Tuesday, August 31, 2010

salam merdeka

salam....

genap 53 tahun malaysia merdeka...usia 53 bukanlah satu angka yang kecil ...tapi adakah aku merdeka..maksud aku merdeka dr segi pemikiran dr dijajah oleh orang lain..merdeka dr perbuatan hasad dengki manusia yang lebih teruk dr zaman jepun gamaknya...mungkin aku merdeka dr segi kehidupan tapi aku masihbelum merdeka dan bebas dr segi pemikiran...........................................
aku mahu bebas...
aku mahu merdeka
aku mahu merasa puas
dengan apa yang aku ada
walau aku tahu
selagi aku tidak mencari maksudnya
aku akan terus terperangkap dalam dunia
yang mungkin igaun aku indah semua

salam merdeka...salam bahagia.
et

Monday, August 30, 2010

aman n achap

salam....
since aman n achap dtg umah on saturday itupun dah petang so kitorang beli kat bazar jer n tetiba melor request nak makan nasi lemak....aper?nasi lemak...hadoiiiii...aku pun buat la walaupun dah lama giler tak buat nasi lemak..hahaha
then pagi ahad semua sakit perut termasuk la dengan aku(lagi teruk padahal mkn sambal sikit jer)..huhuhu
maybe sambal tak masak kot..huhuhu...makcik kan tak expert langsung bab dapur nikan....nasibla melor yerrr
so petang ahad melor nak bawak la mkn kat MAA subang...poie la kami berempat kesana sampai dlm kol 0640 ptg..melor dah booking yerla skang ni lepas gaji so semua nak makan kat luaq..tambahan ahad....so sampai jer org takder..hahaha tapi kami relax lagi siap bergambar bagai...aku jerla jadi cameraman itupun melor dok bising kater aku tak pandai amik gambar..angel tak cantik...hentam jerla labuuuu...













so lepas berbuka didapati hanya kami n ada la anak yatim (MAS taja la bebudak ni)..lawak kentang betol..sib baik makanan sedap n murah gak la kan...hehehe...
layan jerla gmbar kentang kami ni....huhuhu
yg bestnyer lepas makan amik gambar dan semua nyer termasuk melor wat lawak kentang gila babas...yerla yg ada pun aku n anak2 yatim jerkannn...huhuhu.
tapi best jugak..hehehe
dr aku yang kekenyangan
et

Friday, August 27, 2010

Lirik Lagu 150 Juta

aku suka lagu ni ...
ekceli Fynn jamal ni cousin aku yg fanatik sgt ngan dier...
cik awe...ala minah yg main gitar ms adik aku aldo kawin tu..hehehe
dia suka lagu Fynn Jamal n masa aku search n dgr lagu ni memang mcm ada kene mengena jer ngan au yg sengal ni...hahaha
so to Melor...this song 4 uuuu
"saya kenal sayang say"

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...

by Fynn Jamal

Tuesday, August 24, 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Allah wuhualam"

Untuk hati merasa bahagia…maka belajarlah buangkan 9 perasaan diatas terutama yang no:3 dari dalam diri anda semua.

Insayaallah hati kita akan rasa tenang untuk terus menjalani hidup ini hinggá ke penghujung usia.

mc'd



salam





sejak akhir2 ini isu hotel2 dan makan segera yang tiada sijil halal kembali panas...tapi yg pasti setelah berita tersebar,keadaan hotel dan restoran ini memang lengang n tak speerti selalu...hmmmm kadang2 isu ni buatkan kita ragu2..yerla inilah antara makanan kegemaran aku n before isu halal ini keluar aku baru jer pegi lunch kat concord..then kuar isu ni kat paper n hotel concord tak der dlm sijil jakim..jeng jeng jeng...


tapi hotel besar takkan ambil isu ni remeh kan?lega rasanya bila aku baca dlm paper kosmo yg Concord tersenarai cuma maybe haritu pegawai jakim tak sampai kat situ lagi kot..huhuhu


the last week panas pasal m'c donald pulak....hmmmmm ntahlah dunia...semoga aku yg duduk dibumi malaysia yg tercinta ini bebas dr segala kejahatan mereka yg ingin menjatuhkan islam...allahuakbar...


bercerita pasal makan ni memang sensitif untuk kita umat islam tapi ia bukanlah menyusahkan...setiap peraturan yng ditetapkan dalam islam ada kebaikan yang perlu kita kaji...isu penyembelihan,halal dan haram sesuatu itu punya sebab musabab yang benar dan tak perlu disangkal lagi....wallahuallam

soooo...untuk peminat mc'd semoga ini membantu anda

copy from email aku
et

FW: IBU SAYA PEMBOHONG....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."
- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu engirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

copy from email
et

ramadhan 14

Salam...
alhamdulillahh...dah 14 ramadhan kita..hari ahad lepas aku sempat balik kampung n berbuka bersama mak walaupun melor terpaksa bertongkat...tapi after fisio on monday morning, his leg much better.

