Thursday, February 27, 2014

:(

assalamualaikum

aku kol mak
semalam...sebab aku sedih
sedih sangat!!!!
sedang bercakap...
dpt satu panggilan
aku matikan panggilan emak..
dan janji akan kol semula
dan akhirnya
kesalahan masih kepada aku

aku dial semula no mak
aku sedih dan bercerita lagi
sesi luahan hati
pesan mak
biarkan apa org nak buat
jangan melawan
klu betul hak et,
biar dia jawab di akhirat nanti
jangan marah2 dia
jangan cari gaduh
sabar.....
aku diam
tak mampu berkata apa
betol juga cakap mak

tapi aku masih sedih dan kecewa
mungkin sudah tertulis
itu bukan rezeki aku
bertabahlah

aku akan terus mencari redha itu
moga aku akan tenang
dan mulakan hidup baru
dengan semangat yg lebih tinggi
aku mesti semangat
InsyaAllah

aku pun tak paham

assalamualaikum

sebenarnya aku sendiri tak pasti
blog aku ni untuk kemarahan atau apa
asyik luahkan kemarahan saje
well aku kan manusia biasa
memang lately ni asyik stress je
aku pun tak tau la
mungkin dan peyod kot

sebenarnya aku nak menulis mcm dulu
cerita pasal keseronokan
keterujaan, kebangangan, kebodohan
kebahagian, kegembiraan dan macam2 lagi lah
tapi akhirnya jadi luahan hati je plak

mungkin sebab tukaq nama kot
dulu littlelulu mcm fun jer
mcm happy jer
mcm budak2 jer kan
jadi jiwa tu lainla kan
ini dah nama cerita seorang et
mesti la mcm bosan jer kan
hahaha

gedik sangat nak tukar kan.

tetiba teringat pada kata2 seorang kawan
ko ni banyak saka yang benci kat ko
tu semua benda tak jadi
hahaha

adohai kawan
klu la aku banyak saka, 
aku suruh saka2 aku tu 
cari duit banyak2 kat aku
aku selesaikan hutang2 aku
then aku hantar saka2 aku pegi melancong
dan aku pun melencong
hahaha

tapi tulaaaa
klu modal pun ayaq liur
memang tak kemana la beb

hurmmmm
dah laa

hilang pulak mood nak menulis
babai

Wednesday, February 26, 2014

edisi sakit hati


assalamualaikum

yes aku memang bengang..
aku memang marah 
sakit hati betol aku


benar bukan rezeki aku
benar bukan hak aku
benar semua salah
aku
baiklah...

Ya Allah..Kau lapangkanlah dadaku..jauhkanlah kemarahan n hasutan syaitan terhadap aku..bantulah aku Ya Allah.



Monday, February 24, 2014

satu lebih baik dari seribu

seorang sahabat sejati lebih baik dari seribu kawan.
aku bukan peramah pun
susah gile nak bercakap dengan orang yang aku baru kenal
memang susah nak buat kawan
tapi bila kau dah kenal 
memang aku akan baik sampai bila2
tak terfikir nak burukkan kawan2 
jika dia adalah yang terbaik untuk aku
mcm dulu aku ada kawan
kitorang memang kamcing..
ema, timah n kakju
lepas spm masing2 bawak diri ke unibersiti
aku jer tercampak kat kolej 
aku jarang contact dorang
sebab aku malu
aku rasa aku tak setaraf dengan mereka
sebab apa ?
sebab aku penah jumpa seorang kawan 
ms tu kami nak naik bas
dia masuk u
dia ke shah alam...
aku ke melaka
aku beria2 bercakap dengan dia
konon eksaited la jumpa kawan
kita boleh nampak kan muka org yang eksaited
dengan muka boring
mungkin dia penat
tapi dia ckp sepatah dua jer beb
kemudian dia naik bas
terkontang-kanting aku kat bawah..ok takperlaa
start dari situ aku mula malu
malu dengan status aku belajar dekat kolej 
masa kat kolej aku rapat dengan wati n ita
aku rindu diorang tau
tapi nak buat mcm mana kan
aku kerja tak mcm mereka
sabtu ahad cuti
aku kerja shift 
bila aku balik kampung, 
dorang plak dah balik umah mereka.
rindu sangat
bukan aku lupa atau tak ingat langsung
kenangan korang paling
best
dorang sahabat aku dunia akhirat
rindu sangat
sama jugak dengan ct, sabrina dan iza
untuk iza lagilaaa
dia selalu nak jumpa aku
tapi aku memang fail dlm urusan masa aku
ada jer yang tak settle..
urusan kerja, urusan rumah urusan kehidupan
naib baik aku sempat pakai spender
sorry iza..
i tau i hurt u..huhuhu
so bila aku ada kawan
aku hargai sangat
sebab memang aku bukan ramai kawan pun
dan bila aku berkawan
aku akan stick dengan orang tu ajer
tapi tak bermakna aku lupa dengan yang lain
dan bukan menjadikan alasan untuk aku bercerita buruk tentang kawan
kerana mereka aku belajar dari kesilapan
kerana mereka yang membantu aku bila aku terjatuh
kerana mereka yang memberi aku semangat
kerana mereka yang menjadikan aku lebih kuat
dan
kerana mereka yang sedarkan aku bertapa indahnya erti sahabat

