Sunday, September 30, 2012

lapar...lapar...lapar

aku tak pasti kenapa lately ni aku lapar sangat2...
bukan aku jer, melor pun sama.
kalau yer pun nak support kawan yang prengnant, takkan aku yg lapar jer memanjang kan?
takder sapa2 pun dlm  perut aku ni..
aku makan untuk diri sendiri
sama mcm melor tapi kitorang punya lapar mcm pelik sket..

hahaha...ni tak best ni
orang sibuk minum alpha lipid
aku plak sibuk penuhkan perut dengan makan sedap
muahaha

p/s:diet.....diet


apa best menu hari ni yer melor?muahaha


lots of luv
et

Saturday, September 29, 2012

aku kaya

satu pagi yang dah semakin panas, selepas selesai membayar semua hutang piutang yang semakin beranak pinak, siisteri tiba tiba bersuara

isteri montel:aku kaya...aku kaya

suami comel:kepala hotak ko(sambil sengih)

isteri montel:aku kaya..aku kaya (memang nak kena sepak)

suami comel:duit habis sibuk dengan aku kaya..aku kaya

moral of the story:cakap tu kan doa....aminnnn

p/s:have a nice weekend frendzz

lots of luv
et

Friday, September 28, 2012

secebis coretan kehidupan

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

bismillahirahmanirrahim...
lama sangat aku nak tulis pasal ini...senang cerita aku namakan watak wanita ini sebagai mira..yang lelaki sebagai amar.

mira ni memang orang susah. hidup kawasan setinggan. dapat pulak bapak pemalas. harap mak dia jer kedai jual makanan yang tak seberapa sangat nak laku tu. dia ada abang dan kakak dan adik2 yang lain. bapak dia dah la pemalas, panas baran tak tentu pasal plak tu. dalam family mira ni kira lawa sikit la dari adik yg lain. lepas tu dia ni pandai amik hati orang. mulut tu manis jer.
masa sekolah menengah lepas pmr, mira tukar sekolah lain. masa tingkatan 4 dia tersuka kat sorang mamat ni nama amar. amar ni memang muka boleh tahan la kan. kira hot item kat sekolah. tak kira cina ke india ke semua suka kat dia. tapi mira ni malu2 tambahan dia tau amar ni kawan baik dia punya pakwe. tapi mira ni memang jenis ada aku kesah kan...dia pandai amik hati amar, jadi jatuh chenta la mereka. walaupun family ada yang menghalang lagipun sebab mereka masih sekolah, tapi mira dan amar tekad untuk serius bercinta.
habis spm, amar balik kg tanam anggur.hehehe..kat kg dia tolong keluarga dia..satu hal pulak sebab bil telefon family melambong sebab asyik kol mira jer. mira plak dah pandai datang umah amar. 
akhirnya kedua family nekad nak satukan mereka berdua walaupun tahu keluarga mira memang tak sukakan amar. maklumlah amar ni bukan orang senang pun. jadi bagi keluarga mira buat apa nak anak dia hidup susah sedangkan mereka pun susah. tapi yerla cinta tak kenal harta benda. semuanya balun...dulu-dulu tak pk pun nak hidup nanti guna wang ke apa..yang penting cinta ok..
mak bapak amar plak siap bagi pinjam duit lagi kat amar supaya cepat kahwin. siap keluar duit simpanan diorang lagi. kalaulah amar tahu mcm mana bapak dan mak dia pecahkan tabung yang diorang buat serta keluarkan duit dari kaki katil yg diorang simpan mesti mira dan amar tak kan jadi mcm ini.
diorang hidup bahagia. bapak amar memang sayangkan amar. siap bagi kereta dan modal untuk dorang mulakan hidup di kl. tapi yerlaaa..harap panas hingga kepetang tapi hujan ditengah hari.
tapi itu bukan persoalannya. masalah besar amar dan mira sekarang adalah mereka mahu bercerai. tetapi mereka masih ada rasa sayang. tapi sayang itu datang semula atau bagaimana?ntah la.. jika sayang mira tak perlu mencari orang lain yang lebih kaya dari amar. sedangkan hidup mereka sudah cukup selesa. bukan hidup susah pun sehingga perlu makan siput babi atau mengambil air minuman dilombong.
sudah ada rumah sendiri, ada kenderaan sendiri. pakaian yang bertukar selalu, mampu pergi bercuti, mampu keluar berhibur dihujung minggu. semuanya menjadi persoalan bagi semua orang. ini kerana, ini pilihan mereka, cinta mereka, sanggup berebut kasih yang lain tapi mengapa dia sendiri yang hancurkan. 
memang betul kata orang, "aku sayang dia, jadi aku perlu lepaskan dia untuk bukti aku sayangkan diri dia"...what the f*** sampai nak buat itu semua kan.....
sekarang ni, ahli keluarga mira mesti tengah buat parti vogel sebab gembira melihat perkahwinan mira yang dia nak sangat tu berkecai. hurm ok lah tu mira..pandai kamu menjaga maruah suami kamu kan?
tapi yerla kan....belum tentu keluarga mira pun mengecap kebahagian sebab ko pun dah hancurkan hidup anak2 ko sekali. harap muka jer baik2.
so sekarang amar dan mira tengah tunggu masa untuk lafaz cerai tapi mereka sangat baik. begitu juga keluarga amar. (ikut hati memang nak ludah jer bila dia datang.) tapi yerla itu jalan yang dia pilih. mungkinlepas ni boleh la lempang laju2 dah sebab dah tak de kene mengena lagi dah.

