Wednesday, March 25, 2015

Kelakar utk dikenang

Assalamualaikum

Aku off..tapi kojo malam..
Melor kol nak banjer makan..aku pun menggeletis kesukaan..
Pi secret recipe je..sebwlum tu duk borak mcm2..
Gelak2..duduk n oder makanan

Aku punya...hot lemon tea

Durian cheese..aku punye gak..sodap giler kot..separuh gile aku memakannye....

Macadamia apa ntah..melor punyaaa

Ni pun aku punye...cisbedebah..huhuhu
Tengah makan sambil gelak2..tiba2 melor ckp..eh tak cucuk duit lagi...aku dah gelak2..acanee nih..duit ada tapi sebab oder mcm tak.makan seploh hari..mcm lebih seratus..
Pastu relaks2 melor kuar cr atm..aku gelak2 je..sekali bayar 56 hengget je pun..caih...takyah menggelabah boleh tak..kan..sabar jelah...tp tq melor belanjer..

Thursday, March 19, 2015

Jangan baca

Assalamualaikum

Huish kegilaan apakan aku ini bila dimalam jumaat yg hening aku bercerita pasal kejadian ini....ngeeeee..takut tak payah baca..cerita manje2 jeee

Kisah 1...
Aku tak ingat tahun bila...aku keje malam dan kawan seRah tugas mcm biasa...semasa dtg ke bangunan ini aku melihat kereta staff ni yang memakir di bawah jambatan..ada perempuan di seat penumpang..sedang lena tido...dgn tingkap tak terbuka serta econ yg tak terpasang...lebih kurang jam doblas mahu ke jam satu pagi mcm tu...aku tanya staff tersebut sebab dia turun isap kok jap...

Aku:weh lama kawan ko duk dlm keta..sian dia...bawak awek yeeee!!!!!(gembira kan ayat aku)

Dia: hah awek...mana ada kak.(muka cuak)

Aku:(muka cuak) ko biar betol...aku tgk ada pompuan baring kat seat sebelah..mcm tido..rambut pnjng...

Dia diam n terus ajak kwn2 dia pi tgk keta dia..tapi mmg muka dia pucat gile..cuak kot

Next day bila aku tanya dia kata mmg ada yg ikot..sebab sebelum.masuk keje mlm dia dr pantai B (nama dirahsiakan...kahkahkah)..celebrate new year or merdeka day..aku pun lupa

Kes 2...semalam

Kawan aku tiba2 cerita

Dia:kak,semalam saya balik bukit changgang..ada rodblock...(kitrg keje petang balik.jam doblas malam)...

pastu polis tu tanya saya..mana awek sebelah awak..dia konpius..sebab balik keje kan..mana celah nak angkot
Pompuan...dia tak puas hati..dia turun kereta n tanya polis tu lagi...

Polis tu ckp tak caye tanye pegawai belakang tu..dan pegawai tu pu meng iya kan ckp kawan dia..

Mihmihmih...

Aku cite kat dia kejadian 1...n dia pun ckp mmg dia ada pi pantai B(nama dirahsiakan..kahkahkah)..owh noooo

Tapi aku tak paham la...kenapa aku vangang sangat buat cerita ni malam2 ni kan..dahlaaa malam jumaat...aku nak balik umah sorang2...drive sorang2...seat banyakkkk kosong...masuk taman aku ada hutan..thorbaik ko beb...thorbaik sangat..

Klah..kita minum dulu

mengapakah ini terjadi

assalamualaikum

aku tak pasti kenapa...hurmmm 
aku rasa ok je..aku happy..makan cukup, cacing dlam perut pun kenyang jer..


 hari isnin tadi adalah 16/03/2015...namun demikian, aku telah menulis disetiap perkara bertarikh 13/03/2015...kegilaan apakan ini...lepas tu bila org ckp, aku tak notis pun kesalahan aku...esok hari bila aku tulis 17/3 baru aku tersedar...hurrrrrrmmmmmmmmm


petang semalam aku kerja sampai awal pagi khamis..seseorang dtg dan berborak dgn aku...
dengan jujur aku berkata...iyer la c**t, hari ni banyak kosong...jumaat kan....
dan aku sedar petang ini sebab seseorang dtg dan bertanya tarikh dan hari..kemudian dia kata owh esok dah jumaat kan....hurmmmmm apakah masalah aku sekarang ini...adakah aku nak menepos?


adakah sebab memikirkan masalah org lain??????


sebenarnye kelakar jerk kan...sebab janganlaaa ambil series sangat semua benda kan...hahahaha...vangang plak aku rasa..sebab benda2 tu hari2 perlu ingat tapi dah kerja mcm aku ni memang jarang ingat tarikh...ingat bila nak off or rest day jer..mihmihmih..

walau apa pun, aku bersyukur aku ada kerja...moga Allah lindungi perkejaan aku, melor dan rakan2 yang lain...amin..

p/s:hari ni hari apa? hehehe

Tuesday, March 17, 2015

ia sudah jadi sejarah

Assalamualaikum

masih berkisar kenangan aku menunaikan umrah kali ini...
cerita satu...

