Thursday, August 30, 2012

selamat hari merdeka



selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55.selamat bercuti dan selamat bertunang(ehhh terlebih sudah..lambat lagi)muahaha


p/s: penjajah dijajah menjelajah

lots of luv
et

Wednesday, August 29, 2012

curang

Dalam apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.
“Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,” ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.
“Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.
“Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,” ujarnya.

Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.
Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.
Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.
“Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.
“Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian,” jelasnya.
Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.

“Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .

“Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.

“Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan,” katanya.

Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan
rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.
“Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,” ujarnya

ustazah bahiyah
copy from internet
p/s:moga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah
lots of luv
et

Tuesday, August 28, 2012

kuih owh kuih

masih dalam mood raya ker?
aku? mcm biasa org dah keje shift ni memang mood raya kelaut.
aku rindu sangat nak beraya mcm dulu-dulu.
beria-ria buat persiapan, pasang lampu sampai macam nak bakar rumah (ini keje melor)
lampu lip lap mcm nak sambut depavali pun iyer jugak,
puasa belum dah busy nak cari baju raya(ini pun keje melor)
pastu beria-ria macam teror buat biskut raya..muahaha

tapi yang paling aku rindu mestilah suasana kat rumah mak aku sebelum sambut syawal.
sangat seronok tambahan kami semua dah besar2. mcm2 menu yg akan keluar. tapi aku tolong potong2 jer...kalau masak2 kang ada yang terbuang.

tahun ni semua benda memang melor yang sediakan..mcm biasa la kan..
dari baju, barang rumah dan juga kuih raya. memang dia yang cari..kalau dahnama kuih raya dia, maknanya memang selera dialah kan...

tapi kalau raya2 ni 2 kuih yang akan aku cari iaitu semperit dan tart nenas. dulu masa bujang, kuih2 ni mak yang buat. aku tolong bakar. 2 kuih mak ni memang marvelous...sedap sampai kawan aku nama elin akan dtg rumah semata-mata nak makan semperit mak yang cair jer dlm mulut..Y aAllah sedap dan rindunya kuih mak.

sebelum raya aku ada kol adik dan dia tanya kuih raya aku..ada buat ke idok..for sure la tak der kan..hahaha...dia siap request suh aku buat kuih ulat bulu yang sedap sangat katanya...pergh kembang gila bila aku dengar padahal aku sendiri lupa kuih ulat bulu tu rupa dia mcm mana...memang tahun tu aku buat kuih kat rumah mak..mcm2 kuih aku buat. tapi semua resepi aku tak tulis..tanya kat mak dan aku buat ikut suka aku..muahaha...tapi hasilnya memang sedap..masa tu melor pun aku tak kenal lagi.

TAPI sekarang, hurm ntahlaaaa...puasa memang aku semangat tapi bab raya memang tak der semangat. tambahan abah pun dah takder..lagilaaaa aku rasa mood tu kelaut :(

owh rindu yer..hehehe

p/s:moga abang aku terus kuat..chaiyok2 abang

lots of luv
et



Monday, August 27, 2012

kenangan cherry

 aku nak bubuh sini kisah si cherry merah yang pernah berkhidmat dengan aku dan melor..tapi tak lama maklumlah barang lama..sentimental value la sikit...aku sayang cherry ni sebab aku memang suka model2 ni.dulu2 berangan nak beli...warna si cherry pun masih cantik.

awal bulan 6, siputih kami datang sertai keluarga kecik aku. space parking mcm sempit jer kan...jadi keputusan perlu dibuat..akhirnya red cherry aku lepaskan. walaupun berat sebab aku tau si cherry ni barang lama. takut plak kang dikata menganiaya..hahaha..tapi dah diyakinkan tuan baru bahawa dia tak kisah, aku dan melor pun setuju..hahaha..

nilah gambar melor sebelum cherry ditarik...terima kasih pada tuan baru cherry..
owh yer, kami beli kereta buatan malaysia aje..alhamdulillah selesa sangat.
inilah siontel kami yang banyak berjasa...sayang dia ketat2

p/s:untuk kenangan masa hadapan...

