Sunday, July 29, 2012

Iman

bersabarlah

lots of luv
et

Friday, July 27, 2012

16. Balasan Orang yang Berhutang


Soalan: 
Apakah hukum dan balasan Allah kelak ke atas orang yang berhutang tetapi tidak membayar hutangnya pada hal ia mampu. Apakah yang perlu saya lakukan jika orang yang berhutang dengan saya seperti yang tersebut.
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.
Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya di masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak  Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.
Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam  membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

rujuk disini..mohon copy sini tau

semalam jumpa sorang mamat ni.kebetulan masa aku keluar dia tengah lalu..nasib baik dia dtg kat aku. dia keje bank sekarang. kira ok la kan income..tapi bila tanya jawapan standard 
"nie ha nak keluar pulak!" sambil tunjuk perut bini dia yg tengah ngandung.
eh ko yg hutang nak salahkan baby pulak..
lepas tu siap cakap kalau nak aply loan cari dia..habis tu apa kata ko jer buat loan tu n bayar kat aku..ok gak tu..

hurm malas nak layan org macam ni...aku pernah cerita mslh ni dulu..tapi biarlah berkarat dlm ni..

p/s:aku hanya insan yang lemah

lots of luv
et

8 tahun usia kita

dulu masa kecik bila cikgu tanya nak jadi apa, aku akan cakap lawyer...sudahnya jadi loyer buruk ajer.
da besar sikit tukar nak jadi akauntan..ni semua hasutan dari arwah abah..huhuhu..dulu abah ada kedai jadi aku memang selalu kemaskini akaun kedai abah..part time jer. jadi aku memang suka sangat dengan nombor tapi aku tak pandai sangat matematik..hahaha..jenuh kawan aku jar dulu masa sekolah tapi hampeh...
habis spm aku amik akaun..abah suruh tapi aku lebih suka kerja2 yang kasar dan yang macam jantan ni...aku sedar aku suka bertukang. menyesal pulak tak belajar pomen motor dengan abah kan?ok jugak apa kalau aku bekerjaya sebagai mekanik pompuan.boleh gak betolkan motor gp ker apa ker kan..hahaha
tapi sekurang2nya aku suka pada angka walaupun matematik aku lemah...habis belajar aku dapat keje kat bank..alhamdulillah masih bermain dengan nombor walaupun bukan akaun..hahaha
sekarang bidang kerja aku memang jauh lari dengan apa yang aku belajar dulu tapi alhamdulillah ini jugak yang aku mintak kan? dulu masa aku keje kat bank, aku selalu cakap ngan akak2 kat sana "ada tak kerja yang tak penat tapi banyak duit dan relaks"...haaaa amik ko....sekali Allah makbulkan, sampai bosan pulak la kan..dasar manusia tidak bersyukur..hehehe

alhamdulillah, kerja sekarang tak pernah aku gambarkan bahawa ia akan jadi profession aku suatu hari nanti..tapi aku tetap berbangga. alhamdulillah..dengan gaji yang aku terima setiap bulan, aku bahagia dengan melor walaupun kadang2 nak jer aku gigit-gigit melor tu..
dengan gaji yang aku ada sekarang aku mampu beli rumah yang aku duduk sekarang, bayar duit kereta, bawak family jenjalan walaupun kadang2 ada juga rasa semputnya.

kadangkala bila aku dan melor duduk berdua(alololo mcm ramai sgt dalam rumah), kami sendiri tak sangka akan terus menetap dikediaman yang kami suka dan selesa. suasana nyaman, sunyi sampai tupai pun buat sarang kat umah aku(ker sebab bersepah sangat), pagi2 burung berkicau, sekarang ni siap ada ayam lagi berkokok (jiran baru belakang umah bela ayam...memang best..mcm kampung pulak)..sangat2 mengujakan.

walaupun kehidupan kami hanya berdua, tapi aku sentiasa positif. kadangkala terasa jugak bila belum berhasil menambah bilangan keluarga tapi takperla..aku tak mahu kusutkan kepala hotak aku dengan soalan2 yang aku sendiri tak der jawapannya. biarlah ia menjadi ketentuan ilahi. ada rezeki, adalah anak kami..seperti rezeki yang Allah beri dalam kehidupan kami..insyaallah.