berbuka rumah mak memang la best sebab mak masak asam pedas keladi,nasi ulam,ayam masak kicap,ikan sungai goreng,pergh..sedap giler..kuih plak mak buat cok badak,lompang,pau n petang skit aku goreng keatiaw..mcm berniaga plak..tapi ekceli mak memang meniaga kuih pun masa ramadhan ni tapi along ngan zati la yg jual..kebetulan ms kami dtg mak cuti..huhuhu...n alhamdulillah perniagaan mak aku bagus jugak la...semoga bisnes mak n along serta zati bertambah baik..amin....si melor plak memang tak sah kalau tak membeli so dia beli murtabak, yong tau fu dan jugak air tebu..tapi dia suh buat air bandung+ice cream soda...first time ni nak minum ayaq ni...kuno sungguh aku...hahaha
pada adikku armani levis...jgn marah yerrr..aku pun balik sekojap bonau....huhuhu..tapi nanti kene kirim ler kuih raya yang melor tempat untuk mak kat ko yer man..hehehe

ekceli ni gambar masa kitorang berbuka pose kat pizza hut semalam/23ogos...
aku ni nak makan pizza dah lama tapi tak terpegi..mesti masuk secret recipi nyer..hehehe..so semalam melor ajaq pi mkn pizza...sebab mengidam punya pasal melor mkn 1 slice jer yng lain aku hentam....hahaha..ala bukan beli yg besar pun(ceeewah..tak ngaku mkan banyak)tapi aku makan sungguh2..mcm org tak pernah mkn pizza la..huhuhu...hodoh sungguh perangai...dah la service lambat...dtg punyerla awal...takperla....

p/s:kwn2...bila nak buka pose kat concord(wani,intan n nor)

yang masih nak makan pizza
et

Tuesday, August 17, 2010

bestday arman levis

salam....
ekceli just nak share present yg aku n melor bagi pada adik aku aman sempena bestday dia 27/07/2010 hari tu...kebetulan 25/07 aldo kawen so melor memang dah beli eawal untuk aman tapi disebabkan tiada pembalut hadiah...jadi postpond la dulu...ada cerita sebenarnyer disebalik hadiah yg kitorang bagi ni....

nak jadi cerita, aman dpt interview keje gomen kat putrajaya...so that day dia tido umah aku coz nilai-putrajaya kan dekat...so dah kate pegi umah aku ni dier memang akan basuh keta dia coz umah dia duk umah abg aku (apartment)..dah nama pun duk apartment so nak membasuh keta ni susah la kan..ngan parking pun berbumbungkan langit ajer so that day dier pun nak basuh ler keta selepas habis interview..the dia kuarkan vacum (seperti gmbr diatas sekali) yang besar gabak tu just nak vacum keta dia..hahaha...aku punyer gelak giler la coz abg aku duk tingkat 13(tak silap le,....hehehe)sanggup dia bawak turun benda tu yg berat semata2 nak vacum kat nilai..hehehe

so kesimpulannya...aku citer ngan melor..apa lagi mamat ni pun gelak ler..so start that day melor find this thing for aman birthday..kebetulan carefour ada sale before puasa aritu...so rembat jerla....

aman plak punya la happy dpt menatang ni coz die memang tengah cari pun...hahaha..next time tak perlu la ko usung benda besau tu dah...nak jimat punya pasal sanggup bersusah..padahal kalau antar kedai lagi senang tapi adik aku ni suka buat sendiri...

to aman...hapy belated bestday..semoga bahagia ngan cma ke akhir hayat n barang tu jangan bawak tido plak...hahaha....

ur love sis

etot

hari 6

salam...