Raudhah yang terlalu indah
kami sampai bumi madinah pada hari isnin..memang hati membuak2 dr tanah malaya lagi mahu solat diraudhah..pada pagi isnin semasa lawatan di kawasan masjid, terdapat kumpulan lagi satu yg mana ada makcik2 yg menaiki kerusi roda. kemudian aku lihat seorang makcik ni resah memikirkan bagaimana dia mahu menolak ibunya sebab dia pun tak larat. makanya aku menawarkan diri menolak kerusi roda tok ni tersebut ditemani anaknya disebelah. hati melonjak gembira sebab aku psti ruang aku solat di raudhah lebih mudah sebab tak perlu bersesak dengan ramai jemaah lain kerana kerusi roda punya laluan khas dan tidak perlu berebut dengan mereka yang sihat.

tapi aku istigfar semula..aku terangkan semula pada makcik tersebut.. rugi makcik tak tolak sebab nanti perjalanan makcik ke raudhah mudah. aku tolong tolak sehingga kawasan yang dibenarkan sahaja..kemudian jalan adalah rata. dia terdiam. agak resah sebab ini pertama kali dia ke sana. kemudian ada seorang lagi kawan2 rombongan mereka berkata " ala kita tahu je raudhah kat mana.. ini bukan pertama kali kita pegi"..
dia pun berkerusi roda jugak..kelihatan sihat aje tubuh badannya tapi wallahualam..
aku menolak kerusi roda tok  tersebut sehingga kedalam sebelum dihalau oleh penjaga wanita yang akan membawa jemaah berkerusi roda. kemudian aku rasa lega. lega sangat sebab aku tak mengambil kesempatan keatas mereka yg lemah...takpelah..ada rezeki aku tetap ada ruang utk solat di raudah kan...dan Alhamdulillah...

hari ketiga, aku nekad pergi seorang diri sebab hr kedua ada aktiviti lawatan. maka selepas sarapan, aku bergegas keluar bilik. dgn azam yang kuat aku sendirian ke masjid.. aku lebih senang pergi sendiri sebenarnya. walaupun di pesan berkali2 jgn pergi sorang2 tapi aku tawakal aje. kalau pergi sorang2 boleh berlama-lama di raudhah kan..huhuhu

sesampai di dlm masjid nabawi, terus mencari papan tanda dan alhamdulillah belom gerak pun.. makanya andai ada yg mahu kesana, selepas subuh, sarapanlah dulu..dan kemudian cuba pergi masjid sebelum jam 8 pagi..

tak lama kemudian laluan dibuka. dn kami bergerak bersama2 jemaah asia yg lain. aku gembira..hati sangat teruja mahu keraudhah dan berdoa disana..dan alhamdulillah, jam lebih kurang 1010 kumpulan aku dibenarkan masuk..berlari2 kami berebut tempat paling selesa di karpet hijau.. alhamdulillah tempat aku sangat selesa. lama aku disitu..hampir 15 minit tanpa dihalau oleh mereka..masyaallah ...indahnya dpt solat disitu tak dpt ku gambarkan. kelihatan agak selfish aku disitu sebab lama kan..tapi itu je ms yg aku ada sebab petang dah berangkat ke mekah. selesai solat  aku bergerak ke kanan sedikit. mencari port yang baik mengadap makam saidina Abu Bakar. Makam Rasululullah jauh sedikit dan agak sesak disitu. selepas menyampaikan salam dan berdoa utk kawan2 aku mula berdoa utk diri sendiri..Sebak, sedih sayu semua bergabung. tiada perasaan malu lagi dah bila mana sebelum ini melihat jemaah dr india yang selalu melalak2 kan..cuma aku masih terkawal..hahaha..kalau tak mesti dah kena halau..mihmihmih...