bulan ini bulan cinta bagi aku..bukanlah sebelum ini tiada rasa cinta. tapi bulan ni lebih sikit. bulan ini genap 8 tahun perkahwinan kami. masing2 dah dapat habuan masing2 kan melor kan...hadiah in advance.hahaha.alhamdulillah.

walaupun 8 tahun usia kita,
walaupun 8 tahun kita bertampar mesra
walaupun 8 tahun kita bermanja
tapi aku masih terasa
seperti baru semalam kita berjumpa...

happy 8th anniversary sayang..
sayang selamanya..

lots of luv
et

Wednesday, July 25, 2012

wordless wednesday





janji ku tepati

alhamdulillah
ramadhan keempat buat nasi lemak
dengan mcm2 hal semalam
tapi takper kejap jer nasi lemak ni
marveles sungguh
tak sangka aku pandai masak sambal
muahaha
ok  aku memang tak berapa pandai nak msk sambal
tapi setelah banyak kali mencuba, akhirnya mencapai piawaian yang aku nak..
paling best tengok melor makan.
laju jer member makan
muahaha
vangga giler

yang bawah ni plak  menu sahur aku pagi tadi..
aku agak musykil bila selera melor dengan aku mcm bertukar pulak
setahu aku, mamat ni tak suka western
hidup dia mesti nasik,,mee,nasik, mee..
semalam pestime mintak buat macaroni bakar
pastu pagi semalam sahur aku buat nasii goreng mcm biasa
tapi demand la pulak
"i nak bege la"
ok la ari ni aku buat bege ko..
tapi guna roti gardiner jer.roti bege tak jumpa kat kedai(muahaha)
pastu kawankan dengan jagung kengkonon mcm salad la kan dan omelet cheese mcm atas flight tu..hahaha verangan..prepared baked bean juga.melor cakap omelet tu sedap.aku sediakan untuk dia jer sebab aku makan macaroni bakar yang lebihan semalam tu. kena la buat accesories chicken sandwich tu. satgi lapaq plak mamat tu kan..muahaha

aku pun tak pasti kenapa tahun ni aku kekeringan idea nak masak apa untuk berbuka/bersahur. kalau last year aku semangat giler nak masak tapi this year lemau sungguh. harap semangat aku ni akan kembali nak masak2 untuk melor.

p/s: ini untuk kenangan

lot of luv
et

Tuesday, July 24, 2012

menu penuh kasih sayang

semalam aku sibuk pk menu berbuka
baru ramadhan ke 3 dah tak tau nak mkn apa
kol dua belas keluarkan ayam
ingat nak buat nasi ayam
kol mak dia ckp dia msk nasi lemak ayam berempah
amboi hebatnyer

kemudian on fb start chating ngan iza
tanya menu apa yg best
dia ckp roti jala dengan kuah kari
adoi aku paling lemah masak kari
iza siap ajar lagi cara masak kari
hahaha
kelakar sungguh
orang cakap senang msk kari
tapi bagi aku kari paling susah
muahaha

chating ngan iza jer sampai kol 245
itu pun berenti sebab semayang n nak kemas
hahaha
duk umah tapi tak mengemas langsung
aura malas melanda

selesai solat,
aku malas2 lagi
best pulak cerita kat tb ni
hurm..apa nak jadi ni kan?
melor kol tak lama lepas tu
dia ckp nak makan macaroni bakar
hahaha
kalau yg ni aku confirm pandai la kan!
senyum meleret aku dengar melor nak makan makaroni bakar ni.

kol 5 melor sampai terus pi tesco sebab nak beli cheese
tapi mcm2 pulak yg terbeli
jadi sampai umah terus rebus kentang dengan makaroni.
kentang nak buat salad dengan jagung
alhamdulillah
siap pun tapi first tray aku bakar awal
6.30 dah masuk oven
nak buka 0730..huhuhu
tapi yg traykedua bakar lambat sket..

melor plak prepare dessert
betik dengan strawberi jer.
nak buat kuih memang tak der yg makan la kan?

