Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday

lafazkan kalimah cintamu

melor belanja aku novel ni semalam..dan petang semalam aku mula baca tapi tersekat-sekat sebab air mata ni asyik bergenang ajer..serious memang sedih..baru habis 16 muka surat tapi ayaq mata berjejeh-jejeh keluar...sib baik kat opis...kalau dekat rumah confirm aku nangis kuat2...uwaaaaaaa..sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan aku.

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cinta


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


uwaaa..nak sambung baca lagi tapi pilu plak hati aku ni kan...(ceh nampak ganas tapi hati ada ayaq terjun)

jujurnya aku tak pernah baca pun karya siti rosmizah ni..lepas ni kena la cari mana2 buku karya dia sebab review yg aku cari pun ada 2 novel yang hit tulisan dia..

hurmmm melor plss find the novel for me..muahaha..

p/s:rm26.90 jer

lots of luve

et


Saturday, February 25, 2012

aduhai hati


Sometimes because of money, people willing to do anything.. Hai la manusia, kita sama2 susah cari duit, korang senang2 jer panjang tangan kan. Tak takut plak tu. Yerla tak kena memang la boleh joli, dah kena makan tak habis.

Sakit hati bila fikir hal orang macam ni. Walaupun duit tu hanya seploh hengget, tapi tetap duit orang yang bekerja dengan muka minta penampar, telinga tahan maki.

Dan sebab duit juga dari kawan jadi lawan. Sedarla kawan, aku bagi masa tapi ko terus berpoya-poya. Kereta makin hebat., hidup makin selesa tapi duit aku bila nak bayar. Tak kan aku kena baling cat kat pagar rumah ko baru nak hegeh2 bayar duit. Kang ada plak yang kena heart attack kan?

Yang lagi sorang ni...kadang2 aku pelik, aku yang hutang ko atau ko yang hutang aku?bila aku jumpa bini ko, dia plak buat muka sengal..helloooo lu punya laki yang utang gua, pehal lu plak buat muka? Gua tak malukan lu pun dah baik loooooooo.

Sesekali kena gak meroyan kat sini..yerla dah la orang tak bayar hutang, sapa rugi, aku la kan, lepas tu sapa yang makin berdosa, aku la jugakkan sebab asyik marah tak tentu pasal kan?mengumpat lagi..hurm sabaq..sabaq

Dendam dalam diam sangat menyakitkan

eh ni pasal duit kena curi ker atau orang tak bayaq duit?muahaha

p/s: hanya mengalami memahami
tiada niat untuk menyakiti

lots of luv
et

adnan sempit 2



baru balik tengok adnan sempit2. yang boleh aku cakap...SUPERB..
phehehe sangat suka. dari first aku tengok sampai habis memang aku gelak jer.. tak peduli dah orang kiri kanan(eh kanan kan melor)..memang sempoi..



kali ni cerita berkisarkan adnan yang masih meneruskan percintaan dengan nadia. tapi dapat tentangan dari keluarga dia. tapi papa nadia bagi syarat konon dapat gagalkan hasrat adnan untuk teruskan hubungan dengan nadia. syaratnyer adnan mesti pandai berkomunikasi dgn baik dlm bahasa inggeris serta menjadi orang korporat.
then papa nadia suh sepupu nadia menyamar untuk menggagalkan usaha adnan.
yang buat kelakar sebab cara adnan tu cakap omputih yang memang kelaut, tambah plak aksi wawa ngan pakwe dia si along raja lawak tu...dan yang best tu bila si adnan bahasakan diri dia papa n nadia bahasakan diri dia mama...so cute....
ada gak aksi kejar mengejar siap masuk pasar borong, pastu bawak motor naik eskalator..muahaha..part tu memang aku rasa nak bangun n gelak guling2..
dan sebab tu aku rasa filem ni dekat dihati sebab senang nak faham tak perlu nak pening pala pkr ending.
dan aku sangat suka ending filem tu...
CUMA

aku dan melor bukan tak suka cuma kurang selesa bila ada mereka yang sanggup usung anak masuk panggung. kalau anak tu umur 4 tahun keatas mungkin dah faham nak tengok si shaheizy sam tu kan..ini tidak anak umur 2 tahun duk gegar2 kerusi aku sampai aku pening kepala lepas tu duk main cak cak ngan melor sampai melor pun tensen sebab tak boleh fokus nak tengok wayang..alahai si comey..sian kamu, patutnya kamu tido dah kan..ini tak masih diusung masuk wayang kan..dah la buat bising.hurm ntahla..nak bawak pun bawak jugalah tapi jagalah anak itu.jangan sampai dia duk goncang2 kerusi orang...tapi yerla masing2 punya kehidupan. MAAF kalau yang terasa.

