Saturday, October 30, 2010

pretty insun


Park In Soon merupakan bekas banduan yang telah membunuh kawan sekolahnya dan telah menghabiskan masa mudanya di penjara. Semasa zaman sekolahnya, dia mempunyai perwatakan yang menarik dan ramai yang menyukai dan menyayanginya. Tetapi selepas kejadian pembunuhan yang tidak disengajakan, dia selalu memakai cermin mata hitam dan takut memandang berjumpa dan bertentang mata dengan orang lain. Namun demikian, dia seorang yang tabah yang tidak mahu mengaku kalah dan mengharapkan kegembiraan dlm hidup. Yoo Sang Woo merupakan kawan In Soon semasa kecil tetapi terpisah kerana Yoo Sang Woo berpindah dan telah terputus hubungan. Setelah berjumpa pada satu insiden, Sang Woo telah jatuh hati dan mengharapkan In Soon menjadi kekasihnya tetapi berubah apabila mengetahui In Soon merupakan bekas banduan kerana membunuh kawan sendiri. Sejak itu, dia mula menjauhkan diri dari In Sun. saksikan Pretty Insun disaluran 391 setiap malam rabu dan khamis jam 0955pm dan siaran ulangan pada hari sabtu jam 0900 pagi. (ku cr dari cik google..hehehe)

Aku terfollow cerita ni coz aku ingat siaran ulangan untuk cerita sungkyunkwan scandal ada ari sabtu..rerupanya hari itu cerita aria had da. Masa tengok tu first episode.est gak cerita ni coz dia ni membunuh kawan baiknya semasa disekolah secara tidak sengaja kerana dia ingin membantu kawannya yang menjadi mangsa buli. Akibat pembunuhan itu, dia telah dipenjarakan kerana masih dibawah umur. Semasa di penjara In Soon ni pandai dlm masak roti n dpt sijil dlm pastry n bakery la tapi bila nak minta kerja dan tunjuk jer sijil tu dr penjara semua org tak nak amik dia kerja.tambahan pulak kesalahan dia adalah membunuh.so semua org takut la dengan dier.
In Soon ni cuba nak bunuh diri tapi dia terjumpa kawan lama dia nama Sang Woo n dia tipu Sang Woo kata dia cikgu sekolah. In Soon ni dulu duduk dgn nenek di tapi nenek dia dah mati. Dan dia ada seorang makcik yang ada laki garang. Rupanya makcik dier ni bagitau dia masih ada mak yang popular iaitu seorang artis. Hmm mcm tulah cerita dia yang aku tengok.setakat ni aku tgk dia dah jumpa mak dier n mak dia terima dialah..yang lain nanti kau tengok yer.tapi citer ni tak se havoc citer sungkyunkwan scandal..hehehe..tapi okla..boleh jer layan..

hati2

Amaran pd Kaum Hawa!!!!!!!...bukan hanya yang bernama Siti Norhawa...hehehe

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kau...m perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

Kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang


Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


#semoga kita semua berhati-hati dan dilindungi Allah...

Friday, October 29, 2010

apa kata wanita

Salam

Masa tunggu melor balik petang tadi aku tengok la RTM rancanga Apa Kata Wanita kol 2 petang lepas khutbah jumaat. sebelum ni aku cakap chanel untuk tv kat bawah tak ok kan?tapi sekarang dah ok dah..alhamdulillah..walaupun ada la skit sesemut tapi Nampak lagi batang hidung pelakon tu.

Tajuk yang dibahaskan pasal cerai. Best gak coz penceramahnyer kelakar. Apa ntah nama nyer lupa plak aku nak update.yang ku tau nama pengacara jer..so cerita punyer cerita dia pun masuk bab cerai berkaitan penderaan mental.dia kata biasa penderaan fizikal jerkan..tapi kecederaan mental pun kena lapor juga coz lagi teruk.bak katanyer “makan dalam” dan boleh jadi giler.
Then dia bagi 3 kes perceraian dari kisah benar.menurut beliau kadar perceraian setiap tahun meningkat dan sangat tinggi.ni kes yang dia beri(lakonan semula)

Kes 1
Tiada komunikasi-anak dah 2 tapi lakinya bila balik terus buat hal sendiri.bini panggil makan pun dia tido jer lepas baca surat khabar..bengang kot biniyer terus keluar

Kes2
Pasal ubat gigi.lakinya marah coz bininyer picit ubat gg dari atas.dia suh bininya picit ubat gg tu dr bawah.bila bininya argue, lakinya tak puas hati..yerla pasal ubat gg jerkan..lastly lakinyer ceraikan talak satu..hambik ko pasal ubat gg jer

Kes 3
Pasal nyamuk.dia balik tidur umah mak nyer.banyak nyamuk.so lakinyer mintak peluk tapi bininyer sibuk menggaru kaki yg kene ggt nyamuk..lakinya tak puas hati bila bininya tak mau layan bila diminta peluk terus dbagi talak 3…kuang..kuang..kuang..

Nauzubillah…takut gak aku bila dnegar senang giler dibaginyer talak kat bini..kata penceramah tu yang kes ubat nyamuk tu derang baru 6 bulan berkahwin…
Aku harap aku n melor semakin sabar n tahan dengan kerenah memasing.yerla kita ni manusia masing2 punye masalah yang tak perlu la dikongsikan..kadang2 diam lebih baik kan..Cuma jangan sampai sakit mental sudah..hehehe

#best gak yer apa kata wanita ni..hehehe

lots of luv
et

Sungkyunkwan Scandal



Latar belakang dari Dinasti Joseon, , "Sungkyunkwan Scandal" mengisahkan 4 pelajar muda yang tampan belajar di Universiti Sungkyunkwan dan cerita ini berkenaan cinta dan persahabatan.


Kim Yun-Hee (Park Min-Young) seorang yang bijak, wanita bertangungjawab dan sangat berdikari.sejak ayahnya meninggal, dia telah bekerja untuk membantu menyara keluarga dan serta perlu belajar dlm ms yg sama.satu hari Kim Yun-Hee telah mengambil tempat adiknya dan menyamar menjadi lelaki untuk mengambil peperiksaan yanghanya boleh diambil oleh kaum lelaki.Semasa hari peperiksaan berjalan, Kim Yun-Hee telah berjumpa Lee Seon-Joon (Micky Yoochun) dan menjadi kawan.Lee Seon-Joon datang dari keluarga ternama dan memilik perwatakan menarik tetapi sombong.Mereka berdua lulus peperiksaan kebangsaan tersebut malah berkongsi bilik di Sungkyunkwan University.