tapi yang pelik bila amar langsung tak mau jenguk mak dia yang susah hati dengan hal anak dia tapi amar plak buat tak tau jer. ntahla amar....wake up...itu emak tanggungjawab lu..lu anak lelaki sulung beb.bukan bermaksud adikberadik lu nak lepas tangan tapi lu waris paling kuat dia..kasih sayang lu terhadap dia adalah berbeza hokey. adik beradik lu ni memang manusia paling berhadap sopan. nak marah pun pikir takut lu terasa. kang langsung lu tak mau balik. jadi lu pkrla sendiri..dari lu buat2 busy sampai lupa mak lu, baik tak payah beb...mak lu memang rindu kat lu beb.rindu sangat.

hurm ntahla...aku cuma boleh mohon pada ALLAH supaya aku tidak diduga dengan masalah sebesar ini.aku takut sebenarnya...orang pernah kata hidup itu seperti roda. kadang kita diatas, kadang kita dibawah. aku takut sangat bila nanti aku diduga tapi aku tak kuat untuk hadapi semua ini...Ya Allah jadikanlah aku seorang yang kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.amin..

p/s:ubat paling mujarab adalah doa seorang ibu!!!!!!

lots of luv
et

tolong orang tipu orang

aku agak berangin hari ini
sebentar tadi didatangi sepasang lelaki dan wanita muda
dia cakap mencari pakcik mereka yang tak balik dan
ibu pakcik mereka itu sedang sakit tenat
sebagai manusia yang memang suka menyibuk hal orang
aku pun tolong cari dan hubungi orang yang dicari
bila dah dapat tiba2 mereka cakap
jangan cakap anak buah, cakap kawan mereka

ehhhh ini buat aku naik darah ni
ko main2 pulak yer
ingat orang lain tak der keje ker?
hal hidup mati ni buat main2 pulak

reason sebab mereka ada salah faham dan siibu 
sedang merajuk dengan pakcik yg dah 2 minggu 
tak balik rumah.jadi nak pujuk si pakcik mereka ni balik.


aku geram bukan apa?
kiranya macam aku plak terlibat padahal 
aku nak TOLONG jer..
tapi ada yg paham ker situasi aku?

p/s:kalau aku jadi pakcik ko aku pun kecik hati....

pening
et

Thursday, September 27, 2012

masalah problem

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

tiba2 jadi macam ni..dikesan semasa hari sabtu bersamaan 22 september ..tiba2 jam kat phone lain.sekali tengok setting apa kejadah pegi 1 februari 1970...uishhh seram pulak akak.