lots of luv
et

Sunday, August 26, 2012

akhirnya

akhirnya semalam pintu tong sampah dibelakang rumah aku dimangga juga..sebab nak ikut akak yang belakang rumah aku ni, yang siap berkunci lagi tong sampah dia dan sampah dia yang busuk tu buang rumah aku...owh hebat

dah lama kejadian ini berlaku. tapi aku tak kisah sangatla kan..tapi bila banyak sgt sampah sampai sampah aku kat luar dan bahan buangan terdiri dari bahan2 yang busuk,aku nekad untuk kunci pintu tu..TApi ugut2 manja jer,biar dia tgk aku dah kunci maknanya dia tau la aku tak nak dia buang sampah umah aku.
tetapi dia tak der la pulak..hahaha...buang masa jer beria melor bubuh..hampes.
jiran aku ni memang masalah skit...dia jer sebenarnya. walaupun aku jarang berjumpa, tapi dia ni selamba jer buang sampah rumah orang...memang pelik la bagi aku kan.hahaha

maafkan kami jiran!!!

p/s:ntahla labu..manusia ni memang cepat berubah...moga ALLAH tetapkan hati aku dan keluarga aku...


lots of luv
et

kenangan raya

orang sibuk upload gambar raya
aku sibuk buh gambar rendang kerang.
habis tu nak buat mcm mana...raya ketiga dah keje...keje kuli gini la kekdahnyer..muahaha
20 kilo kerang kecik tambah 10 kerang bulu...pengsan.


ni plak nak tunjuk kuih yang dah masuk bekas...yang makan hanya aku dan melor...hahaha
cukup bulan aku kena amik ubat kencing manis jugak. 
tapi ada yg tak bubuh lagi kuihnyer..bekas tak keluar semua.

yang ni nak mintak penampar..muahaha
takderlaaaa aku nak ucapkan terima kasih pada kawan aku yang setiap tahun tak lupa bagi souvenier kat aku dan frend yg lain.untuk cik wani keni terima kasih yer..moga murah rezeki kamu dan keluarga..tapi yg paling teror warna tudung tu memang sama plak dengan tema tahun ni..hahaha

gatainyer muka aku...hahaha..maafler hidung tu telebihputih sebab bawah lampu


p/s:selamat berhari raya dan kerumah terbuka...seronoknyaaa kan!!!


lots of luv
et







Friday, August 24, 2012

melor

ntry khas untuk melor


dear en melor
u tak penat ker duduk rumah?
jom kita pegi holiday.
short trip pun jadilah.
makan nasi lalapan ker
atau laksa tepi pantai
tak pun nasi kandaq or pasemboq
hohoho

sekian
ur gedik wifey
et

Wednesday, August 22, 2012

aidilfitiri 2012-selatan

alhamdulillah,
sampai nilai lebih kurang jam 0900 mlm. aku ajak melor rehat dulu sebab ngantuk sesangat.
sekalinya kami ketidoran sedar2 jam 0120 sebab ada org tersedak minyak banyak sgt mkn rendang. muahaha..

gerak umah mak aku jam 0250 pagi...seronoknya balik pagi2 ni..fresh gila kepala hotak..nyaman jer rasanya.kami sampai umah mak kol 0550. elok tengah azan subuh. along tolong buka pintu...muahaha..seronoknyaaaaa.

atam dah bangun sebab ayyad nak susu...chomel nyer ayyad. 
lepas jumpa mak, aku ingat mak puasa 6 rupanya dia tak terbangun...ada pelung makan sedap ni..hahaha..jahat sungguh aku..

sebelum tu kalau sapa2 takut terkenan jgn tengok gmbr2 ni tau...banyak aksi2 terlarang dlm ini entry..hahaha

gmbr kiri itu adalah gmbr abang aku yang normal...hahaha.
kanan melor la sapa lagi..member tengah bengang aku amik gmbr dia makan..sebenarnya nak fokus makanan yang tengah berderet tunggu turn masuk perut..bib masak nasi kambing yang sedap, kemudian laksa mak yang mantap dan lontong along yang memang hebat...hahaha




gambar ni sajer nak tunjuk kesengalan kami..atam yang sibuk dgn raket kunun mcm sudu..
abang yang ngeng dengan earphone dia..bengong..hahaha

ini dua kanak2 riang sangat happy. umar qhalif dengan ian...
sibuk ajak paklang dia main

suka sangat angry bird

hahaha...gambar2 ni adik aku yang ambik...mahapkanlah abang aku tu..aku nak bubuh gak gmbr dia kat sini..hahaha...habisla saham ko bang...muahaha
hahaha


dan ini aktiviti depa yang selalu dibuat semenjak abah ada lagi...
cari ikan..tapi kali ni bukan guna pancing tapi bom aje..muahaha
hambik ko sebarau besar2 gila...
yg depan tu abg aku, yang belakang tu aldo

hasil petang tu..hebat betol la cara letop2 ni..insyaallah yak merbahayakan alam pun sebab tempat ni mcm lubuk jer. bukan tempat aliran air pun.