'Doa Ziarah Wida'
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."


cerita 2
Indahnya di Mekah

Malam kedua di mekah, aku masih demam..keadaan semakin teruk sebenarnya..badan aku memang tak larat. Tekak perit sampai tak boleh telan apa2. Makanan apatah lagi. hilang terus selera.  Rindu pada abah semakin membara. Hari2 lepas doa akan menitis2 air mata aku sebab rindukan dia. Malam tu lepas  isya’ dan telan panadol tanpa makan pun, sebab tak selera..aku sambung tido..dengan perasaan sebab dan rindukan abah.. perasaan aku pendam. Tak mahu kongsi pun dengan melor. Sebab abah aku kan..aku bukan suka share perasaan sedih dengan org kecuali bila sedih tu dah hilang. Baru aku akan bercerita.

Makanya, malam tu melor balik masjid n bawa air zamzam lagi. Dia pegang kepala aku n panas sangat katanya.. diambil baju putih yg nipis dituam kan kekepala. Sebab dia tak jumpa tuala kecil yg sebenarnye ada je dlm beg. Sebelum diletak kekepala aku, diletak dulu pada econ..sejuk bak ang….selang seploh minit dia akan check..baju tu kering sebab dek kepanasan badan aku. Melor cuak..dia risau dan kejap2 diletak pada econ supaya sejuk dan badan aku berkurang panasnye..kenapa letak kat econ? Sebab air kat dlm bilik kami tu suam..maklumlah cuaca di mekah kan sejuk…

Dan akhirnya aku terlelap..bila terlelap mimpi itu datang. Indah sekali.
Abah datang dengan berpakaian ihram. Senyum dan memegang kepala  sambil mengusap rambut aku..allahuakbar..seronoknye perasaan aku ms tu sebab aku gembira sangat. terasa dia mencium dahi aku.  Dan aku perasan abah bukan seorang..abah dengan nenek dan nenek antan. Dlam doa aku, sentiasa aku doakan abah, nenek, nenek antan,along, anjang, angah ghani dan angah chim sentiasa dikumpulkan bersama. Alhamdulillah..nenek dan nenek antan dtg jumpa aku disana..walau tak bersuara, walau tak mampu berkata2 tapi raut wajah mereka terus membuatkan aku ceria.
Aku merasa tubuh aku berada dihadapan kaabah dengan abah. Aku memegang dinding kaabah. Masyaallah…Dan kemudian aku terus terjaga.

Nafas aku mula teratur dengan normal. Tiada kahak mahupun sakit tekak. Panas sudah berkurangan dan lemah badan sudah hilang…subuh sabtu  aku bangun dan melor ajak ke masjid. Aku turutkan..walaupun dlm perjalanan aku muntah sebab perut yg kosong dan hanya minum air zam2 dan air kelapa..yg pasti..air kelapa tu yang keluar semula.

Alhamdulillah..mungkin demam sebab rindukan abah..terlalu rindu..susah nak gambarkan perasaan rindu tu macam mana…takkan hilang sampai bila2. Sebab dr rumah lagi aku mmg teringatkan dia..namun kupendam semua. Iyer…smua adik beradik abah dah tiada..abah yang bongsu. Dan abah yang terakhir dijemput Ilahi. Moga abah sekeluarga ditemukan semula..Moga abah sentiasa diberkati dan dalam lindungan Allah..