sekejap jer dah masuk hari enam ramadhan...
alhamdulillah petang ni bumi sepang /nilai dibasahi hujan..
sejuk sungguh rasanya tapi seronok juga...
untuk lauk berbuka aku hanya beli kat cafe memandangkan kene OT kan..aku beli terubuk bakar..akak tu ckp rm4/koi 3 biji...sebijik 5 kupang ngan sebiji telor itik masak lomak untuk melor wat sahur nanti(peberet melor) tanpa nasi dan air harga rm7.90..hadoi...member aku plak beli ikan 2 ketul,karipap 2 biji,sayur seciput,ngan telor itik 2 bijik...total rm18..giler kentang betulllll...nasi tak dok..harga melampau bebenau...
kalau mkn kedai tomyam siap dpt mkn tomyam,sayur nasik ngan telor ker air ker mesti cukup tu...hmmmm
bercakap pasal duit ni memang tak cukup....ekceli ni la baru membeli pun coz aku sanggup masak..n memandangkan kitorang pun tak mkn banyak so alhamdulillah.....kira tak derla membazir sangat kecuali hari ni yg memang kene membeli coz kojo..hehehe...nanti keje petang aku nak masak jerla...tak yah beli...mahaiiiiii..hahaha
p/s:hadoi ayaq tebu aku tak teminum lagi..huhuhu

aku yang semakin kedekut
et
bukan kedekut tapi berjimat..hehehe

Monday, August 16, 2010

tokoh melayu

TOKOH MELAYU

1.KIYAI HASHIM ABDUL HAMID

melumpuhkan kegiatan komunis di Melaka



2.KOPERAL YAAKOB BIDIN

berjuang menentang Jepun dan juga rakan kepada Leftenan Adnan



3.IBRAHIM ABDULLAH

ahli perikatan Melayu Perak (pmp) yang membantah pembentukan Malayan Union



4.KHATIJAH SIDEK

perjuangan hak bagi kaum ibu dan wanita



TOKOH CHINA

1. YONG SHOOK LENG

sumbangan ke arah menubuhkan MCA dan menyatupadukan masyarakat cina kearah mencapai kemerdekaan negara



2.DR SOO KIM LAN

seorang doktor yng berkerja keras memberi kesedaran pada komuniti cina supaya mendaftar sebagai warga malaya di zaman darurat



3.SARJAN CHOO WOH SOON

terlibat dalam operasi Seladang (serang hendap) dan menunujukkan ciri-ciri keberanian dengan menghapuskan pengganas komunis yang paling dikehendaki iaitu Ngow Lai.Beliau juga penerima Pingat Gagah Berani(PGB)



TOKOH INDIA

1.RAMASAMMAH BHUPALAN

seorang guru wanita yang terlibat dalam gerakan anti british dan merupakan aktivis sosial mengenai hak sama rata kaum wanita



2.K.L DEVASER

bekas Presiden MIC yang bertanggungjawab dalam penyatuan Parti Perikatan dan membantu merangka deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu



3.E.E.C THURAISINGHAM

seorang pejuang dalam bidang pendidikan awal dan penggubal kurikulum sekolah-sekolah india di awal kemerdekaan.Pencetus penubuhan persatuan sejarah malaysia bagi mencintai negara sendiri



TOKOH SABAH

1.ZAKARIAN GUNN

bertanggungjawab membebaskan Sabah daripada belenggu penjajah termasuk menggubal undang2

rfr paper kosmo.

nauzubillahhhh

salam...

Mesti korang dah baca pasal kes bunuh kat taman mawar perak..hanya kerana kejutkan wife die bangun sahur n berang..dibunuhnya wanita yang hidup dengan dia siap ada anak 2 lagi...tergamak sungguh tetapi dia pun dah disahkan pernah menjalani rawatan mental..
dlm hal ini aku pun takut juga..bukan apa..takut tidak dapat mengawal nafsu marah yang kadang kala memang tak masuk akal...astagfirullah...Ya Allah kuatkanlah iman aku ini...terlalu banyak kes bunuh.membunuh ataupun bunuh diri...silap siapa aku pun tak pasti..ia dtg umpama virus yang merebak dlm udara yang kita sedut..wah mcm cerita cicak man plak kan...virus profesor klon...dr kes rasidi bunuh famly die seramai 4 org yang terbaru kes bekas adun bunuh dan membunuh diri kemudian amukan berdarah semasa bersahur..nauzubillah...walaupun segalanya ditentukan oleh Allah tetapi aku amat berharap agar aku ditambahkan kesabaran,kewarasan akal fikiran, dipermudahkan dlm semua hal serta bertambah kasih sayang terhadap semua org setiap hari...

dr aku yang masih keliru
et

Sunday, August 15, 2010

15 august 2010

salam...

hari masuk hari kelima puasa...dan bermakna lagi 14 hari tarikh abah pergi buat selamanya...genap setahun dlm kalendar islam...cepat sungguh masanyer berlalu...

