Friday, September 30, 2011

Gita Gutawa - Sempurna

khas untuk melor
miss n lap u 4ever

lots of luv
et

Jangan Gado-Gado





muafakat membawa berkat. tak baik tau gado-gado

lots of luv
et

Thursday, September 29, 2011

beto kusyairi


Nama asal: Nurkusyairy Zakuan b Osman
Lahir pada: 19hb Feb 1980
Asal: Kuala Lumpur
Status : Berkahwin dengan Tisha Shahar
Kerjaya : pernah berlakon aksi lagak ngeri dalam Cicakman dan Bilut
Pendidikan : Diploma Perhotelan Uitm.
Antara Telefilem dan drama lakonan: Tersasar di jalanmu, Mencari Nurkhadijah, Kasyaf Imani, Wasiat, Juvana, Geng Surau, Kekasih ku Seru, Pusaka (sekadar menyebut beberapa senarai drama)
Filem lakonan: Nur Kasih the movie, Chow Kit, Jalan Pintas, Sini Ada Hantu, Kami The Movie , Barajiwa dan Syaitan.
Dari mana asal nama Beto tu? Semasa dia berlakon dalam filem Syaitan, Rosyam Noor cadangkan pada dia supaya meletakkan dua nama macam nama Rosyam Noor, kerana kebanyakan pelakon ada dua nama. Beto menyatakan dia mengambil nama Beto sempena nama panggilan semasa di sekolah, nama Beto ialah nama dari drama Mexico yang mengisahkan tentang persahabatan. Jadi teman rapatnya memanggil dia dgn nama Beto saja, jd lekat le Beto Kusyairy.

yg atas tu aku google yer...aku mula jatuh cinta dengan lakonan dia ni masa aku tengok cerita "uri" sedih la pulak cerita ni. telemovie arahan fauziah nawi..makanya, start dr hari tu, semua lakonan mamat ni aku akan tengok.
beto dlm "URI"
ni lakonan beto dalam ''ROSLY DHOBI"

Siapa pun tak akan lupa wajah ini dalam juvana -cikgu ariffin

geng surau...
kasyaf imani(aku suka sangat lakonan dia dengan sharifah amani...sweeet sangat)
cita dan cinta ...
yg akhir ni gmbr beto ngan wife dia...ekceli aku google jer smua gmbr ni...
#tengah layan cerita SESUNGGUHNYA lakonan beto dengan sharifah imani..huhuhu..oh awak..romantik sungguh dlm cerita ini..tambahan suara beto yg rangup2..

p/s:melor oh melor...grrrrrrrrrrrrrr

lots of luv
et

umar @ ecah

sabtu lepas pwgi kenduri kahwin sepupu aku..aisyah & yazid. cantik dan sepadan pengantin. aku dtg petang sket coz follow cousin yg lain..hehehe..sesampainyer rumah pengantin, dorang tgh siap2 nak pegi masjid. nikah lepas asar katanyer...cantik ecah..tahniah ecah..moga bahagia hingga kesyurga..tapi kat sini nak citer pasal umar qaliff ni haaaaa..geram tol ngan kengkanak yg sorang ni..hahaha..sgt la aktif. cuma yg bagus tentang umar ni adalah dia tak akan masukkan apa2 barang yg dia jumpa dlm mulut. walaupun makanan. dia akan pegang, main2 sampai lunyai then buat sepah...kami lepaskan aja umar. mcm org baru lepas dpt kaki mamat ni...kehulur ke hilir sambil sengih nampak gg jarang dia..hahaha
cara2 nak bagi umar diam dan tak mengamuk sebab dia dah bosan."jong-jong inai"

gg jarang umar (eeeii tu tangan aku ke peha tu...uwaaaaa)tapi pakai gak t-shirt lengan pendek :(
ini budak sudah geram..hahaha
baju sudah hilang..panas
org buat keje, dia pun buat keje. dok main kasut orang..aishhhh
takperla umar..main la penyapu tu..hahaha
umar oh umar..geram betol dengan kamu ni..gigit kang nangis..geram sungguh..huhuhu..moga umar sentiasa sihat dan membesar bagai johan.

p/s:biawak pun biawak la...bukan org lain jugak..yg ckp tu lagi la bapak bewak..hushhhh

lots of luv
et

Bruno Mars - It Will Rain [New Music]

soundtrack twilight..tak sabar nak tgk filem ni...8 november....walaupun sebenarnye tak sabar nak tengok hero dia...hencemmm



info lanjut ohbulan

Wednesday, September 28, 2011

empire gallery

gambar sebelum

selepas meletus dipercayai akibat kebocoran gas bawah tanah. 4 mangsa mengalami kecederaan. 2 drpdnya adalah pengawal keselamatan. hurm nasib baik kejadian lebih kurang kol 3 pagi...kalau masa tengah ramai pengunjung, isk..isk..isk.
semoga kita semua dilindungi..