Di Sungkyunkwan University, Ku Yong-Ha (Song Jong-Ki) merupakan seorang pelajar yang pandai menyanyi, pemabuk dan sangat popular dikalangan wanita.Ku Yong-Ha mendapati Kim Yun-Hee adalah wanita tetapidia tidak mendedahkan rahsia Kim Yun-Hee.


Moon Jae-Sin (Yu Ah-In) pula seoarang lelaki yang selalu membuat masalah di Sungkyunkwan.seorang yang kelam kabut,Moon Jae-Sin juga suka melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir. Dia juga tahu rahsia Kim Yun-Hee dan cuba melindunginya serta telah jatuh cinta dengan Kim Yun-Hee.

Saksikan Sungkyunkwan Scandal di channel 391 setiap isnin dan selasa jam 0900 mlm serta ulangan pada hari ahad jam 0900 pagi kalau tak silap aku la yer..hehehe..citer ni 20 episod dan last episod pada 20/11/2010. aku suka cerita korea.apa sahaja cerita korea sangat2 suka coz pelakon cantik2 dan hensem2..hahaha…skang ni asyik follow ini cerita sahaja dan lagi satu cerita pretty insun..nanti ku update citer pretty insun yer…
dalam cerita ni aku suka karektor Moon Jae-Sin ataupun digelar "Crazy Horse" oleh student lain. suka karektor n rambut dia yg sangat smart.hehehe..klah kalau da masa follow ar citer ni..n kalau tak sempat follow jer ikut mysoju.com...mcm2 citer korea ada..enjoy...
#aku refer cik google jer..huhuhu.tima kasih cik google
lots of luv
et

seronok giler

salam

aku ni memang suka sangat pendam masalah sendiri.apa2 shj mslh aku akan sneyap n tak akan share with anyone termasuk melor.for me lebih baik senyap dr kecoh.lebih baik diam dr semua tahu.biar aku sakit tapi org yang aku sayang gembira.
dan yang pasti aku sangat happy sebab mak dtg raya umah atok..ekceli sebelum ni masa abah ada pun memang tiap kali raya haji mak akan dtg kl.dr aku bujang sampai la dah kawin ni.cuma masa abah tak sihat jer yg dorang tak dtg.
cerita pasal raya haji ni memang aku ada pengalaman kelakar tak silap aku tahun 2001.ms tu aku belajar kat melaka.memang habit aku, aku akan call mak setiap hari tak kisah la mak nak ckp nagn aku ker tak nak ker janji aku dengar sore dier.tiang tipon tu sampai senget la aku kerjakan tapi tak kisah...rindu sei.2 hari tak kol n dengar sore dia dah menangis mcm mati laki..hahaha.tapi ms raya aji tahun tu aku tak kol mak coz ku inat dia nak raya umah..so dengan bangga dan suka hatinya aku amik bas lelompat dr melaka(best naik bas lelompat ni coz bas takder aircond n jln ladang getah).waktu tu aku balik ngan wati eta n ijad(ijad ni husb eta)..kira aku ni 3 serangkai la ngan wati n eta.then sampai tangkak nyer station (kitorang naik bas kemuar yg berenti di tangkak n amik bus ke segamat) aku try kol mak.waktu dah petang coz kitorang budget sampai segamat before jam 6.last bus ke selancar kol 6.tapi mak tak angkat..aku dah panik tapi relax lagi...kata brutal..brutal mana leh nangis...mungkin mak kuar kot.then naik la bas ke segamat..sampai jer segamat dlm kol 5 lebih.try kol mak.tak hangkat gak.lastly kol cik piah..cik piah pun tak hangkat...kol mak yah, makyah angkat.so aku tanya mak maner..dengan selamba jer mak yah bagitau "mak ko dah balik kl"jeng..jeng..jeng...hadoui duit ada bape hinggit jer ni.takkan aku nak raya sensorang kat selancar...lastly kol atok depa ckp mak dah sampai...aku pun ckp ngan mak..mak cuak ar degar aku kat segamat.siap ckp lagi naper tak kol..aku ingat nak surprise mak tapi aku yang kena..huhuhu..
lastly my prend wati bagi pinjam wit dier 50 hengget...ada lagi ker tak bus ni..aduh....depa tak leh la anta aku kat station bus genuang(nape la asingkan tempat bus biasa ngan bus ekspres)..dah la jauh..ijad anta aku coz katenyer bus dia banyak. wati n eta kene la cop tempat duduk lagipun bus ke selancar last kol 6.pegi puny apegi dpt bus kol 7..alhamdulillah..naik la bus transnasional..dah dpt tiket ijad pun ku suh gerak balik.sian gak mamat ni..so aku pun tunggu...dah nak kol 7 aku pun cr bus.."alamak bus buruknyer"memang buruk pun bus trans ni...bus lama la katakan..takperla.tawakal jerla..
then ms kat buluh kasap bas ni dah nak ter xcident..aku duk tepi tingkap siap nampak api kuar dr tayar...(laju sangat bas ni pun)dia nak brek tapi tengah laju that why sampai kuar api)..so before nek bus aku dah kol mak bgtau nek bas kol 7.sampai dlm kol seploh..tapi sampai jer gemenceh bas ni rosak...dah tersadai tepi jalan...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tensen giler...pax memang ramai dlm bus ni..aku dah nak nangis dah ni...waktu tu kol 8 lebih..golap dah ni..disebabkan nak raya janyer kedai tak banyak..aku nampak ler public phone seberang jln pi la nak kol mak.sib baik ok...apa lagi semua susah hati la dgr bas aku rosak..dan nasib baik ada seorang mak cik tua dengan cucu dia nak pegi kl coz nak beraya umah anak menantu dier...mak cik nila yg jd peneman aku berborak..aku pun cerita la cerita sedih aku ni..so makcik ni dgn baik hati ajak aku makan depan kedai tu..yang pasti aku ingat aku amik nasi+ayam goreng jer...kang mcm2 amik mahal plak mak cik ni nak bayar.hahaha...dia ckp apasal amik lauk tu jer..aku yg rendah diri(wlaupun dah rendah) kata takper makcik..ok jer ni..hahaha..malu sei...
rescue sampai dlm kol seploh..tapi bus ni penuh dengan lelaki...waaaaaaaaaaaaaaa..dan yg pasti aku kene berdiri dr gemenceh sampai ke kl sebab bus tu dah penuh..aku pun duduk la ngan makcik tu..aku bagi makcik tu ngan cucu die(gemuk gak cucu dier) duduk n aku duk la menyendeng kat tepi kusi..duduk kat tmpt pemegang tgn tu..huhuhuhu..sedih sei...
sampai kl 1 lebih...lambat giler bawak bus(tapi bagus gak coz lebihan penumpang kan)....cik pesan duduk depan balai polis kat pudu tu...lastly aku pun nampak mukaa abah senyum kat aku...wah leganya....
sampai umah atok apalagi kene gelak ngan mak..padan muka aku kan...
so memang kenangan la ms tu..org lain tak rasa tapi aku rasa..hahaha..sib baik la tak der aper..alhamdulillah...