alhamdulillah
siap juadah ngam2 waktu berbuka
siap gedik2 lagi amik gambar dengan melor

inilah hasilnya...walaupun mula masak kol 6 sebab banyak sangat yg diangkut masa kat tesco,
berhasil jugak baked macaroni aku untuk melor
dimasak dengan penuh kasih sayang..muahahaha..buwek
 hidup berdua mcm ni la kan..hahaha
melor cakap jadi pun makaroni aku..hahaha
hello before ni sapa suka spagheti..i kan?
muahaha
kecoh jer aku kan

ini pencuci perut prepared by melor
manis macam melor jugak
hahaha

untuk iza, tq resepi karimu
dah buat nanti akan aku inform pada ko
muahaha

lots of luv
et

Monday, July 23, 2012

ramadhan yang indah

alhamdulillah
dah masuk ramadhan ketiga
puasa pertama sahur aku di office
bersahurkan masak lemak cili api yg podeh
dan nasi oanas yg dimasak kawan2 lelaki(hahaha)
dorang yg tak nak aku tolong tau
dahla mai awai
tak sompat msak apa2 tok melor
tapi takper dia sahur dgn family dia
lega jugak aku
lepas habis kerja sabtu tu aku gerak pi umah atok
tapi jalan nauzubillah punyalah jam
kami gerak jam 5 tunggu melor balik keje
sampai umah atok jam 7.
tapi melor buka puasa umah mak dia sebab mak dia buka berdua jer.
owh teruk sungguh aku..huhuhu
kat umah atok ada awe balik dari matrik
best gilak
ibu buat murtabak kuchai berudang
sedap sunggguh murtabak ibu.
tapi buka puasa umah atok serupa macam mkn kat hotel
mcm2 menu ada
kuih jer lebih 3 jenis..kuih manis,kuih pedas
lauk tak yah cakp.belum lagi rojak, mee udang la
air mesti 3 jenis..2 sejuk satu panas.
hebat sungguh
lepas kemas2 kami terawih.
abang aku pun join terawih
paling best siap jahit telekong alya lagi
telekong jahitan abang dah macam layang2 pun ada jugak
hahaha..siap senget lagi
tapi takper yg penting menutup aurattttttttts...
kengdian lepas terawih berimamkan atok
kami makan2 lagi..hahaha
best gilak
borak2 dengan abang sekali tengok jam hampir jam 2 pagi
ajak abang tido umah atok, dia nak balik pulak
hurm takperlaa

sahur umah atok pun simple jer sebab aku pun bangun lambat
tapi kan umah atok ni makan apa pun sedap
nasi atok pun sedap..hahaha

puasa kedua
atam cakap akan buka umah atok
yeay
sekali pagi bib dtg antar umar
ohh kena panggil dia qalif la sekarang
hahahaha
aku ajak dia main tapi qalif sombong.
bib keje la pulak tapi balik kol 4
yes bib mesti buka umah atok ni
then cik suh mesej abang supaya buka umah atok juga
orait set
menu dirangka seawal 7 pagi
muahaha
kerang masak lemak dengan kangkung, keli bakar
sodap2..
tapi tak best awe balik tangkak kol seblas
semalam qaliff baik sangat dengan aku
sampaikan tido tengah hari pun ngempel dengan aku
sebab aku bagi iphone tgk utube ke dia
wahhh jadi bestfrend la aku kan
petang lepas asar start projek dengan atok
keli bakar beb
resepi aku la kan.
perap dengan cili blender dengan bawang puting, merah dan halia.
walaupun ada tragedi masa bakar tu
tapi tak hilangkan rasa ikan keli yg sedap tu woo
abang datang tepat pada waktunya
dia la yg tolong aku bakar ikan
pastu abang siap buat ayam pandan lagi
wancik masak kerang dgn kangkung
wancu goreng cempedak dan buat air asam yg marveles
kengdian aku buat roti john
hebat aku semalam
atam datang lambat sket
tapi sempat jer buka puasa umah atok
bib dtg bawak cheese oreo lagi
boleh buat moreh ni
melor pun bawak macam2
adoi mesti penuh juadah ni

masuk dlm hantar ikan tengok2 punya la panjang lauk
kitorang bentang kat bawah jer sebab ramai kan
air mcm biasa, 3 jenis la kan
kalau semalam ada tembikai, bandung selasih dengan teh panas
hari ni air oren sunkist, bandung selasih dan teh panas..
ikan keli aku paling sedap
hurmmm tak sangka tau
walaupun ada yg lebih kurang jer warna dengan arang
tapi tak menukarkan rasa
yerla atok ckp nak garing kan..muahaha