gembira sunguh dengan hasil mereka hari ini. 
balik tu kami bakar jer..sedap dan manis.telor dia pun banyak..seronok tak terkata la kami sebab dpt makan ikan fresh, masakan mak yang sedap..wotz wotz..seronok sangat.

tapi aku dah balik awal sebab nak kerja..part ni yg tak seronok..huhuhu
moga allah panjangkan umur kita semua agar dapat berjumpa lagi  di syawal tahun depan...

lots of luv
et

Tuesday, August 21, 2012

aidilfitri 2012

assalamualaikum dan salam lebaran

wah sedar tak sedar dah 3 syawal hari ni..dan mcm biasa aku dah mula kerja..bak kata tan sri p ramlee...selagi belum tutup mata...kerja,kerja dan kerja.

mcm biasa tahun ni turn kami beraya dikampung melor. pada awalnya, selepas masuk meeting keluarga, setelah bertumbuk bertampar(hahaha..gurau jer), kami putuskan untuk pegi kedua2 belah tempat dimana sebelum raya di kg melor dan pagi raya pertama turun umah mak aku. tetapi bapak melor cuti lepas raya..maknanya hari sabtu masih bekerja. 
so kami putuskan raya hanya di sentul. makanya, aku pun bertungkus lumusla mengemas rumah. 3 hari 3 malam jugaklah aku mengemop, menggilap, mencuci semua harta benda dlm rumah ni..Ya Allah penatnyerrrr.

ini cermin pun tak sempat nak gantung. sandar kat tepi tangga sekali mcm ehh cantik la pulak...lantak la ko kat sini..muahaha.tiba2 lepas tengok gmbr mcm ehhh kecik rupanya aku ni..(yerla wani muntah cepat...nor pun muntah jer..aku tak kisah)hahaha...sekali sekala melaram apa salahnya..

sebenarnya ms ni tengah bersiap nak pegi umah mak melor kat sentul. melor bantai beli kerang 30 kilo...iyer kawan2, 30 kilo. gila punya kentang. nak buat rendang punya pasal..request setiap tahun. hadoi nak menangis aku kopek kerang. dahla kerang pun kecik2. itupun melor beli 20 kilo baby kerang, lagi 10 kilo dia beli kerang bulu tu..lagi satu masalah sebab kerang bulu ni harap jer besar tapi liat. dan kalau banyak sgt bulu , even dah masak pun dia susah nak terbukak...menguji kesabaran betol..

sib baik ada pembantu tetap sapa lagi cik melor...itupun jenuh kejap duduk kejap berdiri belom lagi kejap2 basuh tangan sebab gatal..hadoiai melor...


malam jumaat tu aku terus masak rendang kerang. kononnya sabtu tu boleh la tolong mak mentua aku buat rendang dan rebut ketupat. sekalinya, bincang dan bincang, plan on balik kampung...hadoi...pening..

kol 1100 gerak dari sentul tukar keta dan ambil baju raya. jalan punya jalan, nilai jammed coz org putrajaya yg nakbalik selatan ikut shortcut nilai dan ada pulak roadblock...sikit punya panjang jammednyer. padahal dah dekat sngt dengan umah aku. sampai umah 0120 pagi yer.bawak keluar barang transfer pi keta lagi satu, aku mandi dan isyak sekejap dan terus gerak balik kedah..iyer aku mahu pulang kekedah..

otw balik aku tengok sttus kwn aku balik kedah, jalan jammed kat trolak..masak ni...
kiranya aku gerak dari nilai lebih kurang jam 2 pagi. 

masuk highway ke utara lepas jer sungai buluh jalan dah start slow. bergerak tapi jammed sangat2. banyak sungguh kereta penduduk malaysia..bangga seketika disitu sebelum aku tertido..muahaha..gila tak penat menggaul 30 kilo rendang kerang.


ini dekat hentian semanggol..eh bukan hentian, dekat esso ker mobil ntah..topup minyak dan buang air..tapi orang masyaAllah punyala ramai..beratur..owh lupa plak..aku rasa jalan jammed bukannyer apa, mungkin semua nak berenti kat rnr..jammed teruk bila nak masuk rnr..mungkin nak rehat dan terus sahur kot..inipun dah jam 07++...