jujurnya aku memang masih tiada mood nak beraya atau nak bercuti...tapi mengenangkan ada hati yang perlu dijaga, perasaan ini aku telan sendiri...makin sepi rasanya...umpama tidak dapat kubayangkan perasaan dipagi raya nanti untuk kali kedua dlm hidup aku tidak dapat lagi mencium tangan dan mengucup dahi licin abah...bau rambut yang aku suka pun semakin hilang...hmmm

alhamdulillah, seminggu sebelum puasa aku join companynyer majlis tahlil untuk arwah abah,dan 2 nenek aku..n melor plak bagi nama abah kat masjid umah mak dia untuk buat majlis tahlil selama sebulan sepanjang bulan puasa ni...semoga abah mendapat yang terbaik dan bahagia sentiasa disana...amin

melor semangat nak raya..tak sabar nak shoping semua..tapi aku masih penat lagi..penat memendam perasaan n menjaga perasaan sendiri..hehehe...penat sukan n penat kemas umah...rasanyer nak antar baju pegi dobi jerla minggu ni...malas sangat nak tengok kain tu...

alhamdulillah melor dah bayar jugak duit zakat fitrah untuk kami semua termasuk mak abah dia n mak aku serta adik aku nora...semangat datang kembali..

petang ni nak buka apa yer...asyik masak jer..semalam buat soto..ingat mak melor tak mau makan rupanya dah malam skit die makan.hehehe..nak ajak pegi hotel abah melor susah skit nak makan..rugila pulak..teringin makan pizza..pun abah melor tak leh follow gak...tapi rasanya beli jerla juadah kat pasar..aku wat macaroni goreng jerla..tapi ikut tahap kerajinan aku la kan...kalau aura malas lebih maknanyer hari ni kita shoping..hehehe

FW: Kisah kapur dan pemadam

Assalamualaikum wmbk...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik walaupun di bulan ramadhan, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya. "Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.."Murid- murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...



p/s:this story aku copy from email...yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.

Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan


SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan


1) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

2) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

3) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

4) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

5) Di pilih untuk ibadat puasa.

6) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)

2) Bulan penuh keberkatan

3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

8) Memberi buka banyak pahala

9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

8) Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangkan tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pacaindera

19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang

20) hadiri majlis ilmu

21) Buat baik pd ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pd suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama org tua

26) Jemput tetamu berbuka

27) Kurangkan berat badan

28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

29) Baiki hubungan suami isteri

30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu

40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri

41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

42) Melazimkan solat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah


Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

* Baca ayat akhir surah Al Baqarah

* Baca ayat Kursi

* Baca surah Yaasin

* Baca surah Al Zalazah

* Baca surah Al Qafirun

* Baca surah Al Ikhlas


3) Bagi orang yang kuat dan cergas

* Bangunkan isteri dan anak

* Mandi

* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran

* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik


Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.


Takbir Di Malam Raya

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) diakhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.


Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalanuntuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.


*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dantiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.


Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA

Wednesday, August 11, 2010

penat yg tak sudah



Salam.........

memang penat sesangat tapi cantik punya pasal...terpaksala tolak tepi..hehehe...
pagi semalam last day breakfast with melor before puasa..lepas tu ajak pegi nursery nak beli pokok bunga kertas...ekceli setiap tahun melor akan spend untuk beli bunga baru...pilih jer then suh dorang amik pasu kat umah...dorang buat semua la kan coz bini dia ni mcm ada anak seploh...hehehe...
so this year memang dah setuju nak letak bunga kertas coz tahan lama skit..ujan ker panas terik ker..bunga still ok...




satu polibeg rm5 jer..ok lakan...so dgr 5 hinggit melor terus nak boli 20 pokok...ade giler ko melo sampai 20 pokok...spr nak tolong aku kan coz staf yg selalu berurusan ngan kami tu dah takder...aku mls nak deal ngan org lain..yerla aku n melor ni pakai mcm pua chu kang jer...yg lain dtg siap driver lagi..huhuhu



akhirsnya tercapai juga nak bunga kertas.....alhamdulilla...

so untuk bunga2 ku......taksabar nak pegi siram...arghhhh'

penat..penat..penat..
et

sukan lagi


Salam 1 ramadhan....
masih mood gembira walaupun sakit bdn masih tak hilang ditambah tadi petang aku kemas umah termasuklah menukar bunga pada pasu yang dah kosong..mati akibat tuan dia terlalu rajin...hahaha
pict atas tu ms closing...so semua ceria sebab kami MENANG..hahaha..boleh la riak untuk tahun ini...(Ya Allah ko ampunkanla dosa si limah ni)

dan ini pula adalah gambar2 kemenangan kami masa tarik tali..gmbr lain terpaksa ditapis atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..hahaha...gambar kelakar kentang betul...


best gila bila dah menang...walaupun ms final lawan kitorang badan memang boleh tahan...(kwn2 ada lagi org lebih besar dr kita tau)hehehe....



