Wednesday, March 30, 2011

:)

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak"

Tuesday, March 29, 2011

fesbuk antu kak limah

muahahaha...jumpa ni kat http://funny-profiles-story.blogspot.com/. lawak tol kak limah.. sila besarkan image untuk baca.. boleh jengah di blog tu..macam2 ada.

buntu lagi


aku buntu lagi

mencari keputusan yang belum pasti

memandang kedepan yang tiada seri

dan yang pasti aku terjatuh lagi


mengharapkan ia reda

tanpa mengguriskan hati sesiapa

menantikan gelap malam

biar cerah disuluh cahaya bulan

namun aku hanya mampu mengharapkan

tapi yang datang cuma renyai hujan

mencurah membasahi bumi tuhan

sama seperti basahnya hatiku yang dalam


terkadang aku merenung kembali

dimana salahku sehingga terjadi semua ini

memang benar jangan bermain dengan api

tetapi aku bukan berhutang budi

adakah kerana tidak sampai hati

yang akhirnya memakan diri sendiri?


yang pasti

aku masih mencari yang tak pasti

ruang diri untuk melontarkan apa yang sepi

sepi yang semakin mencengkam diri

menghayati kehidupan yang penuh duri

walaupun aku sakit dan jatuh lagi

aku pasti mampu berdiri dan terus senyum berlari

walaupun ia belum pasti

tapi aku harus mengharungi

walau api dan lautan duri

Sunday, March 27, 2011

bertukar!!!!

dulu suka tengok citer suria perkasa hitam ataupun power ranger ker...tapi paling aku suka suria perkasa hitam la..dengan motor belalang dia tu..huhuhu...pehtu kalau nak lawan ngan raksasa jer mesti cakap "bertukar"hehehe...

so template aku ni bertukar lagi.aku kan tak tetap ati..suka sangat mengubahnyer kan..ntah berapa lama bertahan aku pong tak tau..font dier mcm kecik jer..tambahan untuk org rabun mcm aku ni kan..hehehe

dan lagi

Ku pandang kurenung dia
Melihat garis muka yang jelas
Memandang wajah mata yang lemah
Dan aku terasa lemas

Lemas aku dibuai kerisauan sendiri
Menanti jawapan pada persoalan yng tak pasti
Menunggu kesudahan yng belum dicari
Melihat kedepan yang hanya suram tiada seri
Menatap keindahan terbentang
Tapi ia kosong dan sunyi
Mencari kedamaian yang masih tersembunyi

Serasa masih menggapai impian yang tak pasti
Walaupun aku bukan dibuai mimpi
Tapi semakin sesak dada ini
Memikirkan segala hal yang datang mencari
Muncul tiba-tiba membuatkan aku senak lagi
Sehingga kini aku belum pasti
Dengan jawapan yang bertukar silih berganti

Dan aku masih menanti
Apakah ada sinar menanti aku untuk tegak berdiri
Berdiri dan terus berlari
Tanpa menoleh kebelakang lagi
Meninggalkan segala beban yang melanda kala ini
Mencari ketenangan yang semakin menghantui
Dan aku akan terus mencari
Sesuatu yang belum pasti

Saturday, March 26, 2011

putrajaya

salam


semalam aku free n memang dah plan lama dah nak renew pasport tapi tak sempat jugak.ada jer mslh yg tak dpt di elakkan.alhamdulillah semalam akhirnya aku pegi gak n rupenyer semakin mudah nak renew pasport ni..hehehe.maklumla aku ni kan selalu ketinggalan.muahaha

rabu tu pi la cr tempat renew pasport kat putrajaya...gumbira dah hati bila dah jumpa tapi bila melor nak amik form jer dia ckp pasport kat presint 15..ini nak amik permit n bla...bla..huhuhu..

dah alang2 sampai, pegi la cari akhirnya jumpala kwsan yg kami hengat jauh n susah giler mau cari, rupanya sangat senang.

so pagi jumaat, dengan semangat berkobar-kobar aku punpegila ke presint 15 mau renew itu pasport..ikutkan expired bulan 9, tetapi memandangkan akan ke bandung april ni, so mcm kurang jer dr 6 bulan..langkah berjaga2 perlu diambil.kang ada plak yg off load kan..huhuhu...5 tahun aku guna pasport lama tu alhamdulillah ada la cop mohor dr korea, beijing,medan,dubai(uae) n jeddah (hydrabad tak masuk yer..huhuhu)

cuma gambar jer tak cantik.maklumla memang muka tak fotogenik pun..huhuhu..sampai jer terus amik no.rupanyer kalau renew leh guna mesin jer..fuhyooo lagi dahsyat...tak sampai 5 minit dah siap n tunggu sejam untuk collect new passport..tapi kali ni aku buat yg 2 tahun jer..lagipun urusan makin senang so setiap 2 tahun buat pun mcm untung jer...tambahan leh buat guna online jugak.so semakin senang kerjanya.
so kol 12 aku dah merewang kat alamanda..pegi ler jenjalan sensorang.hajat hati nak tengok wayang.so aku pun tengok la citer ... dlm botol....nak nangis pun ada gak tgk citer ni.malas nak ulas banyak2 pasal ini cerita..tapi kalau aku tau baik aku tgk citer hikayat merong mahawangsa lagi best..muahaha
pasport dah ok, tiket dah ok tapi hotel jer mcm rambang mata..hehehe...
p/s:tapi mood masih belum mari ...haishhhh:(