P/S:peace no war

lots of luv
et

Wednesday, February 22, 2012

hujung jari jer


Dail 01548406384
Tak yah letak hp kat telinga..dail sahaja
akan terpapar waktu imsak sehingga isyak pada hari tersebut
xder kena caj pun.


contoh seperti diatas..

p/s:aku dah try dan terbukti pun..cuma tak boleh ambil gambar sebab camera tak der...huhuhu..cubalah..senang kan terutama yang kerja mcm aku ni..

lot sof luv
et


Saturday, February 18, 2012

terindu pulak

muahaha...rindu pulak kat kampung melor..nun kat kedah sana..best woo balik sana..aku suka singgah tapah makan kwetiau sup, singgah semanggul makan nasi lemak sambal petai gerai ujung, singgah hentian apa ntah yg tepi sungai tu beli jambu air..muahaha..mabuk pak mentua aku ikut sebab berenti makan jer..
sedap wooo kwetiau sup dia..nasi lomak dia pun sodappppp..
yang aku rindu tentulah keseronokan bila balik kampung..celik mata ijooo jer...nyaman sungguh.
ni area belakang umah tok..umah tok melor ni luas. sekarang pak lang dia yg duk jaga. kebetulan mak lang melor cikgu ngajar kat sekolah area situ jugak..jadi terjaga la gak umah tu kan.
seronok sungguh dapat bersantai macam ni melor kan...huhuhu...itulah ibu mertuaku yang paling sporting seantero dunia..mana nak dapat mak mentua macam ni..kamching wooo..baju mak, ko pakai..baju ko mak pakai..hahaha..sempoi
ala tomey tomey..melor la kan..hehehe

p/s:word of the day - seronok...

lots of luv
et

Thursday, February 16, 2012

dulu dan sekarang

owh rindunya zaman dolu dolu

1-balik rumah mak dulu-dulu selalu buat bbq..seronoknya.siap abah buatkan tempat bakar dari kereta sorong.senang nak kemas lepas bakar2.tapi gmbr kat bawah ni abg bawak tempat bbq dia..

dulu lebih canggih guna bekas bbq..

gmbr tahun lepas tempat bbq lebih kreatip...hahaha
orang yg sama cuma tambah ada melor je
2-celebrate birthday gha n yah.buat sekali sebab tarikh depa selang 2 hari jer..masa ni best wooo..balik dr kl konvoi ngan along n abg.
motip gambar adik aku..hahaha..dik comelnyer ko dulu kan
sekarang adik lagiiiiii comel..hahah(baju merah)

3- gambar kecil gha dan yah (rambut pendek).
gmbr tahun lepas yah tudung kelabu, gha kelabu hitam...oh anak daraku..

4-baju merah aldo..muahaha
baju biru aldo dengan family keciknya(tak termasuk kandar)...alhamdulillah

5-atam...gmbr kiri masa sekolah.yang kanan gambar tahun lepas masa atam kahwin..atam pun dah nak bertiga..

6-ala tomey tomey
gmbr kiri baju kuning umar qaliff
gmbr kanan baju biru ashraff....sama muka depa..hahaha

rindu mereka semua

lots of luv
et

Wednesday, February 15, 2012

caca marba


hahaha...memang menyampah pun ngan entry ni..aku masukkan semua sekali segala kejadia yang aku lalui minggu2 lepas. tak koser dah nak buat satu2 ntry....gagaga

semestinya entry pertama pasal makan. tengok tuan blog la kan..sebab tu tuan badan lama tak kuar dlm blog sendiri..takut gmbr tak muat..hahaha

ni starter masa pi makan kat kedai sunita.hahaha..hilang akal sambal belacan buat starter...mencirit kang..