p/s:terima kasih pada yg mendoakan kawan et SUHAILIZA. dia dah mulai sedar tapi masih mamai akibat kesan ubat. sudahla bersalin normal, kemudian dibedah pula untuk membuang uri yg melekat..kesian sungguh kawan et ini.

sijil penghargaan

muahaha...korang ada...korang ada...aku ada niiiiiiiiiiiiiii..muahaha(bongkak sungguh patut tak menang)..

tq lady ayu...sayang u ketat2..hehehe

wordless wednesday








lots of luv
et

Tuesday, September 27, 2011

Feminin : Untukmu (HQ Audio)


muahahaha..aku buat lawak ari ni..biar la aku jer yg tahu..layan lagu ni yer...best woooo


lots of luv
et

susahnyer


memang susah nak patuhi arahan kan? walaupun bersebab kenapa arahan tu dibuat tapi kita sebagai pengguna tak pernah pikir pun kenapa, apa sebabnyer dan mcm2 hal la walaupun reason tu tak munasabah langsung.

1-


gambar memang tak der kena mengena dengan cerita pun..hahaha..dah sesatu tempat tu kata tak boleh masuk, jgn la berkeras nak masuk. kang dah masuk pegi tempat lain pulak. bila tak bagi masuk marah padahal untuk keselamatan sendiri. mana lah tahu tempat tu memang merbahaya, kan dah menyusahkan orang lain...

2-

paling senang kalau naik bus/train, sure tak nak beratur. eiiii geram tol la (eleh tu berebut nak duk tepi tingkap la tu..feeling balik kg.pdahal pegi keje jerk)...

3-

duduk kat atas kerusi erl yg sedap..nampak tanda dilarang meletak kaki diatas kerusi. tapi kenapa mesti langgar jugak arahan dengan letak kaki sesuka hati...kerusi tu memang la mengadap tapi bukan untuk kaki kamu yer..heiiii geram sungguh

4-
owh kekanak yg comei...maaf untie guna gmbr kamu...

lagi satu sudahla kamu letak kaki diatas kerusi sehingga buat aku kurang enak, dengan selambanyer kamu korek hidung kamu itu dah colet diatas kerusi....eeeeeeeeiii kurang sopan la..memang tak salah pun tapi itu bukan kerusi kamu. itu milik org awam. aku tengok pun kurang selera dibuatnya.
okei tak salah pun korek hidung, yerla kang tak dpt hirup udara segar bersama econ yg sejuk dan nyaman ni kan, TETAPI haruslah kamu berfikir tentang org sekeliling...sangat tidak paham okei...

eleh et..ko pun selalu langgar arahan kan?hehehe

p/s:bila dia masam kutahu ada yg tak kena...hurm...kadangkala kita berkata-kata tapi yg dipaham adalah berbeza..

lots of luv
et


RED COBEX - TRAILER FILM INDONESIA 2010




apa kemeneda citer red cobex ni?
cerita ni tahun 2010. baru tahu tentang kewujudan ini cerita sebab tgk kat indo pek. memula mcm tak best tapi bila dengar cara dorang cakap mcm best jer..tapi memang best pun tambahan sarah sechan bawak watak pompuan madura(baru aku tau cr doyok cakap dialek org madura)..hehehe..ni la sinopsis cerita red cobex yg aku dah translate kan dan tambah2 la sikit2..boleh tgk kat youtube jer citer ni bagi sapa2 yg tak langgan indo pek..

Geng red cobex dianggotai ibu2 dr daerah yang berbeza iaitu mama ana(tika panggabaen-ambon tante lisa(indy brandes-manado) yu halimah (aida nurmala –tegal) mbok bariah (sarah sechan-madura) dan cik meymey (cut mini-cina ). mereka adalah sekumpulan ibu yg membela kaum lemah dan sangat anti maksiat. Mereka tidak segan2 menyakiti org2 yg mengambil keuntungan dr hasil bisnes kotor cnth jual vcd lucah. Bersama yopie(lukman sumardi) anak tunggal mama ana yg lurus bendul, red cobex kerap beraksi samseng dan membuat keputusan sendiri.

Satu hari, red cobex ditangkap dan dipenjara kerana dianggap menggangu ketenteraman awam dan mereka ditangkap semasa mencuri dikedai emas milik bekas suami mama ana(bapak yopie). Setahun setelah kejadian. Yopie dibebaskan dr penjara dan menumpang tinggal dirumah kawan baiknya dr kecil ramli (irfan hakim) tetapi isteri ramli, ipah(shanty) tidak suka yopie tinggal bersama. Bermacam cara ipah lakukan supaya ramli menyuruh yopie keluar tetapi gagal.