#pastu no more surprise coz aku akan kol mak dulu before balik...

lotes of luve
et

Thursday, October 28, 2010

bila tak der keje

Hujan renyai diluar amat mendamaikan. walaupun jam sudah melebihi angka 1 pagi, tanda-tanda mahu lena belum ada.tangan masih ligat menekan tetikus konon nak habiskan permainan internet supaya dapat markah yang lebih tinggi. tiba-tiba ada sesuatu jatuh kebumbung rumah dengan bunyi yang kuat.terkejut dengan bunyi itu aku memperlahankan volume komputer. hati mula resah. peluh mula memercik kecil didahi.aku masih terdiam.perut mula memulas dan kurasa semakit kecut segala usus yang ada.suara tv juga ku perlahankan.apakah bunyi itu?5 minit yang berlalu kurasa bagai satu jam...tapi tiada apa yang berlaku. suara peti televisyen ku kuatkan kembali. aku teruskn permainan di skrin komputer dan rasa sakit perut sudah hilang.kawan serumah yang bekerja malam menyebabkan aku terpaksa tidur seorang diri.
"dam..dam""alamak berbunyi lagi la.bumbung nak runtuh ker"detik hatiku.kali ini lagi kuat.terus ku capai telefon bimbit.niat dihati mahu telefon si Rina yang masih bekerja.kulihat signal telefon emergency....."arghhh kenapa plak emergancy ni"bentak hatiku.denga tangan yang menggeletar aku cuba menutup telefon dan membuka semula dengan harapan kembali pulih la handphone aku ni.tapi masih gagal.mahu sahaja ku baling ke dinding.ku lihat tombol pintu aku dah berkunci.kunci diatas juga telah kuselak.bukan apa hanya untuk keselamatan.dan aku terus memandang jam didinding.."0140 pagi"suara kecilku keluar..hati masih tak tenteram.dan kemudian dengan tidak semena-men jeriji tingkap ku pula di goncang.hati semakin resah.segala ayat suci telah kubaca tetapi kurasa semuanya tunggang langgang.air mata mula mahu menitik.aku nekad mahu menyelak langsir tebal itu.biarlah apa mahu jadi malam ini aku mahu lihat.dengan tangan yang terketar-ketar aku menyelak langsir dan kulihat mata merah itu memandang tepat ke arahku.mahu menjert tapi mulut terkunci sendiri.mahu ku melangkah kebelakang tetapi umpama tangan dan kaki dipasak.dan yang pasti makhluk itu tersenyum indah mempamerkan gigi sakti yang panjang melepasi dagu..
dan aku hanya tersedar apabila bahang mentari pagi menyimbahi badan dan yang pasti aku pengsan selepas kejadian itu.

#citer ni sesajer jer..hehehe

Wednesday, October 27, 2010

apa nak jadi

salam...
hahaha..apa la nak jadi ngan aku hr ni...malas giler .pagi2 dah hujan.walaupun tak lebat tapi sangat best...sejuk n indah..aircond ngn udara sejuk bila hujan ni lain sket..then bangun kemas2 sket terus rebus spagheti n buat spagheti goreng untuk luch...goreng bodo jer.tapi lepas mkn kol 130pm, mata aku kuyu giler..hadoi mcm aku buh dadah jer dlm mknan aku..mslh tol..keje umah banyak lagi tak siap ni...tapi takper..sempat lagi...
tapi kenkadang aku fikir aku kena wat pembaharuan dlm hidup.misi dan visi sentiasa ada tapi usaha tak kuat..that why gagal jer..aku teringin sangat pandai sesuatu mcm org lain..hehehe..means pandai memasak ker,menjahit ker,pandai bisnes ker...tapi aku tau aku memang pandai makan dan pandai tido..hahaha
lots of luv
et

