Saturday, May 29, 2010

sayang abah

salam....

i miss my abah very much..
n rindu mak juga...
abah...kenapa abah lama tak datang dlm mimpi et..abah marah et ker?et rindu abah...mcm maner abah yer..abah mesti tamslh et..hmm sakit otak rasanyer nak pkr.mcm2 hal nak buat tapi mcm hampa jer kan abah kan...bila la et dapat peluk abah lagi..kalau dulu hilang masalah dapat cium rambut abah..sekarang ?:(
abang pun dah busy skarang ni.lama sangat et tak jumpa abang..et ada jumpa gak along coz aritu balik kampung sesama pastu kami pegi tengok abah....
bib pun lama sangat et tak jumpa dier bah..peyut dia mesti dah besar.rindunyer kan abah...ingat lagi masa kite pegi segamat malam raya 7 tahun lepas...abah ikutkan jer kepala gila anak pompuan abah yang dua org ni..beli sana..beli sini..yerla masa tu et kan keje maybank lagi..dpt angpau banyak so dptla beli barang baru untuk beraya..
waktu abah sihat lagi..tapi siapa sangka kan macam sekejap jer Allah pinjamkan abah untuk kami...semangat abah kuat tapi kenapa et tak der semangat juang abah yang tinggi tu...
et ni suka sangat pendam perasaan kot..tak pun suka sangat merendah diri n tak yakin kan abah..tak mcm abah..kalau tak betol abah terus bagitau...hmmmm rindunyer nak kene marah ngan abah..
tapi abah tak pernah marah et kan?sekarang kalau berborak ngan aman kami selalu ingat luku abah..hahaha...sakit tapi tak akan rasa dah sampai bila2..tak pun abah suka cubit kat perut..hehehe...takperla kan biar hari2 kene cubit dr et tak rasa dah tangan abah tu sampai bila2..lagipun abah bukan mendera pun.
abah..semoga abah bahagia disana..alfatehah

et rindu abah
rindu sangat

Friday, May 28, 2010

Nabi SAW terima perintah solat

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI
utusan malaysia 26/05/2010