alamak tak berapa jelas pulak gmbr...dah sampai pun..bandar bahru...huhuhu...



lepas sampai mak lang suh tido dulu tapi dia duk kemas dapur..sian plak kan..lepas tolong apa yang patut tiba2 maklang keluarkan kerang..adoi..nak kena kopek kerang lagi kaaaaaaaaa...katanya pak lang nak buat rendang sebab teringatkan rendang kerang aku..masa aku tunjuk aku bawak rendang kerang, pak lang ckp, hah tak payah buat rendang kerang dah..hahaha

petang sket pegi param tepi sungai parit buntar tu..bandar bahru kan dah dekat ngan perak..best.jadi penutup untuk ramadhan tahun ini, kami beli kat pasar jer...alhamdulillah..
tulah muka melor beli barang terlarang..hahaha...

family yang lain datang malam raya kecuali cik pah yang duk kat penang tu..depa mai petang sabtu tu...jadi ms berbuka meriah la.

malam tu aku dah pengsan awal lepas berjaya merebus ketupat bersama melor...pukul berapa mak mentua aku sampai pun tak sedar. yang aku tau mak mentua aku landing tepi aku siap2 dah..hahaha..maklumla toto dah takderkat umah tok tu,,aku memang akan bawa toto dan bantal sendiri.malas nak berebut dengan org lain..senang.


tema tahun ni kelabu hitam...melor tak pakai baju raya lagi masa ni...sibuk nak bergambar.



hahaha...gambar sebelum pi sembahyang raya.


yang atas tu gmbr melor ngan adik dia..hahaha adik dia pun dah nak membesar bagai johan mcm abang dia.



aku dan mereka

family deris tanpa keyon(adik melor no 3)
ni family foto.
yang pertama kiri tu gmbr semua adik beradik abah aku..
gambar kanan family cik pah yg duk penang
bawah kiri family mak ndak 
dan bawah kanan family pak lang yang sekarang ni yang jaga umah tok.
(owh abaikan jam hijau itu..muahaha)


ni gambar melor dengan sepupu dia...

dan last but not least
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

suspen kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
mestilah gambar uda dan dara ni..


muahahaha


lepas sesi bergambar dan bermaafan, terus gerak pi umah maklong kat parit buntar. kemudian dlm kol 1 kami gerak nak pi balik segamat..fuhyooo cinta utara selatan woooo...fengsaannnn

lots of luv
et

Saturday, August 18, 2012

selamat hari raya

selamat hari raya uolssss
semoga ceria di hari kemenangan kita setelah berpuasa sebulan..
alhamdulillah
moga semuanya berjalan lancar dan segalanya diberkati Allah.
yang memandu, hati2 dijalanan
pada kawan2 yang bekerja, sabar yer...tahun depan aku join korang kerja yer.muahaha..

so 
mohon maaf andai terkasar bahasa
mohon ampun andai ada terguris bila membaca
moga kita semua dilembutkan hati
melihat apa yang buruk sebagai pengajaran
memandang yang baik sebagai panduan.
moga kita menjadi insan yang lebih cemerlang dimasa akan datang
insyaallah

selamat hari raya uolsss
maaf zahir batin

lots of luv
et n melor

Saturday, August 11, 2012

menu di ramadhan 22

alhamdulillah..dah ramadan yg ke 22.
mak dah balik kampung..
lagipun rayyan akan duk kampung teman mak tok.hehehe
(shima pantang umah mak..raya ada baby..best woo)

ni menu petang semalam
tak tau nak masak apa..
semalam off. lepas sahur, bantai tido.
sedar2 kol seploh..adoiiii
bangun sidai baju sebab dah basuh lepas sahur.
(on machine biar dia buat keje dia, tuan rumah buat taik mata)

lepas tu  selak majalah kejap
alaaa majalah yg melor belikan tu..
mana tau dapat ilham nak masak apa
tapi semuanyer resepi hebat2.
aku ni takat bahan yg ada kat umah jer la  boleh buat..
nak kekodai, kemalasan tambahan kepanasan.