kenangan itu

salam...
mlm tadi disebabkan tv kat bawah tak der astro so chanel yg ok n agak cantekla kan hanyalah tv 1..so masa dinner melor on tv n lepas berita ada rancangan pasal felda n rangkaian bisnes yg felda buat termasuklah anak syarikatnya di mekah(dsaji).kebetulan sekarang musim haji jadi rancangan tu terus melaporkan berkenaan jemaah haji di mekah dan madinah..adlah view serba sedikit di dlm masjidil haram coz rtm pergi berjumpa pihak media sana untuk mendapatkan kebenaran membuat liputan semasa musim haji nanti...dan memang diakui kebenaran pihak saudi apabila mereka menyatakan jemaah malaysia paling senang diuruskan dan tidak banyak membuat msalah.lagipun pak arab disana tahu kita ni dr malaysia,indonesia atau brunei walaupun serumpun.hehehe..bila rancangan itu menyatakan hal bhw jemaah malaysia baik aku terus teringat akan pengalaman semasa aku mencuba untuk mencium hajar aswad..maklumla bukan selalu peluang untuk ke mekah dah mengucup hajar aswad.petang tu lepas tawaf suanat dengan bib aku tanam niat untuk mencium hajjar aswad..selepas dapat sembahyang sunat/sunat taubat/hajat di hijr ismail dibawah pancuran emas (tetiba rs mcm snow turun atas kepala aku-subhanallah..sejuk n nyaman..tenang walaupun ramai yg nak sembahyang kat sini)...
makanya selepas jer habis tawaf sunat aku n bib beratur la depan hajjar aswad..memang la ada security yg menjaga kat situ coz nak relaikan jemaah yg bergantung di pintu multazam...yerla memsaing mahu mendapat yng terbaik kan.so aku terus berususaha tetapi terlalu ramai jemaah dr pakistan/india/iran..kalau pakistan n india ni ok lagi tapi kalau iran ni dengan badan yg besar dan mereka akan berjalan bersama kelompok memasing...jadi aku yg kecik molek ni(kecik ker)dah macm aper terpusing2 kene tolak..kalau jemaah india plak bila dia dah dpt kat depan dia akan panggil family dia yg ujung tanjung tu hah untuk cium hjr aswad...setelah 1/2 jam berusaha memang tak der tanda yang aku n bib akan berjaya.asal sampai jer dah kat depan terus ditolak kebelakang..sampai satu tgn india tu tampar muka aku..adusss...ampunkan dosaku..tapi bib masih bersemangat walaupun aku ckp nanti kita cuba lagi...then kami didatangi 2 wanita yang mukanya sgt baik n suci la...siap ckp lagi k"kami boleh bantu jika mahu"..bib ckp ok kak t terima jerla..aku ckp takper tak payah..terima kasih ajer...dlm hati risau gak la kan...so aku ngan bib terus berusaha dan lepas tu yg 1 of tgn jemaah tu hinggap pipi aku..hehehe.lastly bib dpt cium tapi aku tak dpt coz aku dah niat"kalau mcm ni aku dpt pegang pun jadilah"jadinya u get what u think"kita kan kat tempat yang sangat miracle.so segala yang kita niat sure akan jadinyer...takperla nanti aku cuba lagi...so bila balik bib pun ckp ntah2 angel kot kak t...aku mula rasa sgt bersalah dah la kene tampar..hado...hati dah tak tenang...
esoknya pak su aku pegi MH n bila balik dier ckp dia dpt cium hjr aswad dgn bantuan 4 indonesian guy yg kepong org dikiri kanan n dgn senang dia dpt cium hjr aswad..alhamdulilah tapi mamat indonesia ni mintak 400 hinggit(dlm riyal la) coz bantu paksu aku..hahaha...sib baik paksu aku tak bagi n ckp tak der duit...isk isk isk..mcm2 hal la kan..kalau malaysia nyer org mesti tak berani nak mcm2 tambahan dibumi Allah yang sangat mustajab segala permintaannya... hahaha so aku tak ler susah hati lagi coz aku tau pompuan semalam bukan angle tapi nak perdaya jer..
semoga lepas ni aku akan dpt peluang untuk mencium hjr aswad...insyaallah
lots of luv
et

Monday, October 25, 2010

dari hati

"dari hati" by sixth sense



Oh Tuhan

Tolonglah diriku

Aku sungguh menginginkan dia

Tuk mencintaikuDan mendampingiku

Di dalam hidupku ini



*Oh Tuhan

Bukalah hatinya

Untuk melupakan kesalahanku

Yang tlah menjadi duri

Di dalam hatinya

Dan melukai hatinya



Reff:Tolonglah

Dekap aku

Yang melukaimu

Aku ingin

Engkau tahu

Aku slalu cinta padamu

Aku tlah menyesalinyaSemua

Thursday, October 21, 2010

lawak petang

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe ?


1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE” ?

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;


>
>
>
>
>
>
>
>
>
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

ntahler

salam

semalam ms ot borak2 ngan member..cerita punyer cerita dia pun masuk la kisah kawan wife die yang sakit...minah ni dah kawin n anak 3 org masih kecik..husb dia org sabah..dia baru disahkan menghidap barah gusi(teringat pd kwn aku arwah rosmah..alfatihah).dah la anak masih kecil, ibu bapa da meninggal suami pulak baru xcident n lumpuh separuh badan...Ya Allah besar betul cabaran kehidupan dia...aku memang terkedu sungguh..tak dapat aku bayangkan kalau aku yg berada ditempat dia..Nauzubillah..
dan semoga kawan izzham ni tabah mengharungi dugaan hdp dia...
memang dugaan dan cabaran kita ni lain2...dan aku amat hargai segala pengalaman kawan2 yang aku dengar sebab aku tahu aku ni banyak sangat yg tak betolnyer...semoga pengalaman dan cerita kehidupan org lain beri aku inspirasi untuk terus berusaha lebih baik lagi..
so aku ngan izzham terus berborak nak menghabiskan masa terluang..hehehe...kitorang pun masuk bab xcident melibatkan bas xpres pd 10/10/10 ari tu...dan aku amat risau sebab walaupun kita memandu dengan cara yg amat berhemah tetapi kesalahan org lain menyebabkan kecelakaan yg mngkin dpt dielakkan dr awal...aku risau sebab melor kan selalu on road...semoga Allah melindungi perjalanan suamiku...
then izzham tanya aku:
izzham:akak rasa saper salah
aku: semua salah (penuh emosi sei)
izzham:tapi saya rasa kene tukar la nama bas ekspres tula kan..coz ekspres mestila laju..ikut kamus dewan pun mcm tula kak(cewah siap kamus dewan pulak)
aku:dah tu nak letak bas aper?bas mara?mcm kat kg aku jer tapi laju gak...hahaha...bas sekolah pun jadi mangsa gak..habis tu mcm maner?
izzham:???????
tapi bagi aku betol gak apa yg izzham ckp..bas ekspres mestila kene laju...walaupun memang org cakap malang tak berbau tapi kalau boleh kita elakkan lah coz byk org2 yg kita sayang menggunakan jln raya.
semoga ALLAH pelihara kita semua...
amin

jgnla guna h/p ms memandu terutama kat r/bot..membahayakn betol

lots of luv
et

Wednesday, October 20, 2010

rindu lagi

salam...

semalam aku mimpi dia lagi
tapi mimpi itu indah sekali..
bau-bauan ditanah suci mekah
aman tapi tempatnya terlalu sesak
indah walaupun matahari diatas
selesa walaupun cuaca agak panas
jemaah memakai ihram putih
telekong cantik bersulam indah
dah aku lihat abah ditengah2
tersenyum indah memandang aku yang sedikit lemah
lemah sebab tidur nyenyak mimpikan dirimu abah
alhamdulillah
moga benar mimpi indah itu wahai abah
semoga dirimu juga berada dikota suci mekah
menunaikan fardhu haji bersama jemaah
aku doakan dirimu bahagia walau kita telah berpisah
moga kita berjumpa lagi disyurga sana insya Allah

dan mlm tadi aku mimpi dirimu lagi
terus senyum memandang aku sendiri
aku tahu aku merinduimu abah
nanti aku pulang akan ku pergi ziarah
walau hanya melihat pusara mu yg indah
aku doakan khas untukmu abah
semoga kau bahagia disana
semoga kau bahagia disana
semoga kau terus bahagia disana
amin
aku sayang abah selamanya..