NABI Adam a.s gembira apabila menoleh kepalanya ke kanan kerana menyaksikan kalangan zuriatnya, iaitu umat manusia melakukan amalan baik dan akhirnya melayakkan mereka masuk syurga.
Namun apabila baginda menoleh ke kiri, di dapati ada juga kalangan umat manusia yang diseksa dalam neraka akibat balasan amalan-amalan jahat yang mereka lakukan, Ini menyebabkan Nabi Adam sedih dan kecewa.
Demikianlah di sebalik makna perlakuan yang ditunjukkan oleh lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang pertama ditemui oleh Nabi Muhammad sejurus memasuki langit pertama dalam perjalanan Mikraj untuk menemui Allah di singgahsana Sidratul Muntaha.
Baginda begitu gembira dapat bertemu dan mengenali manusia pertama ciptaan Allah itu yang kemudiannya menjadi bapa kepada seluruh manusia di muka bumi ini.
Selepas memberi salam kepada Nabi Adam, Nabi Muhammad kemudiannya dibawa naik ke langit kedua dan di situ baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa. Diikuti langit ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf, langit kelima, Nabi Harun dan Musa di langit keenam.
Nabi Muhammad akan memberi salam dan mengakui kenabian kepada setiap nabi yang baginda temui.
Apabila tiba di langit ketujuh, Nabi Muhammad berpeluang menyaksikan Baitul Makmur, iaitu rumah ibadat, binaan sama seperti Kaabah bagi penghuni langit terutamanya para malaikat beribadah dan melakukan tawaf.
Sesetengah mengatakan terdapat hampir 70,000 malaikat yang melakukan tawaf di Baitul Makmur itu.
Ia dikatakan mempunyai kedudukan yang bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi.
Di situ juga baginda melihat ada seorang lelaki yang wajahnya dikatakan hampir menyerupai Rasulullah sendiri.
Lalu baginda bertanya kepada Jibrail siapa lelaki berkenaan. Jibrail berkata: "Dialah nenek moyang kamu, Nabi Ibrahim."
Baginda sungguh gembira dengan pertemuan ini kerana dapat mengenali Nabi Ibrahim yang mempunyai sejarah kenabian sangat hebat terutama mampu mengalahkan Raja Namrud, berhijrah ke Palestin dan terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan si anak Nabi Ismail. Dari situ ia menjadi titik permulaan pembukaan Kota Mekah dan mendirikan Kaabah seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Sejurus pertemuan yang sungguh bermakna itu, baginda berjalan sehingga ke penghujung langit ketujuh.
Berubah bentuk
Di situ baginda melihat bagaimana malaikat Jibrail yang menyerupai manusia berubah kepada bentuk asalnya. Bentuk yang sama seperti yang baginda pernah temui buat pertama kali semasa berjalan ke pulang ke rumah dari Gua Hira'.
Kebenaran perkara ini tidak dapat disangkal. Ia benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, iaitu ayat 13 hingga 18 surah an-Najm yang bermaksud: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu dalam rupanya yang asli iaitu berdekatan dengan Sidratul Muntaha, yang juga berdekatan dengan syurga al Makwa, (Muhammad melihat Jibrail) ketika di Sidratul Muntaha dilitupi oleh sesuatu yang melitupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan-Nya yang paling besar.
Selain bagi mengesahkan pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat Jibrail pada rupanya yang asal, ayat ini juga sebagai mengesahkan mengenai pertemuan agung antara Nabi SAW dengan Allah Rabbul Jalil secara bersemuka.
Inilah keistimewaan Nabi Muhammad dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan jaga dan bersemuka walaupun pertemuan tersebut tidak turut dihadiri oleh malaikat Jibrail.