tensin sebab game smurf aku pun akan masalah la...tapi paling best kelmarin dia jatuh kelepuk depan melor...hadoiiii kena ceramah dua ploh empat jam kuasa 3.ko ni pun telepon nak jatuh dengan aku jerla..takyah tunjuk depan melor..punyala aku jaga ko dengan penuh kasih sayang sampai tido pun mesti ko kat sebelah, tiba2 ko jatuh depan dia.udahnyer aku dapat pandangan paling tajam dan mengancam dari melor..sama mcm cikgu disiplin aku masa sekolah dulu yang garang hazabedah sungguh..tapi aku pangai macam hampeh jugak..hahaha

ni malas pakai hp canggih manggih ni...sensitip benar mcm melor..hahaha..nyampah aku..

lots of luv
et

Wednesday, September 26, 2012

worless wednesday



chanteknyer alang gyra....nanti kahwin dah pk ker warna aper temanya..hahaha..

lots of  luv
 et

Tuesday, September 25, 2012

berakhirnya sebuah perhubungan

dia pernah menjadi sebahagian dari kami
dia pernah bersusah payah sebelum ini
tapi rupanya dia tidak kuat lagi
akhirnya dia nokhtahkan hidup dia disini.

benci pun bukan duit yang kami miliki
marah pun bukan bahagia yang dia cari
bunuh dia pun bukan mampu ganti semua yang telah diberi
semuanya hancur ditangan dia sendiri

hati dia memang dah tertutup rapat
dia sudah bulat dan nekad
tiada siapa mampu menghalang 
itu memang sudah keputusan

mungkin salah kami tidak menegur
mungkin salah kami tidak menegah
mungkin salah kami hanya menurut
tapi
kami biarkan bukan kerana marah
kami diamkan bukan kerana dendam
tapi kami sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan

dan semalam 24/09/2012
dia telah menokhtahkan segalanya.

untuk seseorang yang bernama azizah
kenangan kita biar jadi kenangan indah
mungkin kita boleh jadi kawan
dan mungkin kita boleh jadi lawan
namun
aku sendiri keliru dengan fikiran aku 
marah yang sangat terhadap apa yg terjadi
tapi kesian dengan apa yang kau kejar kini
umpama sengaja menjerat diri
moga kau bahagia dengan apa yang kau cari
tapi aku harap kau takkan hadir lagi dlm hidup kami
as a "family"


lots of luv
et

qhaliff vs tok wan

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

ini gmbr atok kesayangan kami, qhaliff baju kuning dan anak wancik jaga.
umar qhaliff sentap bila tok wan tengok tab dia..hahaha...kelakar ms ni..
dah la duduk dlm meja tokwan..kekanak riang buat meja tu alas untuk main gasing..klu tak bercalar la tile baru wan tu...


eleh qhaliff ni...geget baru tau

tapi tak t au napa dia memang anti betol dengan muka aku...tak mau langsung...paling best, raya haritu mama dia jumpa kucing...kucing bulu gebu tu..anak dia la.jadi dia decide bawak balik...kunun si qhaliff akan suka la kan...sekalinya kena buang dengan qhaliff..dia amik anak kucing tu masuk dlm tong sampah sebab bichin....hahaha...bising la kan..anak kucing mesti nak mengiau jer...sebelum dlm tong sampah dia masukkan dlm laci kabinet mak dia la..memang byk tempat la kucing tu kena buang sebelum dibuang terus dr rumah qhaliff..hahaha

sian ko tucin.

lotc of luv
et

Monday, September 24, 2012

keldai oh keldai

cer tengok apa yang tak kena dengan gmbr dibawah ini?



berita ni keluar dlm harian metro khamis lepas..wan cik la tunjuk ms aku dtg umah atok kelmarin...punyalah kami gelak...yerlaaaa...memang betol lelaki tu salah sebab dia mengadakan hubungan seks dengan keldai tu..tapi agak kelakar sebab muka keldai tu yang kena tutup matanya...bukan muka manusia yang berjantina lelaki..yerla kalau jumpa sekumpulan keldai pun bukan aku tau mana satu keldai yg namanya DOODLE tu...hahaha..hurm yerla aku lupa, aku kan pelupa..muahaha

gmbr memang tak clear sangat sebab tahan gelak masa tengah ambil gmbr ni...kelakar..kelakar


oklah...selamat berkerja...monday blues kawan2

p/s:mungkin tersalah letak kot ms dua nak tutup mata org tu..jgn marah yer

lots of luv
et

speechless



p/s:mcm2 boleh berlaku....
     dengar boleh....percaya belum tentu.
     maklumlah gegel bukan glemer pun.muahaha

tapi kalau betol mcm mana yer?