Wednesday, March 23, 2011

hmmmm

Ia hilang entah kemana
Umpama angin sepoi-sepoi bahasa
Mahu ku tangkap ku simpan ia
Biar ia terus membara
Tidaklah ia padam secara tiba-tiba
Sehingga susah mahu aku mencari semula

Semangat itu pegi tak kembali lagi
Walaupun puas aku mencari
Sehingga kini tiada di hati
Sukar untuk aku gerakkan jemari
Menari indah di keyboardku ini
Tapi aku merintih kembali

Ingin kuluahkan seluruh alam
Ingin ku khabarkan segala yang terpendam
Ingin ku berlari jauh ke sebarang
Mencari ketenangan yg sukar di genggam
Menghilangkan gundah yg lama bersarang

Namun aku tiada kekuatan
Mahu kuluahkan namun tak kesampaian
Ingin ku jerit namun ku ketakutan
Takutkan pada bayang2 yg kelam
Dan ia semakin pudar hilang
Pergi bersama semangat yang lama tak datang
Walau ku kupujuk namun ia terus bersarang
Di lubuk hatiku yang paling dalam
Tapi aku amat mengharapkan
Semoga ia akan ada kesudahan
Tanpa perlu ada kesakitan yang bersarang
Biar tiada dendam yang mendatang

Semoga kasih sayang ini berpanjangan

Sunday, March 20, 2011

sedetik lebih

njoy....

Saturday, March 12, 2011

semoga dilindungi

salam...

aku tak kenal mereka
aku tak pernah bersua muka
aku tak pernah bertegur sapa
tapi aku suka baca cerita mereka
persekitaran mereka yg indah
kehidupan mereka yang berbeza
dan celoteh mengenai keluarga
yang tak pernah membosankan aku
dan disini aku ingin mendoakan
semoga warga malaysia di jepun
selamat dari bencana yang sedang melanda
semoga mereka dilindungi ALLAH
dan selamat bersama keluarga tercinta

Thursday, March 10, 2011

FW: kisah seram si pemancing

aku dpt dr email....saja mau share di sini...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampong seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor.
Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa.
Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Wednesday, March 9, 2011

panas



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.


Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.


Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.
Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh
20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
p/s:tq to my email
lots of luv
kekodokbulat

Tuesday, March 8, 2011

lawak di kampung




Allopsssss



senario 1

ipah n paklang melepak sesama kat luar sambil ipah tunjuk kat paklang hasil kerja sekolah n lukisan dia.so paklang pun dgn baik hati lukis gambar ipah.then pak lang lukis mcm gmbr kumbang kat kepala.

mak lang:wah pak lang lukis sepit buttterfly yg pak lang beli ari tu la

ipah : (tersengih bangga)

pak lang:bukan la kutu(sambil sengih)

aku gelak giler sambil ipah muka dah nak nangis...hahaha..siap ckp bukan la pak lang..kutu kat dlm lambut..muahaha..nakal pak lang.


pau mak yg sangat sedap...


senario 2

mak tanyer nak kuih apa..aku ckp wat penakok jerla mak...ok senang jer.sedap betoi kuih mak...then dah sejuk along yg potong dgn pisau plastik...oleh kerana aku ni memang keturunan banjar, maka kengkonon nak ckp in banjar la kan...

aku:mak tgk along potong koi ni mak ..salah..kepala hanggut betoi...

along & mak: muka blur...then along said

along:kepala hangus la dik..mana ada kepala hanggut..hahaha

tapi aku pun tak tau apa yerk kepala hangus tu..lupa nak tanyer along...maklumla org kata banjar murtad..coz langsung tak tau besurah banjar..hahaha..(betoika)

Monday, March 7, 2011

menu malas


kalau datang malas aku, inilah yg aku masak..hahaha...senang sekali haruk jer..muahaha..bubur ala asyura berketam keluarga sicomat..yg penting sedap wooo....lagipun melor dah mula pegi gym kembali..so aku tak perlu masak sedap2 nanti tergugat dia..hehehe..sian plak melor nanti..huhuhu...ala sajer jer nak tempek gambar ni..maklumla aku ni kan perasan sket..hehehe.tak yah ler resepi coz ntry sesuka jer.

kampungku indah permai

assalamualaikum...