kami terawih dapat 4 saf
seronok sangat tambahan terawih dirumah baru atok
surau baru, ruang tamu baru
alhamdulillah dengan kurniaan Allah
seronok sangat2 bila dapat berkumpul sekali-sekala ni
moga ada peluang kita dapat berkumpul lagi lepas ni
seronoknya terawih rumah atok sebab boleh ketandas banyak kali
boleh minum banyak kali(toilet baru pun dekat)
paling penting boleh mandi lagi sebelum terawih
muahahaha

alhamdulillah dengan semua nikmat yang aku nikmati. semoga kami terus berpeluang menikmati rezeki dari Allah dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.

tiada yg lebih indah bila melihat wajah gembira bersama yang tersayang. aku rindu semua.

sayang kamu melor
et

Saturday, July 21, 2012

Jurujual Mati Ditembak Di Segamat

seram betol bila baca..ambil dari mstar online...
sebab bndr terdekat dengan umah mak aku adalah segamat
moga ALLAH pelihara family aku dari segala merbahaya..

Jurujual Mati Ditembak Di Segamat

SEGAMAT: Seorang pekerja sebuah syarikat jualan langsung mati ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketida dia sedang menunggu isterinya pulang daripada bekerja di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa Asnar Yunus, 28, dari Felda Palong Timor mati setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta bersama beberapa orang lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Supt Md Anuar Ismail berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk, tengkuk, serta bawah telinga kiri menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

"Mangsa ketika itu sedang menunggu isterinya dalam sebuah kereta berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka apabila datang sebuah kereta menghampiri kenderaan mangsa. "Salah seorang penumpang dalam kereta itu telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Md Anuar berkata, polis sudah mengenal pasti individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan tersebut.

Difahamkan, ini adalah merupakan kejadian tembak ketiga di daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Dalam kejadian pertama pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh lelaki bermotosikal ketika mangsa sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Genuang.

Manakala pada 23 Jun lalu pula, dua orang suspek melepaskan empat das tembakan ke atasa seorang pemandu trak penunda menyebabkan mangsa mengalami cedera dalam kejadian di Bandar Baru. -BERNAMA


sedihnyer la dah la ramadhan..moga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman...alfatihah

tak kisahlah apa sebab dan masalah melanda, sekarang ni nyawa macam makan koci jer..mohon share disini


lots of luv

et

Friday, July 20, 2012

selamat berpuasa semua

alhamdulillah...ramadhan datang lagi


jadi untuk semua kawan2 yang baca blog aku, yang kenal aku atau yg tak kenal pun, moga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaiknya.  


jangan lupa niat sebelum tidoq..hahaha


p/s:tak sabaq nak pi umah atok


lots of luv
et

Monday, July 16, 2012

Terima kasih TNB

minggu ni elektrik kat rumah macam ada masalah. 
bila buka lampu akan keluar bunyi api kat meter dia.
aku ingat mungkin sebab leaking kat bilik air.
mungkin dah merebak kot.
malam semalam bangun pagi tiba2 lampu aku berkelip2
aarghh sudah
seram jugak aku
kang meletup terbakar pulak aku dengan melor kan?
nasib baik baju aku memang dah iron.
melor cuti sebab ahad.


aku pegi keje dengan perasaan cuak
takut tu memang ada.
then ada kawan usulkan call ajer tnb
owh boleh yer..hahaha
aku pun cari hotline tnb 
dapat kat sini...tnb careline so aku dial 15454
alhamdulillah pompuan yang jawab..
customer service sangat bagus
explaination sangat jelas
dan bila aku tanya kena bayar berapa
dia cakap kalau msalh mcm tu tak yah bayar
APA...hehehe dasar manusia suka free kan.
tapi sebab umah t akder orang aku kena call semula
untuk buat report dan technition akan datang kerumah


on the way balik umah petang tu
aku report semula
(even ahad depa pun kerja juga...hurm aku ni memang dasar katak dibawah tempurung)
tapi lelaki yang jawab
pun mesra jugak
cepat pun cepat..
sampai rumah, lebih kurang 0540 tnb sampai...
wah cepat jugak sebab dia ckp 1-2 jam kan..
dia check tak sampai seploh minit settle.
lampu aku pun tak berkedip2 dah
terang gitu
memang syok sungguh.mcm dapat cekelat jer
yerla lagi lambat aku settlekan mslh elektrik ni lagi masalah
dahla nak puasa ni kan.
satgi nak sahur menggagau pulak