lots of luv
et

Sunday, September 23, 2012

kosong...kosong

hari ini mari kita nyanyi lahgu najwa latiff bersama-sama..
kosong-kosong......................

uwaaaa..padanss muka haku..
gatal sangat tangan pi tukaq2
sekali blogspot memang dah hapgred..
so otak aku pun kena hapgred..
tapi otak dah kertu lambat sket nak pickup

masalahnyer template aku hilang..
ceh hilang kunun pdhal aku nak tukar sekali memang hilang

aku try cari code template terus meraban keluar mcm2 
arghhh otak tepu..otak tepu..

tunggu ada mood br kasi tukar..

p/s:bosan...bosan...bosan

Saturday, September 22, 2012

last week

minggu lepas aku balik kampung..mak melor ikut..yippie..
best giler...
makan..makan..makan
sampai rimas mak melor sebab kami asyik masak jer.
habis tu memang gitulah rutin aku ngan mak kalau ada org..biar kenyang jangan lapar kan..
lagipun bukan selalu mak mentua aku ikut.
siap panggil orang urut badan dia lagi...harap2 mak mentua aku semakin sihat la kan...
seronok bila bawak org2 tua ni berjalan
dan harap mak aku jugak semakin sihat..
mak aku ada masalah kaki..

ini gmbr mak dengan budak botak
budak botak kena bedak sejuk sebab panas..ruam dia dah naik..
geram dengan ayad ni..

ini pula si nia yang mcm mulur murai..
bangun tido jer mulut dia dah bising.
geram sangat2 dengar suara dia.
bijak sangat...chomel jer bila dengar dia panggil mak melor...
opa..opa..bukan opah..dah macam oppa gangnam style pulak..



balik hari isnin..mak ikut kami...yang terlentok tu acap..hurm bestnye bila 2 cinta hati ada dlm kereta aku..mak n MIL...suka..suka..suka.
tak sabar nak bawak mereka2 pergi jenjalan.

terus pegi umah atok lepas antar MIL kerumah dia...sian lama  tak jumpa pakwe dia...bapak mentua aku ler..
sampai umah atok rupanya ibu buat open house...raya dah habis masih buat open house yer..menu mee kari yg super sedap sampaikan kena masak 2 kali..periuk besar..nasib baik chef bib ada.


sigedik dgn tersayang

hari ahad adalah birtday emak aku...jadi hari isnin buat surprise kat emak ramai2 dirumah atok..memang sesuai sangatla kan...ini kek atam dan adik yg beli..decide nak tulis jawi...sian budak kat kedai kek tu..tapi atam dah tulis siap2 jadi dia tiru jer.
selamat hari lahir emak.moga emak semakin sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, boleh jalan laju mcm biasa, boleh berdiri tegak mcm biasa, semakin kuat semangatnya dan semoga mak sentiasa dilindungi Allah.
sayang emak selamanya


dan ini gambar sengal adik..aku dan wan cik...hahaha...benda yg kitorang gigit tu adalah kentang..

lots of luv
et

Friday, September 21, 2012

naughty umar

gambar ni ambil dengan aku...tapi kalau bubuh gmbr aku sekali memang pecah dan retak semua pc komputer yang buka blog aku ni..hahaha..ngeri kan?
muahaha

 ni gmbr yang dia amik sendiri...memang sama jer muka dia...
yang bawah ni bukan sedih tapi ikut emosi yer..
ni la gmbr aku ngan umar qhalif..chomel..chomel..chomel..gigit kang.