Sebelum itu Jibrail telah meminta Nabi Muhammad mara ke hadapan iaitu memasuki Sidratul Muntaha, tempat sangat luar biasa yang tidak akan mampu terfikir oleh manusia biasa.
Apabila Nabi Muhammad turut mengajak malaikat Jibrail untuk bersama-sama dengan baginda, Jibrail berkata: "Kalau aku selangkah mara ke hadapan, maka aku akan hangus terbakar."
Lalu di hadapan Allah itu yang dikatakan jaraknya hanyalah 'dua busur panah' atau lebih dekat lagi dari itu, Nabi Muhammad diperintahkan sembahyang 50 waktu sehari semalam.
Iaitu ibadat menyembah-Nya untuk dilakukan oleh Nabi Muhammad dan seluruh umat baginda setiap hari.
Berbanding ibadat lain yang difardukan melalui turunnya wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail namun ibadat solat adalah perintah secara langsung daripada Allah.
Sebab itu di hari kiamat perkara pertama yang ditanyakan oleh Allah terhadap setiap individu umat Islam ialah mengenai perihal solatnya.
Segala amalan kebaikan dan kebajikan yang lain seolah-olah tidak bermakna jika seseorang itu mengabai dan meninggalkan solat secara sengaja.
Selepas pertemuan itu, Nabi Muhammad pun turun ke langit ke enam dan bertemu semula dengan Nabi Musa yang bertanyakan mengenai hasil pertemuan baginda dengan Allah.
"Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu wahai Muhammad," tanya Nabi Musa.
"Allah memerintahkan aku dan umatku supaya mendirikan solat 50 fardu waktu sehari semalam," jawab Nabi Muhammad.
Musa pun berkata lagi: "Kaum Israel pernah diperintahkan kurang daripada itu tetapi itupun mereka tidak mampu laksanakan. Kamu naiklah lagi dan minta Allah ringankan (kurang jumlah fardu) solat itu."
Sesetengah riwayat menceritakan baginda terpaksa berulang kali menemui Allah semula bagi tujuan untuk meringankan jumlah fardu solat itu. Sehinggalah akhirnya ditetapkan ibadat solat itu difardukan lima kali sehari tanpa boleh dikurangkan lagi.
Itupun Nabi Musa tetap menggesa Nabi Muhammad dikurangkan lagi lima waktu itu.
Lalu baginda pun berkata: "Aku rasa malu dengan tuhanku, namun aku reda dan aku menyerah diri."
Sepanjang mikraj itu juga Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai kehidupan di alam akhirat, iaitu alam yang kekal bakal didiami oleh seluruh umat manusia.
Turut diperlihatkan ialah pelbagai gambaran bentuk pembalasan terhadap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia.
Namun yang paling berkesan pada baginda yang diceritakan kepada para pengikutnya ialah mengenai gambaran syurga dan neraka.
Apa pun gambaran mengenai syurga dan neraka tersebut, namun yang jelas kedua-duanya wujud di akhirat sebagaimana yang disebut berkali-kali dalam al-Quran.
Namun itu pun masih tidak dapat dipercayai oleh sesetengah pihak.
Jadi apabila Nabi Muhammad telah melihatnya sendiri dengan mata kepala baginda, adakah kita masih tidak mempercayainya lagi?

salahkah aku

hmmmmm

mcm berat jerkan keluhan dipagi hari ni
serba salah pun ada...
aku pun tak tau nak buat mcm maner
nak ku endah susah
nak ku elak pun susah
aku nak buat tak tahu jer
tapi mcm tak pham bahasa la pulaks
bukan aku tak cakap kan...
nanti aku jugak disalahkan
kenapa la jadi mcm ni pulak..hadoi

aku yang keliru
et

Monday, May 24, 2010

FW: Isteri

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal "...Apa itu Yaa TUHAN ?? Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA.