Alfatihah untuk abah Halim Bin Hajah Mulia

Tuesday, March 10, 2015

Merapu itu indah

Assalamualaikum
Selalu nak menulis disini..meluah apa yg terbuku..manusia dan masalah sentiasa ada...tapi kadang2 org tersalah tafsir..nanti jadi lain pula...dibuat bukti yg ntah apa2..kihkihkih..mcm besaq je mslhnye kan...
Yg buruk jadikan sempadan..yg salah mohon dibetulkan..aku cuma manusia biasa...
1.sekarang makin ramai yang mencium tangan dan meletakkan ke dahi...dan aku baru tahu itu cara org yahudi bersalam..makanya bila bersalam org lebih tua..ciumlah tangannya..bukan meletakkan kedahi.
2.kadang2 aku terpikir...kalaulah masalah boleh boleh selesai seperti kentut kan best...ada mslh je kentut..eh kentut pun mslh tau sebab kalau tak kentut..hurmmm bahana la perut kita.
3.aku merasakan aku tidak jujur baru2 ini..owh saya perlukan teman utk berbicara..tapi tak pelah..biar jadi rahsia
4.kadang2 kita cuba berdebat tapi akhirnya ada yang terluka..owh no..tak bagus kan..kihkihkih..sebB tu ada pepatah rambut sama hitam..tapi hati lain2...tapi yg penting janganlah ambil series..melalui pendapat berbeza akan hasilkan sesuatu yg luar biasa..mihmihmih
5.kahwin bukan satu permainan...hormat menghormati dan sentiasa menyimpan rahsia pasangan pasti Jdi kunci kebahagian...bergaduh bagus utk membetolkan kelemahan diri..tapi yg tak bagus bila sibuk menjaja kelemahan pasangan dgn org lain..bencana namanye tu
6.bila kita sibuk mencari kesalahan org lain..hati sentiasa tak puas..sama seperti kalau kita sentiasa jadi pendendam..aku sentiasa muhasabah diri..memaafkan walau menyakitkan...walaupun pada yg berhutang..mihmihmih..
7.org kata 1 jari menuding orng...4 lagi akan menunjuk pada diri sendiri...hurmmmmmmmmmmm...iyolah...sabarlah duhai hati..bila kamu jadi mentimun...durian jugak yg menang...digilis mahupun menggilis...kamu jugak yg terluka...owh timun sedap..tambahan buat jus timun..arwah abah suka
8.kita punya hak..tapi kita tak mampu bersuara sebab kita bukan enggang yg hebat diatas sana..paruh yg besar dan angkuh...bulu yg cukup  menceriakan...umpama pipit yg sibuk membuat bising atau burung belatuk yg membuat sarang...eh burung belatuk...teringat ms kat rumah mak..bila burung belatuk buat sarang kat pokok..aku bayangkan pontianak pun keluar...kahkahkah
9.baru2 ni ribut melanda ditempat kerja..masyaAllah...sekejap je tiupan yg diturnkan...gerun aku melihatnya..baru sekejap.tak sampai seminit..tapi kesannya...sampai pokok pinang pun tercabutlaaa...
10.owh tengah tgk suratan kasih..ada sidi oraza...lama betol tak tgk dia belakon..aku suka dia belakon..dahla hensem..masyaallah.urkkkk
11.sekian terima kasih

Tuesday, March 3, 2015

Rindu

Assalamualaikum
Ini namanye rindu .tapi gmbr tak banyak..ulang tayang yg tu je laaaa


Jabal.uhud..kenangan bergambar dgn arwah abah...then bedua dgn dilokasi ygsama dgn mak...dtg dgn melor..hurmmm dia sibuk cr tandas..hehehe

Masjid terapunggggggg.....


Monday, March 2, 2015

Umrah 2015

Assalamualaikum
Sambung lagi pengalaman aku di mekah tempoh hari..
mcm biasala kan...klu pi sana mmg selalu bawak kekudap memacam..salah satu tart nenas ni..kihkihkih..melor la beli dgn kakak opis dia...tart nenas muor katanye..tapi mmg sak cukup aku makan...bawak dua bekas..sebekas bagi kawan aku iaitu geng umrah tu la...tapi pempaham la kan...kalau dah mel,r yg duk control kekudap...lepas fia..dia...aku makan baper ketoi je..itu pun ms kat madinah..hehehe
Ok...lepas selesai umrah pertama Dalamjam 4.00 mcm tu selesai..mmg dah nak masuk Subuh tapi badan aku mmg dah tak mampu nak bertahan..maka kami semua beransur ke hotel..tambahan beg kawan2 bilik lain ada yg tak sampai lagi ke bilik Mereka. Jadi nak balik sebab nak selesaikan hal beg..
aku mmg dah tak larat..badan dah demam...tapi sempat beli chicken broast...alaa ayam mcm kfc tapi ada sos bawang putih..aku suka..aku suka...5 ketol dlm ada fries dgn 2 ketoi roti...13 riyal..Kihkihkih...lepas mkn ayam aku mkn panadol n rehat....lepas tu mmg badan terus flate..aku tak leh makan langsung..itu la kan..ms kat tanah air sibuk nak be diet kan..sekali sampai sana langsing takleh makan..rasakan..kihkihkih...jumaat baru kebah..aLhamdulillah....melor la banyak jaga aku...
sabtu kami ada ziarah...masa ni aku n melor buat umrah jugak...kami pegi jabal rahmah gua hira gua tsur kwsn mina padang arafah dan miqat di jarannah.Ms ni ada ustaz pengiring...seronok dengar ustaz ni bagi penerangan..masyaallah sedih Dengar dia bercerita peristiwa haji dan mcm2 dia explain..Lepas bermiqat dan menuju ke mekah semula...alhamdulillah sebelum asar selesai umrah Kami...kali ni kami tawaf di tingkat 1..yg ring sementara tu...
stay lama jugak..dapat duduk depan multazam..alhamdulillah...
Hari ahad ada lawatan lagi...kali ni sapa nak buat unrah boleh bermiqat di hudaibiyah...yg specialnye di hudaibiyah,Airnye adalah masin..kata ustaz sebab Dekat dgn laut...kemudian kami ke muzium..best..aku suka tempat ni..even 3 kali kami pegi..ini first time kami dpt masuk sini...
Barang2 yg lama yg dah diganTikan baru akan disimpan di muzium ni..