inilah feberet aku kat sunita ni..kailan ikan masin dia..mensodap sungguh....masa hari kejadian kami order bawal sweet sour.. ok la jugak..lebih sedap la kan dari aku yang masak..hehehehasilnya jadi macam ni.hurmmm pandai tol kedai ni jaga aku kan...hah
ahaini masa thaipusam. ekceli selalu jer area umah aku ni depa main bunga api gini. kadang2 kat hotel belakang ni pun depa pasang gak mungkin ada request dr guest depa.ntah napa gatai nak snap..aku amik jerla..tapi sebab utama sebab lama sangat depa main bunga api..hahaha..

dan dihari yang lain macam biasa kami pi makan ayam penyek kat kedai kegemaran kami.."bondi". itu adalah roti bakar yer kawan2. tapi janganlah kamu percaya aku hanya makan roti bakar itu. ayam penyet pun aku bedal jugak..adoi tensen tol la..tak makan mcm rugi jerk..hahaha

ini plak masa last week dapat kudapan ini..yang paling aku suka adalah gegula itu..so classic..yerla gula2 tula yang paling aku suka masa balik dari sekolah agama. suka sebab banyak2 gula2, gula2 ini lah yang beli dapat banyak. gula2 lain 10 sen 3 biji, yang ini 10 sen dapat 5 bijik..

lepas tu 2 minggu lepas kan ada dapat emel pasal tepung cap sauh, minyak seri murni dan lain2 brand tu bersumber dari peluntur beracun kehapa ntah...baca la sendiri

aku terkejut la kan sebab memang dari dulu guna brand tepung cap sauh ni...akhirnya depa keluarkan kat paper pasal halal n yang berkaitan..haaa amik 1 page lagi..tiada ragu2 lagi okey..yang nak buat gurau2 tu pun janganlaaa pasal makanan dibuat lawak.

dan minggu lepas dipagi sabtu, macam biasa aku n melor pi sarapan kat kedai kegemaran kami. edai ni ada jual cekodok, lempeng, tauhu/tempe goreng n ada la nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng. untuk nasi lemak ada lauk telor sambal(stail hancur punya mcm acu buat), sardin, ayam goreng(mcm mak aku goreng) dll.
mesti mak aku nangis tengok anak dia pemalas. nak makan cekodok pun pi kat kedai..hahaha
aku amik nasi lemak. beria aku ingat yang putih2 tu ikan bilis dengan kentang..rupanya jering..alamaksssssssss...habis satu rumah atas dan bawah aroma jering..sori melor yer..dan disebabkan menu ni la aku sakit perut dua hari berturut2. tapi jangan risau jering, kau tetap pujaan hatiku..hahaha(ada aku kesah)

yang ini semalam la kan..pi makan kat kedai nasi beriani gam yang aku cakap sedap tu.
kali ni ada gambar sebeklum kejadia yer..
nasi beriani ayam masak merah(sedapnyer ayam masak merah dia.)jadi bukan aku yang punya..
ini aku punya..beriani kambing..lembut sangat daging kambingnyer..tapi tetap lebih sedap ayam masak merah.

ingatkan dapat beli apam balik yang aku cakap sedap tu(aku 3 ko tujuh). tapi lepas kejadian tu mamat ni tak berniaga dah..pelik betol la aku..geram pun ada..dah la sedap, tak niaga plak..kang aku buat ceramah kang ada yg mkn penampau plak...grrrrrrr

dan sekianlah entry caca marba aku..memang kehidupan aku penuh dengan makan, makan dan makan..betol tak melor..hahaha..

p/s:terima kasih kerana sudi membaca

lots of luv
et

Dr Awang

pernah dengan dr awang? aku pun tak pernah dengar sebenarnya.hehehe..

ekceli semalam lepas lunch dekat nasi beriani gam kat salak tinggi, aku pergi la kedai juai penapis air sederet dengan kedai nasi beriani tu. dr awang penapis air(ekceli aku lupa nama kedai dia...muahaha)

produk ni buatan anak kelantan. murah pun murah kan.. pastu yang buat akutertarik adalah cara staff dia terangkan. bersungguh-sungguh baik lelaki mahupun pompuan walaupun masa tu depa ada pelanggan lain selain kami. tidakla dorang memandang sinis mcm kami ni tak dak duit jer kan..hahaha..maklumla kami ni kan pakai sempoi jer..org kampung.
kalau ikutkan dia nak pasang semalam tapi aku takut masa depa datang aku diulit mimpi..muahaha..maka pasang la hari ni sebab aku ada kat umah..