terasa lama pulak tak menulis kat sini...oleh kerana melor tak kije, so mcm biasa kami plan buat keje gila lagi tapi tersalah pilih lokasi la pulaks..pagi sabtu, dengan terkocoh2 (sib baik flight lmbt sket kali ni), aku pun siap la kan..melor terus pi kaunter nak check in..lokasi kali n i langkawi..ikut plan asal, kalau rajin balik the same day, kalau malas tido sana..saje nak mkn laksa kat tepi pantai batu itam tu..sedap..alaa laksa juai guna lori jer tapi sedap..hehehe...malangnya flght penuh la pulak..uwaaaaaaaa...dengan muka yg agak seposen kami pun balik la..nak tunggu next flt tapi penat la pulak...memasing dah pakai lawa(tahap lawa kami jerla)...aku pandang melor, melor pandang aku then kami gelak.dia tanya nak pegi mana?then dia suggest nak pegi zoo..aku gelak la kan tapi memang pun aku tak pernah pegi zoo...sian kan?pegi sekali jer dulu kat melaka...hahaha..


tetiba dia suggest pegi sarapan dulu kat kedai kampung area salak..kedai ni juai lempeng ngan cekodok...huhuhu..tapi segan gak coz segak benor kami ni nak pegi sarapan..melor siap pakai sport shoes lagi..hahaha...


tapi dah decide nak pegi mana...so hati gumbira kembali...walaupun sebenarnye memang inilah lokasi awal yg melor plan coz nak antar barang yg kami beli kat sabah tempoh hari. tapi memandangka mak pun nak dtg next week, kami pun batalkan niat nak balik kampung n jumpa mak kat kl ajer..hehehe

lepas makan melor pegi anta repair keta jap..so kami decide balik KAMPUNG..hehehe..


perjalanan agak lancar.sampai pedas linggi melor berenti nak beli kudap-kudap..aku mcm biasala kan..co pilot yg kejenyer tido jer..hahaha..nak sampai ngan segamat kol mak macm biasa la kan tanya menu dulu..hahaha tapi mak tak syak pun aku balik ke tak?wah rindu ni sebenarnyer..



sampai umah mak, semua tak dengar kot bunyi keta masuk..tetiba along kuar nak pegi yasin umah cik mah..aku bagi salam n mcm biasalakan, kena marah la.hahaha...best gilak.tekejut yer along..muahaha...dapat jugak peluk n cium mak....


dan ini antara sebab terbesar aku tak sabar2 nak balik...dania....rindu sudah sama kamu...

dan petang tu kebetulan ada gotonng royong nak cantikkan blog..tapi aku tolongmak sudah la..along dah ada tolong depa..hehehe..so mak bagi upah 3 pokok bunga...muahaha...yang tolongkacau pun ramai jugak..contonyer yg dibawah ni..



teruk betol ini budak..hahaha



aldo n melor
sekutu kuat pak lang buat masa sekarang...mana pegi nak ikut jer..hahaha
ian n pak lang..
ini budak yg semakin gemoks
keje pak lang n anak buah...ya ampun maktok tak tau ini la keje depa ngan bedak mak tok tu..hahaha...lantak kamu la

ini baru separuh gmbr jer ni..hahaha...org nyer ganal2.


cendol kat taman yayasan...nama kedai cendol segar amat...hahaha..pegi n balik singgah

sian budak ni...hahaha
amik gmbr ni bukan apa...cuma terpk ini lah punca kepanasan yg semakin bertambah ni kot.habis pokok ditebang..tanak di korek smua..grrrr
alhamdulillah...dapat jugak balik kampung menyedut udara segar.walaupun masih berbekas dihati tapi sekurang2nya ia semakin terjawab n aku tahu apa yg terjadi.bak kata david teo ia bukan janji tapi pasti..(apa kene mengena yek)...hahaha
lots of luv
kekodokbulat

Saturday, March 5, 2011

dmasiv

dmasiv

suka lagu ni coz mcm touching jer..huhuhu...tapi lagu dmasiv memang banyak yg best2..enjoy

Friday, March 4, 2011

kan dah kata

salam....
hahaha...bak kata member aku, elleh tak lama la layout putih ko tu..hehehe..memang betoi pun wani..aku kan cepat bosan..muahaha...so aku tukar lagiiiiiiii...
p/s:masih mau background macam o_L..
lots of luv
kekodokbulat

saman

salam


hmmm....sedih pun ada..kelakar pun ada.hahaha...sian melor..alhamdulillah bila check kami tak der saman so ok la kan..tetiba masa ari isnin tu melor nak cepat boleh dia langgar lampu kuning....muahaha..lepas tu kebetulan kat depan sket polis wat roadblock..apa lagi kene tahan la...abang polis tu cakap, lampu kuning bukan suh langgar....sian melor...kalau ikutkan kena bayar rm 300 untuk kesalahan yang boleh dikatakan besar la kan..melanggar lampu isyarat...tapi sebab melor terus pi bayaq kena la rm100 jer...hehehe..so next time melor jgn langgar lampu kuning ya...org ckp malang memang tak berbau..hahaha...nak buat mcm maner..memang dah tertulis bulan ni rm 100 untuk pak polisi...hehehe

Wednesday, March 2, 2011

hahaha

gambar ehsan dr cik google...tq