol


november sudah!!!!

lots of luv
et