kejap jer budak ni pasang.hahaha..ekceli akak sebelah umah aku ni pun pasang gak tapi dia pasang yang krome(betoi ka eja) tu. mahai sket la yg tu.rm1500 tak silap..kami amik yg fiber jer..ok gak la yg fiber ni..rm1100 jer..ada yg kecik sket rm700 jer tapi yg tu tak dak free gift(ceh gila free gift).

jadi tadi dah rasmi dipasang kat umah aku tu...
dinding tu bukan lumut tapi itu adalah kesenian alam semula jadi....muahaha


dr awang

inilah dia free gift yg depa kasi..aku excited sungguh dapat benda ini tappppiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku ingat cold n hot rupanya hot n warm..hahaha..ok la kan dari tak der..

diorang ada gak sediakan penapis untuk dalam rumah tapi yang dalam aku guna penapis air dari cni. "waterlife".maka tambah yang luar la kan..maklumlah sekarang ni air area umah aku ni karat boleh tahan gak warnanya.

:>melor depa dah pasang dr awang kat umah lol...hahaha(kecoh der)

p/s:mencegah kan lebih elok..


lots of luv
et

Monday, February 13, 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani


p/s:sebaris ayat kadang2 lebih tajam dari sebilah pedang.

lots of luv
et

Monday, February 6, 2012

cik teddy

aku suka bagi melor teddy bear. kelakar tol.

ini adalah cik teddy yang pertama yang aku bagi.sebelum aku kawin sebenarnya. pestime jumpa kebetulan nak bestday dia. aku masa muda belia dulu memang masuk air sket. jadi aku pegi ajak kak long aku beli ini patung kat selayang.
melor cakap dia memang terkejut sebab dpt teddy bear ni..muahaha..pompuan sengal...lagipun waktu tu tak declare apa pun lagi..kwn2 katanyer

kengdian first year celebrate as husb n wife...aku bagi lagi dia teddy..hahaha..tapi kecik sket

pastu tahun ni aku bagi lagi makin kecik..hahaha..kelakar...


ada lagi patung lain yg aku bagi masa bestday dia tapi bukan cik teddy la..hahaha..kiranya cik teddy dah banyak anak angkat..

p/s:biar kecik tapi penuh ngan kasih sayang...hahaha

ala tomey..tomey

lots of luv
et

aku dan makanan

bila angin rajin datang...inilah gambarnyerrr
pastu jadi macam ni..ni kira ok lagi la...
(wani aku pi makan kat kedai kampung jijan tu..hehehe..tapi asam podeh dia podeh bebenor)



ni dah mood memang kelaut..melor yang comey rajin ingatkan tak nak amik gmbr ker?u kan suka amik gmbr before makan?
huhuhu..ok i amik(kang kecik ati melor)
opssss..ni melor belikan double prosperity beger..mcm mana badan tak double trouble

ni tahap nak makan penampau jer kan...mood memang kelaut. tapi melor ingat kan lagi tak nak ker amik gmbr nasi beriyani gam yang paling sedap kat salak tinggi.sebelah klinik kesihatan salak.depan kedai sunita(hahaha mana tau wani nak pi)
aku amik gmbr gini sebab nak membuktikan betapa sedapnya nasi beriani dia..hahaha(alasan)pastu depan kedai tu(tepi jalan) ada jual apam balik kecik2 tu..memang sedap dak tu buat..(hurm aku 3 ko 7)..hahaha



Posted by Picasa

Sunday, February 5, 2012

Leptospirosis


Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sama.

Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.

Tetapi hakikatnya, ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.



Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart & Demam Canicola.

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis

1. Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

2. Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti

3. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

4. Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.

5. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Yang pasti, kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung


Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!


lots of luv

et

Saturday, February 4, 2012

Doa senjata orang mukmin

USTAZ ABDULLAH MAHMUD….


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.


Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

mencari keberkatan doa...

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA


2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN


3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA
ب
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.


4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR.
JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.


5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW


6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA


7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA

SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.




WALLAHU’ALAM……..

p/s:sharing is caring


lots of luv

et