alfatihah
hj halim bin hj sanusi

lots of luv
et

Monday, October 18, 2010

diet ke?


salam
melor memang ada habit suka amik mkn untuk aku kalau ada jamuan kat tempat keje dia..malu sei,,tapi best aku suka jer..hahaha
opis melor memang selalu ada buat makan2...setiap jumaat memang selalu ada jamuan n setiap kali celebrat ebestday staff pun dep wat mkn2..yerla lae n engg collect wit pun manyak aper..huhuhu
so ari ni melor antar kat aku laksa johor yg sedap(bestnyerrrr-wani aku tolong mkn untuk hang yer) dan nasi goreng udang(yg besar2)...selamat tak yah msk untuk lunch..huhuhu
tq melor...antar lagi yer...
lots of luv
et
#teringin mkn cream puff..dapnyer

mengidam


salam

lately ni aku ada mslh yg aku rasa semakin meruncing..hahaha..dulu ms adik aku pregnant aku tetiba jer aku suka makan beras n ais batu..tak dapat sehari boleh nangis wooooooo.tak kisah la janji dpt salah satu...sampaikan bawak beras buh dlm drawer senang aku mkn..yang lebih parah aku siap buat muka tak malu mintak kat akak cafe..mintak beras yer..sedapnyerrrrr la..tapi biasanya kengkawan ak yg jadi mangsa tolong amik kan...hahaha...ais tu siap si sam(budak bangla wat air) marah2 kat aku cozz asyik amik ais. jer..nikmat dunia...amin
tapi mslhnyer lepas bib bersalin aku dah kurang la makan mcm dulu..kalau tak dulu mkn beras mcm makan nasi...cuma skang kadang2 jerla..tapi mslh nyer kadang2 pun aku kalau boleh tak nak makan benda ni terus..membahayakan kesihatan..hahaha..itu belum gigit ais lagi..sakit otot kakiku..hadoiiiiiii
tak suka..tak suka...tak suka..huhuhu
#tapi aku tak mengandung pun..hadoiiiai

comelnyer dier

salam..


aku tak ingat langsung bila aku tanam benih ni tapi aku rasa dah lama....aku beli 4 benih

1. timun

2.cili

3.salad

4.terung

yg aku ingat akubeli ms sebelum puasa tapi baru tanam ms rasa..hehehe..lama tol terperam benih ni...semalam ms aku membroning semua tanaman,buang rumput, bubuh baja (yg depan jerla) so aku pun hangkut semua sampah pegi belakang,,,tetiba aku pun nampak bunga2 kecil warna kuning..hohoho..timunku berbuah sudah..tapi poko timun jer yg naik..yg lain kelaut semuanya...rasanya baru jer ku cucuk ranting kayu supaya itu pokok boleh bertaut la kan tapi dia dah berpaut pd pagar la plak....musykil la pulak aku..pokok kecik tapi agak2 buah apa yg nak keluar yer?ntah2 timun tu besar buah peria katak....huhuhu..



tak sabar aku tak tunggu.

dasar pemalas

salam
tadi plan nak pegi jumpa umar kat selayang n antar baju melayu umar yg dah lama giler aku simpan serta nak antar ketam kat mak melor...beli ketam kat member aku 4 kilo fresh lagi...dapnyerrrr..so lunch tadi aku msk ketam msk lomak,ikan bakr n sayur kacg jer...pastu teringin mkn lempeng kelapa..buat la sikit..alhamdulillah...
bila melor balik keje dia pun ajak pegi jumpa umar..rindu bau peluh umar yang msam2 tu kan..hehehe...baby nyer bau peluh sedap wooo..then aku ckp teringin mkn a&w..buruk lantak tol..hahaha..so kona la pi a&w jap..tp melor ar pegi coz nak masuk giant tu jam giler...otw ke giant tu memang aircond keta bunyi mcm masalah jer...so aku memang tak suka tgg sambil off aircond(kengkonon leh jimat minyak ar)so tunggu punya tunggu mozza burgernyer lambat sangat...bila melor dtg jer muka dia gabra semacam jer..rupanyer collen(btl ke eja) dah kuar..tgk2 temprature keta dah sampai color merah..aku memang la tak tgk..hadoi sib baik tak tebakar aku dlm keta tu..huhuhu..takut mak.
so lepak la kejap sampai temp turun..lastly masuk lek a&w mkn kat situ..huhuhu...kuar jer melor ajak jenjalan dlm giant..ok gak n kebetulan mechanic yg selalu ktrg pg kedai dia ada sebelah jer keta aku..ku ingat melor memain teka jer mamat cina tu..hahaha...sib bk betol..so esok dia jer dtg umah amik keta..tak yah aku pegi ngantar ke bengkel dia..lega...
tapi tajuk atas bukan kene mengena ngan aku yang memang malas ni kan..hehehe
dah pegi jenjalan dlm giant so terbekenan ngan baju umar...melor nak beli lakan..2 psg rm18...romper yg sangat comel ada gmbr spidermen n lagi satu gmbr godzila...tapi budak tu punya pemalas nak tukar duit ckp tak der duit keci..aku as buyer lagi la takder duit..semua duit besar...geram giler aku..lastly aku ckp nanti aku dtg balik(memang tak dtg dah l a kan)....huhuhu..baju umar tak dpt ler..eeeiii geramnyerrrrr
et yg geram