Inilah kwsn masjidil haram dulu...alhamdulillah aku merasa masa dataran Besar mcm dibawah ni..ms tahun 2009.


melor boleh panggil mamat arab yg pakai tshirt tu sebab mamat tu hensem...malu haku..amik gmbr bukan sekali...hampir 4 kali ok..sebab gmbr tak cantek..dia pun amik gak gmbr melor. Hadoyaiii..hahahaa

eh..sama plak
aku mcm biasa la..klu tempat2 mcm ni mmg mengkayalkan..makanya aku duk lama kat sini...hahaha..sampai terlupa plak nak balik..kihkihkih...

masjid nabawi..ni tahun berapa ntah...first time depa buat kubah boleh bukak2 tu...tamadun islam mmg hebat...dahsyat kan..alhamdulillah
hari isnin kami takde apa2 aktiviti melainkan kemas apa yg patut...ni ms aku pi beli minyak wangi kat area hotel yg aku pegi tahun 2013.cantik dah hotel yg depa bina baru tu...
ms ni dlm kol 1100 mcm tu...agong ada kat dlm.masjidil haram..depa tgh buat umrah..aku pi gak kedalam sempat solat sunat n dhuha..alhamdulilah..lepas tu dah rasa tak selesa..dan sampai hotel check dah bendera jepun..hurmmmm takpelaaa..nasib baik sempat pi solat dhuha depan kaabah...tak la larat sangat..
kami kemas beg awal..supaya tak kelamkabut esoknya...mcm biasa tekak aku masih sakit..rugi kan makan sedap tapi takde selera..huhuhu..
Sayu je mlm tu sebab mlm terakhir di mekah...
pagi sabtu ms lepas sarapan..kami turunkan beg sesiap...jam 930 sama2 pi masjidilharam utk tawaf wida..tapi aku sampai luar je..sedih hati ni nak lambai je pun...harap aku dijemput lagi sebab rasa tak puas..tambahan sebab demam kan..isk..isk.isk..
Kami berangkat meninggalkan kota mekah pada jam 1100..menuju ke jeddah...singgah sebentar dimasjid terapung..dan aku lapar lagi...
kebetulan sekitar masjid ada jual bakso...masyaalllah sedap bakso dia..tapi mahai nak mampuih...semangkuk tu adalaa bakso 3 ketoi...10 riyal

tp sedap punya pasal...mahai pun mahailaa..masjid terapung ni ramaidah jemaah tak pi..sebab katanye pihak berkuasa sana dah tak benarkan masuk sebab ada sesetengah negara buat perkara macam syirik la...katanyee..tapi alhamdulillah kami dpt masuk...
ms ni la ada kejadian utk satu agensi terkenal.kat tanahair..bila mana ada jemaah nampak org masuk.bas n selongkar beg..depa syak pemandu bas bersengkokol dgn yg tukang selongkar tu n benarkan depa naik...pemandu bas tu tak mengaku n bengang...last ditutupnye pintu bas n tak bagi depa masuk..masyaallah..tak tau mcm mana depa selesaikan sebab kami dah pi epot,tapi jemaah tu masih lagi kat luar bas beramai2...
sampai epot dlm jam 3 ptg..nak kena check in jam 5..kihkihkih...dahla lapar..ish aku ni..lapar je kan..maklumlaaaa ms dimekah tak boleh mkn sgt..
sekali ada satu group jemaah ni bagi mknan kat kami..travel agent depa sediakan nasi ayam penyet panas2 ko..alhandulillah..bersuap aku makan..disuap oleh isteri hj salam..kihkihkih..nak menetes ayaq mata makan besuap diepot jedah..
last sekali kami tak dpt balik dan bermalam di jedah...

sekian...