untuk TNB terima kasih sangat dengan staff2 yang sangat effisien.
sangat membantu aku dan melor.
so sapa yg ada masalah elektrik area nilai
janganlah segan2 macam aku.
settle masalah.
alhamdulillah


p/s:tak sempat nak bagi duit kopi kat depa...dah pulang cepat2


lots of luv
et

latihan rahsia

hei tali apakah ini...
hahaha
ini adalah tali yang kami praktis masa masuk acara tarik tali wakil jabatan aku.
nak tergelak pulak aku
semalam masa aku bosan, aku godek balik apa yang aku tulis sebelum ini.
memang tergelak2 la kan...tambahan bila part tali ini..
kerana tali inilah kami juara tarik tali tau.
tug war..sedap sket bunyinya..hahaha

ini acara dah lama dah ni..2 tahun lepas. lepas ni kalau diberi peluang suruh join mungkin tidak la kot.kami semua bersara awal.

lots of luv
et

Sunday, July 15, 2012

sedapnyer

belum puasa dah mengidam nak makan mcm2..nanti dah puasa aku tak tau la tahap mengidap aku ni lagi teruk gamaknya..hahaha

1)steak-hebatnye gambaq

2)swedish meatball
 3)domino pizza
 4)spagheti meatbal/carbonara ...yummy
 5)keropok lekor..dapat plak dari kuantan.sedap woo
tapi tambah nikmat kalau tak der halangan nak makan..ini makanan sedap2, susah pulak nak kunyah tambahan keropok lekor tu..potong kecik2 mana nikmat nak makan kan?huhuhu..sedihnyaaaaa

meloq...hang tak kesian ka dengan bini hang ni...hahaha

lots of luv
et

melor:ingat kah kamu?

(untuk melor sahaja :p )
hi melor

ini gmbr ko 2 tahun lepas...
masa ni ko memang suka sangat pegi gym
aku pun happy jugak sebab ko sihat
dah senang tido malam
takder la aktiviti ko mengunyah jer

ko tau tak melor
aku rindu tau saat2 ko selalu pegi gym
ko buat video call untuk aku
masa tu ko tengah naik basikal
ingat tak?

tu la melor kan?
aku bukan nak ko kurus pun
aku cuma harap ko sihat dan dipanjangkan umur
aku sedih bila ko sakit
biar aku yg sakit takper sebab aku bertambah sakit tengok ko sakit
sedih tau...

hurm oklah melor
take care n drive carefully

lots of luv
et


Saturday, July 14, 2012

cash n converter shah alam

kami pegi cash n converter lagi..konon nak cari tongkat untuk mak aku..ada tongkat mak tapi kat rumah atok..harap tongkat tu dah jumpa sebab umah atok dah siap n cik tengah kemas..hurm bila la aku nak pi tolong ni..sian cik..sorry cik
sekalinya tongkat yg kami tengok bulan lepas dah habis..ramai kot orang yg sakit lutut..hohoho
ingatkan tongkat habis, selamat duit..tapi kelaut...
kalau bawak aku pi sini, memang tak dpt control la kan..aku suka barang2 second hand ni..hahaha
aku dpt kerusi ni dengan harga rm9 hengget setiap satu..cantik tu.dah diletakkan didapurku
ada ruang sikit mula la nak letak barang kan...satu gmbar ros satu lagi gmbr ayam jantan
beli jugak mangkuk ni..4.50 untuk 6 bijik//
dan tv ni harga dia rm149 jer..besaq tu..jenama panasonic lagi..tb ni bubuh dlm bilik kami.maklumlah aku ngan melor memang tak boleh tido kalau tv tak on.hahaha..dasar penakut.
tv dlm bilik yg lama dah rosak.size lebih kurang ni jgak..dan kami ada tv 14 inci..boleh la letak kat dapoq(very the verlagak)hahaha...kami guna la yg tu dulu jadi peneman tidoq kami kan..tapi memang kelakar la kan...tv hujung sinun..katil hujung sinin...pening kepala nak tengok sebab kocik jer..ala tv dlm bilik jer pun.
nak beli lcd tak mampu..beli la tb kotak ni dulu..alhamdulillah
bersyukur dengan nikmatmu ya ALLAH

p/s:alhamdulillah..
lots of luv
et

Friday, July 13, 2012

AMEERA


sapa tengok cerita AMEERA...uwaa sedih betol semalam..geram sungguh aku dengan ziela lakonan zarina tu..memang menjadi tapi senak perut aku dibuatnya..sian kat ameera..