Aku suka karektor yopie yg lurus bendul serta sangat setia dengan ibunya sehingga tidak dapat menilai yang baik atau yang buruk. Konflik bermula semasa mama ana meminta yopie membawa set karaoke ke penjara kerana bosan. Tambahan yopie yg mahu berubah dan baru keluar penjara sangat sukar untuk dia mencari pekerjaan.

Berjaya atau tidak yopie membawa set karaoke. Bagaimana cinta dia dan revalina s temat berputik. boleh la tgk yer...kiranya ketua geng red cobex ni mama ana..kelakar sebenarnyer cerita ni..ada aksi 18 pun yer jugak..

hurm...mcm2 tajuk cerita sekarang kan...bak kata opera van java

"disana gunung, disini pun gunung,

ditengah-tengah pulau jawa

pelakonnya bingung, tok dalang pun bingung

yang penting kita semua ketawa"


lots of luv

et

Monday, September 26, 2011

pepatung

bintang ni orang panggil pepatung.ada juga yang panggil sibur-sibur...tapi aku panggil cakcibor...hahaha bak kata pakcik...mana ada org panggil benda ni cakcibor...tapi bagi aku rasa macam cool jer sebut cakcibor...gagaga..cakcibor,sibur-sibur atau pepatung, ia tetap antara binatang yg paling best untuk ditangkap. kalau rerama tu ada habuk2(ceh habuk2 kunon) kat kepak dia...tapi susah gak nak tangkap benda alah ni..hurm alah bisa tegal biasa..hahaha


Sunday, September 25, 2011

sedarlah kawan

kisah kawan lama aku semasa disekolah. baru mendapat khabar sedih dari adik beliau. pd kwn2 lain "maaf aku guna gambar ni..aku tak der gmbr terbaru lily coz lepas sekolah, aku memang tak pernah jumpa lily"
yg bulat tu lily...muka yg paling bongkak tu lah aku..hahaha

lily @ suhailiza zainal selamat melahirkan anak keduanya tetapi kini beliau dimasukkan ke ICU hospital muar akibat pendarahan yang teruk dan masih belum sedar sejak 8 hari lalu. lily melahirkan tetapi tak cukup bulan. alhamdulillah baby beliau ok namun masih dlm perhatian. sesiapa yang kenal dengan kawan aku ni, marilah kita sama2 doakan semoga lily sedar dan sihat seperti sediakala. lily ni dulu student uum sintok...

semoga lily cepat sembuh...

p/s:rindu kenangan lalu

lots of luv
et


Friday, September 23, 2011

ragam si chomel












kisah junko

cerita ni aku ambil dr email ok..serius memang kecut perut aku bila baca..sangat menakutkan...aku baca pun skip2 jer coz kejam sangat... aku pernah baca novel pasal yakuza ni....
aku abadikan disini untuk tatapan yg lain.... semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.


*************************************************************************************
"Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.

Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:

* Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史Yokoyama Hiroshi))
* Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲Kamisaku Jō?))
* Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
* Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
* Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
* Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.


Seksaan-seksaan yang Junko deritai:
HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.
So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.
Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.

P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan!

Berehatlah dengan tenang, Junko...

*************************************************************************************

hurm...renung2kan...


Thursday, September 22, 2011

GA header from Lady Chenta


aku selalu jengah2 rumah lady chenta ni(pergh mcm dokat jer kan)..maksud aku, blog lady ayu ler...nak poi umah jauh nun disana...tiket jer aku lepas...hahaha..

header dia chantek2 semuanya tambahan header yg naik skuter tu...waaa suka achikkk..aku try gak buat tapi semuanya kelauttttttttt...tapi kalau dpt free tambahan yg tolong buat tu sungguh kreatif, mesti meriah kan blog aku..muahaha

cik ayu, semoga penyertaan et diterima..insyaAllah..ada rezeki, dapatlah achik merasa header cantik org nak buatkan...terasa jer angin sejuk bumi jepun tu kan(ehhh dah melalut ni)

hehehe
p/s: moga ada tuah untuk den

lots of luv
kekodokbulat


pearl harbour

apa kes buh poster filem tahun berapa ni...

sebenarnyer ini adalah filem pertama yang aku tengok kat wayang. kiranya inilah cerita yang buat aku tengok wayang buat kali pertama. seumur hidup memang tak pernah masuk panggung beb. maklumlah org kampung, masa belajar plak tak der pakwe nak bawa masuk wayang....hahaha...eh bukan maksud aku ada pakwe jer baru boleh masuk wayang...kang ada yg marah plak kan...

cerita ni aku tengok dengan kawan2 satu rumah dulu. kami tgk kat MP(mahkota parade)..ramai dowh..9 orang..hahaha..best sungguh.

makanya, bila aku tgk cerita ni balik mesti aku akan teringat kenangan indah itu.alhamdulillah

p/s: malam sungguh indah bila langit dipenuhi bintang, tapi lebih nyaman kalau hujan :)

lots of luv
et



Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday II


no ipod, no iphone,no ipad...hehehe...sempoi