kihkihkih..alhamdulillah..terima kasih Allah utk pengalaman indah ini...semuanya indah bagi aku walaupun aku demam..semuanya best walaupun aku period di hr terakhir dibumi mekah..nikmat yg mana perlu aku dustakan...masyaallah.alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

umrah 2015

assalamualaikum

ntry utk kenangan aku..maklumlaa sejak pemakan semut tegar ni mmg pelupa tahap gaban la...kadang2 suami pun lupa...ingat i bujang...mihmihmih..ini minta penampaq namanya.....durhaka sungguh..kihkihkih

kami sampai kota mekah dlm jam 1000 malam. sebab aku lapaq sangat, lepas urusan masuk bilik, depa suh makan dulu..kami pi la makan ditingkat atas...hotel ok n aku suka bilik ayaq dia..memanjang kedalam..huhuhu...dahla kena naik tangga nak pi tanda tu...hohoi..sakit peha masa lepas saie tu..muahaha

lepas selesai semua urusan, kami terus turun bawah n gerak ke masjidil haram...macam tak percaya aku ada kat masjidil haram..masyaallah...tapi banyak perubahan di masjidilharam...hanya pintu king abd aziz aje yang buka..yang lain tutup...lambat ke masjid, merasalah sembahyang di jalan atau dalam shoping complex...hahaha

masa memula taqaf, aku dah rasa saket pinggang yg teramat sangat. tapi kutahan jugak...depan kaabah pun jadi kecil sebab banyak yg depa tutup utk tujuan pembesaran kawasan masjid..selepas selesai tawaf dan solat, kami ke tempat saie...masyaallah ms ni badan aku semakin tak selesa..sakit pinggang menangkap2. melor pendorong semangat dan akhirnya selesai umrah pertama aku..alhamdulillah...dan mcm biasa, aku dan masjidilharam memang punya kenangan indah..ms nak balik tu aku terpisah dgn group jemaah...kihkihkih..tapi relax je...alhamdulillah depa tgg aku..tak lama pun terpisah tu.org ramai sangat..dan kawasan semakin kecil..maka semua org berasak-asak..itu yg terpisah tu..aku plak kecik je kan(mbahahahahahaha..kecik la sangat)..yg pntg jangan menggelabah..kita kat rumah Allah...yakin Allah akan jaga kita insyaallah..

ni masa di marwah..lepas bertahalul...

inilah kawasan dataran yang dibuka....

lagi kawasan dataran tapi belah kanan...hujung putih tu semua penghadang..dulu tahun 2013, hujung tu ada tangga utk ke tingkat dua..dah selamat dirobohkan...cepat betol depa buat kerja..

ini dari dataran ke arah hotel aku...laluan hari2 kami..kanan yg nampak turkish airlines tu ada sign board besar, BinDawood..hehehe...sapa tak tau bindawood tak tau la kan..tempat feveret melor nih...
manakala kiri tu zam2 tower...

ini dr jalan ke masjidil haram....bila waktu solat, jalan2 ni pun penuh dengan jemaah..macam2 negara...

setiap hari, laluan ini akan dibuka utk bas dan lori loading barang sehingga jam 1100 pagi..kemudian mmg depa tutup sebab masa solat kan...so tiada kenderaan besar lalu selepas jam seblas. tapi lepas solat zohor dia buka semula tapi ada timing2 dia la...

laluan ni sentiasa jammed...ramai sangat jemaah...kami biasa akan keluar lambat sebab nak elak bersesak-sesak kat sini..bukan apa, dlm masa bersesak ni kita tak tahu, walaupun dibumi Allah, tangan jahat banyak...dorang lebih tahu mana kita sorok duit tau..tau2 duit lesap..huhuhu...tapi mcm kitorg rancang jela nak balik lambat elak jammed, tapi sama gak.masih sesak..hahaha

cuaca di mekah adalah sangat sejuk...sesangat sejuk ok..walaupun tengah hari..lepas balik buat umrah tu, aku terus demam..badan panas menggila...tapi menggigil-gigil ok...makan ubat dia ok..tapi lepas 4-6 jam, badan dedar semula sampai melor risau..dia la duk tuam aku dgn baju dia sebab tak jumpa towel kecik(risau punya pasal, towel pun tak jumpa) 

first time ok aku dtg sini aku demam..sedih ooooo..ramai gak group aku yg demam..ingat aku sorang je...sian melor jaga aku...beli air kelapa la..air zam2 takyah cakap la kan...hurmmm takpela..dugaan Allah berbeza-beza...redho jerla walaupun sedih ya hamat....lepas solat jumaat badan aku kebah..alhamdulillah...