Sunday, May 23, 2010

ost bulan from filem hooperz

by kayant n intan nor saina
ringkas tapi terbaik bagi akula kan
enjoy

Kau, kau bagaikan mimpi
Hadir di malamku menemani aku

Oh kau, kau bagaikan bintang
Bagaikan bulan di gelap malamku

Bulan kembalikan seri malamku
Kembalikan kerinduanku tunjukkan senyummu

Bintang kau suluhi jalan hidupku
Kau jangan hilangkan aku dari matamu

Anak adalah amanah

Oleh Hashim Ahmad Utusan Malaysia 20/05/2010

Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.
Sekiranya anak itu hak kita, tentulah apabila kita berkahwin kita akan terus mendapat anak seperti mana yang kita kehendaki.
Ada pasangan yang 10 tahun kahwin tetapi tidak juga mendapat anak. Ini kerana ia tidak mendapat keizinan dari-pada Allah. Sebaliknya, ada orang yang baru enam bulan saja kahwin tetapi sudah mendapat anak.
Sedar akan hakikat bahawa anak yang dianugerahkan kepada ibu dan bapa itu adalah satu amanah daripada Allah. Maka menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.
Sebagaimana anak wajib berbakti kepada ibu bapanya, ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi segala yang menjadi hak anaknya.
Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka. Ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anaknya juga boleh dianggap sebagai derhaka. Tetapi orang tidak biasa menyebutnya derhaka. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah berlaku zalim.
Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh membuktikan adanya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.
Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang di-katakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya.
Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.
"Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran".
Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran".
Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepada-mu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu".
Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya.
Kita mesti mencari ibu yang baik baginya. Kita mesti mencari wanita yang sihat, sempurna dan cantik. Lebih penting lagi, kita mesti mencari wanita yang solehah dan keturunan yang baik.
Ketika anak berada dalam kandungan, kita wajib menjaganya dengan baik. Si ibu mesti memakan makanan yang baik lagi halal.
Jika ibunya memakan benda-benda haram, ia akan menjadi darah daging bagi si anak dan akan mempengaruhi jiwanya setelah dewasa nanti.
Apabila anak lahir, dia berhak untuk diazan, ditahnik, diberi nama yang baik, dicukur rambutnya dan dibuat akikah.
Setelah anak itu nampak sudah faham akan sesuatu, dia mesti diajar mengaji, ditanam kepadanya masalah akidah, diajar masalah halal haram, mengerjakan solat dan sebagainya.
Dengan kata lain, ibu bapa bukan saja diwajibkan memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anaknya. Malah lebih dari itu ibu bapa wajib mendidik dan memberi pelajaran agar mereka membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim dan Baihaqi)
Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari.
Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing.
Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya.
Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.
Dalam memperkatakan tentang pemberian pelajaran kepada anak-anak, satu perkara yang amat mendukacitakan kita ialah sikap dan tanggungjawab ibu bapa serta bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini kesedaran ibu bapa terhadap kemajuan persekolahan anak-anak memang amat ketara sekali.
Mereka rela membayar yuran persekolahan anak-anak hingga berpuluh-puluh ringgit untuk menjamin kejayaan masa depannya.
Bagaimana pula halnya kalau kita bertanya tentang kemajuan pendidikan rohani khususnya kemampuan anak-anak untuk membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi.
Jawapannya adalah amat mengecewakan. Boleh dikatakan majoriti belia kini tidak tahu membaca jawi. Jika boleh pun bacaan mereka merangkak-rangkak.
Para ibu bapa tidak sedikit pun merasa runsing dan bimbang dengan anak-anak mereka yang tidak boleh membaca jawi dan tidak tahu membaca al-Quran. Sumbangan ibu bapa terhadap perkembangan rohani anak-anak mereka adalah begitu rendah sekali.
Hati mereka merasa begitu berat untuk memberi sumbangan atau hadiah kepada tok-tok guru yang mengajar al-Quran anak-anak mereka.
Namun, mereka tidak memprotes atau bersungut tentang kadar yuran tuisyen anak-anak yang begitu tinggi.
Melihat kepada keadaan ini, satu persoalan boleh diketengahkan. Apakah sikap ibu bapa sebegini boleh dianggap sebagai ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dianugerahkan Allah itu?
Sedarkah para ibu bapa bahawa pendidikan sekular sedikit sekali dapat membantu dan menjamin hidup yang bahagia kepada anak-anak mereka di akhirat kelak.
Sesungguhnya anak yang baik akan membawa manfaat kepada ibu bapanya. Dia akan meneruskan perjuangan ibu bapanya dan menolong mereka sesudah tua.
Setelah ibu bapa meninggal dunia, anak itu akan mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya.
Menyedari hakikat bahawa sifat amanah adalah semulia-mulia sifat di sisi Allah SWT, maka menganggap barang amanah dengan sambil lewa dan cuai dikira sebagai satu perbuatan mencuri. Hukumannya adalah berdosa besar.
Oleh itu awasilah anak dengan sebaik mungkin kerana anak adalah amanah Allah.