untuk kamu dan kamu...moga kita kekal bersama
bila aku tiada, ingat aku dalam doa kalian
kesalahan aku buat pedoman
keburukan aku mohon disimpan
terpisah kita bukan bermakna 
hidup aku jadi bualan
andai berjodoh kita masih kekal bersama
disini...
dikubu batu yang mampu bersuara
tapi bukan wilayah aman untuk kita...

kamu tahu sapa kamu
sebab kamu berdua jer tahu link blog baru saya
hahaha

love
saya yang ketot

Sunday, February 23, 2014

bengkok paku kerana kerasnya papan


aku berbual dengan rakan senior
katanya.....
kalau ada org "jaga" ni umpama sekeping papan. 
makin lama semakin keras. maklumlah backup ramai.
situasi ke'kabel'an ni kat mana2 institusi pun ada kan.
tak boleh nak lari la..
mcm tempat kerja aku yang lama dulu
memang nampak berat sebelah tapi biasalahhhh
kita kena redha jer kan..tambah kalau ada yang cantik n gebu 
memang mcm aku yang berkarat ni tak dipandang la
bagus mcm mana pun ko kerja..
mcm tu jugak

bila dpt keja baru
ingat situasi itu dah tiada
maklumlahhhh kita zaman millenium katanya
tapi rupanya lagi teruk
kerja la macam mana pun tapi kalau ko bukan feveret mereka
buat salah sikit, sebulan nama kau dijaja
itu adalah lumrah kan
cuma untuk kita redhokan tu jer amik masa
maklumlah bila dah bukan feveret ni
semua kesalahan akan dituduh pada kita
hak kita pun akan ditegahnya
belum lagi yang mangkuk tmbah
bercerita yang bukan2
nak menjadikan cerita itu lebih hot
dari mushrom sup piza hut yang panas tu
jadi 
jika kita mahu jadi papan yang keras pun 
tak perlu salahkan paku yang bengkok jika diketuk
kita berhati-hati dan jaga kerja kita sendiri
jangan sampai orang lain menjadikan kesalahan kita
 untuk menutup kesilapan mereka 
setiap hari
sebelum tido aku berdoa supaya
aku bangun menjadi orang yang lebih baik
tidak berdendam, tidak menyakitkan hati org
tidak bercerita buruk tentang kenalan
tidak memburukkan kawan2
tidak bercakap yang sia-sia
sentiasa berbaik sangka
dan selebihnya aku serahkan pada
YANG DIATAS sahaja
semoga hari-hari aku terus
didalam redha dan hidayah-NYa

insyaallah

dan yang pasti ini bukan isu yang besar untuk orng lain mengambil kesempatan atas apa yang aku tulis. aku ada hak sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan. ini tulisan aku..ini hak aku...ini wilayah aku untuk berkarya walau sementara..

adios..
hiduplah dengan tenang dengan sentiasa bersangka baik dengan org lain. 


Saturday, February 22, 2014

"Visit Malaysia 2014 Contest"


wotz..wotz..lama betol tak join GA ni...
hi ann...nak cuba nasib mana tau dapat menang percutian kat melaka kan.
tambah.melonjak adrenalin aku nak join tau..hahaha

ni jawapannya....
1. Impiana Cherating Resort, Pahang
2. Swiss Garden Resort & Spa Lumut, Perak
3. Pulau Langkawi
4. Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
5. Nexus Karamabunai, Sabah
6 Sutra Beach Resort, Terengganu

so sapa2 nak cuba boleh klik kat gambar atas...moh cepat..kita beramai-ramai serbu blog ann.