Saturday, October 16, 2010

rhb bank

Salam

Minggu lepas aku dikejutkan dengan surat dr rhb berkenaan tunggakan bayaran rumah condo di puchong sebanyak rm 3000 lebih sedangkan setiap bulan melor wat payment tru mesin tu...hadoi sakit tol hati bila surat tunggakan ni sampai...kitorang baru jerk buat paymet umah nilai ni melalui kwsp..so apalagi rasa nak tengking2 jer org bank ni coz dorang mcm tak paham jer..dahla umah tu tak siap lagi(this year br siap setelah 7 tahun menunggu)tapi payment tetap kene bayar...dah masuk tv3 pun ari tu sebab lama sangat tertunggak.abis tu derang ingat buyer tu tak bayar expenses lain..kalau dia duk umah sewa, mana dia nak bayar umah sewa, ansuran rumah yg tak siap2,kereta, anak sekolah lagi..
kalau keje goverment senang la kan..elaun umah ada, cola ke aper semua ada, basic gaji pun dah tinggi tapi kalau pegi pejabat goverment mcm kita ni pegang ic merah jer...aku pun warganegara jugak...so layan la org2 kelas bawahan mcm aku ni elok2,...jgn la nak hangin jer kan...(mcm lari topik jer)hahaha tapi berdasarkan pengalaman yerk..
so selepas melor check wiz rhb, dorang ckp "maaf yer cik khairul, kita dah check ur account, bayaran memang dah ada.ini kesilapan system"..grrrr....boleh ker mcm tu..padahal salah dorang..aper ingat diorang antar surat tu tak charge ker?itu semua masuk akauan kiter tau..ingat aku tak tau ker?walaupun amaun dier sikit tapi bila dikumpul2 lelame akan banyak jugak amount tu...ntahla...
walaupun panas hati tapi takperla janji dah ada org kol tanyer samada nak sewakan itu umah atau nak duduk...sure la aku nak sewa..takkan nak duduk kot.dah tu umah nilai wat per..melor memang nak duduk tapi aku maleh nak duduk tinggi2 ni..keta pun tak nampak...tapi bagusnya mesti aku tak penat nak mengemas coz umah setingkat jer...hahaha...
diharapkan tak derla mslh tunggakan umah lagi lepas ni...insya Allah..

16 october 1981


















salam

16 oktober 1981 jatuh pada hari jumaat n lebih kurang jam 0605 pagi lahirlah aku kedunia..alhamdulillah aku bernafas, aku membesar dan aku sihat walaupun aku hanya anak kampung...terima kasih mak...terima kasih abah...dan aku rasa bertuah kerana aku punya abang dan kakak yang best..aku punya adik2 yang gila2 dan 23 tahun kemudian aku dikurniakan suami yang amat penyayang...


Ya Allah...
Aku bersyukur atas nikmatMu..aku bersyukur dengan segala yang telah Kau berikan padaku.aku tahu aku yang selalu lalai...aku tahu aku yang selalu alpa tapi ku harap rahmatmu Ya Allah...limpahkanlah aku dengan rezekiMu...limpahkanlah aku dengan kasih sayang....limpahkanlah rahmat atas aku dan keluargaku Ya Allah...

dan mlm ini mcm biasa melor make a surprise to me n hope bahagia ini selamanya milik aku..ikutkan dia mahu fly to miri due too our ticket still available (postpone ari tu coz tak larat nak pegi) but melor keje esok.so he just came to my workplace with a bouquet of roses with coklet n i get my new phone...aku suka sebab colour putih...ekceli dah lama aku suka this phone coz sgt cute...although made from china tapi tak penting pun coz yang penting ia dtg dr org yang aku sayang kan..tq cik melor for the present, cake n the roses...
n sebelum tu pun kat opis ni dah wt celebration for staff birthday on august combined wiz oktober due too no staff birth on september..hahaha..

yang bestnya cake 2 tingkat la plak mcm org kawin..hahaha..sedap wooooo..dan disebabkan tarikh aku yg paling hampir so jual nama aku la kan..hehehe
n to my frend intan tq yer for the present..tau2 jer aku peminat frog.hehehe...cwn yg sgt cute..love it








so umur dah 29 tapi still tak der zuriat ni mcm maner yer..huhuhu..sedey..sedey..jadi thi s weekend only me n melor jerk..hehehe
ini adalah azam aku yang aku harap akan aku buat sebelum umor aku 30.harap tercapai tapi aku akan cuba capaikan jugakkkk.tapi ini dr segi property la kan

1-semoga dapat hantar mak& pak mentua aku pi umrah

2-aku nak tukar keretalaaa...hadiah untuk melor next year..semoga tercapai

3-xtand rumah..xtand rumah...xtand rumah...

amin


tapi kalau dr segi rohaniah n peribadi..hehehe aku harap

1-semakin matang

2-semakin sabar n tak cepat marah

3-bertambah keimanan

4-bertambah sifat2 seorang isteri

5-bertambah rajin bangun pagi..jeng..jeng..jeng

tak mau la bebanyak sangat nanti tak tertunai sedey jer..hahaha
so cik et, umor dah lanjut..ko pun makin ganyut jangan lupa yer usaha untuk mendapatkan et junior plak..huhuhu...amin

#aku share date ngan my cousin intan aka angah...dulu before kwin kitorang memang akan celebrate sesama sekalingan my autie(acu) yang date nyer 14/10..dedulu kalau bulan oktober umah atok aku penuh ngan cake coz banyak cucu2 dia lahir bulan seploh n we all memang ada habit suka celebrate bestday semua cousin..lepas kawin ni jer memasing busy..huhuhu



























lots of luv




et


Friday, October 15, 2010

jauh

salam

aku mahu peluk kamu
aku mahu cium kamu
aku mahu berbicara denganmu
tapi aku rasa kau semakin menjauh dariku
adakah aku ini menyusahkan
atau aku yang tiada perasaan


aku bukan yg pandai berdikari
aku bukan yang pandai mengambil hati
aku bukan yang pandai meninggi diri
tapi aku tahu kau tetap dihati

aku sayang kamu
aku rindu belai tanganmu
aku rindu senyuman manismu
walau nampak urat tua dimukamu
tapi itu terlalu mahal bagiku
kerna aku tahu kau terlalu banyak bersabar
yg pasti aku amat merindui dirimu

aku tahu aku tidak pandai berbicara
aku tahu aku suka pendam duka
tapi kadangkala aku mahu bercerita
cuma aku takut kau pula yg berduka
tidak mengapalah
aku rela berduka asal kau bahagia
cuma aku mahu kau tahu
aku merasa kau memang semakin menjauh dariku
semakin jauh dan semakin dilupai