satgi kami sambung lagi ye

Sunday, March 1, 2015

umrah 2015

assalamualaikum

alhamdulillah Allah terima aku menjadi tetamuNya lagi..pemergian kali ketiga buat aku dan melor mmg berbeza..sebab kami pergi berdua je..sebelum ini ada family lain yg kami kenal...ini berdua je..hurmmmmm...
sebenarnya ms pergi tahun 2013, aku bawak mak aku n melor bawak mak abah dia..jadinyer kami banyak habiskan ms bersama mak memasing...kali ni alhamdulillah berpeluang kemasjid bersama2, pi kedai sama2...alhamdulillah diberi peluang sekali lagi...walaupun ada sedikit ujian kecil sebelum pergi..tapi syukur tak memudaratkan pun..
Family in law aku yg antar ktrg pi epot..tq smua.
tanggal 15/2 hari ahad, lepas mandi dan solat sunat musafir, kami mulakan perjalan ke epot klia..flight mh 150 dijangka terbang jam 03ptg. selepas jamak takdim di surau klia, kami ke departure gate. bila dah duduk kat seat baru tau, aku duduk dgn abg yang dlm group ni yg mana wife dia pun nama sama dengan aku...tertukar sudah..hahaha..
sebelum kapal berlepas, bacalah doa yang ada terpapar kat skrin nye..kapal mas skang mmg ada smua tu..malah siap annouce if ms solat dah tiba mcm aku pi istanbul hari tu kan..

lepas berlepas, aku sambung baca yasin dan mengaji sket..kemudian lepas makan aku amik headset, aku tgk citer katun...aku tgk melor, dia tgk citer p ramle..pendekar bujang lapuk..kihkihkih....org lain smua duk berzikir, kami tgk katun...takpe zikir dlm hati...perjalanan memakan masa hampir 08 jam. berdebar2 ok..mcm2 yg aku pk kan..salah satu mestilah risau period aku datang..mmg aku ada makan pil tahan period, tapi badan aku akan jadi lemah n perot berangin..rasa badan nak demam smua lah..
kami sampai epot jeddah dlm jam 0620...urusan pasprt dan ambil beg je hampir 2 jam...lama kan..keluar epot jeddah dah isya...kami solat dulu kemudian baru cari bas. 
perjalanan ke madinah ambil masa hampir 6 jam...bagus driver kami sebab dia sangat berhemah bawak bas. makanya hampir jam 0500 pagi baru kami sampai hotel...mandi n bersiap ala kadar. terus pi masjid utk solat subuh pertama di madinah...alhamdulillah seronok sangat walaupun solat kat luar sebab dah penuh.
pagi tu lepas sarapan terus ada ziarah masjid nabawi..jemaah lelaki akan ke makam baqi dan sekitar masjid..jemaah perempuan akan ke raudhah..ada ustazah akan guide..kami gerak ke masjid sebelum jam 0800 supaya sempat masuk ke raudhah..paham2 sajelah raudhah..semua org berebut nak masuk kan...aku sendiri berebut..hahaha.

aku mmg tak bawak hp pun...bukan malas tapi aku mmg nak tumpu pada apa yg aku nak buat aje...klu ckp nak ibadah kang org kata aku poyo plak...walaupun dah balik baru aku rasa rugi sebab takde kenangan plak..hahaha..ni kena pegi lagi nampaknye...

petang lepas zohor, aku dgn melor kena tukar bilik sebab bilik kami memula di tingkat satu..bilik di tgkat 12 masih belum ada yg kosong...namun sebelum asar baru boleh naik coz bilik baru siap...makanya lepas pindah baru aku basuh baju. 

memang disana aku hanya pergi masjid dan kemana2 aje dengan melor.group lain depa pegi la sesama.sebab depa sebilik..bilik aku hujung tanjung nun haaaa..
hari kedua dibumi madinah, iaitu 17/2 kami ada lawatan ke masjid quba, masjid qiblatain(tgk dr bas aje) ladang kurma dan jabal uhud. semasa di ladang kurma, bukan main aku makan kurma segar..Ya Allah, bukan sikit ok..banyak ooo aku makan...then kami ke bukit uhud. ms ni panas agak terik...aku dah pening2 dah..hahaha....balik je bilik, sebelum zohor, aku muntah..smua keluar balik...tekak mula perit...sedih betol...selera makan mmg out. aku telan panadol lepas solat then gone...rehat kejap...kemudian ok semula badan aku..

ini je antara gmbr yg aku amik..lepas tu kelaut..kihkihkih...yg belakang aku tu la antara jemaah group aku..depa semua bagus2 n baik..cuma aku je tak sempat lama2 nak kenal dengan mereka.