lots of luv
et

Monday, September 10, 2012

tq astro

2 minggu lepas dlm ari selasa tak silap aku, aku kol astro tanya pasal pemasangan decoder kedua.
ada kengkawan bagitau, kalau kol astro akan dapat separuh harga. ok jugak kan.
ekceli aku nak pasang decoder kedua kat bilik sebab satu dah bawak turun bawah untuk ruang tamu.
bila kol astro, diorang jawab dengan penuh berhemah. yerla... kan dirakam semua perbualan.lepas dah jawab semua tak sampai 2 minit, bahagian marketing (aku rasala) return kol balik n bagitau lebih lanjut semua pakej dan semua perkhidmatan berkenaan pemasangan decoder kedua ni.melor yg jawab. lepas buat confirmation, dia ckp selepas 15 hari bekerja baru akan dipasang..

alamak...sebagai manusia yang memang tak boleh tido tanpa tv, masalah besar bagi aku..makanya cik teddy jadi mangsa sebab nak dapat chanel yang lebih clear la katanyer..hahaha..sian ko kan cik teddy.



selang sehari, astro hantar msg bagitau kerja2 pemasangan akan dibuat.tetapi mereka akan call dulu sebelum pemasangan.. eh kejap jugak.katanya 15 hari bekerja.sekalinya tak sampai seminggu lepas aku call mereka, pagi isnin, aku dapat call bagitau mereka nak dtg...gembiranya hati aku..jam sebelas sampaila mamat cina nama foo..baik woo mamat ni..dia punya kerja sangat kemas..aku soooka..siap setkan semua channel dulu, kemaskan wayar kat bilik dan semua2 lah..

walaupun channel kat astro ni kadang2 banyak diulang2 tapi bila kerenah aku dilayan begitu baik sekali, rasa sangat2 dihargai. semua panggilan aku dijawab oleh mereka yang bukan berbangsa melayu, pun mereka layan aku dgn baik. harap bukan sebab perbualan itu dirakam la kan...

masa hari pemasangan tu jer aku kol astro dan dijawab lelaki melayu, pun baik jugak cumanya lama sket aku kena tunggu confirmationnya.takperla...tak jadi kudis pun dihati aku..malah masih berbunga2 ceria dihati sebab tak perlu tunggu hampir 15 hari bekerja.

jadi tido malam aku lebih bermakna sebab tv kat bilik dah clear gambarnya..dan cik teddy pun tak kena sula dah..muahaha

p/s:iyerrr rumah saya memang berwarna ceria seperti tadika mesra alammmm..suweet kan?hahaha

lots of luv
et

Thursday, September 6, 2012

Untuk Tiga Hari

tak sabar nak tengok cerita ni..rindu nak tengok afdlin berlakon filem..huhuhu
aku memang peminat tegar karya ahadiat akashah..jadi memang ada la kan buku ni..
sinopsis mesti ramai yang dah tau..hurm..mesti gempak ni.




lots of luv
et

tumit kaki sakit

PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.

Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.


Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.


Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki.
Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

 Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

 Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

 Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

 Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.

Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/17


info dari Harian metro

Monday, September 3, 2012

lipas kipas

suatu hari yang indah, aku seronok sangat nak mulakan hari baru.
semangat giler pegi kerja..kena marah pun takper sebab happy sangat.
bukan happy apa, tapi happy sebab semangat nak pegi kerja..muahaha(sepak kang)

aku malas nak makan pagi, sebab akak ni charge mahal
kadang2 pagi2 aku sarapan jer dah rm6 hengget
bukan sedap sgt pun..hahaha(lempang kang)
iyer aku kan bukan org senang
setiap sen yg keluar tu sgt berharga

jadi lebih kurang jam 1030 aku berlari gembira pegi cafe
sambil lenggang kangkung, oder sekali air teh o ais yg sedap
kemudian cedok nasik setengah..check lauk
yummy ada pucuk manis masak lemak yg cair dengan keledek..
ok peberet ni.
aku amik sayur tu dengan ikan goreng
letak kicap sket dah bayar aku turun
tak sabar ni nak makan...
hurm tengokla..makanan pun amik yg jimat2 jer..muahaha
#melor marah tol bila aku amik lauk gini.habistu ini jer yg sedap.

