Tuesday, August 23, 2016

Saya rindu

Assalamualaikum


Saya rindu nak bercuti dengan girlfriend saya 2 org ini..walaupun saya akan dipinggirkan bila mereka bertemu..tapi saya ok je.alhamdulillah..
Apa akan jadi jika mas x buang staff dulu ye..hampir setahun...yg direhatkan bulan 6 dah tentu setahun telah berlalu begitu saja..terasa seperti baru semalam menggelabah menanti pos laju hantar surat..
benarlah..dugaan Allah kirim supaya aku lebih kuat..cuba cr jalan utk selesaikan dengan lebih baik..walaupun ada masa aku sndiri mahu mengalah..tapi apa pilihan yg aku ada...aku tetap akan setia selagi khidmat diperlukan.terima kasih melor utk semua pengorbanan...

Selamat beribadah

Tahun ni aku berpeluang bertugas utk kapal haji di klia..walau tak berpeluang menjadi petugas di mekah tetapi menjdi antara org terakhir yg mengucapkan selamat pd jemaah pun dah cukup menggembirakan aku...gembira sebab biasanya staff yg bertugas akan keluar dr roster dan berpeluang keja opis hour...
Tapi org kata jgn suka sangat..betollah..aku dapat jadual penerbangan semasa raya x silap aku..ms melor admit nci..jd perasaan nak amik tau kurang..dan bila semangat mai..tgk jadual terus kembali merudum..
Kami perlu bekerja malam sahaja tanpa henti mengikut jadual kapal....
Gembira kerja malam atau gembira keluar roster tak memberi apa2 makna dah aku rasa...jadual minggu pertama dan kedua..penerbangan terus ke madinah..malam pertama mmg teruja tambahan melihat keceriaan jemaah menaiki a380 buat kali pertama...bukan kata jemaah tapi semua staff yg terlibat menguruskan jemaah pun gembira...
Malam ketiga aku dah tumpas..menangis dibahu melor sebelom pergi kerja..penat tido siang dan tido malam mmg berbeza..tapi perasaan kembali gembira bila lihat kapal dugong yg kosong penuh dgn jemaah..bila difikir, crew yg bertugas lagi penat...sampai kul jam 1 pagi..jam 1pagi esoknya kena bersiap utk kapal seterusnya..hurmm..kira sama je dgn kami..
Dan kini tggl beberapa penerbangan sahaja lagi..chaiyok2..tak sangka hampir selesai..bermula 21.8 jemaah akan terus ke jedah..sayu sungguh lihat mereka yg putih bersih berihram dan bertelekung...
Bertuah sungguh menjadi tetamu Allah dimusim haji..samada petugas mahupun jemaah..hampir 2 bulan melakukan ibadah tanpa gusar memikirkan hal kerja dan rumah..tumpuan hanya masjid dan ibadah..masyaallah seronoknya..
Sedang aku yg mendapat peluang umrah juga sangat gembira .inikan menjadi tetamu Allah di musim haji...bertuah sungguh mereka..
Moga ada peluang utk aku menjdi tetamu Allah lagi..rindu masjid nabawi..rindu kaabah...rindu air zamzam..rindu berpusu2 kemasjid..rindu kurma segar..Allahuakbar😢😢😢😢😢😢😢

Wednesday, August 3, 2016

Motivasi hari ini

Motivasi hari ini.

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri  sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. 

.. Got this nice advice from somebody. It is a good reminder . Happy reading. 👍 👍 👍