cerita ni dah episod 23...lagi dua episod jer akan habis..tapi aku tak dpt tengok finalnya secara live sebab keje petang..adush..rugi..rugi
sesapa nak tengok boleh pi kat malaymoviesfull...

lots of luv
et

sapa tengok cerita AMEERA...

aku dan makanan

ntry malas nak mengomel banyak2...lapaq bila tengok makanan ni.
aku baru tukar getah dan dawai bracess...hambik ko..rasakan seminggu makan bubuq bersama ikan bilis yang ditumbuk halus juga...hahaha..tulaa haritu berlagak sangat kata tak sakit kan...muahaha..padan muka aku...
ni bulan lepas punya kot..aku pun tak hengat sangat dah

secret recipe cake-durian apa ntah..sodap sebab tak manis sangat

melor punya cake-indulgance kot..feverat dia forever

lasagna untuk aku..

nasi goreng sate kot..melor punya

budak ebab

dihari yg lain..teringin makan ayam penyet..
order sekali satay ayam..syedap nak mampos...kuah kacang dia ada letak kicap

ni plak masa kengkonon diri ini adalah masterf chep..
bawal 3 rasa dilapik daun pisang pemberian kawan(eh bukan la..aku yg mintak)
tq wanikeni

sawi bersos tiram ala kedai bondi

telor dadar bermayonis resepi emak

last week kan aku pin bandung lagi..
beli kek kat kartika sari..aku memang suka kek ni
shodapppp..cheese dia mcm eeeeeeeee..geram aku..shodap..shodap

ni karipap 2 hari lepas aku buat..tapi terpedas la pulak..sebab lebih kari..lama sangat dah tak buat karipap
uli kulit dia pun aku ngeng...ada ke masuk air sejuk dulu baru letak minyak..hahahaorg minyak dulu baru buh air ais...sib baik menjadi...

dan ini makanan ruji aku setiap hari..hahaha..tulah ko tau tak et..kata tak sakit sekalinya nak makan pun susah
sebenarnya dah tukar dawai besar sket kan..makanya bila tukar wayar lepas ni aku kenalah beringat dah reda...huhuhu
 bubur nasi dengan ikan bilis tumbuk pemberian kawan..fresh dari sabah tu..sedap sungguh ikan bilis tu..huhuhu

oklah....sekian menu dari tukang masak yg tak berapa nak pakar sangat

huhuhu
lots of luv
et

Sunday, July 8, 2012

sombongnyer dia

keta besar, pangkat besar, gaji besar, orang pun besar
tapi tak payahla nak marah2
salah ko jugak
ellehhhhh
ingat aku takut kaaaaa?

berbudi bahasa sikit apa salahnya
tak luak pun
ingat best sangat suara parau tu
ko pk hensem sangat senyuman tu
kucing aku sengih lagi lawa laaaa

menyampah

p/s:terguris hati aku tau

lots of luv
et



Friday, July 6, 2012

maafkan aku melor

mood sekarang sangat-sangat bercelaru...
sedih pun iyer jugak
kecewa pun ada.
tapi kena redha..
huhuhuhu
takperlah mungkin tak der rezeki si dia untuk aku
ataupun supaya aku lebih beringat
.....................
ok last month bulan yang baik untuk aku dengan melor
bukan bermakna bulan sebelum ni tak baik
cuma kami jer yg tak baik kot..huhuhu
Allah beri rezeki lebih untuk kami
Allah izinkan kami merasa apa yang kami mahu
Allah pinjamkan nikmat dunia untuk kami
alhamdulillah
semoga semuanya berpanjangan..amin

melor dapat kuda putih yang baru
aku dapat dslr
kengdian impian nak buat wet kitchen tercapai
walaupong wet kitchen mcm haper kan!!!hahaha
lepas tu merayap ke bandung lagi dengan kwn2 melor
dan bonus bila melor bagi aku iphone