masa makan apasal sayur ni rasa macam ni
takper aku makan lagi..
hurmmmmm ntah..
apa rasa aku tak pasti...
aku kuis sayur lagi(dah banyak jugak aku makan)
kemudian aku pelik ada satu benda ni..
ehh apa plak kan?
aku check aku pegang dengan tangan..

sayap dan kaki dah hilang
yang tingggal perut dia jer..
perut dia jer ok!!!

kasi gambar kecik sket sebab aku geli gelimat sampai sekarang

kemudian salah aku sebab tak amik gmbr
aku dah meloya mana nak pkr amik gmbr atau pi terjah jer cafe tu..
kalau dia bagi aku ganti makan kepc atau concord
aku sanggup la kan..pi bertekak apa bagai
maklumlah masa kejadian baru beberapa hari raya
jadi nak kaut untung punya pasal masak pun tak berapa nak teliti
lepas tu ckp aku buat cerita nak buat fitnah

aku tak kisah sangat la kan kalau aku memang naik atas jumpa depa dan mengamuk sakan..
ini tidak aku cakap pun senyap2 kiranya aku masih nak tutup kesalahan mereka.
boleh pulak dia cakap aku buat cerita n nak fitnah dia..
helloooooo aku bukan mcm tu la..tak kuasa aku nak buat fitnah kamu tu..
dahla salahkan aku tak pergi jumpa diorang terus
habistuuu kerjaaaa aku saper nak tolong.
kejap2 naik cafe...kejap2 pi toilet, org stanby pun marah..
dah la charge mahal..kalau makan tengahhari pun kena 8 hengget baik makan kepc
berbaloiii jugak

dan akibatnya, aku rasa muka aku dah naik koko sebab asyik telan milo jer
dan juga walaupun salah dorang
aku pun jadi mangsa sebab aku tak pegi beli kat cafe mereka lagi
tapi pesan jugak kat orang suh belikan teh tarik...teh tarik jerk ok 

walaubagaimanapun...
jangan risau, badan aku tetap mantain gebussss begini
hahaha
hadoiii...ingat boleh diet kan..memang tak laaa kan!!!

takperlaaa, memang bukan rezeki aku la tu..cuma aku masih sedih dan kecik hati sebab aku bukan manusia yang buat fitnah dan buat cerita mcm tu..walaupun aku bukan rapat sangat ngan depa, tapi bila dikata begitu, tersentuh hati fasha sandha aku ni..

p/s:kalau yer pun ikan bilis habis, jgn la tumis dengan binatang lain kan?hahaha gurau jer..
aku paham mungkin dia tak sengaja tapi aku tak paham kenapa nak ckp aku fitnah dia dengan penuh perasaan sekali..sentap mak tau..sentap!!!!


lots of luv
et

owh aku masih tak paham!!!!



gyra engagement

assalamualaikum...

semalam majlis besar untuk sepupu tersayang kami semua. gyra bertunang dengan aiman tak kisah pada 01 september 2012. sebenarnya setahu aku tarikh tu depa nak dtg risikjer. tiba2 ditukar pada majlis bertunang. takperlaa...mereka2 pun duk nun di kluang sana..makanya elokla buat sekali arung ajer. 
aku kerja masa merdeka tu..terus sambung ke pagi...dengan tak tidurnyer pagi2 terus pecut pegi kl dulu..udahler jiran aku buat kenduri anak dia sebab nak pegi republic czeh sambung study kat sana.meleh jer kami tengok kambing golek dia.hahaha
sampai tol nilai, kol 0930 lebih kurang punyala jammed dekat tol..pagi2 ramai sungguh yg terjah bumi nilai ni yer..huhuhu.
sampai kl singgah umah mak melor dulu..relax kejap sebab aku ada appointment gg...dahla hari khamis getah  gg aku terchabut...muahaha..sib baik dah hampir date appointment. tapi appointment kol 1230..hadoiii ketensenan disitu..makanya aku pun pegi potong rambut kasi pendek sebab hari tu ada org tersalah potong rambut aku...dah mcm org penan dah.
lepas pi settle gg, kami pegi umah atok..meriah sungguh majlis..owh lupa aku tukar getah warna merah..wotz..wotz

rombongan sampai selepas asar. simple je hantaran tapi aku suka sangat sebab soooo sweet..muahaha.
maklumlah penukaran majlis pun secara mendadak. jadi goodies beg pun takder.