end up kol 1130, tekak terhingin makan puding caramel
tambahan sejuk2 letak dlm peti eis kan..
jadi aku pun buat la puding caramel.
walaupun hajat hati nak makan tiramisu.
(semua iza punya pasal)

lepas siap kukus, aku meneruskan aktiviti melepak sambil main smurf village..
sama mcm farmville tapi senang sket.tak payah kengkawan dlm fb memokak banyak notification dlm fb depa..hahaha..aku kan sedar diri sket..muahaha

lepas asar, ku tgk tb lagi..bila nak masak aku pun tak tau...akhirnya kol 530 baru nak masuk dapur..melor balik bawak laici tin. so aku blend tembikai yang ada tu dan bancuh laici..buat dlm jug asing2..sapa nak campur, tambah sendiri..hahaha(malsa gilak)

aku bakar ayam jer n masak nasik butter..ingat nak buat nasi ayam tapi kira jadi macam nasi ayam jerla..hahaha..dan aku goreng mee untuk melor..menu wajib ni..tak mee, bihun.


itu puding caramel memang awesome..sodap sampai naik juling aku makan..muahaha...nak buat lagi la petang ini...melor memang la suka kalau benda yg nak buat kaki kena potong kan?muahaha
klah...aku nak pk sahur makan apa jerlah..senang..hahaha

walaupun aku off, tapi tekak ni gedik tak mau makan kat luar. padahal melor dah offer buka kat luar jer.mesti dia pun dah muak aku masak kan..kalau sedap tak per jugak..gagaga..
tengoklah ujung2 ramadan nanti, baru pi mana2 buffet..best sket. boleh main bunga api..lagipun kenala reward pada diri sendiri yg langsung tak pegi bazar...yerla kalau ayaq pun hari2 sampai 2 jenis..penjual air pun nangis tgk kami minum...hahaha..

klah...selamat berbuka

lots of luv
et

Friday, August 10, 2012

alfatihah

ia datang lagi...3 tahun sudah...allahuakbar
makin bertambah angka, makin sayu untuk aku coret disini.
rindu....sangat rindu

betol kata mak...
kalau orang bercerai hidup, bergaduh mcm mana pun. bila rindu menerpa boleh lagi berjumpa..
tapi bila bercerai mati, mana nak cari orangnya.....


aku tak mampu nak coretkan panjang2 disini...
mata kabur sampai tak boleh nak aku taip..
ya allah rindu sunguh aku pada dia.



Alfatihah untuk abahku...Halim bin Haji Sanusi
21 ramadhan...



Lots Of Luv
eT


Thursday, August 9, 2012

tahniah atam

tahniah atam n shima...
wah baby lahir bulan ramadhan gitu...syoknya....

cantik tarikh lahir baby..08/08/2012
alhamdulillah...nama baby Rayyan Muayyat
amboi sedapnyer nama..sib baik muka shima..hahaha
ingat bagi nama pak njang tadi..muahaha

atam ni memang suka pilih tarikh yg cantik2...
baby pun tau jer nak keluar tarikh yang cantik jugak yer :P


ni masa dorang nikah last yer
20.11.2011

ni plak masa tunang
10.10.2010

alhamdulillah moga baby rayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..nanti boleh tolong doakan untuk kami yer..huhuhu

lots of luv
et


Wednesday, August 8, 2012

lepat liat

lepas balongan hayam, lepat liat la pulak....ko ni et mcm 2 hal..hahaha

ok ni pun kuih yang mak buat..aku tukang ambil gambar dan simpan dlm sini.
bahan2 sangat senang(ko reti ker et)

1 peket tepung pulut
1 genggam tepung beras
air gula merah
santan
daun pisang
minyak

inti
kelapa parut digaul dengan garam

mula2 parut kelapa ambil yg putih2 jer tau..gaul dengan garam.
kemudian masak gula merah untuk dibancuh bersama tepung pulut + tepung beras..campur santan juga. mak guna lebihan setengah paket santan yg buat kuih balongan hayam tadi.
dan jadi seperti gambar dibawah.bulat2kan supaya senang nak masukkan inti.


kemudian ambil minyak dan lenserkan pada daun pisang.
buat memanjang dan isi dengan kelapa yg telah dicampurkan garam.
balut macam balut lepat tu. 
mak cakap, buat kecik2 lebih sedap dan nikmat rasanya..muahaha
badan kuih lepat liat ni dah manis sebab tu intinya mak tak bubuh gula..yerla tadi kan masa uli kulitnya menggunakan gula merah...

aku tanya mak kenapa panggil lepat liat. mak cakap memang liat kuih ni..hahaha
ok nanti rasa baru tau liat ker tak.
aku tak pernah makan lepat liat ni..tapi kuih balongan hayam tu memang aku suka sebab syedap.
mak plak sporting sungguh bila aku amik gambar n cakap nak masuk blog...dan dan tu jugak mak explain macam mana kejadian kuih ni..hahaha..bestla emakku.