jadi bila aku pkrkan balik
tak semua akan berakhir dengan kegembiraan
salah satu dari barang diatas yang milik aku
gagal berfungsi dengan baik
tapi aku tak kisah sangat
sebab aku lebih kisah kalau melor yang marah2 kat aku
sangat2 lega bila dia cakap TAKPERLA
mungkin takder rezeki kita
tuhan saja tau betapa leganya hati aku
bila dengar dia cakap mcm tu
uwaaaaaa memang menangis la kan
sebab
aku rasa bersalah sangat
betol ckp melor, mungkin aku tak pandai jaga barang

sebenarnya kalau nak cakap pasal marah melor,
bulan lepas memang mamat tu bengang sangat
bila aku TERFORMAT tab dia..
semua no phone, emel dan segala mcm benda
yang dah dia install dalam tab tu aku dah formatkan
so tab dia jadi standard semula
gila ko aku rasa jantung aku mcm nak pecah
sure kena haruk ni...
tapi nasib baik melor marah2 manja jer
walaupun no pak wawan(supir bandung) hilang
fuhhh lega sebab no tu ada dlm bil tipong

lepas tu aku pi gatai beli ampaian
tapi kali ni memang dia amuk giler
katanya ampaian yg aku beli mcm rumah setinggan
ini memang aku sentap giler
sedih betol la bila pk asyik kena marah jer kan
ok pasal ampaian tu memang salah aku pun
sebab aku tak tanya dia dulu

jadinya bulan lepas bulan baik dan kena marah tu fair la kan.
hahaha

jujurnya, semua barang memang dia yang beli
kalau aku yang beli memang out of his taste
ok aku kan org kampung
nyampahhhh

takperlah

sekian
terima kasih

maaf terbuka untuk melor..hahaha

untuk melor, aku minta maaf yer last mont buat ko sakit jantung..tapi aku pun pelik kenapa la aku buat keputusan mcm tu..hahaha..kengkonon nak berdikari lakan tanpa perlu pendapat ko..alih2 aku jugak yang kena settlekan sendiri
terima kasih sebab tak marah2 bila aku buat salah. aku paling tak suka orang yang aku sayang marah kat aku. sedih woo bila ko marah kat aku.marah sikit2 dah ler..tak pun tegur2 manja jer..tapi tak boleh jugak..kalau ko tak marah aku nanti apa benda yang aku bawak balik mesti ko pitam kan?
pasal benda tu takperla..aku tak mau dah guna mcm tu..tangan kasar aku ni guna yang biasa2 dah la...sedangkan tab ko pun aku pi salah touch walaupun tab tu dah setahun lebih ko pakai ...nampak sangat aku memang bangang bab2 canggih manggih ni...
apa2 hal pun terima kasih sebab sanggup belikan untuk aku. tapi yang lebih berharga sebab ko tak marah2 atas kecuaian aku. yerla sebelum ni ko yang selalu ingatkan aku..tapi kali ni aku yang terlupa
cuma aku nak ko tahu, aku kecewa bukan sebab benda tu rosak tapi aku kecewa sebab aku dah kecewakan ko...sorry melor

love u forever
et
binimu yg ngeng


p/s:ayat jer brutal tapi hati penuh ayaq terjun



Wednesday, July 4, 2012

wordless wednesday

rindunya nak makan masak lemak ikan mayong...
tambahan kalau wancik yang masak..
atok selalu beli
rindu kat depa

lots of luv
et


Tuesday, July 3, 2012

Sepi


Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu

Hitam putih gelap terang di alam dunia

Semua wajah kan di uji dengan sesuatu yang di cintai

Harta benda dan segalanya semua kan binasa

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu

Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia

Hanyalah dirimu hanyalah amalmu

Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

Tiada bisa manusia mengulur sang waktu

Bila tiba masa datang maut menjemputmu

Semua yang di mata semua yang cinta

Semua yang di bangga akan hilang akan sirna

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu

Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia

Hanyalah dirimu hanyalah amalmu

Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat

Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu

Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan

Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga

Mereka di beri rizki di dalamnya tanpa hisab

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu

Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia

Hanyalah dirimu hanyalah amalmu

Hanyalah sepimu menemani kesunyian

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu

Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia

Hanyalah dirimu hanyalah amalmu

Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu


suka lagu nie...