Hati Nabi SAW dibersihkan

aku suka artikel ni yang aku baca dlm paper utusan 19/05...n ari ni i want to share this article in my cute blog...
ekceli after aku ikut usrah yang atok bagi berkenaan israk mikraj, aku sangat sukakan artiker berkenaan bab ini...thank atok

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

ISRAK dan Mikraj mencatatkan banyak peristiwa penting yang ditempuhi dan dilihat oleh Rasulullah SAW. Semuanya diperlihatkan kepada baginda dengan jelas, bukannya untuk tatapan mata semata-mata.
Sesetengah riwayat mengatakan pada malam tersebut, nabi SAW berada di samping Kaabah sebelum dikejutkan oleh malaikat Jibrail untuk mengajak baginda menempuh peristiwa ini.
Ada yang mengatakan baginda sebenarnya berada di rumah isterinya, Ummu Hani sebelum dibawa ke Kaabah.
Di situ baginda dikatakan menjalani proses pembersihan hati seperti yang pernah dilalui sewaktu kanak-kanak, iaitu sewaktu dalam jagaan ibu susuannya, Halimatussaadiah. Mungkin juga proses ini adalah pertama dilalui baginda.
Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail (dikatakan malaikat Mikail juga turut serta dalam proses itu) lalu dikeluarkan hati yang kemudiannya dicuci dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam daripada hati tersebut.
Ia disebut juga sebagai 'alaqah, ketulan yang menjadi tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia.
Setelah selesai dada baginda dicantumkan semula dan diletakkan khatimun nubuwwah sebagai cap kenabian baginda.
Baginda kemudiannya menaiki kenderaan khas dari syurga, iaitu Buraq untuk melalui perjalanan jauh tetapi perlu dihabiskan dalam satu malam.
Dengan ditemani malaikat Jibrail yang menjelma sebagai manusia, baginda memulakan perjalanan ke Baitulmaqdis, di Palestin untuk ke Masjid al Aqsa.
Namun di beberapa tempat dikatakan baginda diarah berhenti dan sembahyang sunat dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan adalah:
l Negeri Thaibah (Madinah atau Yathrib), iaitu negara yang bakal baginda melakukan hijrah dan mendirikan negara Islam pertama di sana.
l Bukit Tursina, Mesir iaitu lokasi Nabi Musa a.s menerima dan bertemu dengan Allah.
l Baitul Laham, tempat Nabi Isa a.s dilahirkan oleh ibunya Siti Maryam.
Sepanjang perjalanan ke Masjidil Aqsa ini iaitu dalam kederasan Buraq, baginda diperlihatkan dengan pelbagai gambaran antara langit dan bumi, antaranya:
l Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah diberitahu Jibrail: "Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
l Baginda juga terbau yang sangat harum. Jibrail memberitahu: "Itulah bau dari kubur Mashitah (tukang sikat rambut anak-anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak mereka (termasuk bayi yang dapat bercakap meminta dirinya dicampakkan ke dalam kawah minyak yang menggelegak panas untuk menguatkan iman si ibu) yang kesemuanya dibunuh oleh Firaun kerana tidak mengakui Firaun itu tuhan kerana keimanan yang teguh terhadap Allah".
l Sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan bercantum, lalu dipecahkan lagi. Jibrail memberitahu nabi: "Itulah mereka yang berat kepala untuk bersujud (solat)".
l Sekumpulan manusia lagi, yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Lalu diberi makan api dan batu dari neraka jahanam. Rasulullah diberitahu, itu adalah balasan kepada mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta.
l Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: "Wanita yang sangat tua itu merupakan gambaran umur dunia ini yang sangat tua dan hanya menantikan saat-saat untuk berlaku kiamat sahaja".
Terdapat pelbagai peristiwa lain yang disaksikan oleh baginda yang kebanyakannya adalah gambaran sebenar terhadap balasan-balasan Allah terhadap amalan-amalan hambanya di muka bumi ini.
Semua gambaran itu wajar menjadi iktibar kepada kita kerana segala yang dijanjikan oleh Allah adalah benar dan tidak ada sesiapa yang akan terlepas.
Baginda akhirnya tiba di Masjid Al Aqsa lalu ditambatnya Buraq pada dinding masjid tersebut yang kini dikenali sebagai The Wailing Wall (Tembok Menangis) sebagai tanda kesedihan kaum Yahudi apabila Baitul Maqdis pernah jatuh ke tangan orang Islam. Sehinggalah mereka berjaya merampas semula pada tahun 1967 lalu dijadikan tempat ibadat yang penting bagi kaum itu.
Mereka juga mendakwa bahawa di sebalik tembok ini merupakan sebahagian tapak kuil Nabi Sulaiman dan kerja-kerja menggali terowong sedang digiatkan dijalankan bagi membuktikan dakwaan mereka itu.
Lalu apa yang berlaku pada malam itu di dalam masjid Al Aqsa yang sangat suci dan mulia itu, adalah satu perhimpunan yang sangat luar biasa sifatnya.
Dengan segala kekuasaan yang Allah miliki lalu dihidupkan semua para rasul dan nabi untuk bertemu Nabi Muhammad SAW. Para ulama menganggarkan perhimpunan itu melibatkan seramai 313 para rasul dan 24,000 nabi.
Baginda kemudiannya mengimamkan sembahyang sunat dua rakaat bersama-sama para rasul dan nabi. Ia satu jemaah sembahyang dan perhimpunan yang tidak berulang di bumi ini sebagai tanda kemuliaan yang sangat tinggi kepada Nabi SAW sebagai penghulu kepada semua rasul dan nabi.
Selepas selesai perhimpunan itu, lalu Jibrail datang membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Nabi SAW. Lalu baginda pilih susu untuk diminum.
Jibrail pun berkata: "Kamu membuat pilihan yang betul. Jika arak yang kamu pilih nescaya ramai umat kamu yang akan sesat".
Seusai itu maka bermulalah satu lagi detik yang amat bersejarah apabila tiba masanya nabi SAW diangkat ke langit untuk peristiwa mikraj pula.
Peristiwa itu membolehkan baginda menemui Allah di Sidratul Muntaha yang tiada siapa dapat mempertikaikan kebenaran pertemuan itu.
Sehingga di saat itu tugas Buraq tidak diperlukan lagi kecuali dikatakan baginda diangkat dan kemudiannya menaiki tangga yang indah dari syurga.
Nabi Muhammad dan Jibrail pun menaiki tangga ke pintu langit dunia (Pintu Hafzhah) dan sejurus melangkah masuk ke pintu langit pertama itu, baginda menemui seorang lelaki yang sosok tubuhnya sangat tinggi iaitu 20 meter.
Rasulullah melihatnya, lelaki itu akan tersenyum apabila menoleh ke kanan dan akan menangis sebaik sahaja dia menolehkan kepala ke kiri.
Siapakah lelaki itu dan mengapa dia senyum dan menangis tiap kali menolehkan kepalanya itu?

Wednesday, May 19, 2010

????

salam...

sebenarnya aku penat laaa coz ari ni angkat tb naik bilik aku...pastu angkat tb lagi satu masuk umah..hmmm memang la skang ni orng pakai lcd screen tapi aku malas nak beli coz tb kat umah aku ni 24 jam berpasang(kalau ada kat umah le) so kalau beli tv yang memahal tapi lasak pakai mesti meletopnyer kan...