mencuba yg terbaik

salam

mencari yg terbaik sesuatu yg perlu dlm hidup kita..mcm aku juga...kadangkala bila difikir mcm tersasar jauh tapi masih masih dilandasan yang betul kan?biarlah apa org nak kata.tapi aku bahagia dengan apa yang aku ada.
melihat org lain seperti amat mudah mencorakkan kehidupan mereka.umpama tiada masalah dlm kehidupan..seronok ajer kan..tapi sama sahaja ..kata org selagi belum pejam mata mslh tetap ada....
mencari sesuatu yg baru bukan bermakna yg lama tidak bagus kan?lagipun imbuhannya takla selebat yang ada sekarang..aku tau itu bukan untuk aku...memang terlalu celaru nak buat keputusan..umpama telan mati mak diluah mati bapak...
tapi alhamdulillah semunya ok(buat ms sekarang la kan) n aku harap tiada yg berat menghadapi aku selepas ini...wallahualam/

aku masih sayangkan kamu semua
lots of luv

Thursday, October 14, 2010

aktiviti bercuti

salam

07/10/2010
khamis

last keje malam kol seploh dah sampai umah...alhamdulillah umah memang dah kemas n tak der aa yg nak digentel..hehehe..so tunggu aldo n zati dtg aje..ikutkan plan asal diorang sampai kol 0500..hadoi dah la sampai masa org balik keje macet sungguh..hohhoho...sebbaik adik aku ni sampai ngan selamat..dah la zaty pregnant..sian dier...memula dorang nak dtg sendiri so kami amik kat komuter nilai tapi melor kesian kat zati takut penat..betol gak..malamnyer pegi makan kat bagan lalang..cantik nyer bagan lalang..padahal baru jer tulis dlm blog tentang lamanya aku tak mencemar duli ke bagan lalang..tapi memang semakin cantik...makan2 then balik...xtvt tgk tv ajer..

08/10/2010
jumaat

lepas bangun dlm kol seploh melor anta pegi umah atok tapi bawak dorang mkn kat putrajaya dulu..sian saper yg dtg umah aku kan..hahaha..lapar kantapi dlm peti eis aku ada mengkanan yer..dpt gak mkn mee bandung kat alamanda yg memang idaman hatiku tapi hari tu tak berapa sedap lerrr..huhuhu...sampai umah atok tegk mak dah sampai..tapi tak banyak mende lagi pun umah atok..cuma cik jer sibuk coz dia ada 2 majlis pd hr sabtu...so kene wat hantaran..aman nyer hantaran bib siapkan..mlm tu tdo sorg ler aku coz melor tak dpt join coz keje..huhuhu
09/10/2010
sabtu

aktiviti melepak n makan sahaja...cik sibuk wat hantaran 2 pengantin...so pagi2 ikut cikbeli brg kat nsk..best giler pasar raya ni..dah la 24 jam...memang teratur..pastu pegi pasar pagi kat selayang yg dah lama giler tak pegi..sangat seronok.
10/10/2010
ahad
inilah harinya...majlis lepas zohor...gmbr hantaran ada kat bawah...bib yg buat...sgt cantik n atam mestilah teruja..hehehe...makanan pun memang marvelos tapi aku tak der selera nak makan...cuma minum air oren jer...balik jer terus pening kepala dah...sampai umah atok aku surrender...pening sesangat..nak muntah tapi tak nak keluar..last melor sampai minta tolong dier beli 100 +...tapi tak jln gak..berhenti kat rnr mnta beli asam pun tak mau gak..pening pala ngan isi perut nak keluar semuanyer ada..lastly masuk tol nilai jer aku memang dah tak tahan...first time mxxxxx dlm kereta...adoiiii...sib baik ada plastik..peninnnn..peninn..
pepepun best gilak itu majlis..hehehe


























































































Wednesday, October 13, 2010

pening sudah

salam....

hadoi....org tukar templates aku pun nak tukar jugak...
dah tu bila problem mula menggagau nak cr org tulun..hahaha
kacau cik wani lagi....jgn marah yer wani..
ekceli aku tak berkenan ngan font dier..penin...
sesaper yg view blog haku ni jgn termuntah yer tgk font yg nampak bertindih ni..maleh nak edit balik semua..huhuhu..ti kalau aku rajin aku edit yer..
thanks yer sesaper yg review this blog...n jgn pening2...

lots of luv
etot

Tuesday, October 12, 2010

Sunday, October 10, 2010

bergaya bersama ZHJC

salam
hehehe...entah mcm maner aku nak mencuba nasib try give way dr teman jaun nun dinegara matahari terbit sana..hahaha ekceli selama ni aku jd silent reader n tak pernah join mana2 give way tapi mana la tau tuah aku dpt hadiah berupa kain cotton yang cantik dan bergaya serta sure gempak raya aku tahun hadapan...hadiah dr bumi sakura..rugi tak join ni..tapi antara aku ngan kain cotton ni memang tak leh dipisahkan coz aku memang suka kain cotton yg sedap dipakai..sejuk jer..tambahan sekarang corak kain cotton ni sangat menarik dan cantik2....so cik puan Murni...pilihlah saya kenalan baru bertuah anda..muahahaha...so kengkawan sapa nak mencuba boleh la klik address ni...tak rugi mencuba
maaf kalau tak betol coz this my first time join contest...
salam kenalan dr saya
lots of luv
et

Saturday, October 9, 2010

best ker

salam...
still at atok house at selayang...sangat seronok tapi penat sebab makan..makan dan terus makan....hadoi...
majlis esok lepas zohor..hope semuanya ok...gmbr will upload soon.
have a nice weekend u allz

lots of luv
et

Friday, October 8, 2010

cuti

salam

hari ini sangat sepi
hari ini sangat sunyi
tapi aku suka hari ini
seperti semua masalah itu pergi
hari ini hari jumaat la cik et
mestilah ia sangat sunyi tapi indah sekali
hari penghulu segala hari
yang pasti aku tersangat happy
sebab aku cuti.cuti dan akan cuti
walaupun lepas tu kerja berhari-hari
tapi aku sangat happy
sebab mak aku datang sini
arghhh berlagaknyer aku sebab dpt cuti
takper bukan selalu pun cik et...
hehehe

lots of luv
et yang sangat happy :)