hahaha
tq ann

murah rezeki kamu buat GA dpt menang percutian ke Melaka gitu..boleh try coconut shake klebang..mbahaha



tragedi jumaat

perghh..hari ni mmg hebat.
aku masak pakai seluar jeans...
pastu kat dapur mmg ada tikar..
aku kan takut sejuk..hohoho
lepas ms kat dapur luar...
aku terus angkat bawak masuk dlm..dpur kering katanya...
sekali boleh tersadung..
nasib baik x tak kena muka..
kalau tak memang masak la muka aku
tapi kuah berkocak kuar n kena la tangan aku
gigil2 tangan aku beb
panas gileeee kot
yeerlaa baru lepas mendidih kot

sebelum tu dah la kwn aku kol

sebab nak bgtau dia jumpa seseorg yg hensem gile...hadoiii..nak tergelak aku..ingat penting gile..siap antams gmbr lg.tp memang hensem pun..ha tu la kan..puji org lain.tuhan bg balasan terus..kakaka


lepas kena terus aku lalukan dengan air...panas + pedih..then aku lalukan pulak air sejuk dr peti ais....dah menggeletar ni coz tahan sakit..mana nak kemas kuah yg tumpah lagi kan..then teringat kapur makan...aku lumur la bagi sejuk..ubt gg plak semua kat atas..bawah ni ada listerin je.hurm.lantakkan..tapi masih denyut..nmpkkan yg merah2 tu..hohoi sekarang dah color gelap der..

ni aku sapu semula lepas solat zuhur..aku tgk mcm. makin bengkak...hurmm melor la rekuest nak mkn laksa..semangat aku msk...nasib baik dia makn betol2..walaupun x byk mcm biasa sebab aku msk nasi lauk feveret dia jugak...ikan cencari sambal dgn toge n tauhu msk lomak..prghh berdesup makan..hahaha..
ni baru semangat nak masak bila laki semangat nak makan....
melr cakap kenapa aku rajin msak...aku cuma ckp nanti awak terpikat pulak kat makcik kat kedai 'whitehouse' yg darah tinggi tu.yerla asyik mkn sana je...hahaha..
gelak besar melor..katanya sian makcik tu..tak bersalah..hahaha..nsib la pa dpt bini yg pandai sangattttt masak ni (tangan dibahu mata keatas)..hohoho

itulah cerita jumaat saya yang sungguh indah....indah la sangat..hahaha..apapun saya sayang suami saya..hahaha..
nyampah

Thursday, February 20, 2014

kisah kau dan aku , kekodokbulat dan littlelulu-cempaka

cita-cita aku kan tinggi
walaupun aku adalah pendek
lepas tu idea datang tiba2
lepas tu aku buka blog
log in pegi setting tukar nama blog aku
lepas tu ...
lepas tuuuuuuuuuuuuu
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sesapa yang follow aku n ada letak link aku semua takkan dapat detect aku dah
hahaha
adoiii
pening pala aku
tapi nak buat mcm mana
terlajak perahu boleh diundur
terlajak tekan n save tak boleh dah nak putar balik
tapi aku tak cuba la pulak guna domain name yg lama iaitu littlelulu-cempaka tu


so nak menyesal pun tiada berguna lagi
kenapa aku tukar domain tu
saje gediks...hahaha
bukan la..aku rasa aku dah tua laa
tak remaja purba dah
jadi nama littlelulu-cempaka mcm fancy je
mcm yo yo oooo je
mcm ngada-ngada je
so aku pun tukar jadi
'ceritaseoranget.blogspot.com' @
cerita seorang et....
hahaha
mcm poyo je
mcm sama jeee
tapi aku tetap bersyukur sebab 
ntry sebelum2 ni tak hilang
walaupunnnnn nak melecet jari aku copy paste 
blog2 kegemaran aku yang akan selalu aku baca
yang menceriakan hidup aku 
dan mcm2 laaa

hurmmm moga aku semakin rajin update
 cerita seorang et

p/s:kena tgk plak kat hp mesti tak dpt nak log in..huhuhu


Saturday, February 15, 2014

ariana rose punya pasal!!!

ariana rose dah habis tp sebab aku bc kat blog evelyn mcm lagi best ending kat buku..jd aku tak kira..aku nak jugak beli novel dia...
dah kata lm nobel  ni dah kuar kan..aku je baru beli sampaikan  lalat pun ada dgn buku ni...hahaha.nmpk sgt lalat ni nak mati dlm cinta ariana n adam...muahaha...kira untunglaa aku beli buku ni dpt extra hadiah...lalat kering...sadis sungguh kematian dia..ke karya seni buat pertandingan sapa beli buku twb yg dlm ada lalat akan menang tiket n percutian gi london?????..hahaha
byk chanteks muka ko et..hahaha..