almaklumlaa kalau dah tb pun mcm kotak berat tahap gaban...uwaaaa naik naik plak tingkat 2 dibilik atas aku..huhuhu..ponat..rasa putu s urat kentot..hahaha

walaupun puas tapi sampai skang penat tak hilang...argghhhh jadi entry aku ari ni penatttt....huhuhu itu jerrr

semoga anda yang baca bergembira dirumah anda



lots of luv

et

Sunday, May 16, 2010

happy teachers day

salam

masih ku ingat pertama kali memakai baju kurung diwaktu umur 6 tahun..ala masa pegi sekolah tadika.yerla aku kan dok felda n masa tu memang fresh lagi la penempatan kitorang ni sampai waktu malam pun dengar rimau cakar rumah..hahaha..cuak giler time tu n bila tengok esok pagi ada kesan cakar...hahaha tapi dorang dah buru rimau tu jadi takder la kejadian jadi santapan siraja rimba tu...
waktu tu ada sekolah tadika yang dah buat oleh felda(sampai skang ada n anak buah aku pun sekolah situ) tapi sekolah agama tak der..jadi aku memang ingat la sekolah agama itu adalh rumah felda yangorang tak guna..walaupun umor 6 tahun tapi gediks gila nak pegi sekolah..so ikut kakak aku yang sulong pegi sekolah agama aku pun ikut n yang best aku pakai baju kurung ngan serkop aka anak tudung..sampaikan ustaz tu (ustaz kadri) bagitau leher adalah aurat..hehehe bermula la pelajaran bermakna untuk aku...betol kata orang belajar dari kesilapan...kalau tak salah mcm maner nak pandai..tapi kalau dah asyik salah jer lain la plak yer..
walaupun aku ada kenangan yang aku rasa pahit dan aku tak akan kenang ia sebagai manis semasa sekolah tapi aku tetap nak ucapkan

"SELAMAT HARI GURU"

pada guru warga sekolah menengah perwira jaya 1994-1998, cikgu-cikgu sekolah rendah selancar 3 1992-1993, sekolah rendah selancar 2 dan tadika kemas selancar 3......

selamat hari nurse juga pada kawan2 yang jadi nurse..hehehe

et

Saturday, May 15, 2010

FW: Gambar kalimah ALLAH

salam...

aku dapat email ni n aku nak share dlm blog aku tentang Kekuasaan Allah....Subhanallah...

email ini berbunyi seperti dibawah.....
Salam.

Kalimah ALLAH yang berbentuk tulisan khat, dibentuk olih awan ini telah saya rakam pada jam 7.53 pagi Isnin, 10 May 2010, bersamaan 25 Jamadil Awwal di hadapan rumah saya di PJS 2C/16 A, Taman Medan, Jln. Klang Lama, P. Jaya.

Di sebelah kiri kelihatan terang kerana cahaya matahari memancar.
Kelihatan awan tersebut seperti sedang mencair ditiup angin secara perlahan.

Kalimah tersebut memang besar dan agak rendah.
Sungguh mengkagumkan. Meremang bulu roma.

Lihatlah kebesaran ALLAH..............

Sebarkanlah gambar ini pada keluarga anda, saudara-mara anda, sahabat handai anda dan yg lain-lain,
Kerana ALLAH memperlihatkan kekuasaanNYA di langit dan juga di bumi.

Sangat beruntunglah bg mereka dpt menyaksikan walaupun tidak secara langsung.



Amin.













































subhanallah...alhamdulillah..allahuakbar...

itu janji-NYA

Salam

aku just nak share tentang kesedihan melor berkenan sepupu yang rapat dengan nya telah kembali menemui pencipta AGUNG ari khamis petang jam 0500..kami sampai pun malam coz aku kene xtand.waktu aku sampai ku lihat si isteri amat tabah...mungkin terlalu lama dia menangis sebelum ini kerana arwah selalu keluar masuk hospital setelah disahkan batuk kering...semasa meninggal paru-paru arwah telah berlobang sebesar duit syiling 20 sen..kasihan arwah...Ya ALLAH, kau ampunkanlah dosanya..Kau tabahkanlah kami Ya Allah..Kau kuatkanlah semangat kami dan Khairul anuar....
bercerita pasal melor aka krol..dia memang sedih coz arwah rapat dengan dia dr kecik..janji Allah kita tak tahu tapi aku berdoa agar Allah panjangkan umur aku kerana terlalu banyak dosa yang ada didalm diri ini...selepas pengkebumian selesai, melor kembali ke opis seperti biasa n ldm jam 0530 ptg dia kol mak dia balik setelah melihat terlalu banyak miskol dr rumahnya...rupanya ada 02 org jiran di rumah mak mentua aku pun meninggal...selepas pulang dr upacara pengkebumian seorang pakcik ni meninggal dan semasa sembahyang jenazah untuk arwah pakcik ni, seorang lagi kawannya meninggal semasa beliau mahu mengambil air sembahyang...Ya Allahhhh...aku amat takut bila mendengarkan hal itu..memang sudah suratan azali tetapi jujur kukatakan aku terlalu takut jika aku yang berada disitu...Ya ALLAH...ampunkalah dosaku...panjangkanlah umurku...sesungguhnya Kau maha Mengetahui lebih dr segala galanya..Kau berikanlah aku kesempatan dimuka bumi ini untuk mencari keredhaanMU YA ALLAH...................
dan belum reda dengan berita kematian itu, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita pak su (adik mak melor) masuk IJN coz asu memang ada sakit jantung :(
semoga semuanya akan berakhir dengan tenang dan Ya Allah Kau panjangkanlah umur suamiku,ibuku, ibu dan bapa mertuaku, adik beradikku..ipar duaiku..sahabat handaiku dan sandar-saudara aku kerana aku belum puas meminta maaf dr mereka..pada semua yang membaca dan mengenali aku...aku mohon maaf dari kalian dan halalkan segala perbuatan aku..tegur aku bila salah tapi janganla marahhhh