kiri rombongan aiman tak kisah n family:yg kanan tentulah my lovely emak dan budak kembang

owh masa sebelum sarung cincin, anak buah aiman bagi gyra bunga...chomel..chomel..chomel..ini mak ngah aiman. dia sarung cincin merisik..cincin tunang gmbr dlm camera...tak upload lagi la pulak kerana ada masalah teknikal.

gmbr atas : abah musa, atok,aiman tak kisah, gyra, ibu yuna..
kanan atas : sepupu sepapat wiz gaya bebas..
kiri bawah : ladies only..hehehe ..mak,wancik,aiman tak kisah,gyra,wancu,ibu
kanan bawah : tambahan maktok kami yg gorgeus


kalau takder gmbr gedik sepupu sepapat memang tak sah la kan...hahaha..inilah geng budak kaca mata...
kiri angah edon, et cute (buweeek), endong dan cawe-cawe...owh abaikan sigedik acap tu..hehehe.(.nampaknyer kena tukar spek la gini)

disebabkan kamera aku tak leh nak load gmbr lagi, ini jerla yg hado..aiman dan gyra...

dan yang terakhir mestilah si chomel umar qhaliff..geram dengan ini budak..aiman bagi kek red velvet siap ada stoberi..dia plak memang mak dia selalu bagi makan stoberi..makanya sibukla dia nak ambil itu kek..jenuh kena kepung..sian umar..huhuhu
alang tido umah umar..best woo umah umar.

seronok sungguh dpt jumpa sedara mara. walaupun aku tak sempat tolong banyak, mohon maaf yer..
untuk gyra dan aiman tahniah sebab dah melangkah ke satu tittle lagi..iaitu tunangan orang. insyaallah majlis akan berlangsung awal tahun depan..tarikh belum diputuskan lagi. sebab nak tengok juga jadual cuti semua orang. 
hurm tak sabarnya kami semua...



lots of luv
et

Sunday, September 2, 2012

kipas lipas



hahaha..ntry kipas lipas..aku ada kenangan pahit dengan lipas ni..akan ku coret disini...
ok pasal kipas ni sebenarnya aku ada fobia sket dengan kipas syiling.
melor selalu buka kipas sampai 5. dan aku akan marah tiba2 kira macam kalau kipas tu terus on pegi 5, suis marah aku pun on jugak..muahaha

sebenarnya, aku bukan apa, dulu kawan aku pernah cerita, dia kat asrama dudk kat katil tingkat 2. kan dah dekat dengan kipas. ntah mcm mana satu hari tu dia duk seronok sangat berborak ngan kawan2, tiba2 kipas atas kepala dia tu kena KEPALA dia...nasib baik panjang umur.. sejak dari aku dapat tau cerita itu, aku terus fobia dengan kipas syiling terutamanya. tapi kipas kaki pun aku fobia jugak. mana tau masa kelajuan 3 tu dia patah atau pecah kipasnya, mau tecucuk bijik mata..adoiiii..seriau aku.

ok.. yer aku paham, ntah apa2 aku ni kan tapi yerla..semua org ada fobia masing2.
so en melor, u tau la kan sebab apa i tak suka kipas tu laju2. mana tau kita tengah relax2,bilah kipas tu terpelanting ker kan..maklumlah barang tu ciptaan manusia..muahaha

p/s:ada lepas ni orang tu tak buka kipas dah :p

lots of luv
et

Saturday, September 1, 2012

2 minit

kadang kala masa 8 jam yang bertuah,
kita juga akan merasa bertuah
tetapi jika tidak
masa 2 minit pun jadi punca

hurmmmmm 2 minit yer..
sungguh bermakna untuk aku
bila selepas 2 minit aku kembali segar

arghhhh persetankan semua itu
aku hanya manusia biasa
tapi mcm asyik aku jer yang kena
2 minit jer pun

p/s:uwaaaaaaaaa tensennnnn

owh lupa, aku kan power rangers..yg warna kuning :(

lots of luv
et