k gurau je..

babai

Wednesday, February 12, 2014

panasnyeee

subhanallah..panas sungguh sekarang kan?
rasanya lm dah hujan tak turun..tapi tetap bersyukur sebab masih bernafas dibumi Allah.alhamdulillah

so minum lah air kosong byk2..maklumlah cuaca pnas sangat..

aku pun cuba minum air sebanyak mungkin..dan cuba kurangkan ais..perghh cita2 kan!!!..hahaha..iye kat umah ni aku mmg minum air suam...sedap plak ayaq suam ni..mihmihmih

cuaca pnas mcm teringat aku ms sekolah dulu..tingkatan satu la pling ingat..sekolah kat sek men perwira jaya...aku sekolah kg je dulu..tak masuk asrama pun mcm adikbadik aku yg lain. tu yg manje lebih dgn makabah aku..muahaha

jarak sekolah aku dgn rumah jauh gile wei...habis sekolah kol 115...kol 2 belom tentu sampai umah...blik sekolah naik basikal..dahla byk bukit nak lalu...hampir 4 bukit bhai baru smp umah...

dulu blik sek dgn geng basikal aku..aida kami pggl along, wati kami pggl angah sebab fmly depa pggl gitu..aku biasalaa et...pastu arwah saiful, herman n heri.dorg ni smua satu blok ngan aku. gigih wei naik basikal...

terik matahari mcm sekarang la....membahang nak menangis balik..tp walaupun jauh sekolah takde pun kes kn tarik semak ke, kena culik ke atau gejala sosial yg lain..kami takut wei..muahaha.
klu nak g sekolah mmgla enam ketol ni bersama...kadang2 dgn ina anak cik piah..
sampai je rumah belengas tapi tala air banyak2 lepas tu tebongkang.penat weiiii...nikmat gila klu sambil ngayuh basikal sambil tu mkn aiskrim malaysia..20 sen je..perisa asam boi..perghh sodap weii

tapi berapa bulan je bertahan..lepas tu sebab dah asing2 kelas..masing2 ada kwn baru, lepas tu mmg x larat gila, akhirnya makbapak kitorg kesian kat anak masing2, maka naikla van sekolah..hahaha..lega ketiak aku..klu tak belengasss..

muahaha..best kenangan dulu kan

klah nk minum air..nak minum air.perghh aiskrim pun sedap ni...

Monday, February 10, 2014

dania nasyiha

dania nasyiha dah sekolah..alaa sekolah tadika empat tahun...geram dgn dia..smlm masa dtg umah dia pun menunjukkan kepandaian dia.ngehngehngeh..

papa tunjuk mata
nia:eye

papa tunjuk hidung
nia:nose(siap peset2 idong)

papa tunjuk mulut
nia:mouth

papa tunjuk tangan
nia:hand

pastu papa mls layan..dia tny aku, ni apa?tunjuk pala..aku ckp ntah...muahaha
nia pun jawab : head

pastu dia tunjuk kaki..ni apa?
ku pun tny dia balik...haaa apa tu

nia: kaki

hahaha..apa daaaa..comel jaaa
ms nak balik slm melor...siap nak gigit tgn melor..mihmihmih...pandai betol bergurau

sekejap je dpt main  dgn dia..
tapi yg penting x puas lepas rindu dgn mak aku...miss u mak..

Sunday, February 9, 2014

Shrek - All Stars





menceriakan hari saya yang sugul..



hurmm :(



tak tahu bila emosi kembali ok...bak kata pepatah..hati yang terluka umpama besi yang bengkok...walau diketuk sukar kembali ke bentuk yang asalnya..

tapi hati aku sekarang remuk..pergh kalah org bercinta..



tq melor sebab selalu sejukkan aku..

love u ketat2



etot

Saturday, February 8, 2014

Friday, February 7, 2014

jumaat owh jumaat

assalamualaikum

hurm minggu yg agak struggle untuk aku...sedih,gembira,kecewa,malu semua ada..tp krna tempuh jugak kan?
tak tahulah mcm mn nak tempuh esok lusa mcm mn..tp masih kena hadap jugak...kadang2 tak mampu nak mulakan hari dengan aura positif dan hati terbuka...
keluhan berat aje mampu dilepaskan
...
well bersabarlah...dugaan datang untuk buat aku jadi kental...

bak kata kat internet : hidup umpama aiskrim....nikmatilah sebelum ia cair...