lots of luv
et sayang melor
et sayang mak
et sayang mak melor n abah melor
tapi et rindu sangat pada abahhhhhh

Wednesday, May 12, 2010

hati ini kecewa lagi

salam...

malam ini sungguh damai
malam ini sungguh tenang
malam ini tiada lagi gangguan
malam ini sangat menyeronokkan


tapi malam damai ini tidak panjang
diganggu dek anasir jahat bermulut longkang
aku benci pada mereka yang tiada peri kemanusian
aku benci mereka yang bercakap tanpa otak dan akal fikiran
hanya tahu menyakiti tanpa tahu ia amat memedihkan


bukan aku menolak pada kenyataan
bukan aku mengharamkan segala perbuatan
bukan aku mahu bemulut syaitan
tetapi korang yang mahu aku sedemikian
korang yang mengajar aku tentang kehidupan yang mencabar
korang yang membenarkan segala yang tidak bena
r

mengejek untuk melawak
bercakap untuk ditertawa
mangajuk hanya kecewa


tapi hati sapa yang tahu
tapi jiwa siapa yang faham
tapi hati mana yang tidak meronta

aku bukan seperti itu
aku bukan watak itu
aku bukan teruk sangat seperti itu
cuma nama kita sahaja yang sama
tapi aku bahagia bersama chenta hatiku


kau buat drama untuk org ketawa
kau buat drama untuk kemewahan shj
tapi adakah kau tahu ada jiwa yang sengsara
ada hati yang memang tak terbela
dek cerita itu...

sampai bila2 pun mereka akan mentertawakan aku
sampai bila2 pun mereka terus mencemuh aku
sampai bila2 pun mereka akan terus senyum sinis terhadap aku
bila aku lawan, dikata aku tidak boleh dibawak bergurau
adakah itu gurauan sehingga memalukan aku?

ketawa aku ketawa duka
senyum aku senyum kecewa
tangis aku belum tentu akan meredakan semua
hanya kerana cerita itu
hanya kerana drama itu
aku semakin terseksa

aku bukan halimah jongang

Tuesday, May 11, 2010

jiwa ku kacau lagi

salam.................

aku nak cerita hal budak dua ketul kat bawah niiii...cuba peratikan apa yang dorang main kat tangan tu si ila(baju pink)..ipah sibaju biru..
ha betolla tu..gayung mak tok ngan pemukul telor..itu keje si ila...tido dalam tudung saji yangmemang mak dah tak guna dah pun..tapi kalau emergancy mak guna gak laa...hehehe
ekceli budak dua ketul ni bukan mesra alam sangat coz die mesti gado nyer tapi leh lak main sama dlm satu tudung saji..siap ngan gayung n pemukul telo tp aku pun tak tau dier nak mainmcm maner..ni ms aku balik umah mak last week..gegege..best + penat coz tolong mak kemas store, buang segala sampah n bakar sekali n tolong tebang pokok pinang kat depan umah..huhuhu...tapi best coz mak masak soto pastu mak tolong aku potong rambut aku...besh..besh...besh..yang tak best cuma melor tak ikut coz melor pg tengganu tengok cik jarah n mamak udin..lagi pun dah lama rancang nak ke sana sebelum masuk hospital..sian melor...hmmmm































yang atas ni plak supper untuk aku (09/05)..melor yang buatkan siap dessert lagiii....buah olen masam..tq melor..