Dan ini pulak masa perbrisan 07/08/2010..pagi lepas match tarik tali n kitorang menang pegi final...ms tu pun ada citer kelakar gak coz kami ingat dah menang...so aku pun dah lepas tali sambil bagitau partner belakang yg kita dah menang...yerla pihak lawan siap dah terduduk dah..tetiba jerk kene rentap plak tali tu..sib baik ada la badang-badang wanita yang dpt mempertahankan tali tu..hahaha...hadiahnya pagi tu jari aku luka..excited sangat ingat menangkan..hahaha




n the best thing about us is we really alergic wiz camera...hahaha...bukan photogenic pun ...photogedik adala tapi best ar semua kepala...asal ada camera disitula ada kawan2 aku...terbaik ar beb...hahaha..kalau difikirkan malas sudah mau masuk kalau ada next year..penat n sian plak laki aku terbiar kan!!!!hehehe
tapi kalau majoriti still mau join aku ikut ar..yang penting dpt baju free...huahuahua
aku yang masih riak
et

Monday, August 9, 2010

kitalah juara

salam....

masih penat bersukan di stadium petaling jaya dr 07-08 august 2010...tapi takperla kan..penat pun berbaloi sebab menang..hehehe
riak sikit aderla...banyak2 tak laa.masih ingat lagi...walaupun masuk tarik tali jer kan..ada mak kesahhh..huhuhu

pict tak banyak coz semua masih dlm kamera..cable tak larat nak amik so nanti jerlaa..memandangkan pc kat umah aku masuk spital so susah la nak upload gmbr..hmmmmm
ni antara gambar2 aku masa majlis penutup yang memang dah tak hingat penatnye tapi havoc punyer pasal penat pun ilanggg..hehehe






















dan yang penting tali n praktis kat pokok dibawah niela petua untuk menang..hahahaha...
to all my frenddds intan,wani,ila,pijah,yan,kak ct n kak jijah...tahniah atas usaha kita selama ini walaupun ada yg tak dpt tidor lena mlm tu gara2 lagu dan irama yg tak dpt disengajakan..hehehe maaf dr aku yaaaa
















dr aku yg masih penat
et...

Friday, August 6, 2010

sukan..sukan..sukan



salam...bulan 7-8 antara bulan yang agak busy dan poyo untuk aku coz join sukan untuk department aku....walaupun berlatih poyo mcm la aku ni msuk lumba lari tapi semangat yang penting..hahaha
dan yang paling penting baju kitorang cantekkkk...



ni aku ngan partner kuat aku..hahaha....intan,aku n wani...semoga kita berjaya...dan yang penting biar vogue..huhuhu
by et

Thursday, August 5, 2010

mohd umar qalif bin norazhar


salam semua....
hihi..
nama saya mohd umar qalif..umur saya baru 2 hari..
saya lahir pada 03 ogos 2010 tepat jam 0144 pagi..
(sowi yer mama sebab umar kacau mama malam2 coz nak kuar cepat)
saya sajer jer nak tumpang enterprem kat blog mak cik saya ni..
mama saya adalah adik kepada makcik saya yang garang ni..huhuhu
sekarang saya dah ada kat rumah mak tok saya..bestnyer dah keluar dr peyut mama saya ni...kalau tak hari2 mama saya sama makcik2 saya doa supaya saya cepat keluar...
jadi sekarang baby imran dah ada kawan iaitu saya..hehehe
bila la saya dapat jumpa makcik kepoh n pakcik mok saya ni yer?
baby umar
by mak lang

Tuesday, August 3, 2010

dah bulan lapan

Salam
dah masuk bulan ogos rupanyer...sekejap jer kan?
hmmm dan tak lama lagi bertambah lagi la anak buah aku..hohoho
to my sis n my cousin:semoga semuanya selamat n welcome to new world ya..masing2 masih berjuang n aku pun tak tau lagi dapat baby aper..
bulan lapan bulan kemerdekaan...yg pasti raya ni masing2 dah ada orang baru...tahniah to both of u...
tak sabar mau jumpa markonah aka baby bib...hahaha...

p/s: arwah abah kan suka nama markonah ni...hehehe..anak aman la letak nama siti markonah ni..ok kan?

Surah Penawar

Salam sejahtera

Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokdileher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Sebar2kan kepada kengkawan, terima kasih...

nuts..nuts..nuts..


Walnut

Chestnut











Cashew nut








pitaschio













Almond













Filbret