18/2 hari rabu, petang tu kena bersiap dah sebab nak berangkat ke mekah..pagi tu aku nekad nak ke raudhah semula...tanya pd kawan2 perempuan,memula suh pegi bilik mereka..last depa tak nak ikut sebab takut tak sempat katanya...kebetolan malam tu aku dah packing sesiap semua beg dan keluarkan apa yg nak pakai aje..jadi pagi tu tak kelamkabut sangat..jam 1000 depa suh letak beg kat luar bilik..aku minta tolong melor uruskan sebab yg lain aku dah buat...raudhah punya pasal..aku nekad nak pegi jugak..maka sebelom 8 pagi aku jalan laju2 nak ke raudhah...alhamdulillah..lega bila nampak sign board tulis melayu tersandar kat tiang n ada jemaah yang tengah duduk...borak2 dgn mak cik ni, rupanya org selayang n dia kenal abah tok..kihkihkih..
alhamdulillah sebelum jam 11 aku dah keluar dari raudhah...masa disini, aku punya sedih tak tau nak habaqlaaaaaaaaa...lama woo dpt solat kat sini sebab aku antara group terakhir..jadi banyak ruang kosong n tak delaa kena himpit teruk mcm hari pertama kami pegi tu...tak sia2 aku pergi.....
aku sedih  sangat sebab maklumlah petang nak ke mekah sudah..makanya aku buat ziarah wida sekali....dahla pegi sorang..dulu ada mak..tapi sedih jugak...cuma kali ni sedih dia sampai ayaq hingus smua keluaq bila menangis...tambahan bila baca doa ziarah wida tu..lagi la aku sedih..tak sanggup rasanya nak ucap selamat tinggal pada rasulullah..harap aku dijemput lagi ke bumi madinah...

lepas solat zuhur, kami semua bersiap di hotel. muka happy kan.hahaha..terima kasihla pada melor sebab dia take care sangat dengan aku..sayang kamu 200%..kihkihkih..bluweeekkks

kemudian kami turun ke bawah.ms tu tgk beg aku masih kat atas...last tanya pihak pengurusan depa kata turun bawah..aku suh melor uruskan beg..elok beg dah bawak turun, bas pulak tetiba takde..kihkihkih..rupanya kena halau sebab agong kita baru sampai...kereta dia nak lalu kat jalan yg bas tengah tgg tu..so polis halau sesiap..kereta mmg clear..hanya depa ja yg lalu..hohoho..dpt tgk kereta pun dah seronok...kalaulah jumpa agong live, lagilaa lupa diri kot..muahaha...
selesai urusan beg, kami terus naik bas..alhamdulillah beg kami dlm bas yg kami naik...kwn2 lain, beg terlepas ke bas yg lagi satu...kami ke bir ali utk bermiqat disana..
ni antara jemaah group aku..kakak ni admin aku punya adik beradik...ni ms kami didepan masjid Bir Ali.

imamku...kihkihkih...sibuk ria risau kain ihram dia tetanggal..kahkahkah..padahal aku tgk ok je.kemas je...hurmmmmmm sajer je tau menduga aku dgn mcm2 soalan..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

perjalanan ke mekah alhamdulillah lancar..cuma aku kelaparan,..aku syak, makan ubat tahan period tu aku jadi lapar la..takleh kosong langsung perut aku..kena ngunyah je..ish pelik tol aku...so aku decide aku takkan makan ubat tu lepas aku buat umrah wajib aku...aku tawakkal aje.

 nanti aku sambung cerita dimekah..aku suka travel agent kali ini..setiap kali ziarah, depa akan sediakan ustaz pengiring yg akan cerita sejarah2 tempat yg kita akan lawati..mmg aku ada baca, tapi aku kan manusia biasa..org kampung plak tu..bila ustaz bercerita, feeling dia lebih tau...menangis tersedu-sedu aku hokey..hahaha..yg pasti hati aku tisu sangat kat sana...

tq en suami sebab bagi semangat pada aku kat sana...tq krs travel sebab pengalaman yg indah...terima kasih mak n mertua atas doa kalian....Terima kasih Allah sebab izinkan aku kesana lagi...moga aku dan kawan2 yang lain termasuk yg membaca ntry aku akan dijemput menjadi tetamu Mu..InsyaAllah...

alhamdulillah dan terima kasih Allah utk pengalaman indah ini...