actully this nite feeling not gud..not about my healthy but my feeling n my mine...arghhh sometime we think that we do the rite thing but it worse..dunnu why but when we try be the best...a lot of problem out..i dont want be the best...i just want be my self..i love everyone as a friend n i love melor very..arghhhh
i always think that money should come first..am i rite? of course yes...if dont have money no body can see you..no body!!!!!!!!!
just becoz kita ada duit, yang tak hensem jadi hensem..yang tak cantik jadi cantik..kalau jadi gundik pun takper janji poket tebal...arghhhhhhhhh...sial betol...muka lawa takper tapi hampehhhh..

aku yang masih bengang
et

Sunday, May 9, 2010

selamat hari ibu





selamat hari ibu mak
aku sayang kamu hingga akhir hayatmu
aku rindu sangat pelukan hangatmu itu
cinta aku padamu tiada penghujungnya
walau aku punya melor
tapikasih sayangku padamu tidak pernah luntur

mak...
kadangkala sukar untuk aku membahagi
masa hidupkuanta melor dan dirimu mak
tapi aku akan cuba menjadi lebih baik
dari yang aku jadi sekarang
mak
aku sentiasa ingin membahagiakan dirimu
walau aku tahu kadang2 tindakan
aku itu mengguris hati rg lain
maafkan aku mak

mak..
aku ingin kau tahu
aku terlalu menyayangimu mak
selamat hari ibu mak
dan bagiku kau ibu dan isteri yang terhebat


et sayang mak

Tuesday, May 4, 2010

adakah dia tanggang

salam

dia mengambil anak itu dr kecil..membelai dengan penuh kasih sayang..sanggup bergolok bergadai untuk sianak..walaupun bukan anak kandung tetapi kasih sayang yang dicurahkan tidak terperi hebatnya.ditakdirkan anak yang dibela itu menjadi dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi..amat besar hati si ibu dan bapa bila sianak berjaya menjadi seseorang yang boleh dibanggakan.walaupun sianak tahu dia bukan anak kandung, tapi dia menyayangi kedua orang tuanya..

tiba masa hati sianak lelaki itu dicuri oleh wanita yang telah merubah segalanya..kasihan si ibu..walau orang kampung tetapi bukanlah orangnya terlalu kolot.masih tahu cara2 moden tetapi apa salah siibu sehingga sanggup dilakukan seperti itu...tergamak dia apabila sanggup menukar cadar katil yang telah si ibu bentang untuk mereka tidur di bilik rumah si ibu...tega hati dier sehingga sanggup membawa kain cadar sendiri kekampung...tergamak juga dia mengajak si suami tidur di hotel pada malam kedua...arghhh kejam sungguh di wanita(betina yang paling baik)

bila tiba masanya, rezeki Allah menjadi milik mereka lahirlah sianak..tetapi si isteri masih berperangai lama sehinggakan anak merangkap cucu si ibu tidak dibenarkan memegang si bayi alasan kerana kuman...arghhh bodoh sungguh si ibu...

tetapi kenapa si suami tidak menegur perbuatan si isteri itu..dayus kah dia...kaya sangatkan perempuan itu..sebenarnyer tidak..lawa lagi umah aku hahaha...mungkin si suami pk dia anak angkat kot tapi org tu yang bela ko dr kecik sampai besau....

dan yang lebih tegar..sanggup dia amik duit mak bapak dier dengan alasan nak bantu bayar duit umah yang kat kl milik si ibu...memang keluarga nya bukan org kaya tetapi hidup mereka tidak melarat tetapi mengapak masih ada sikap betina yang berhati binatang seperti itu?


kita disogok dengan cerita2 sedih di tv dan bagi aku kadang2 pengarah berlebihan dalam mereka part sadis..tapi sebenarnyer memang realiti yang kita tak tahu.cerita yang aku beritahu ni adalah cerita benar yang berlaku di negara kita..apalah malang nasib si ibu sehingga si anak sanggup melakukan perbuatan kejam ini...


sekarang si ibu ditakdirkan jatuh sakit dan terkena strok..wang tabungan habis diberi pada si anak kerana sayang sangat...bukan aje wang tetapi semua barang kemas..bayangkan hanya kerja biasa sahaja, si ayah perlu menyara si ibu serta keperluan lain termasuk pampers setiap hari..

ekonomi semakin gawat..alhamdulilah bagi yang bekerja tetapi bagi mereka yang kurang bernasib baik bagaimana..mana mahu cari duit untuk makan,ubat serta kegunaan kecemasan..kasihan sungguh mereka ini..

sampai hati dia lakukan si ibu sebegitu rupa...Ya Allah semoga aku berpeluang membalas jasa ibu ku...

cerita ini benar tau
et