Wednesday, October 6, 2010

holiday

salam
rasanye tahun ni paling tak best coz dr awal tahun aku tak holiday pegi mana2 pun...arghhhh tak beshnyerrrr..melor jer ke miri itupun hal keje..
makanya apabila dah nak ujung tahun tapi schedule untuk bercuti masih takder so kepala dah nak sarat dah ni..hahaha...
ekceli melor banyak kali plan nak pegi cuti...flight dah book tapi tiap kali tula ada problemnyerla...mcm haritu tiket pg bki(sabah) dah ada tapi malas nak bangun pagi coz br balik dr kampung so cancel..hahaha..bengong tol..sib baik melor tak hangin...
teringat masa memula kawin dulu..asal tergerak nak makan pasembor pegi penang balik hari semata2 nak makan pasembor..rerasa nak makan laksa kat langkawi(laksa kat pantai batu hitam yang sedap) n ckp kat melor pastu esok dah dia tunjuk tiket pegi langkawi..masa tu best n abah pun sihat lagi..
last year sebelum abah meninggal sempat juga pegi dubai bulan feb n pegi umrah bulan 6..tp this year langsung tak kemana...hmmm bagan lalang pun tak pegi..uwaaaaa
bosan..bosan..bosan...2.3 tempat dah dlm list tapi ada la pulak serangan2.hadoi....melor janji nak pegi jepun(yerla dia dah pegi) tapi dia tukar pegi dubai...
antara tempat yang aku memang berangan nak pegi adalah:
1-mekah - alhamdulillah menjadi tetamunya ms last year dah lebih bermakna pegi bersama keluarga tercinta n my late abah
2-korea - nak sangat pgi sebab citer winter sonata...alhamdulillah dah pegi n best giler..tambahan pegi ms krismas so dptla main salji..hehehe
3-japan - aku suka tengok awek jepun(aku nak pegi jugak next year.hahaha)
4-australia - masih dlm perancangan
5-amsterdam - janji ngan jeriq nak pegi bulan 8 last year tapi hampeh...yerla mamat ni baru kawin so budget die lari sket n kebetulan aku plak kehilangan abah bulan 9...hmmm :(
sebenarnyer aku plan ngan melor nak habiskan asia dulu baru pegi tempat lain..so lepas korea n china plan nak kejepun tapi melor tukar pegi dubai..dan rezeki plak aku pegi mekah...jadinya lepas ni pegi jer ikut gerak hati tak payah plan dah..plan pun tak jadi baik redah kasi pecah aje..huhuhu
melor jom la kita pegi holiday....sabah pun ok jugak...rindu nak pegi manukan island...bohsan dah keje ni..u dah pegi bercuti ngan kwn2 u mehla bawak minah leter ni pegi cuti pulaksssss....
lots of luv
et yg serabut

Winter Sonata Endless love

FW: Kuliah jumaat

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya :
“Siapa temanmu wahai Iblis?” “Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?” “Pezina.”
“Siapa teman tidurmu?” “Pemabuk.”
“Siapa tamumu?” “Pencuri.”
“Siapa utusanmu?” “Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?” “Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?” “Orang yang meninggalkan shalat jumaat”
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja.”


Cara Iblis Menggoda

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?Akulah mahluk pertama yang berdusta.Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.Tahukah kau Muhammad?Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar – benar menasihatinya.Sumpah dusta adalah kegemaranku.Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku.Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur ulur shalat. Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya kemukanya.Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun menoleh. pada saat iatu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ’shalatmu tidak sah’

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras.jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika mnguap, syaithan akan masuk ke dalamdirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.Dan iapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?”

Tuesday, October 5, 2010

rugi ker?

salam
kalau aku marah aku rugi
kalau aku suka pun aku rugi
kalau aku nangis lagilah aku rugi
jadi apa benda yang aku buat tak rugi?????
aku pun nak jadi mcm dia
tapi tak sama lerrrr
aku nak setanding dengan dia
tapi aku mana ada apa-apa
aku mahu seiring dengan dia
tapi sure tak boleh punyer
so ko jadi diri ko jerla yerrrr
elleeh bukan terukpun jadi diri ko
walaupun rendang ko tak nyusahkan orang
walaupun muka ko tembam ko tak guna bedak kawan-kawan
walaupun gg ko kedepan senyum ko tetap manis dipandang
hahahaha..adus jiwa aku tak tenteram laaaaaa
mak aku kata ok jerlaaaa
tak baik ubah ciptaan Yang Maha Esa
nanti berdosa sapa yang nak terima
ko nak ker..dosa pun dah banyak tak terkira
nauzubillahhh Ya Allah ampunkanla hambamu yang hina
tak bersyukur walau dah ada semua
tak derla semua pun tapi ada la dr yang tak der apa-apa
ntahlahh dunia...dunia
sad day
et.....:(

Sunday, October 3, 2010

aku sayang dia


















salam....


(entry ini untuk melor/mr hubby ku sayang..kalau jiwa tak kuat jgn baca nanti pengsan..hahaha-amaran keras ni tau)


aku tau dia selalu sabar dengan aku
aku tahu dia tahan dengan perangai aku
aku tahu dia sayang pada aku
cuma aku jer yang selalu berangan ntah apa-apa..
Allah berikan aku pada dia
Allah tahu hanya dia yang tahan perangai gila
Allah telah berikan yang terbaik hanya dia
dan aku insan hina yang selalu lupa
tak bersyukur selalu mengamuk menghina
kadang2 benda kecik pun jadi punca
hormon menopause kot dtg melanda
hiiii anak blom ada jgn la signal itu pula
haru aku bukan kata gila
amuk sakan beb sure melor bagi kata dua
hahaha...mesti la dier nak cari pucuk muda..
walau aku nipun bukan la tua bangka...
tapi aku tau melor bukan sebegitu rupa
hatinya baik cuma aku jer yang buta
tak bersyukur dengan apa yang ada
tapi yang aku tahu aku sangat sayang kan dia
anugerah Allah yang tak ternilai harganya
manusia sabar dan paling suka ketawa

aku doakan kita bahagia bersama
aku doakan kita tabah menghadapi liku dunia
aku doakan sayang kita sampai kesyurga
aku doakan moga kita kekal selamanya

hari ini aku gusar kembali
tiba2 kau kata dadamu sesak lagi
aduh sayang sabarla kau wahai pujaan
akan ku usap dadamu bila kau datang
akan ku dodoi jiwamu wahai sayang
yang pasti hatiku semakin tidak tenang














#melor @ papa, jgn la sakit..i risau la...uwaaaaaaaaaaa

lots of luv
et yg risau