tsedap pulak nasi apa pulak nama dia ni..aku lupa la hohoiii.adoyaiii...ari tu mkn kat umah mak yah..jiran mak kat kampung..tp ini cerita ntah berapa bulan yg lepas..lm dah aku x blik kmpung...huhuu..rindu umah mak..
klah


bubbye


Thursday, February 6, 2014

Wednesday, February 5, 2014

ketensionan melando

assalamualaikum

huish tension kojo ari ni...biasalah, bila org dah bg kesenangan berdua..tiba2 kn keje takde partner...ilang smgt nak pg keje..hohoho.gedik
kalau org tension dgn hr isnin..tp aku pening bila hr rabu..tp takpelaaaa..demi sepotong pizza, aku gagahkan jugaaaa.


happy dpt mkn berpotong2 pizza..hebat tak kak ton?

p/s:eh muka i nmpk panjang la...muahaha..ooo tips anek gmbr muka pnjg(pndang kebawah)

muahaha..k bye

eh  hr ni birthday yash n farhan (anak wanikeni)..happy birthday yg pertama anak2...

Tuesday, February 4, 2014

buah keranji

sedap...
hilang rasa mengantuk...
hahaha

Monday, February 3, 2014

weekend kami

assalamualaikum

aku off 2 ari..best coz x pegi maner2...last month off pnjg tp ulang alik selyg...so duk umah tidoq...mihmihmih..nak kuar pi kedai pun maleh...
so pagi ahad lepas sbuh mlor bg cadangan jom sarapan kat baganlalang...melompat la haku kan...ok set..bajet beli nasi lemak..air bawak dr umah..bawak buah jugak...potong kat sana jer...
siap laju2 terus gerak.tapi berenti kejap beli ns lemak kat 2 tmpT berbeza .nak rasa katanyeee..
sampai bagan...perghhh ramai org picnic yg dr mlm..hebat sungguh mereka...setkat kami 2 ketol nak bermlm kat pantai tu...hurrmmmm lupakan ajelaaaa
amek tempat ujung sekali lepas goldcoast sepang tu. ..canteknya tempat tu .lm dah aku tak ke bagan lalang ni..

ini adalah gelang untuk masuk ke bagan lalang..hahaha..tipu je..melor la lps mkn ns lemak letak kat tgn..kebtlan aku pun pkai coz bk ns lmk aku..ku ckp ni untuk msukbagan ke pakai gelang..huhuhu


huurmmm bestnyeee dpt mandi. air pasang nmpaknyeee

laki tuan tanah yg happy..hati mesti hepi beb walaupun masalah berbuku didada..kahkahkah....menyampahhhhh

opsss gmbr tuan tanah kedaung takder...terdelete.besaq sgt..muahaha

seronok pi pantai tp tulaaaa..sayang depa lepas duk lepak bukan reti kutip sampah balik..

setakat unggun api mcm ni kita phm..ini tak smpah bertempiaran lari. mungkin angin kuat sgt kot...tp pelik tong smpah x penuh pun...sampah kat luar byk...syg tgk  ...

p/s:melorrr nanti kita pg lg yeee.

Sunday, February 2, 2014

daun sup orang khayeeee

assalamualaikum

semalam melor suh msk sup ketam...bhan smua ada kecuali daun sup n daun bwg. so kami pi kedai siam kat umah ni...amik la tak sampai pun secekak..sket je...mengkonon.ku bajet dlm dua hengget la kan


nasib baik segar daunnya....

aku amik banyak ni laaa..mungkin slh cekak tgn aku yg gemuk tu kot...
sekali kira empat hengget. tetanjat aku...aku tny blik kot2 slh tgk kan..dia kata mmg mhl pun..sekg ni daun sup sekilo 30 hengget...hurmmmmmm..redho jerlaaaaa...


p/s:takziah untuk kwn sekolah aku ipah atas pemergian suami tersayang..moga ipah tabah dah arwah ditempatkan dikalangan yg beriman..... 

Saturday, February 1, 2014

kedai lempeng lagi

assalualaikum

seronoknya bc status org balik kampung or pg cuti...
hurm kami duk umah sajalahhh :( ...bohsan mummy.
pagi td singgah kedai lempeng lg .tp mkn cekodok je..ari ni kodokbilis..melor je pun mkn byk...keras plak kodok dia....
dahla lm tak pi jumpa doktr gg aku..ndr wan cuti lm betoiiii..awal bulan tiga br jumpa..wahai gg, bertabahlaaa kamu..

p/s:saya rindu emak saya...yer saya tau...nanti sy baliklaaaaaaaaa