lots of luv

et

Monday, July 2, 2012

testing testing

nencuba berblog dr telepon.
maklumla otak dah kertu
dapat gadget canggih tp lmbt sket la aku pandai
hehehe
tq cik meloq
bulan ini bulan meraikan cinta kami yg ke 9.
tapi bulan org marah pun iyer jugak
huhuhu
takper jgn spoilkan mood anniversary
lets party bebeh( mana ada party.memain jer)

panjang la pulak testing aku ni.monday bluesssss

p/s:aloooooo flight penuh la pulaksssssssss.sob..sob..sob

lots of luv
et

hari makan sedunia


last week pi makan secret recipe..ada hati budak gg besi nak makan cheese.hamik ko...berpintal2 melekat kat besi aku..hahaha..tapi senyap jer tak leh ckp kat melor..satgi kena ceramah dari dr kesihatan tak bertauliah

melor nak makan kek jer..kenyang katanya..
nasi beriani bukhara...melor beli bungkus jer

zingger beger..kfc..hurm org beli makan jerla..walaupun keras...hamik ko...makan beger guna sudu ngan garpu..hebat ko senah..

nasi goreng mamak...org belanja..tongah malam aku bantai makan ni...pergh soodap..siap bolikan aku ayaq teh ais lagi..muahaha...
lepas makan menyesal sebab mengah...tak makan syang..membazir amalan syaitan.takper esok tak makan dah..
hehehe..

kata hati et : sapa kata pakai bracess tak leh makan..melor sampai marah sebab aku makan tak hengat..habistu aku yag salah atau dia..sapa suh dia belikan aku mcm2 kan?opssssss telebih sudaaaaaaa

bersyukurlah dengan nikmat makan yang masih ada...alhamdulillah

lots of luv
et


Sunday, July 1, 2012

nasi arab lagi

last wednesday, mak mai rumah...itupun dah malam...sedih sebab tak sempat nak lepas rindu pagi mak dah balik...sampai jer nilai, terus riki pi kedai azzahrah..nak makan nasi arab..mulanya nak beli kek untuk besday zati tapi aku ngan melor ketiduran lepas kemas rumah..hahaha..bayangkanlah betapa bersepahnya rumah aku sampai kepenatan kami..
aku cuba amik chooti tapi sapa suh aku lambat apply kan?
ni adik chomel aku yg paling bongsu..masih single tapi not available..hahaha
muka tak puas hati mungkin 2 sebab...tak cukup atau kenyang sangat.

the next day after mak balik, melor mesej aku. dia cakap terkilan sebab dia makan banyak pulak nasi arab tu..malam tu kami rasa sedap la pulak sampaikan makan bertambah2..hahaha
mungkin ramai2 kot.itu tambah kesedapannya.




ian dan aqish balik ikut maktok..sian ipah.kena tinggal dengan mak dia sebab sekolah...si ian tu plak melalak2 nak ikut balik...umar pun sama nak ikut mak tok balik..abish tu mama korang mcm maner kan?

ni mama nia. terkilan jugak aku sebab tak sempat beli kek untuk buat seprais besday kat dia..


alhamdulillah...dapat jugak belanja mak maka nasi arab..elleh bib ngan abang siap msak nasi arab, aku kecoh jer..padahal bawak pi makan kedai jerk pun..muahaha..maklumlah aku kan anak yang paling keras tangan didapur...nak makan nasi arab ker atau lauk sardin kan?huhuhu
tahun ni mak akan puasa kat rumah atuk..insyaallah..moga mak dikurniakan kesihatan yang lebih baik. bolehla mak nak sembahyang terawih ngan atok n family..tak sabarnya...cakap pasal atok..lama betol aku tak pegi rumah dia....rindu sangat sebenarnya..
lagi 19 hari nak puasa..itupun kalau kita puasa 20 julai kan...dan mak akan datang sini juga..sebab tu la ian ngan aqis boleh ikut mak balik.
moga kita semua diberi kesihatan yang baik. lebih2 lagi dengan cuaca yang kadangkala panas melampau ni...alhamdulillah

kata hati et:
kadangkala perbezaan itu menyusahkan.kita berfikir untuk kesenangan tapi bagi mereka itu amat menyusahkan..besar sangat salahnyer


lots of luv
et