hurm baru jumpa aku dah rindu pada emak..huhuhu...sib baik mak dtg puasa umah atok...best la jugak kan..tapi hazabnya nak masuk selayang, memang mencabar sungguh..jam memang buat aku tensen..sabar2..


p/s:sayang melor ketat2...tq beb


lots of luv
et

Tuesday, August 7, 2012

balongan hayam

mari bersama cheff et..hahaha

aku kan pegi umah atok lagi semalam. lepas letak kuih nasi antah sebagai rujukan aku nanti, kali ni aku nak bubuh pulak lagi satu kuih yang diberi nama "balong hayam"
ekceli kuih ni macam kuih koci.aku tanya mak kenapa panggil balong hayam, mak cakap sebab warna dia merah..tapi mak buat warna hijau..ooo sebab mak memang nak warna hijau...hurm boley gitu yer mak..hahaha

bahan2 kuih balong hayam
1 peket tepung pulut
santan
air kisar pandan (takyah guna daun pandan kisar pun takper..guna yg pewarna tu je)
minyak
inti kelapa yang dimasak bersama gula merah(mak guna kelapa yg agak muda)
dan daun pisang


 campurkan santan dan gaul bersama tepung. mak guna setengah peket santan pekat.selebihnya mak letak sedikit2 air pandan.gaul sebati sehingga jadi mcm gmbr no 3 tu. dan bulat2 kan la tepung tersebut.


 kemudian ambik daun pisang, leserkan minyak supaya ms makan nanti tak melekat..buat la mcam karipap jer aku tengok..
 dan seterusnya lipat mcm beg duit tu jer...hahaha..sempoi kan kuih ni.(maafla kalau ada yg lebih arif tentang kuih ini)..ini cara cheff dah buat yer.
kemudian susun dlm pengukus dan kukus la sehingga masak..



inilah rupa paras kuihnya bila dah siap..jujurnya hodoh ni sebab aku yang buat. kalau cheff dah yg buat memang cantik kejadiannya.hahaha...
kenapa balong ayam? mak cakap sebab mcm jambul ayam laaaaaaaaa...ooo yeker mak...jap tengok jap
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

hurm...ada la jugak


main2 la ko et kan...kena marah baru tau..yerla...yerla... mak yg ckp aku nak tulis kat sini jer.untuk memori aku tentang wadai balongan hayam ini...nanti bila aku dah pandai buat untuk anak2 aku, kalau dorang tanya aku jawap ko pegi jer google..hahaha..nampak sangat nak makan penampar kan?ngan melor..muahaha
kuih ni kuih banjar..jadi balong hayam t u yg jambul ayam  tu la..


owh lupa pulaks, semalam melor belikan aku kasut yang cantik dan cute..aku suka gila..sangat2 suka..tq melor..i tau u kan pandai bab2 baju dan kasut i..hehehe..


lots of luv
et

Monday, August 6, 2012

gasing ben10 pak lang


ini aktiviti pak lang bila berjumpa anak2 buahnya.
sebab tu pak lang ni antara org yang disayangi oleh mereka yang terlibat
sebab pak lang depa ni memang suka kena paw dek anak buah..hahaha
takderla..pak lang yang memang sukarela..
murah rezeki pak lang cute ni kan?


masa hari kejadian ari sabtu. lepas appointment gg aku, pegi umah atok jap antar hadiah umar. owh umar nyer bestday ari jumaat..yg kedua tahun. tapi mama dia dpt buat ari sabtu sebab ramai akan dtg umah atok. menunya semua obersea..nasi ayam vietnam katanya...mesti ayam sekor2 kan bib kan?hahaha
aku macam biasa gagal menghadirkan diri sebab komitmen kerja walauuuuuuuupun muka kena maki jer walaaaaaaaupun dibulan puasa..*tensen disitu*
tapi aku dtg juga kerja sebab aku kan suka duit...hahaha


makanya masa ni diorang semua dok keliling melor..aku kata apa kejadahnya la budak2 ni dok kerumun pak lang...ada bonus ka?



rupanya menda alah ini




apakah benda ini..namanya GASING.....melor suh acap pegi beli..sanggup plak tu budak2 ni melayan..harga rm9.50...sukahati mulah melor..katanya senang nanti balik kampung boleh main sama2..tak yah nak pinjam2 dah..hahaha..yerla masa kecik tak puas main kan?gagaga


monday blues frend


lots of luv
et